Mulai Jun 2014 Sehingga Ogos 2015 Blog ini akan menyiarkan semula artikel-artikel yang ditulis oleh saya yang telah pernah diterbitkan didalam Majalah PERAJURIT terbitan hujung 2012 hingga awal 2013.Tujuan penyiaran semula artikel-artikel berbentuk informatif ini adalah bagi memberi peluang kepada pembaca-pembaca lain yang tidak sempat memiliki majalah tersebut semasa keluarannya.Penulis dimaklumkan oleh pihak penerbitan Majalah tersebut bahawa Artikel-artikel mengenai menyelam yang disiarkan adalah yang pertama seumpamanya mengenai sejarah menyelam,tujuan menyelam dan teknik-teknik menyelam yang ada.
Semoga para pembaca yang meminati aktiviti menyelam atau pembaca biasa beroleh manfaat daripada artikel-artikel tersebut.
Oleh : A**** J****
roninn70@gmail.com
Perkembangan semasa yang berlaku di Malaysia yang menggemparkan seluruh dunia kala ini adalah kehilangan pesawat MH370 tanpa dapat dikesan sepenuhnya setakat ini (sehingga artikel ini ditulis).Pengumuman tentang perjalanannya yang dikatakan berakhir di Lautan Hindi menimbulkan perbincangan hangat perbagai peringkat masyarakat.Spekulasi,teori konspirasi dan tidak kurang juga perbincangan dengan individu-individu yang mempunyai kelayakan-kelayakan tertentu.
Kenyataan berkaitan
kedalaman ekstrem dan keadaan mencabar diLautan Hindi juga diperkatakan.Masyarakat
dunia kebanyakkannya masih tidak tahu tentang berapakah kedalaman maksimum dilautan
yang manusia pernah capai sama ada dengan pesawat bawah air atau tanpa
pesawat.Masyarakat juga tidak tahu paras kedalaman maksimum yang praktikal bagi
manusia melakukan sesuatu tugasan dengan baik atau bagi mengecilkan risiko.
Rekod
kedalaman paling dalam yang pertama dan pernah dibuat oleh penyelam dalam kaedah menyelam tepu adalah penyelam-penyelam dibawah program
eksperimen yang dipanggil Atlantis 111
yang dijalankan oleh Peter B. Bennett di
Duke University Medical Center pada tahun 1981.Dengan kedalaman maksimum 2,250 (685.8
meters).Penyelam terpaksa melalui proses dekompressi atau nyahmampatan secara
perlahan-lahan mengambil masa lebih dari 31 hari untuk kembali berada di
persekitaran normal.
Selepas
pada itu beberapa lagi siri ujian-ujian dijalankan juga berjaya mencipta
beberapa lagi rekod kedalaman ekstrem yang dicapai oleh manusia.Dan rekod
Selaman paling dalam di luar pesisir adalah pada tahun 1988 oleh sekumpulan
penyelam professional dari Comex S.A iaitu kontraktor yang terkenal dengan kerja-kerja dilaut dalam.Rekod dilakukan
dalam satu tugasan dilaut Mediteranean mencapai kedalaman 534 meter (1752
kaki).
Dari kajian dan
ujian-ujian yang telah dilakukan membuktikan manusia mampu mencapai ke kedalaman
yang agak ekstrem walaupun tanpa pesawat bawah air. Tetapi atas kekangan tertentu antaranya dari segi
kompleksiti peralatan,masaalah melibatkan perubatan,daya tahan manusia dan kos
yang tinggi maka menyelam tepu tidak praktikal untuk digunakan melebihi dari
kedalaman 300 meter.Sebarang kerja-kerja bawah air yang melebihi kedalaman 300
meter biasanya akan menggunakan pesawat bawah air,Kenderaan Kawalan Jauh (ROV)
ataupun penyelam yang menggunakan Atmospheric Diving Suits
(ADS).
PESAWAT BAWAH AIR.
Selain dari beberapa teknik
menyelam tanpa pesawat yang pernah diterbitkan dalam beberapa keluaran yang
lalu, teknik menyelam lain oleh manusia
adalah dengan penggunaan pesawat bawah air sama ada yang berpemandu atau dikendalikan dari jarak jauh.
`Manned Submersible’ atau
kenderaan kecil bawah air direka khusus untuk beroperasi dibawah air.
Ia berbeza dengan kapal
selam kerana kapal selam berfungsi sepenuhnya sebagai kenderaan bawah air
dengan kemampuan menjana tenaga penggerak serta sistem bekalan udaranya sendiri manakala
`submersible’ pula memerlukan pasukan sokongan sama ada dari atas kapal atau
pelantar atau juga sokongan dari kapal selam yang lebih besar darinya.
Pesawat Submersible
terdapat dalam beberapa jenis sama ada submersible yang boleh dipandu atau
tanpa pemandu tetapi dikawal dari jarak jauh seperti Remote Operated Vehicle
(ROV).Pesawat submersible digunakan agak meluas diseluruh dunia antaranya untuk
tujuan
kerja-kerja oceanografi, arkeologi bawah air, eksplorasi lautan, pengembaraan, penyelenggaraan peralatan, menyelamat atau pengambaran bawah
air.
Selain berbeza dari segi saiznya perbezaan ketara
antara pesawat submersible dengan kapal selam ialah pesawat submersible tidak
mampu beroperasi secara indipendan tanpa bantuan sokongan dari segi tenaga gas
atau udara untuk bernafas.Pesawat submersible biasanya mempunyai kemampuan
beroperasi dibawah air dalam waktu yang lebih singkat dari kapal selam,dan
hanya mampu bergerak dibawah air,sangat sedikit bilangan pesawat yang mampu
beroperasi dengan baik dipermukaan air.
Sesetengah pesawat tersebut pula
beroperasi dan bergantung kepada kabel hayat atau `umbilical’ yang disambung
antara pesawat dengan permukaan, dimana dari permukaan bekalan tenaga penggerak
dibekalkan.
Sesetengah pesawat bawah
air (submersible) mampu beroperasi melebihi jarak kedalaman hingga 10km dibawah
permukaan.Pesawat biasanya kecil,mempunyai ruang yang sangat terhad bagi
menampung jumlah krew yang sangat kecil antara 1 hingga 5 orang.Ia juga tidak
mempunyai tempat tinggal seperti kapal selam.
Pesawat submersible
biasanya mampu bergerak dengan lancar dan melakukan kerja-kerja ringan dengan
tangan mekanikal dan sesetengah darinya sangat lincah dibawah air dan
digerakkan oleh beberapa kipas atau kuasa `pump jets’.
Terdapat 3 jenis teknologi asas
dalam rekabentuk pesawat submersible ini.Rekabentuk pertama adalah pesawat 1 atmosfera dimana
ruang dalam pesawat berada pada tahap 1 atmofesra sama seperti keadaan
dipermukaan dan pengendali atau pemandunya tidak terdedah kepada tekanan laut
dalam.Pesawat jenis ini perlu mempunyai badan yang kuat agar mampu menahan
tekanan air dari luar yang sangat tinggi beratus kali lebih tinggi dari tekanan
didalam pesawat.
Rekabentuk kedua adalah tekanan diluar pesawat dan
didalam pesawat adalah sama Cuma keadaan didalam pesawat adalah kering.Jika
diluar pesawat kedalaman adalah 300 meter maka keadaan tekanan didalam pesawat
juga diselaraskan bertekanan 300 meter seperti diluar. Teknologi kedua ini
mengurangkan kesan impak tekanan dari luar terhadap badan pesawat tetapi memberi
kesan kepada pengendalinya sama seperti kesan terhadap penyelam yang menyelam
tanpa pesawat.
Rekabentuk ketiga pula dipanggil
`Wet sub’ dimana pesawat tidak sepenuhnya bertutup dan air boleh memasuki
bahagian dalamnya manakala pengendali atau pemandunya akan menggunakan
peralatan menyelam sama ada skuba atau jenis rebreather untuk bernafas dibawah
air.
Pesawat jenis rekabentuk ketiga
ini banyak digunakan oleh anggota pasukan khas Tentera Laut Amerika (US Navy
Seal).Dan ia selalunya dilancarkan dari Kapal selam yang lebih besar.Bagi reka
bentuk pertama iaitu jenis `1 atmosfera’ dan `sama tekanan’ tidak memerlukan
pengendalinya menggunakan peralatan skuba.
Sesetengah pesawat bawah air
mampu menyelam sangat jauh kedasar laut yang dalam.Salah satunya ialah Bathyscaphe Trieste yang pertama
mencatat rekod kedalaman hampir 11km dibawah permukaan di dasar Mariana Trench
pada tahun 1960.
Negara China pula dalam projek Jiaolongnya pada
tahun 2002 adalah negara kelima berjaya menghantar manusia kekedalaman 3500
meter dibawah permukaan laut selain dari Amerika,Perancis,Rusia dan
Jepun.Jiaolong dikatakan direka bagi mencapai kekedalaman sehingga 7000 meter
dibawah paras laut.beberapa siri ujian dan kejayaan telah dicapai oleh Jialong
dimana yang terbaru adalah pada Jun 2012 Jialong bersama 2 oceanut berjaya
mencapai kedalaman 7,062 meter (23,169 kaki) di Marianan Trench di lautan
Pasifik barat.
Rekod paling dalam dicatatkan adalah 11km (11,000 meter)
dilakukan oleh pengarah filem James
Cameron dengan pesawat submersible Deepsea Chalenger bersama seorang penjelajah
National Geographic juga di Mariana Trench pada Mac 2012.
Antara pesawat submersible yang terkenal dan
paling lama beroperasi ialah pesawat kajian penembusan kedalaman DSV Alvin, yang telah membawa
3 orang kekedalaman 4500 meter (14,800 kaki).Pesawat kepunyaan Tentera Laut US
ini sehingga tahun 2011 telah berjaya membuat sebanyak 4,400 kali selaman.
Sebuah kapal selam penjelajah sedang beroperasi |
Namun kebelakangan ini beberapa firma dan
syarikat persendirian telah membangunkan beberapa jenis pesawat submersible
kecil bagi tujuan perlancungan,eksplorasi dan pengembaraan.Ada antaranya boleh
memuatkan sehingga 8 orang.
Kapal selam penjelajah yang digunakan bagi tujuan kajian saintifik dilauan yang dalam |
SEJARAH
PESAWAT BAWAH AIR (SUBMERSIBLE)
Submersible terawal yang direkodkan adalah
loceng menyelam yang primitif yang dibuat dari kayu dizaman Greek purba oleh
General Alexander The Great sekitar tahun 356-323 sebelum masehi.Ia telah digunakan
diLaut Mediterranean.
Submersible era moden bermula sekitar tahun
1930 apabila saintis lautan dari Amerika charles William Beebe bersama dengan
jurutera Otis Barton mempelopori penggunaan Submersible yang boleh dikawal dan
boleh membawa pemandu yang beliau namakan Bathysphere.Ia berbentuk seperti
bebola besi bujur dan dibuat daripada besi,mempunyai dua tingkap pandangan
serta mampu menahan tekanan daripada lautan dalam untuk eksplorasi bawah
laut.Pada tahun 1930 Beebe dan Barton berjaya mencapai kekedalaman sehingga 435 m (1,427 ft) dan pada 1934 berjaya mencapai sehingga
923 m (3,028 ft).
Generasi kedua submersible
untuk eksplorasi lautan dalam berjaya direka oleh Phisian warga Swiss Auguste
Piccard. Reputasi Piccard sebagai perekacipta sememangnya diketahui umum.Beliau
sering bekerjasama dengan Albert Einstein dalam beberapa rekaan.Pada 1947
Piccard telah mereka bathysphere yang
boleh membawa krew dan dipasang dengan tangki apungan yang besar dan diisi
dengan gasoline yang lebih ringan dari air.Piccard menamakannya sebagai
bathyscaphe.Ciptaannya ini tidak memerlukan ia disambungkan kepada kapal kerana
ia boleh tenggelam dan timbul secara sendiri dengan dikawal oleh
pemandunya.Piccard Berjaya membawa submersible ciptaannya sehingga kekedalaman 4,000
m (13,125 ft).
Pada tahun 1958 pihak Tentera
Laut telah membeli Submersible lautan dalam Piccard dan meletakkannya dibawah
Unit kajian yang mengendalikan lain-lain pesawat submersible tentera laut
seperti DSRV rescue Submersible. Jacques Piccard anak kepada Auguste Piccard
kemudian bekerja untuk Unit tersebut.
Pada Januari 1960 Jacques
Piccard bersama Leftenan Tentera Laut Don walsh Berjaya merekodkan selaman
dikedalaman 10,915 m (35,810 ft) dengan bathyscaphe Trieste diLautan
Pasifik disuatu tempat yang dikatakan
sebagai kawasan lantai laut yang terdalam dibumi yang dikenali sebagai Mariana
Trench
Sejak 1950an sehingga 1980an Tentera laut
Amerika mendahului didalam eksplorasi lautan dalam. Ini pada asalnya adalah
bagi memenuhi keperluan didalam mengesan kapal-kapal selam Soviet dan
meningkatkan lagi kemampuan navigasi bawah air serta memperbaiki taktik
peperangan anti kapal selam.
Kapal selam
kategori militari yang direka boleh menyelam sehingga kedalaman melebihi
1000 meter datang dari 2 kuasa besar dunia iaitu Rusia dan Amerika Syarikat.
Kapal selam Rusia K-278 Komsomelets boleh
menyelam sehingga kedalaman 1300 meter (4265 kaki).Lunasnya diperbuat dari
titanium,dengan material tersebut menjadikannya mampu menahan tekanan tahap
tinggi melebihi daripada lain-lain kapal selam yang diperbuat menggunakan besi
bukan titanium.
Kapal selam nuklear terbaik milik Amerika
Syarikat kelas seawolf juga tidak dapat menandingi kemampuan menghadapi tekanan
tinggi oleh kapal selam Rusia. Kapal selam seawolf hanya mampu untuk pergi
kekedalaman sehingga 730 meter (2400 kaki ) sahaja.
Sebenarnya Selepas berlakunya
kejadian gagalfungsi pada salah sebuah
kapal selam mereka dalam salah satu ujian pada tahun 1963.Pihak tentera
Laut telah memperolehi pengalaman berharga dan meningkatkan lagi usaha mereka
dalam memperbaiki sistem yang ada. Mereka kemudian membangunkan pesawat
penyelamat lautan dalam yang boleh turun dan bercantum dengan kapal selam yang
ditimpa masaalah dibawah laut.
Selain dari itu teknologi
lautan dalam yang dimiliki Tentera Laut juga menggunakannya untuk tujuan lain.
Selepas kejatuhan USSR pada tahun 1991,Amerika telah mendedahkan beberapa misi sulit yang
telah berjaya dilakukan oleh kapal selamnya dan pesawat submersiblenya
antaranya memasang peralatan curi dengar keatas kabel komunikasi Soviet dibawah
laut di laut Okhstok.
Selepas ketegangan diperingkat
Antarabangsa mengendur sekitar 1980an penyelidik awam mula diberi kebenaran
menyertai fleet pesawat bawah air milik
Tentera Laut bagi tujuan kerja-kerja saintifik dan eksplorasi arkeologi.Salah
satu ekspedisi paling popular adalah kerja-kerja kajian keatas bangkai kapal
Titanic yang karam di lautan Atlantik Utara.
Ahli eksplorasi terkemuka Perancis Komander Jacques-Yves Cousteau yang juga
dikenali sebagai bapa penyelam moden telah meningkatkan lagi minat orang awam terhadap
bidang lautan apabila berjaya merekacipta peralatan menyelam skuba.Malah beliau
juga telah membina beberapa unit pesawat bawah air skala kecil yang boleh
menyelam diair yang cetek sesuai dengan penggunaan peralatan skuba.
Remote
Operated Vehicle ROV
Peningkatan dalam industri awam kemudian
telah mengadaptasi peralatan tentera laut yang pada mulanya sulit dan rahsia
kini telah digunakan secara komersial.
Satu lagi jenis pesawat submersible kecil direkabentuk
tanpa pemandu didalamnya dipanggil sebagai `Remote operated Vehicle’ (ROV).ROV
ini pada asalnya digunakan bagi mengesan bangkai kapal selam Tentera laut tetapi
kini telah diperbagaikan lagi kegunaannya didalam berbagai bidang antaranya
komersial dan kajian saintifik.
Pada 1986 ROV bersama sekumpulan penyelam
telah digunakan dengan jayanya didalam operasi mengeluarkan bangkai dan
serpihan Pesawat Transworld flight 800 yang terhempas di Long island,New York
Pada masa kini pesawat ini digunakan dengan
sangat meluas didalam kebanyakkan operasi dilautan dalam dan dikeadaan situasi
yang merbahaya jika dilakukan oleh penyelam termasuk didalam industri minyak
dan gas diseluruh dunia.
ROV dikendalikan dari bilik kawalan yang
berada diatas kapal atau pelantar operasi.Pesawat ROV disambungkan dengan kabel
elektrik dan elektronik yang tebal yang membekalkan tenaga bagi menggerakannya
dan pengendalinya memandu berpandukan visual dari beberapa kamera yang dipasang
pada ROV tersebut.Melalui visual yang dipancarkan juga Pengendali boleh mengawal kelajuan atau tangan mekanikal
yang terdapat pada ROV untuk melakukan kerja-kerja dibawah air.
ROV terdiri dari 2 kategori iaitu kelas
kerja dan kelas pemantauan.Bagi kategori kelas kerja biasanya ia besar dan
lebih berkuasa tinggi serta mempunyai tangan mekanikal yang kuat serta serba
boleh dan mampu melakukan beberapa
kategori kerja-kerja ringkas dibawah air dipersekitaran laut yang dalam atau
merbahaya bagi penyelam.ROV kategori kelas pemantauan pula lebih kecil dan banyak digunakan untuk
tugas-tugas pemeriksaan dan pemantauan kebanyakkan operasi bawah air sama ada
bagi industri berat hinggalah kepada operasi menyelamat bawah air.
Antara rekod cemerlang tugas ROV adalah dalam
misi eksplorasi keatas bangkai kapal RMS Titanic yang tenggelam selepas
terlanggar bongkah ais di lautan Atlantik utara lalu terdampar dikedalaman 3800
meter (12.500 kaki).
Keupayaan menyelam dikedalaman maksimum rov
adalah bergantung kepada kategori kelas dan kuasa kuda dan berapa panjang kabel
tenaganya.Ada rov yang mampu menyelam sehingga kedalaman melebihi 7000 meter
DiMalaysia Tentera Laut Diraja Malaysia
(TLDM) dan Pasukan Bomba dan penyelamat Malaysia dikenalpasti antara agensi
kerajaan yang memiliki ROV sendiri bagi tujuan kerja-kerja mencari dan
menyelamat dibawah air.
sebuah ROV sedang melakukan kerja dilapangan minyak pada kedalaman tinggi |
Autonomous
Underwater Vehicle (AUVs)
Pesawat bawah air ciptaan yang terkini
adalah kenderaan robotik atau dipanggil Autonomous Underwater Vehicle (AUVs).Ia
mampu bergerak sendiri tanpa disambungkan dengan kabel hayat dan beroperasi
dengan mengikut arahan yang telah diprogramkan. Arahan yang telah diprogramkan
membolehkan AUVs melakukan sesuatu tugas mudah tanpa kawalan manusia.AUVs juga
berpotensi untuk digunakan bagi memantau perubahan dasar laut serta hidupan
biologinya ataupun pemantauan keselamatan dibawah air bagi sesuatu kawasan.
Autonomous Underwater Vehicle (AUVs) |
AUV yang pertama telah
dimajukan ciptaannya di Universiti of Washington sejak tahun 1957 dan diberi
nama SPURV (special purpose underwater research vehicle.).Kemudian pada 1970
Massachusetts Institute of Technology juga turut memajukan lagi teknologi AUV
Pembangunan AUV telah
meningkat dari tahun ketahun dan penggunannya sangat berkesan dalam membantu
kerja dibawah permukaan yang sukar dilakukan oleh manusia. Antara kejayaan
besar penggunaan AUV adalah didalam kerja-kerja mengesan bangkai pesawat Air
France flight 447 yang terhempas pada Jun 2009 dilautan Atlantik yang waktu itu
dalam penerbangan dari Rio De Jeneiro ke Paris.
Autonomous Underwater Vehicle (AUVs) sedang beroperasi |
FAKTA
- 534 meter (1752 kaki) Adalah Kedalaman
(lautan) maksimum pernah dicapai oleh manusia tanpa pesawat
- 685.8 meters
(2,250 kaki) adalah Tekanan tahap tinggi ( didalam kebuk hiperbarik) yang dicapai oleh
manusia
-300 meter (984
kaki) adalah Kedalaman praktikal bagi manusia bekerja bernafas dengan gas
campuran
50 meter (164
kaki) adalah Kedalaman praktikal bagi manusia bekerja bernafas dengan udara
mampat
- 7000 meter
adalah Kedalaman maksimum bagi `Remote Operated Vehicle)
- 1300 meter
adalah Kedalaman maksimum bagi kapal selam militari
- 11km (11.000 meter) adalah Kedalaman maksimum dicapai bagi kapal selam
penjelajah