`Divers part’
Selepas besi cerucuk ditanam dan kerja-kerja kimpalan dijalankan bagi menguatkan struktur jacket tersebut.Beberapa peralatan yang dipasang bagi digunakan semasa proses pembuatan dan penghantaran akan dibuka dan dikeluarkan dari jacket. Bahagian-bahagian tersebut akan dibuka oleh `rigger’ manakala diver pula akan membuka bahagian yang tidak diperlukan tetapi bahagian tersebut berada didalam air.Tugas ini hanya mengambil masa lebih kurang 1 hingga 2 jam sahaja.
Diver sedang dihantar ke jobsite dalam basket yang diangkat oleh kren bagi membuka rigging platform’ (warna coklat) dibelakang diver.
Selepas selesai tugas diver maka kerja-kerja lain boleh diteruskan.Semasa diver didalam air semua kerja-kerja dibahagian atas akan dihentikan atas sebab-sebab keselamatan sehinggalah diver selesai kerja dan keluar dari air dengan selamat.begitulah ketatnya peraturan keselamatan di offshore.sebab itulah jarang berlaku kemalangan yang teruk dikalangan diver.
Apabila bahagian-bahagian yang tidak diperlukan selesai dikeluarkan dan diver selesai dengan tugasnya maka pekerja-pekerja lain akan meneruskan tugas masing-masing diatas platform tersebut dan diver boleh rehat serta s/by sehingga diperlukan.Biasanya untuk sepanjang jacket yang dipasang jika tiada sebarang masaalah hanya 1 kali atau 2 kali sahaja akan melibatkan diver perlu turun ke air.
Bersambung akan datang...Kemalangan dan Ramadhan di Sapura 3000....
6 comments:
HI Spyleman.. ni first job lps quit PDRM kan.. how r u feeling during that time?
yup betul....
hmm mestilah sedih bercampur saspen...maklumlah...nak jadi org awam.....
tapi dlm masa sama teruja....
tapi macam mana pun rindu tetap ade....
salam spy leman,sekalung tahniah untuk anda kerna dapat mencipta 1 blog yang amat2 berguna bagi saya untuk mencari lebih banyak info di dalam bidang ini,kerana saya sangat minat dengan bidang ini dan merancang untuk m'ngambil cos ini di tucf tidak lama lagi,tetapi sy memerlukan banyak nasihat dan pandangan dari spy leman jika tidak keberatan..
t.kasih space.
nasihat saya kalau ade kerja lain carilah kerja lain dulu,bkn nak patahkan semangat tapi takut menyesal nanti.sekarang diver baru dah ramai & masih ramai yg tak dapat job w.pun dah habis kursus 2 tahun.sebab contraktor2 diving pun memilih jugak tak mau ambil diver baru.takut nanti dah banyak berhabis duit alih2 tak dpt job pulak.
kalau takde kabel lagi susah nak dpt job.ini cakap terus terang punya jgn kecik hati.
betul ke smpi 2 taun masih xdpat job?sebab 2 sy perlukan p'tolongan pendapat dri spy leman,macam mane situasi kerjaya ni sekarang?adakah compny2 seperti alam hydro,offshore work n global offshore ni brani amek bdak2 y baru n xde pengalaman?utk makluman sy bkerja d'sebuah compny offshore dan kebayakkan capt2 memberi sokongan dan ingin m'mbantu utk mendapt kn kerja melalui contact t mereka ada..
betul ape yg sy bgtau tu,kdg2 benda ni nasib gak...atau tertakluk pd rezeki masing2 yg Allah dah tentukan...ade juga yg dah naik job 3 kali lepas tu terus senyap tak naik2 sampai setahun,tak tau dimana silap.
tapi kalau ade kabel yg betul2 kuat mgkn boleh membantu kot...tapi sampai bila kabel tu nak membantu...kalau utk satu atau 2 job boleh la,takan selama2nya kabel tu nak rekomen je...yg penting diver itu sendiri mesti perform.
Post a Comment