Dunia Commercial Diver



Julai 2007
Job Kikeh.

Aku masih diatas kapal `offshore Stephaniturm’ bersama syarikat `Offshore Subsea works’.Buat masa ini kapal masih di Pelabuhan `Loyang Offshore supply Base’(LOSB), Singapura membuat persiapan untuk projek seterusnya di lapangan Kikeh dekat Labuan.Projek seterusnya ialah `rigid spool connection’.

Aku masih berfungsi sebagai `sat.support’ dan yang akan diving nanti masih lagi `sat.diver’ kerana dilapangan kikeh itu airnya sedalam 1300 meter.Tetapi diver hanya akan membuat kerja di kedalaman 197 meter.Itu adalah satu rekod selaman yang paling dalam akan dibuat di perairan Malaysia.Beberapa orang diver pengganti termasuk 12 `Sat.diver’ mula sampai bagi menggantikan diver lama yang pulang selepas job Batam tempohari selesai.Sementara menantikan semua keperluan untuk projek seterusnya lengkap diver akan membuat kerja-kerja buruh seperti membersihkan atau menyelenggara peralatan menyelam atau persiapan lain-lain alatan lagi.Pendek kata syarikat tidak mahu melihat diver tidak membuat apa-apa kerana walaupun di pelabuhan tapi kami masih dibayar dengan gaji yang tinggi.

spanar saiz 80Spanar bersaiz 80 antara peralatan yang akan digunakan oleh diver (sori Dik Nad pinjam gmbr utk entri ni)


Selepas 2 minggu berada di LOSB kami pun belayar ke `Kikeh Field’ bagi memulakan projek.pelayaran mengambil masa 5 hari.Sebagai langkah keselamatan Semasa belayar disebelah malam kami tidak dibenarkan keluar dari kapal kerana jika ada yang terjatuh kelaut dikhuatiri tiada orang yang menyedari.Turut bersama dalam projek kali ini ialah seorang engineer perempuan dari pejabat Syarikat di Kuala Lumpur.Pertama kali aku jumpa perempuan ikut pergi offshore.Memang aku salute dengan budak ni kerana dia berani pergi offshore iaitu dunia yang dipenuhi dengan lelaki-lelaki buruh kasar termasuk aku.

Photobucket
Bersama Engineer wanita di offshore,sungguh bersih coverall yg dipakai oleh engineer dibandingkan dengan diver.(buruh kasar)Dibelakang kami itulah spool yang akan dipasang oleh sat.diver dibawah air.

Bersambung........

4 comments:

Wow, a single female on board.. kalo baju engineer lelaki pon xkan laa bersih jugak, kan? hehe

kalu dah namanya engineer tu bajunya mestilah bersih...tak kira lelaki ke perempuan sbb dorg kan belajar kat universiti ade degree pastu kerja kat dlm aircond.....diver ni kategori buruh kasar yg sekolah tak tinggi....

tapi utk makluman ramai gak diver generasi baru skrg bekas pelajar universiti dlm bidang law & medical pun ade....

mcm kenal je gambar tu..spy leman amik kat mane eik?..hurmmm

gmbr yg mana aida?

Time


Get your own Digital Clock

Followers

Aku..

(Sesungguhnya masa depan kita atau org lain tidak kita ketahui melainkan semuanya adalah didalam pengetahuan ALLAH SWT jua. ) Ini adalah sebuah kisah atau cerita-cerita yang membosankan mengenai kehidupanku sebagai seorang penyelam komersial dalam industri Minyak & Gas.Kepada yang pertama kali masuk blog ni eloklah baca dari entri pertama baru bole faham blog ini sbnrnya...sama mcm kita tgk movie kalau tiba2 je dah kat tgh2 mesti tak faham. kemudian kita terus andaikan yang citer tu tak best.....Anggaplah Tuan/Puan sedang membaca sebuah novel realiti.walau bagaimanapun aku ucapkan terima kasih kerana Tuan/Puan sudi melayan blog `Cap Ayam' aku ni.Hidup sebagai pelaut seperti aku bersesuaian benar dengan ayat dari surah dibawah.

Dialah yang menundukan lautan (sehingga boleh dilayari dipermukaannya atau diselami didasarnya) Supaya kamu dapat makan daripadanya daging yang lembut dan dapat pula mengeluarkan daripadanya perhiasan untuk kamu memakainya.Engkau melihat pula kapal-kapal belayar padanya dan supaya kamu dapat mencari rezeki daripada limpah kurnianya mudah-mudahan kamu bersyukur.

AL NAHL ayat 14.

Cari di Facebook (FB)
ronin newg



ok peace....
( Untuk stori bergambar sila layari melalui engine carian mozila firefox atau google chrome,kerana entah dimana silapnya internet explorer hanya menyiarkan stori tanpa gambar )

Sila Ikuti Kisah Ini Melalui Panduan Bacaan



















Radio Online

Radio Online
Klasik Nasional FM

Panduan Bacaan

Top Commentators

Get this widget here