Mulai Jun 2014 Sehingga beberapa bulan akan datang Blog ini akan
menyiarkan semula artikel-artikel yang ditulis oleh saya yang telah pernah
diterbitkan didalam Majalah PERAJURIT terbitan hujung 2012 hingga awal
2013.Tujuan penyiaran semula artikel-artikel berbentuk informatif ini adalah
bagi memberi peluang kepada pembaca-pembaca lain yang tidak sempat memiliki
majalah tersebut semasa keluarannya.Penulis dimaklumkan oleh pihak penerbitan
Majalah tersebut bahawa Artikel-artikel mengenai menyelam yang disiarkan
adalah yang pertama seumpamanya mengenai sejarah menyelam,tujuan
menyelam dan teknik-teknik menyelam yang ada.
Semoga para pembaca yang meminati aktiviti menyelam atau pembaca biasa beroleh manfaat daripada artikel-artikel tersebut.
Semoga para pembaca yang meminati aktiviti menyelam atau pembaca biasa beroleh manfaat daripada artikel-artikel tersebut.
Oleh : A**** J****
roninn70@gmail.com
TEKNIK MENYELAM TEPU ATAUPUN `DIVING
SATURATION’
Menyelam tepu atau lebih dikenali
sebagai `saturation diving’ adalah satu teknik yang membolehkan penyelam berada
dikedalaman yang sangat dalam dan dalam tempoh yang panjang. Teknik ini adalah
satu teknik tahap paling tinggi,paling sukar
dan kompleks serta melibatkan perbelanjaan yang sangat besar.
Tepu atau `saturation’ merujuk kepada fakta bila mana tisu penyelam
telah menyerap sebahagian gas tekanan yang dibolehkan dikedalaman tersebut
akibat dari terdedah kepada pengambilan gas tersebut untuk jangkamasa yang
panjang.ini adalah kerana apabila sekali
tisu telah tepu maka ia tidak akan meningkat lagi walaupun terdedah lebih lama
lagi.Jadi apabila tisu telah tepu ianya dapat mengelakkan penyelam dari
mendapat penyakit penyelam yang lebih dikenali dengan panggilan `bends’.
Biasanya menyelam tepu membolehkan
penyelam professional untuk hidup dan bekerja dikedalaman yang melebihi 50 meter / 165 kaki untuk
jangkamasa berhari-hari atau berminggu-minggu dalam satu-satu masa. Kaedah menyelam sebegini didalam sesuatu
operasi tertentu membolehkan penjimatan kos serta meningkatkan keselamatan
penyelam.Selepas bekerja didalam air penyelam akan berehat dan meneruskan
kehidupan didalam habitat kering atau ruang terkurung yang bertekanan
tinggi.Tekanan udara persekitaran didalam habitat kering ini adalah sama dengan tekanan kedalaman tempat
mereka bekerja.contohya jika penyelam akan bekerja dikedalaman 150 meter /492
kaki maka tekanan didalam habitat kering tempat tinggal mereka juga akan
disesuaikan hampir sama dengan tekanan di kedalaman tersebut.
Penyelam tepu akan tinggal didalam habitat kering atau kebuk mampatan sepanjang projek kerja-kerja bawah air berlangsung |
Pasukan penyelam tepu ini hanya di kompressikan
sekali sahaja dan mereka akan dinyahkompressi apabila telah selesai kerja-kerja
dikedalaman tersebut sama ada ianya memakan masa beberapa hari atau beberapa
minggu.
Sistem tepu atau saturation system adalah
merujuk kepada komplek kebuk mampatan,Kebuk pemindah dan kebuk dekompressi
bawah permukaan yang mana didalam industri selam komersial dan selam militeri ia biasanya dipanggil
loceng menyelam (diving bell),kapsul memindah personal (ptc) atau kebuk mampatan
bawah permukaan (SDC).
Sistem
peralatan dan pengoperasiannya memerlukan gabungan pelbagai sistem yang lain
untuk digerakkan terdiri dari hidrolik,phneumatic,electric, komponen canggih
eletronik dan lain-lain sistem mekanikal.Keseluruhan sistemnya dikawal dari
bilik kawalan dimana kedalaman,persekitaran ruang dan lain-lain persekitaran sistem
dipantau dan dikawal
Penyelam Tepu sedang bergaya dibawahh air berlatar belakang Loceng Menyelam yang mereka gunakan sebagai pengangkutan ke tapak kerja. |
SEJARAH
Sejarahnya bermula pada 22 december
1938 apabila Edgar End
dan Max Noh telah membuat cubaan selaman tepu dengan membuat selaman selama 27
jam dikedalaman 101 kaki di fasiliti rekompressi di Milwaukee Amerika.Proses
dekompressi selama 5 jam hanya meninggalkan sedikit kesan ringan penyakit
dekompressi
Menyelam tepu pertama kali digunakan
dalam bidang kommersial pula pada tahun 1965 oleh syarikat Westinghouse di
Empangan Smith Mountain pada kedalaman 200 kaki.
Rekod kedalaman paling dalam yang
pertama dibuat oleh penyelam-penyelam dibawah program eksperimen yang dipanggil
Atlantis 111 yang dijalankan oleh Peter B. Bennett di Duke
University Medical Center ialah pada tahun 1981.Dengan
kedalaman maksimum 2,250 (685.8
meters),dan proses dekompressi secara perlahan-lahan mengambil masa lebih dari
31 hari untuk kembali berada di persekitaran normal.
Selepas pada itu beberapa lagi siri ujian-ujian
dijalankan juga Berjaya mencipta beberapa lagi rekod kedalaman ekstrem yang
dibuat oleh manusia dalam kaedah menyelam tepu.Rekod Selaman paling dalam di
luar pesisir dibuat pada tahun 1988 oleh sekumpulan penyelam professional dari
Comex S.A iaitu kontraktor yang terkenal dengan kerja-kerja dilaut dalam.Rekod dibuat dalam
satu tugasan dilaut Mediteranean mencapai kedalaman 534 meter (1752 kaki).
Tetapi atas kekangan tertentu antaranya dari segi
kompleksiti,masaalah perubatan,daya tahan manusia dan kos yang tinggi maka
menyelam tepu tidak praktikal untuk digunakan melebihi dari kedalaman 300
meter.Sebarang kerja-kerja bawah air yang melebihi kedalaman 300 meter sekarang
ini biasanya akan menggunakan Kenderaan Kawalan Jauh (ROV) ataupun penyelam
yang menggunakan Atmospheric Diving Suits (ADS).
KAEDAH
OPERASI
Operasi menyelam tepu adalah agak
kompleks dengan peralatan-peralatan yang sensitif dan memerlukan kos yang
tinggi.
Secara praktikal asasnya Penyelam
tepu akan tinggal didalam habitat kering yang telah dikompress pada kedalaman
tertentu.Penyelam menyedut gas campuran untuk bernafas (biasanya helium +
oksigen).Jika Teknik bekalan dari permukaan udara mampat adalah system litar
terbuka dimana udara yang disedut akan dilepaskan ke permukaan,Teknik Menyelam
tepu pula adalah system litar tertutup dimana gas yang dihembus oleh penyelam
tidak dilepaskan kepermukaan tetapi akan dikitar semula dan disedut semula oleh
penyelam. Gas campuran yang digunakan juga adalah mahal jadi dengan kitar
semula penggunaan secara maksimum dipraktikkan agar tidak berlaku pembaziran
gas. Bagi Penyelam Tepu mereka akan menggunakan Helmet menyelam yang telah
diubahsuai daripada Helmet menyelam
udara mampat.ia dipanggil `Reclaim Helmet’.Apabila kedalaman selaman bertambah
maka penggunaan gas meningkat Oleh kerana gas helium terlalu mahal jadi
penggunaan gas yang terlalu banyak adalah tidak praktikal dari segi kos jadi
penggunaan `Reclaim Helmet’ membolehkan proses kitar semula gas yang digunakan
dan menjimatkan kos.Namun kadang-kadang berlaku juga kegagalan mekanikal pada
`Reclaim Helmet’ dan gas yang di hembus tidak dikitar semula tetapi akan keluar
ke permukaan dan berlaku pembaziran.namun ini jarang berlaku.
Sepanjang tinggal didalam habitat
kering ini penyelam akan dipantau dari bilik kawalan yang mana dari situ jumlah
gas campuran yang dibekalkan kepada penyelam dikawal,kedalaman
dikawal,keperluan-keperluan asas untuk penyelam dibekalkan dan juga dimana komunikasi
dua hala antara penyelam dengan penyelia atau orang-orang diluar habitat kering
berlangsung.
Bilik kawalan bagi memantau keadaan penyelam yang tinggal didalam habitat kering atau ruang terkurung |
Segala keperluan makan dan minum
penyelam akan dihantar dari luar melalui satu ruang khas yang dipanggil `kunci
perubatan’ atau medical lock.
Kemudian Penyelam akan dipindahkan
kedalam loceng menyelam untuk dibawa turun kedalam air bagi melakukan
kerja-kerja dibawah air selama beberapa jam (biasanya 8 jam).Apabila selesai
kerja-kerja yang dilakukan dibawah air penyelam akan dibawa naik semula keatas
didalam loceng menyelam yang sama.Lalu loceng menyelam tersebut akan
dicantumkan semula dengan habitat kering tempat tinggal sementara bagi penyelam
tersebut.
Pembantu penyelam menurunkan loceng menyelam kedasar laut bagi membolehkan Penyelam Tepu melakukan kerja-kerja dibawah air. |
Loceng menyelam tersebut adalah
sebagai lift atau alat pengangkutan bagi penyelam tadi bergerak dari tempat
tinggalnya didalam habitat kering ke tempat kerjanya dibawah laut.Persekitaran
didalam loceng menyelam tersebut juga dikompressikan serta mempunyai tekanan
yang sama dengan habitat kering tempat tinggal sementara bagi penyelam itu.
Didalam operasi komersial penyelam
tepu akan tinggal didalam habitat kering tersebut selama berminggu-minggu dan
ada yang melebihi 1 bulan.Apabila segala kerja-kerja dibawah air selesai
sepenuhnya barulah mereka akan dibawa naik kepermukaan secara perlahan-lahan
dan berhati-hati dalam anggaran lebih kurang 96 kaki sehari.(bergantung kepada
jadual selaman yang digunakan)
Sepanjang operasi ini jumlah gas
campuran yang digunakan agak besar dan ia disimpan didalam tabung-tabung gas
yang besar dan banyak.Gas tersebut akan disambung ke bilik kawalan dan
seterusnya dari bilik kawalan tadi ia akan disalurkan kedalam habitat kering
atau ke loceng menyelam.
Penyelam tepu juga memperolehi
bayaran yang sangat lumayan didalam industri minyak dan gas dunia.Namun untuk
bertahan tinggal didalam habitat kering bertekanan tinggi yang sempit untuk
tempoh masa yang lama dan pergerakan yang terbatas serta risiko mudah
dijangkiti sebarang virus adalah memerlukan daya tahan fizikal dan mental
seseorang penyelam.
Kebaikan
Dapat
berada lebih lama dibawah air dan dapat melakukan tugas-tugas sukar yang tidak
dapat dilakukan oleh mesin atau jentera seperti kenderaan kawalan jauh (ROV) dibawah
air.
Keburukan-
Terdedah kepada persekitaran bertekanan tinggi
dan menyedut gas campuran dalam jangkamasa panjang adalah keadaan yang tidak
menyihatkan bagi manusia.Ia boleh menyebabkan penyelam mendapat penyakit dibahagian
tulang dan sendi seperti`aseptic bone necrosis’
dan `osteonecrosis’.
Next Entry tak tau lagi....