Dunia Commercial Diver



Mulai Jun 2014 Sehingga beberapa bulan akan datang Blog ini akan menyiarkan semula artikel-artikel yang ditulis oleh saya yang telah pernah diterbitkan didalam Majalah PERAJURIT terbitan hujung 2012 hingga awal 2013.Tujuan penyiaran semula artikel-artikel berbentuk informatif ini adalah bagi memberi peluang kepada pembaca-pembaca lain yang tidak sempat memiliki majalah tersebut semasa keluarannya.Penulis dimaklumkan oleh pihak penerbitan Majalah tersebut bahawa Artikel-artikel mengenai menyelam yang disiarkan  adalah yang pertama  seumpamanya mengenai sejarah menyelam,tujuan menyelam dan teknik-teknik menyelam yang ada.
Semoga para pembaca yang meminati aktiviti menyelam atau pembaca biasa beroleh manfaat daripada artikel-artikel tersebut.  

Oleh : A**** J****
roninn70@gmail.com

TEKNIK BEKALAN DARI PERMUKAAN ATAU `SURFACE SUPPLIED’

Teknik Bekalan dari permukaan atau (surface supplied) ini adalah legasi dari teknik menyelam kuno yang menggunakan buluh atau akar,kemudian ia diberi penambahbaikan oleh Augustus Siebe sekitar tahun 1837 dan sekarang teknik ini semakin maju dan bertambah baik dengan ciri-ciri keselamatan yang telah dipertingkatkan setelah melalui beberapa proses perubahan dari zaman kezaman.

Dizaman ini ianya banyak digunakan dalam industri berat seperti Minyak dan gas,pembinaan bawah air,pembalakan bawah air,penyelam mutiara dan sangat sedikit didalam sektor perlancungan.Kebanyakan tentera laut Negara-negara utama dunia mempunyai kemahiran dan kepakaran dalam selaman menggunakan teknik ini dan  Tentera Laut Diraja Malaysia juga tidak terkecuali.

TLDM dikatakan mempunyai sejumlah besar anggota yang masih berkhidmat yang menguasai kemahiran teknik ini serta dikatakan antara yang mempunyai kelengkapan yang  baik dan canggih dirantau ini bagi melaksanakan tugas selaman laut dalam menggunakan teknik bekalan dari permukaan. Sejak tahun 2005 Sebuah Akademi Menyelam Komersial yang berpengkalan di Perth Australia telah mendapat kontrak selama beberapa  tahun bagi melatih penyelam-penyelam TLDM didalam kemahiran ini  dibawah Pentauliahan Australian Diver Accreditation Scheme (ADAS) yang diiktiraf Antarabangsa.

Anggota penyelam TLDM juga telah Berjaya mencatat rekod didalam Malaysia Book Of Records setelah membuat selaman sedalam 90 meter menggunakan teknik Bekalan dari permukaan dan bernafas dengan gas campuran.Sebahagian Besar Penyelam-penyelam TLDM menguasai kedua-dua teknik bekalan dari permukaan menggunakan udara mampat dan juga gas campuran. Bagaimanapun difahamkan penyelam TLDM sudah menguasai kemahiran teknik ini lebih lama sebelum itu lagi.

Manakala dikalangan Unit-unit didalam  Polis Diraja Malaysia pula dipercayai anggota- anggota dari Tim Penyelam Unit Tindak Khas (UTK) Bukit Aman adalah pelopor didalam menguasai teknik bekalan dari Permukaan menggunakan udara mampat dan juga gas campuran.  Pendedahan awal penyelam UTK berkaitan teknik ini diperolehi di Sekolah Menyelam TLDM (sekarang  KD Duyong) sejak awal 90an lagi. Namun sertifikasi  Pentauliahan ADAS yang pertama diterima bermula sejak tahun 2006 selepas penyelam pertamanya mendapat latihan terus di Perth Australia.Sehingga kini setiap tahun masih terdapat penyelam UTK yang menjalani latihan di Australia walaupun dalam  jumlah yang sangat kecil.Malah Ada Penyelam UTK juga dikatakan turut menguasai Teknik Menyelam Tepu (Saturation Dive),iaitu antara teknik menyelam yang paling kompleks dan berisiko.

Selepas UTK Kini penyelam-penyelam VAT 69 juga turut berjinak didalam penggunaan teknik bekalan dari permukaan ini dengan sertifikasi dalaman (In House) atau sertifikasi sebagai pengguna peralatan sejak 2011.Difahamkan yang VAT 69 telah pun memiliki peralatan asas bagi teknik menyelam tersebut.Ini adalah Satu perkembangan yang positif dimana VAT 69 Dipercayai sebagai Unit Pertama didalam PDRM yang memiliki sistem peralatan asas menyelam bekalan dari permukaan.

Pada suatu ketika walaupun UTK adalah Unit Pertama didalam PDRM yang memiliki kebuk mampatan hiperbarik (hiperbaric chamber) sendiri sejak awal 90an namun kini  Vat 69 juga telah mempunyai peralatan-peralatan menyelam yang lebih baik dan lengkap termasuk juga memiliki Kebuk mampatan hiperbarik (hiperbarik chamber) mudah alih sendiri dan mempunyai sebilangan anggota yang mampu mengendalikannya dengan baik.Dengan perolehan beberapa aset peralatan  menyelam yang perbagai dan terkini meletakkan Pasukan penyelam VAT 69 kini pada satu tahap lebih berdaya maju berbanding beberapa tahun sebelumnya.

Sistem Peralatan asas bagi sistem bekalan dari permukaan adalah Panel kawan mudah alih bersama panel komunikasi mudah alih dan silinder angin

Teknik Bekalan dari Permukaan juga sesuai bagi Unit-Unit atau pasukan yang sering melakukan tugasan Mencari dan Menyelamat Seperti Pasukan  Bomba dan penyelamat,Pasukan Smart dan Agensi Penguatkuasa Maritim Malaysia (APMM). Terutama apabila menjalankan operasi menyelam dikawasan yang mempunyai jarak pandangan yang terhad atau `Zero Visiblity’ Seperti Tasik,lombong dan Loji Kumbahan.Kerana sebagai sesebuah entiti pasukan penyelamat diair akan tampak tidak professional sekiranya ahli pasukan itu pula yang ditimpa kemalangan menyelam hanya kerana peralatan yang digunakan tidak mempunyai ciri-ciri keselamatan berganda ataupun kelemahan dalam prosedur keselamatan diair ini termasuklah dari segi pemilihan dan penggunaan peralatan menyelam yang bersesuaian. 

Berfungsi-

Terdapat Beberapa gaya yang menggunakan peralatan paling ringkas bagi penyelam yang menggunakan teknik ini antaranya penyelam akan menggunakan alat pengatur udara (regulator) yang disambungkan dengan hos dari permukaan manakala dipermukaan pula hos tadi disambungkan terus kepada mesin pemampat udara.Teknik bekalan dari permukaan yang ringkas ini banyak digunakan oleh penyelam-penyelam mutiara diladang-ladang penternakan mutiara yang banyak terdapat di Australia.DiAustralia ia lebih dikenali dengan panggilan ‘Hookah’.Di Pantai Barat Afrika Selatan penyelam berlian komersial juga menggunakan teknik Hookah ini.

Cara yang lain pula adalah udara dibekalkan kepada penyelam melalui hos yang disambungkan dari silinder angin berisi udara mampat yang berada diatas permukaan biasanya diatas pelampung.Dan penyelam menggunakan pengatur udara tahap kedua scuba.kaedah ini dipanggil Snuba.

Kaedah yang paling tidak selamat dan merbahaya adalah yang banyak digunakan di Filipina dan Kepulauan Carribean .kaedah ini dipanggil `Menyelam Mesin Pemampat’ (compressor Diving) dimana beberapa tiub plastic kecil yang disambungkan dengan mesin pemampat diatas permukaan biasanya diatas bot,Kemudian  udara yang  tidak ditapis dibekalkan terus kepada penyelam.Hos udara tadi biasanya hanya digigit oleh penyelam .Kaedah ini juga banyak digunakan oleh suku Bajau Laut yang banyak tinggal diperairan Samporna Sabah.Semenjak Suku Bajau Laut menggunakan kaedah ini untuk menyelam maka banyak juga kes penyakit penyelam yang juga dikenali sebagai `bends’ atau decompression sickness  yang menimpa mereka. 

DiMalaysia pula suatu ketika dulu pemotong-pemotong balak bawah air di Empangan Kenyir yang berketurunan Siam dari Thailand turut menggunakan kaedah yang sama.Banyak juga kes kematian dan kehilangan upaya kekal dikalangan penyelam mereka yang direkodkan. walaupun dari segi keselamatan peralatan yang digunakan adalah terkeluar jauh dari norma prosedur standard operasi namun keghairahan untuk mendapatkan keuntungan telah menafikan keperluan dalam aspek keselamatan. 

Selamat
Dalam versi yang lain yang lebih sempurna dan lebih selamat  untuk teknik ini pula penyelam akan memakai sejenis topi khas dan ditopi tersebut terdapat hos bagi digunakan untuk membekalkan udara dari permukaan terus kepada penyelam.Udara tersebut juga telah dimampatkan didalam tabung penyimpanan udara.Dengan teknik ini penyelam boleh bernafas sepuas-puasnya dan boleh berada lebih lama didalam air kerana bekalan udara untuknya diselia oleh penyelia selaman dan pembantu-pembantu yang berada dipermukaan yang akan memastikan bekalan udara untuk penyelam sentiasa mencukupi.

Bagi menjamin keselamatan yang lebih baik ciri-ciri keselamatannya telah dipertingkatkan lagi dimana selain dari hos udara turut dipasang ditopi khas penyelam ialah kabel komunikasi bagi membolehkan penyelam berkomunikasi suara dengan penyelia selaman yang dipermukaan,kabel kamera video bagi memudahkan penyelia melihat apa yang dilihat oleh penyelam  dan juga hos angin (pheneumofathometer) bagi menyukat kedalaman supaya tahap kedalaman penyelam berada sentiasa boleh dipantau untuk tujuan keselamatan selaman.Dengan teknik dan peralatan yang digunakan penyelam boleh berkomunikasi dengan orang dipermukaan seperti biasa jadi sebarang perkembangan dan situasi dibawah air dapat dilapurkan terus dan arahan dari permukaan pula dapat disampaikan manakala setiap yang dilakukan oleh penyelam pula dapat direkodkan dalam video dengan menggunakan kamera video yang dipasang ditopi khas penyelam tersebut.

Penyelam UTK menggunakan Helmet keras Menyelam versi Kirby Morgan Superlite 17B bersama Kamera dan Lampu limpah dalam satu tugas menyelam diLapangan Minyak


Penyelam dengan topi khas yang dipasangkan kamera video dan Lampu sorot sedang melakukan kerja-kerja pembersihan pada struktur pelantar minyak .(gmbr kredit internet)

Dengan topi khas ini penyelam hanya akan basah dari bahagian leher kebawah sahaja manakala bahagian kepala adalah kering.Teknik dan peralatan yang lebih lengkap ini banyak digunakan dalam industri berat seperti Industri Minyak dan gas dan industri pembinaan bawah air.

Dengan teknik bekalan dari permukaan ini juga selain dari menggunakan udara yang dimampatkan,bagi selaman yang lebih dalam dan lama, udara yang dimampatkan ditukar kepada gas campuran iaitu nitrogen,oksigen dan helium.Ini adalah jika hanya bernafas dengan udara mampat penyelam hanya boleh menyelam sehingga ketahap 165 kaki sahaja kerana apabila terlalu dalam tekanan pada kedalaman laut akan menyebabkan terhasilnya gas dalam badan yang boleh menganggu system otak dimana akan menyebabkan penyelam tidak sedar diri atau tidak tahu apa yang dilakukan.Sindrom ini dipanggil sebagai `Nitrogen Narkosis’.Jika ini berlaku ketika penyelam berada didalam air kesannya adalah buruk dan sangat membahayakan.Sebab itu gas campuran diperlukan bagi menseimbangkan penghasilan gas dalam system tubuh badan semasa penyelaman lebih dalam dilakukan.

Bagi penyelam yang menggunakan teknik ini yang terlibat dengan industri berat, sebagai langkah keselamatan penyelam akan membawa satu lagi silinder angin tambahan bersamanya ianya bertujuan untuk digunakan semasa kecemasan,yang mana sekiranya bekalan dari permukaan terputus sama ada akibat dari bekalan udara habis,kegagalan pada mesin pemampat udara tekanan rendah ataupun berlaku gangguan pada hos udara maka ketika itulah penyelam akan menggunakan silinder tambahan tadi untuk naik kepermukaan.Secara tidak langsung mengurangkan risiko penyelam lemas.


Badan pentauliahan
Terdapat beberapa badan pentauliahan yang menyediakan khidmat latihan dan pendidikan dalam bidang menyelam menggunakan teknik bekalan dari permukaan (surface supplied) ini.Antaranya ADAS (Australian Diver Achreditation scheme),ADAS NZ (New Zealand),ADC (Ascociation of Diving Contractors),HSE Pt 1(Health And Safety Environment),SACD (South African Comm.Diver) dan lain-lain.Latihan yang diberikan adalah sangat mendalam dan intensif serta memerlukan perbelanjaan yang tinggi.

Kebaikan
Kebaikan menggunakan teknik ini adalah ianya lebih selamat bagi penyelam itu kerana terdapatnya ciri-ciri keselamatan berganda antaranya Bekalan angin yang berterusan membolehkan penyelam berada dalam air lebih lama,komunikasi dua hala dengan permukaan.Topi keras yang melindungi kepala.Penyeliaan dan pemantauan dari permukaan,bantuan segera dari permukaan sama ada penyelam siap sedia atau pembantu permukaan yang akan segera menarik penyelam keatas jika berlaku kecemasan. 

Keburukan-
Kelemahan bagi penggunaan sistem ini adalah memerlukan belanja yang tinggi bagi peralatan-peralatannya seperti Topi menyelam,alat komunikasi,hos angin (umbilical), memerlukan pembantu.serta pergerakan yang sedikit terbatas berbanding penggunaan alat Skuba konvesional. Namun jika difikirkan semula  nyawa seseorang penyelam adalah lebih bernilai berbanding kos membeli peralatan  yang dikeluarkan.walaupun terdapat beberapa kelemahan tertentu tetapi setakat ini teknik bekalan dari permukaan yang teratur dan bersistematik adalah teknik yang terbaik dan paling selamat abad ini. 

Time


Get your own Digital Clock

Followers

Aku..

(Sesungguhnya masa depan kita atau org lain tidak kita ketahui melainkan semuanya adalah didalam pengetahuan ALLAH SWT jua. ) Ini adalah sebuah kisah atau cerita-cerita yang membosankan mengenai kehidupanku sebagai seorang penyelam komersial dalam industri Minyak & Gas.Kepada yang pertama kali masuk blog ni eloklah baca dari entri pertama baru bole faham blog ini sbnrnya...sama mcm kita tgk movie kalau tiba2 je dah kat tgh2 mesti tak faham. kemudian kita terus andaikan yang citer tu tak best.....Anggaplah Tuan/Puan sedang membaca sebuah novel realiti.walau bagaimanapun aku ucapkan terima kasih kerana Tuan/Puan sudi melayan blog `Cap Ayam' aku ni.Hidup sebagai pelaut seperti aku bersesuaian benar dengan ayat dari surah dibawah.

Dialah yang menundukan lautan (sehingga boleh dilayari dipermukaannya atau diselami didasarnya) Supaya kamu dapat makan daripadanya daging yang lembut dan dapat pula mengeluarkan daripadanya perhiasan untuk kamu memakainya.Engkau melihat pula kapal-kapal belayar padanya dan supaya kamu dapat mencari rezeki daripada limpah kurnianya mudah-mudahan kamu bersyukur.

AL NAHL ayat 14.

Cari di Facebook (FB)
ronin newg



ok peace....
( Untuk stori bergambar sila layari melalui engine carian mozila firefox atau google chrome,kerana entah dimana silapnya internet explorer hanya menyiarkan stori tanpa gambar )

Sila Ikuti Kisah Ini Melalui Panduan Bacaan



















Radio Online

Radio Online
Klasik Nasional FM

Panduan Bacaan

Top Commentators

Get this widget here