Dunia Commercial Diver



Mulai Jun 2014 sehingga beberapa bulan akan datang Blog ini akan menyiarkan semula artikel-artikel yang ditulis oleh saya yang telah pernah diterbitkan didalam Majalah PERAJURIT terbitan hujung 2012 hingga awal 2013.Tujuan penyiaran semula artikel-artikel berbentuk informatif ini adalah bagi memberi peluang kepada pembaca-pembaca lain yang tidak sempat memiliki majalah tersebut semasa keluarannya.Penulis dimaklumkan oleh pihak penerbitan Majalah tersebut bahawa Artikel-artikel mengenai menyelam yang disiarkan  adalah yang pertama  seumpamanya mengenai sejarah menyelam,tujuan menyelam dan teknik-teknik menyelam yang ada.
Semoga para pembaca yang meminati aktiviti menyelam atau pembaca biasa beroleh manfaat daripada artikel-artikel tersebut.  

Oleh : A**** J****
roninn70@gmail.com

TEKNIK TEKNIK MENYELAM

Bahagian kedua kisah mengenai menyelam kali ini penulis akan menceritakan teknik-teknik yang terdapat didalam aktiviti menyelam ini.supaya pembaca boleh mendapat gambaran yang lebih jelas tentang aktiviti ini.Yang mana kebanyakan orang hanya tahu 2 teknik menyelam sahaja yang ada iaitu menyelam dengan menahan nafas dan menyelam menggunakan teknik skuba tetapi tidak menyedari tentang wujudnya 5 lagi teknik menyelam yang lain.

Teknik menyelam terdiri dari 7 jenis teknik.Setiap aktiviti menyelam walaupun berbeza-beza tugas yang dilakukan,berbeza nama yang diberikan dan berbeza tujuannya tetapi ianya tidak boleh lari dari menggunakan salah satu  dari 7 teknik yang ada.Teknik-teknik tersebut adalah Teknik menyelam bebas (menahan Nafas),Teknik Selam Skuba,Teknik Selam Teknikal,Teknik Bekalan dari permukaan,Teknik Menyelam Tepu,Teknik Suit Menyelam Atmospherik dan Menyelam Chamber.

Teknik menyelam bebas atau `Free Diving’
Penyelam akan menahan nafasnya didalam air seberapa lama yang termampu olehnya sebelum menimbulkan diri dipermukaan untuk mengambil nafas semula dan menyelam kembali.

Teknik menyelam bebas dengan menahan nafas sering digunakan dalam berbagai aktiviti diair antaranya memanah ikan,aktiviti mengambil gambar bawah air,memburu dibawah air,snorkling dan lain-lain lagi.

Disesetengah tempat teknik ini turut dipertandingkan malah ramai yang tidak menyedari  acara Renang berirama yang sering dipertandingkan didalam acara sukan adalah termasuk kategori menyelam bebas.

Satu lagi acara yang dipertandingkan adalah  Apnea.Apnea dibahagikan kepada beberapa kategori antaranya Apnea Statik , Apnea Dinamik Dengan Sirip, Apnea Dinamik Tanpa Sirip,  Apnea Berat Sekata,  Apnea Berat Sekata Tanpa Sirip,  Apnea Tanpa Had dan beberapa nama lagi.Namun yang paling dikenali  sekali adalah Apnea tanpa had dimana penyelam akan menahan nafas dan pergi kekedalaman maksimum yang termampu olehnya dengan pemberat dan menggunakan bantuan bag gelembung udara untuk naik kepermukaan .

Satu lagi gaya yang digemari adalah Apnea static yang biasanya dilakukan dikolam renang dimana penyelam akan menahan nafas seberapa lama yang boleh dan masa akan direkod.Rekod kedalaman paling dalam dibuat dalam acara Apnea tanpa had adalah 214 meter oleh Herbert Nitsch pada 2007 di Spetses,Greece.Manakala rekod bagi Apnea Statik pula adalah selama 11 min 35 sec yang dibuat oleh Stéphane Mifsud pada tahun 2009 di Hyères, Var, France

Walaupun dilakukan dalam perbagai gaya dan diberi nama yang berbeza  namun Teknik asasnya tetap sama iaitu menahan nafas.Gaya Tradisi yang masih tetap kekal dan relevan walaupun zaman telah berubah.

Sejarah
Teknik menyelam bebas dengan menahan nafas ini mempunyai sejarah yang paling panjang sekali dalam semua teknik menyelam yang ada . Sejak dahulu hingga kini teknik ini masih lagi digunakan.bukti-bukti arkeologi menunjukkan yang manusia melakukan aktiviti menyelam bebas atau `free diving’ sejak abad ke 5 sebelum Masehi lagi.

Antara puak yang melakukannya adalah puak haenyeo di Korea yang menyelam bagi mengutip siput laut dan sponge bagi dijual.Semasa era Tamadun Greek pula sponge sering digunakan semasa mandi menyebabkan permintaan terhadapnya agak tinggi dan Pulau Kalymnos telah menjadi pusat bagi aktiviti menyelam bagi mendapatkan sponge. Di Jepun pula Penyelam Ama terkenal sebagai penyelam mutiara sejak 2000 tahun dahulu.
Sponge yang diambil dari dasar laut
Kemahiran
Setiap manusia berbagai peringkat umur mempunyai kemahiran menyelam sambil menahan nafas Cuma yang membezakannya adalah kemahiran menahan nafas dengan lebih lama dan lebih sistematik.Untuk mendapatkan kemahiran menahan nafas yang lebih lama dan lebih sistematik seseorang penyelam yang ingin mengamalkan teknik ini perlu menjalani latihan yang berterusan dan bersistem.

Hanya dengan latihan yang berterusan sahaja seseorang penyelam akan mengusai teknik ini dengan baik dan memperolehi hasil yang mengagumkan dimana mereka akan mampu untuk menyelam lebih lama daripada orang lain yang tidak mengamalkan latihan yang berterusan dan bersistem.Tidak mustahil seseorang penyelam  boleh menyelam sehingga selama 10 minit hanya dengan satu nafas sahaja jika mereka mengamalkan latihan yang berterusan dan bersistem itu.  

Kebaikan
 Teknik ini tidak memerlukan perbelanjaan besar hanya memerlukan disiplin dan ketahanan diri penyelam itu sendiri.Dengan teknik ini juga risiko untuk mendapat penyakit berkaitan menyelam adalah sangat kecil kecuali 1 penyakit sahaja iaitu sindrom `Terpadam mengejut’ atau`shallow water blackout’.

Keburukan
Ianya kini jarang digunakan untuk melakukan sesuatu pekerjaan dibawah air kerana jangkamasa untuk penyelam berada dibawah air yang amat terhad.
Penyelam terdedah kepada sindrom `terpadam mengejut’.Ia adalah situasi dimana tidak sedarkan diri akibat kekurangan oksigen dibahagian otak ketika dipenghujung penahanan nafas yang biasanya berlaku diair yang cetek (kurang 16 kaki).

Biasanya berlaku apabila seseorang penyelam  menahan nafasnya secara maksimum,atau menyedut nafas terlalu dalam ataupun bernafas terlalu laju sebelum melakukan selaman.Ia boleh berlaku keatas sesiapa sahaja termasuk pengamal teknik selaman bebas (free diving) atau perenang yang sihat dan cergas.Seringkali kita dengar berlaku kematian dikolam renang walaupun mangsa pandai berenang kerana seringkali ia berlaku tanpa orang lain menyedari yang mangsanya sedang menghadapi masaalah tersebut.

Ibu bapa yang membawa anak bermain air sama ada dikolam renang atau dilaut hendaklah sentiasa memberi perhatian memantau anak-anak mereka walaupun anak-anak mereka sudah pandai berenang kerana sindrom`Terpadam Mengejut’ boleh berlaku secara tiba-tiba tanpa kita sedari. Walaupun mekanisma bagaimana ia berlaku telah dikenalpasti namun masih ramai pengamal selaman bebas yang tidak tahu mengenainya.  



Time


Get your own Digital Clock

Followers

Aku..

(Sesungguhnya masa depan kita atau org lain tidak kita ketahui melainkan semuanya adalah didalam pengetahuan ALLAH SWT jua. ) Ini adalah sebuah kisah atau cerita-cerita yang membosankan mengenai kehidupanku sebagai seorang penyelam komersial dalam industri Minyak & Gas.Kepada yang pertama kali masuk blog ni eloklah baca dari entri pertama baru bole faham blog ini sbnrnya...sama mcm kita tgk movie kalau tiba2 je dah kat tgh2 mesti tak faham. kemudian kita terus andaikan yang citer tu tak best.....Anggaplah Tuan/Puan sedang membaca sebuah novel realiti.walau bagaimanapun aku ucapkan terima kasih kerana Tuan/Puan sudi melayan blog `Cap Ayam' aku ni.Hidup sebagai pelaut seperti aku bersesuaian benar dengan ayat dari surah dibawah.

Dialah yang menundukan lautan (sehingga boleh dilayari dipermukaannya atau diselami didasarnya) Supaya kamu dapat makan daripadanya daging yang lembut dan dapat pula mengeluarkan daripadanya perhiasan untuk kamu memakainya.Engkau melihat pula kapal-kapal belayar padanya dan supaya kamu dapat mencari rezeki daripada limpah kurnianya mudah-mudahan kamu bersyukur.

AL NAHL ayat 14.

Cari di Facebook (FB)
ronin newg



ok peace....
( Untuk stori bergambar sila layari melalui engine carian mozila firefox atau google chrome,kerana entah dimana silapnya internet explorer hanya menyiarkan stori tanpa gambar )

Sila Ikuti Kisah Ini Melalui Panduan Bacaan



















Radio Online

Radio Online
Klasik Nasional FM

Panduan Bacaan