Dunia Commercial Diver



Mulai Jun 2014 Sehingga beberapa bulan akan datang Blog ini akan menyiarkan semula artikel-artikel yang ditulis oleh saya yang telah pernah diterbitkan didalam Majalah PERAJURIT terbitan hujung 2012 hingga awal 2013.Tujuan penyiaran semula artikel-artikel berbentuk informatif ini adalah bagi memberi peluang kepada pembaca-pembaca lain yang tidak sempat memiliki majalah tersebut semasa keluarannya.Penulis dimaklumkan oleh pihak penerbitan Majalah tersebut bahawa Artikel-artikel mengenai menyelam yang disiarkan  adalah yang pertama  seumpamanya mengenai sejarah menyelam,tujuan menyelam dan teknik-teknik menyelam yang ada.
Semoga para pembaca yang meminati aktiviti menyelam atau pembaca biasa beroleh manfaat daripada artikel-artikel tersebut.  

Oleh : A**** J****

roninn70@gmail.com

Selaman Teknikal
Selaman Teknikal atau ada juga yang menggelarnya sebagai `Tec Diving’ adalah sebahagian daripada selaman skuba juga tetapi skopnya adalah  melebihi dari selaman rekreasi walaupun sebahagian besar penyelam Teknikal masih melakukannya  untuk berekreasi.
Selaman teknikal banyak digunakan oleh
Penyelam Tempur – Penyelam dalam Angkatan Tentera atau Pasukan Polis
Penyelam gua-menyelam didalam saluran atau sistem gua bawah air yang berselirat.
Penyelam dalam-menyelam dikedalaman yang melebihi dari paras kedalaman dihadkan bagi penyelam udara biasa.
Penyelam ais – Menyelam dibawah permukaan ais
Penyelam kapal karam-Menyelam didalam bahagian yang ranap atau bangkai kapal yang telah karam.
Selaman teknikal sebenarnya mempunyai risiko yang sangat tinggi melebihi dari selam skuba konvesional. Selain dari menghadapi risiko kegagalan pada fungsi peralatan,Tindakbalas sistem dalaman tubuh badan penyelam pada tekanan laut dan gas campuran yang digunakan, kondisi dan persekitaran kawasan selaman juga banyak menyumbang kepada kemalangan yang menimpa penyelam teknikal.


Untuk menjadi penyelam teknikal memerlukan kursus khas secara lanjutan,latihan secara berterusan, memerlukan peralatan khas dan mahir dengan peralatannya serta sering menyelam dengan menggunakan gas lebih banyak daripada menyelam menggunakan udara biasa yang dimampatkan atau campuran nitrogen dan oksigen yang biasa (nitrox).Penyelam juga harus faham dan masak dengan prosedur dan peraturan Selaman Teknikal. 

Selain dari peralatan rebreather yang digunakan penyelam juga dilengkapi dengan silinder mengandungi Enrich Air Nitrox 50 (EAN50) disebelah kiri dan silinder mengandungi  Oksigen tulin disebelah kanan.

Konsep dan terma perkataan selam teknikal itu baru sahaja diketengahkan sejak kebelakangan ini.Walaupun penyelam sudah menguasai atau memiliki kemahiran apa yang sekarang ini dikenali sebagai Selam Teknikal sejak beberapa dekad tetapi perkataan `Selam Teknikal’ itu menjadi popular selepas digunakan oleh Michael Menduno yang pernah menjadi editor kepada majalah menyelam magazine AquaCops pada tahun 1991.

Definasi Selam Teknikal
Terdapat percanggahan pendapat dikalangan penggiat tegar aktiviti menyelam berkaitan dengan terma selam teknikal itu.Ada sesetengah penyelam berpendapat selaman lain yang risikonya melebihi dari selaman rekreasi konvesional adalah termasuk dalam kategori Selaman teknikal. 

PADI (Professional Ascociation Of Diving Instructors) sebagai sebuah agensi latihan menyelam terbesar di Amerika Utara mendefinasikan Selam Teknikal sebagai ` `menyelam yang lain dari menyelam komersial konvesional atau selam rekreasi atau menyelam yang melebihi tahap selam rekreasi biasa’.

Diterangkan dengan lebih lanjut antaranya `menyelam melebihi 40 meter/130 kaki,memerlukan beberapa tahap hentian dekompressi,menyelam dipersekitaran terlindung atau sukar dan melebihi 130 kaki dari permukaan,melakukan beberapa tahap hentian dekompressi serta melakukan beberapa campuran gas didalam satu selaman adalah termasuk kategori selaman teknikal’.

Sejarah
1808 seorang mekanik bernama Toubolic dalam angkatan laut Raja Napoleon telah mereka bentuk Oksigen Rebreather yang pertama.dalam rancangannya rekaan tersebut akan menggunakan sponge yang direndam dengan air limau bagi proses kitar semula udara.Beliau menggelarkan rekaannya dengan nama `fish man’.Namun bukti rekaan prototaip tidak pernah ditemui.

Rebreather Oksigen yang pertama dapat berfungsi telah direka oleh seorang ahli kimia bernama Pierre-Aimable de Saint Simon Sicard pada tahun 1849 beliau kemudian menunjukkan demonstrasi kebolehan alat tersebut diLondon pada tahun 1854

1853 Professor T. Schwann telah mereka Rebreather diBelgium dan mempamirkannya di Paris pada 1878.Ciptaan beliau itu mempunyai tangki oksigen yang besar dibahagian belakang dan penyerap yang menggunakan sponges yang direndam dengan caustic soda.bagi proses kitar semula udara.

Alat menyelam kandung sendiri yang boleh berfungsi dengan baik dan menggunakan oksigen mampat yang pertama telah direka dan dibangunkan pada tahun 1876 oleh seorang pelaut Inggeris bernama Henry Fleuss.Prototaip alat scuba ini menggunakan tali yang direndam dengan bahan tertentu bagi membolehkannya menyerap karbon dioksida dan kemudian memprosesnya  untuk disedut semula.

Pada tahun 1903 hingga 1907 Professor Georges Jaubert, telah mereka  Oxylithe ia menghasilkan Sodium peroxide atau Sodium dioxide yang boleh menyerap karbon dioksida dan meninggalkan oksigen.

Dalam tahun 1909 Captain S.S. Hall, R.N., and Dr. O. Rees, R.N.,membangunkan peralatan pernafasan bagi melepaskan diri dari kapal selam menggunakan Oxylithe yang direka oleh Professor Georges Jaubert itu setelah diberi sedikit penambahbaikan lalu ianya digunakan untuk peralatan menyelam diair cetek.

Berfungsi
Pada dasarnya penyelam yang menyelam menggunakan udara biasa yang dimampatkan melebihi dari kedalaman 180 kaki atau 55 meter terdedah kepada risiko keracunan oksigen.kerana didalam udara biasa yang termampat itu mengandungi oksigen pada kadar 21%, pada kedalaman 180 kaki (55 meter) oksigen tersebut akan memberi  tindakbalas negatif dan memberi kesan kepada penyelam ketika dibawah air.

Bagi mengelakkan ia berlaku penyelam perlu mencampurkan udara yang disedut dengan gas tertentu.

Selam Teknikal memerlukan penyelam bernafas sama ada 100 % Oksigen atau campuran Nitrogen Oksigen (Nitrox) ataupun campuran Oksigen,Nitrogen & helium (trimix).Ia bergantung juga kepada tahap kedalaman yang dipilih oleh penyelam untuk berada

Selepas menyelam sama ada pergi lebih dalam atau berada lebih lama dibawah air penyelam itu tidak boleh terus timbul dipermukaan dengan selamat.Kerana tekanan laut dan kedalaman menyebabkan penyelam telah terdedah kepada risiko mendapat penyakit penyelam.Bagi mengurangkan risiko penyakit tersebut penyelam perlu membuat beberapa tahap hentian dibawah air pada kedalaman tertentu dan disetiap hentian itu melakukannya dalam kadar masa tertentu yang telah ditetapkan didalam jadual selaman.

Rutin hentian ini termaktub untuk semua kategori penyelam yang menyelam melebihi had yang dibenarkan.Bagi penyelam skuba yang menggunakan udara yang dimampatkan tiada sebarang pertukaran gas diperlukan.Tetapi bagi penyelam Teknikal yang menggunakan gas campuran sama ada nitrox atau trimix,pada kedalaman tertentu pertukaran gas yang disedut perlu dilakukan agar tidak berlaku tindakbalas negatif dalam system tubuh badan akibat daripada tekanan persekitaran.Jika berlaku tindakbalas negatif tersebut akibatnya adalah sangat buruk dan boleh mendatangkan bencana.Selepas melalui beberapa prosedur hentian barulah penyelam boleh timbul dipermukaan air.

Kebaikan
Kebaikan bagi selaman teknikal dibandingkan dengan selam scuba konvesional adalah ianya melangkaui tahap kedalaman biasa dan jangkamasa yang lebih lama berada dibawah permukaan air. 

Keburukan
Disamping kebaikannya terdapat beberapa siri keburukan bagi teknik selam teknikal ini antaranya prosedur protocol yang ketat melebihi selam scuba udara mampat,kos yang lebih tinggi.perlu peralatan tambahan, Penyenggaraan yang sukar dan risiko yang lebih tinggi. Penggunaan gas campuran juga meningkatkan risiko `Keracunan Oksigen’  pada Sistem Saraf utama penyelam.







Time


Get your own Digital Clock

Followers

Aku..

(Sesungguhnya masa depan kita atau org lain tidak kita ketahui melainkan semuanya adalah didalam pengetahuan ALLAH SWT jua. ) Ini adalah sebuah kisah atau cerita-cerita yang membosankan mengenai kehidupanku sebagai seorang penyelam komersial dalam industri Minyak & Gas.Kepada yang pertama kali masuk blog ni eloklah baca dari entri pertama baru bole faham blog ini sbnrnya...sama mcm kita tgk movie kalau tiba2 je dah kat tgh2 mesti tak faham. kemudian kita terus andaikan yang citer tu tak best.....Anggaplah Tuan/Puan sedang membaca sebuah novel realiti.walau bagaimanapun aku ucapkan terima kasih kerana Tuan/Puan sudi melayan blog `Cap Ayam' aku ni.Hidup sebagai pelaut seperti aku bersesuaian benar dengan ayat dari surah dibawah.

Dialah yang menundukan lautan (sehingga boleh dilayari dipermukaannya atau diselami didasarnya) Supaya kamu dapat makan daripadanya daging yang lembut dan dapat pula mengeluarkan daripadanya perhiasan untuk kamu memakainya.Engkau melihat pula kapal-kapal belayar padanya dan supaya kamu dapat mencari rezeki daripada limpah kurnianya mudah-mudahan kamu bersyukur.

AL NAHL ayat 14.

Cari di Facebook (FB)
ronin newg



ok peace....
( Untuk stori bergambar sila layari melalui engine carian mozila firefox atau google chrome,kerana entah dimana silapnya internet explorer hanya menyiarkan stori tanpa gambar )

Sila Ikuti Kisah Ini Melalui Panduan Bacaan



















Radio Online

Radio Online
Klasik Nasional FM

Panduan Bacaan