Mulai Jun 2014 Sehingga beberapa bulan akan datang Blog ini akan
menyiarkan semula artikel-artikel yang ditulis oleh saya yang telah pernah
diterbitkan didalam Majalah PERAJURIT terbitan hujung 2012 hingga awal
2013.Tujuan penyiaran semula artikel-artikel berbentuk informatif ini adalah
bagi memberi peluang kepada pembaca-pembaca lain yang tidak sempat memiliki
majalah tersebut semasa keluarannya.Penulis dimaklumkan oleh pihak penerbitan
Majalah tersebut bahawa Artikel-artikel mengenai menyelam yang disiarkan
adalah yang pertama seumpamanya mengenai sejarah menyelam,tujuan
menyelam dan teknik-teknik menyelam yang ada.
Semoga para pembaca yang meminati aktiviti menyelam atau pembaca biasa beroleh manfaat daripada artikel-artikel tersebut.
Semoga para pembaca yang meminati aktiviti menyelam atau pembaca biasa beroleh manfaat daripada artikel-artikel tersebut.
Oleh : A**** J****
roninn70@gmail.com
TERAPI HIPERBARIK
OKSIGEN
(HBOT)
Teknik Menyelam yang ke ketujuh dalam rangkaian
teknik-teknik menyelam yang telah diceritakan dalam tulisan sebelum ini adalah `Chamber dive’ atau Selaman kering
didalam ruang terkurung yang bertekanan.Atau lebih dikenali sebagai Terapi Hiperbarik Oksigen.Yang
membezakannya dengan teknik menyelam yang lain adalah ianya dalam keadaan
kering dan boleh dilakukan oleh sesiapa sahaja.
Terapi Hiperbarik
Oksigen adalah Terapi perubatan yang telah terbukti secara
klinikal dengan cara menyedut oksigen tulin (100%) didalam suatu ruang terkurung yang bertekanan.
Perubatan Terapi Oksigen Hiperbarik
(HBOT) pada awalnya digunakan untuk mengkaji dan merawat penyakit di panggil
sebagai penyakit dekompresi atau
Decompression Sickness dan gas emboli (gas embolism) sejenis penyakit
yang dialami oleh penyelam dan pekerja terowong bawah tanah akibat kekurangan
tekanan kerana (naik kepermukaan) secara mendadak.
Seseorang penyelam semasa dibawah air
adalah terdedah kepada tekanan persekitaran.Semakin lama sesuatu selaman atau
semakin dalam penyelam pergi maka tekanan semakin kuat.Ini akan menghasilkan
gas lengai didalam tisu tubuh badan penyelam itu.Sebelum boleh timbul
dipermukaan gas-gas lengai yang terhasil tadi perlu dilepaskan dan dineutralkan
semula dan prosesnya adalah perlahan dan berperingkat.Jika ia tidak dilepaskan
atau dineutralkan semula ianya boleh menyebabkan penyelam yang terdedah kepada
tekanan tadi mendapat penyakit dekompressi
atau lebih teruk lagi mendapat penyakit gas Emboli .
Cara biasa yang perlu dilakukan
adalah dengan naik kepermukaan secara perlahan-lahan atau
berperingkat-peringkat.Apabila seseorang penyelam naik terlalu laju atau tidak
membuat hentian berperingkat maka gas-gas lengai tadi tidak dapat dilepaskan
sepenuhhnya jadi kebarangkalian untuk mendapat penyakit dekompressi atau gas
emboli adalah tinggi.
Penyakit
dekompressi ini juga boleh berlaku kepada pekerja-pekerja terowong bawah tanah
dimana semakin dalam mereka pergi atau semakin lama mereka berada dibawah tanah
juga akan memberi kesan yang serupa keatas mereka seperti yang dihadapi oleh
penyelam.
penyelam-penyelam
yang mendapat penyakit berkaitan dengan tekanan atau `decompression sickness’ ini
akan dirawat dengan cara memasukan mereka kedalam ruang terkurung hiperbarik (chamber)
dan diberi tekanan mengikut kedalaman tertentu sambil diberi menyedut 100%
oksigen dalam kadar tertentu dan jangkamasa tertentu juga.(Bergantung kepada
jadual rawatan yang digunakan ) Factor
Tekanan plus faktor Masa tadi dibantu pula dengan elemen oksigen maka akan memulihkan semula penyelam yang
sakit tadi dalam kadar 5 kali lebih cepat dari kadar biasa.
Berfungsi
Mekanismanya
berfungsi dimana gas akan
larut dalam cecair dengan lebih cepat didalam tekanan,sehingga konsentrasi
oksigen yang kita sedut dalam persekitaran hiperbarik akan meningkat sebanyak 4-5 kali ganda dalam darah dan sistem
badan kita.
Sesetengah
penyakit penyelam jika lewat dimasukan kedalam ruang terkurung hiperbarik akan
menyebabkan lumpuh seluruh badan atau kematian kepada penyelam tersebut.Menurut
kajian ada lebih kurang 3 juta penyelam skuba yang aktif dan daripada jumlah
itu terdapat 800 hingga 1000 kejadian penyelam yang mendapat penyakit penyelam
(DCS) dan dengan 80 hingga 100 kes kematian setahun.
Ruang
terkurung hiperbarik (chamber) untuk rawatan biasanya adalah binaan dari besi
atau lain-lain material keras yang mampu menahan atau menampung tekanan tinggi
didalamnya.Ia biasanya mampu menahan tekanan tinggi sehingga 6 Bar bersamaan
dengan tekanan sedalam 60 meter.Manakala sesetengah hiperbarik chamber untuk
saturation dive pula mampu menahan
tekanan sehingga 50 bar atau menyamai kedalaman 500 meter.Chamber hiperbarik
biasanya terdapat di Hospital,fasiliti Tentera laut,Organisasi menyelam atau
lain-lain tempat fasiliti chamber Hiperbarik yang menjalankan kajian atau
memberi khidmat rawatan HBOT.
Chamber
hiperbarik terdapat dalam berbagai saiz sama ada boleh memuatkan seorang
pesakit sehinggalah yang boleh memuatkan 8 orang atau lebih.Ia juga terdapat
dalam berbagai bentuk sama ada silinder atau kiub.mudah alih atau tetap
setempat.Chamber Hiperbarik yang terbaru boleh juga didapati menggunakan material
lembut tetapi kuat seperti gentian kevlar
Ia
biasanya mempunyai tingkap yang dibuat dari kaca acrylic.Selain dari tingkap
kaca acrylic sesetengahnya pula terdapat kamera litar tertutup bagi memudahkan
pesakit dipantau dari luar oleh juruteknik atau kakitangan perubatan.Ia juga
mempunyai panel kawalan diluarnya bagi memudahkan bekalan angin atau oksigen
diberi mengikut sukatan tertentu atau kedalaman dikawal.Ia juga mempunyai alat
komunikasi dua hala bagi memudahkan komunikasi diantara orang didalam dengan
diluar chamber.
SEJARAH
Sejarah awal yang
mencatitkan usaha dalam penggunaan Chamber hiperbarik bermula selepas berlaku
beberapa kes berkaitan penyakit dekompressi keatas pekerja-pekerja lombong
arang batu pada tahun 1841.
Pada tahun 1860 hingga
1870 dalam pembinaan jambatan Brooklyn dicatitkan terdapat 110 kes penyakit
dekompressi dengan 2 kes kematian keatas pekerja-pekerja bawah tanah.Dan seorang
jurutera telah lumpuh selepas 7 jam berada didalam terowong bawah tanah sewaktu
melawan kebakaran.
1862 D.Joudanet
menjalankan kajian awal berkaitan terapi tekanan rendah dan membina Chamber
altitude dan tekanan tinggi di Paris,Perancis.
1875 C.Forlini membina
tempat mandi hiperbarik di Milan Italy.
1878 apabila Paul Bert
menemui apa yang dipanggil Baromatic Pressure dimana beliau mendapati seseorang
yang terdedah kepada tekanan persekitaran akan mengalami beberapa kesan dan
symptom-simptom tertentu yang mana kini dikenali sebagai `Caissons Desease’,Teori
buih penyakit dekompressi (DCS) dan Keracunan Oksigen.Lalu beliau mencadangkan
kenaikan secara perlahan-lahan kepermukaan boleh merawat gejala tersebut,lama
kelamaan Oksigen pula digunakan dalam rawatan symptom tersebut. Paul Bert
meneruskan kajian berkaitan hiperbarik dan membina chamber hiperbarik dan
altitude.Beliau kemudian digelar sebagai `Father of Pressure Phisiology’
Pada tahun 1879 – 1890
didalam cubaan membina laluan bawah tanah antara New York dan New Jersey
direkodkan yang chamber hiperbarik yang digunakan dalam projek tersebut adalah
yang pertama Berjaya merawat penyakit dekompressi (DCS).Pembinaan laluan bawah
tanah tersebut bagaimanapun dihentikan dan ditinggalkan selepas mengalami banjir
besar.
1885 Brompton Hospital
antara hospital terawal di London yang mempunyai hiperbarik Chamber.
1928-Hiperbarik Chamber
terbesar pernah dibina di Cleveland.Ohio setinggi 6 tingkat,mempunyai 72 bilik
dan 62 ruang rehat dengan kemudahan sebagai sebuah hotel penginapan.
1960 – Ite Boerama mendapati yang Oksigen dibawa oleh plasma dalam
darah.Seterusnya melonjakan lagi teknologi rawatan Terapi Oksigen Hiperbarik.Dengan
penemuan tersebut beliau digelar sebagai `Father of
Hyperbaric Oxygen therapy’.
Hasil dari kajian yang berterusan dan
sejarah yang panjang kaedah Terapi
Hiperbarik Oksigen (HBOT) kini digunakan
dengan lebih meluas lagi. Sekarang penggunaan HBOT selain untuk merawat
penyakit akibat aktiviti menyelam dan kerja-kerja dibawah tanah ia juga
didapati bermanfaat untuk merawat berbagai penyakit klinikal.Malah pembedahan
juga kadang-kadang turut dilakukan didalam hiperbarik chamber.
Rawatan menggunakan kaedah hiperbarik
ini adalah masih baru dan agak asing di Malaysia tetapi telah digunakan secara
meluas di Amerika Syarikat dan beberapa Negara lain sejak sekian lama.Sehingga
ada individu di sana yang berkemampuan akan membeli chamber untuk kegunaan
mereka sendiri dirumah,malah yang lebih mengejutkan lagi ada yang mereka-cipta
atau mengfabrikasi chamber mereka sendiri.Malah celebriti yang kaya di Amerika
antaranya mendiang Frank Sinatra dan Michael Jackson juga turut memiliki
`chamber’ mereka sendiri dan melakukan Terapi
Hiperbarik Oksigen sendiri dirumah.
Tetapi di Malaysia didapati masih
ramai penyelam-penyelam scuba yang tidak tahu apa itu chamber hiperbarik apatah
lagi melihat sendiri rupa bentuk chamber hiperbarik sebenar. Selain dari
digunakan untuk merawat penyelam,chamber hiperbarik juga turut digunakan untuk
merawat juruterbang atau angkasawan yang mendapat penyakit berkaitan tekanan altitude tinggi kerana terbang
terlalu tinggi dimana kandungan oksigen diruang udara yang tipis akan
menyebabkan juruterbang jet-jet pejuang akan mendapat symptom-simptom tertentu.
Selain dari itu kuda-kuda yang digunakan dalam perlumbaan di Amerika Syarikat
juga turut mendapat rawatan menggunakan kaedah ini.
Kaedah ini pada asalnya hanya
digunakan untuk merawat penyelam sahaja lama kelamaan dari hasil kajian yang
dijalankan sejak awal abad 21 didapati yang penyakit-penyakit lain juga boleh
dirawat menggunakan teknologi rawatan hyperbaric.Antara penyakit-penyakit
penyelam dan klinikal yang boleh dirawat menggunakan kaedah HBOT ini ialah (senarai
penyakit yang tersenarai adalah sedikit berbeza dengan beberapa
Negara-US.Europe Jepun dan Rusia namun
perbezaannya adalah amat kecil ).
1-Gas Embolism
2-Air Embolism
3-Diabetic
4-kanser
5-Strok
6-Keracunan sianida
7-Keracunan karbon monoksida
8-keracunan oksigen
9-gas gangrene
10- Soft
Tissue Infections
11- Osteomyelitis
12-
Radiation Tissue Damage
13- Crush Injury/
Traumatic Ischemia,
14-Arterial
Insufficiencies
15- Thermal Burns
16- Intracranial Abscess
17- Arterial
Insufficiencies
18-Altitude Decompression
Sickness
19- Autism dan
Cerebral palsy
20- Kesegaran
dan Kecantikan (Kosmetik)
Kontra Indikasi
Terapi HBO sama juga seperti kaedah
perubatan lain didalam ia memiliki
manfaat yang begitu besar namun ia juga
mempunyai komplikasi dan kontraindikasi
tertentu walaupun begitu
Adalah dinasihatkan iaitu Sebelum
melakukan terapi rawatan tersebut hendaklah terlebih dahulu mendapatkan nasihat
dari doktor pakar atau perunding hiperbarik.
Pesakit-pesakit yang yang mengambil
ubat ubat tertentu tidak digalakkan menjalani rawatan HBOT kerana tekanan
persekitaran dan oksigen dibawah tekanan bakal memberi tidakbalas negatif dari
pengambilan ubat tersebut Antara ubat-ubat yang dinyatakan adalah Doxorubicin
(Adriamycin) –Ubat Kemotrapi,Cisplatin – Ubat Kemotrapi,Disulfiram
(Antabuse) –merawat ketagihan arkohol dan juga Mafenide
acetate (Sulfamylon) – merawat jangkitan bacteria luka kebakaran
Selain dari itu beberapa lagi
kontraindikasi lain turut disenaraikan dalam
rawatan HBOT iaitu Pesakit yang menghadapi masaalah jantung,pesakit
jangkitan respiratori atas,Demam yang kuat,Sejarah dalam pembedahan jantung,wanita
mengandung dan beberapa lagi.
DiMalaysia terdapat beberapa pusat
rawatan Terapi Oksigen Hiperbarik dengan Hospital Angkatan Tentera di Lumut
Perak adalah sebagai peneraju awal dalam bidang ini.Kini Hospital Sultan Mizan
di Wangsa Maju juga turut memiliki kemudahan dalam memberikan rawatan HBOT.
Selain dari Hospital Tentera dan
Hospital Kerajaan yang mempunyai kemudahan rawatan HBOT beberapa syarikat swasta turut menawarkan rawatan HBOT
diKlinik-klinik mereka antaranya Kuala
Lumpur Hiperbarik Centre(KLHC),yang terletak di Tasik Titiwangsa dan Pulau
Pinang.Selain dari KLHC terdapat juga beberapa lagi klinik swasta lain diIpoh
dan Pulau Pinang yang memberikan perkhidmatan dalam kaedah rawatan hiperbarik
ini.Walaupun dinegara jiran Malaysia seperti Singapura dan Indonesia ada
menawarkan perkhidmatan rawatan yang serupa namun pusat perubatan diMalaysia
sering menjadi pilihan kerana harga yang ditawarkan adalah berpatutan dengan
kemahiran yang diiktiraf antarabangsa.KLCH dipercayai satu-satunya syarikat
swasta yang dimiliki sepenuhnya bumiputra yang menawarkan perkhidmatan rawatan
hiperbarik sama ada untuk pesakit klinikal dan juga penyelam yang bermasaalah.
Pesakit Strok yang menggunakan kaedah rawatan Terapi Hiperbarik Oksigen diperiksa sebelum dimasukkan kedalam Chamber Hiperbarik yang terdapat di Kuala Lumpur Hiperbarik Centre(KLHC). |
Next Entri 1.6.2015