Sebagai seorang commercial diver aku sering diajukan dengan berbagai soalan oleh ramai orang yang ingin tahu
bagaimana atau apa sebenanya yang kami buat.Orang-orang yang bertanya ini adalah
terdiri dari berbagai golongan antaranya ahli politik,ahli perniagaan,
orang-orang yang baru dikenali,rakan-rakan,ahli keluarga malah anak dan
isteriku juga kadang-kadang mengajukan soalan-soalan yang perlu dijawab .Jika yang bertanya soalan ialah mereka-mereka yang terdiri dari `non diver’
maka aku akan berusaha menjawab soalan-soalan mereka dengan baik supaya mereka
puas hati dan semoga kekeliruan dalam fikiran mereka hilang.
1-Soalan :Apa tugas-tugas diver dalam industri minyak dan gas atau dikenali
sebagai `offshore diver’?
Jawapan : Tugas diver dalam industri minyak
dan gas adalah sangat banyak, ianya melibatkan samaada kerja- kerja pembinaan,pembaikan
atau penyelenggaraan.pendek kata dari proses hendak mula menggali ada
melibatkan diver,memasang Pelantar minyak melibatkan diver,melabuhkan saluran
paip minyak atau gas kedasar laut ada melibatkan diver,penyelenggaraan
berjadual keatas pelantar dan saluran paip melibatkan diver, sehinggalah ke
proses menutup lapangan minyak ataupun membuang Pelantar minyak lama dari
lapangan minyak juga memerlukan khidmat diver.
Inspection diver sedang melakukan pemeriksaan ketebalan metal menggunakan CP meter. |
Construction diver sedang melakukan kerja-kerja memasang stuktur bawah air |
2-Soalan :Tak takut ke menyelam tu?
Jawapan :Alhamdulillah
Setiap kali menyelam saya tidak berasa takut sebab saya buat apa yang saya minat
tetapi saya sering khuatir iaitu jika saya tidak dpt melaksanakan tugas atau
menyiapkan tugasan yang diberi.Saya juga tidak takut untuk mati lemas kerana mati lemas adalah salah satu
kategori mati syahid.
3-Soalan :Apa kamu buat dalam air tu?
Jawapan :Saya buat kerja dan ianya
bergantung kepada jenis tugasan atau jenis projek sama ada
`construction’,`Inspection atau’ `Maintainance’
4-Soalan :Berapa gaji kamu sebulan atau sehari atau sejam?
Jawapan :Alhamdulillah....cukup2 makan
je....(Ianya telah saya tuliskan didalam entri no 9-my first offshore job .sila rujuk panduan bacaan
disebelah kanan anda)
5-Soalan :Sekali turun dalam air tu berapa orang buat kerja?
Jawapan :Ia bergantung kepada
tugasan..tapi kebanyakan masa buat kerja seorang diri dibawah air tu.
6-Soalan :Setiap kali turun dalam air tu berapa lama kamu buat kerja?
Jawapan :Ianya
bergantung kepada kedalaman `worksite’ jika buat kerja dibahagian cetek maka
lebih lama akan berada dibawah air tu,manakala jika buat kerja dibahagian yang lebih
dalam maka sekejap sahaja.Paling lama saya pernah buat kerja diair yang tak
dalam ialah selama 4 jam tapi ianya tak terasa lama sebab saya sibuk bekerja
dan hanya focus nak siapkan tugasan yang diberi.Manakala paling sekejap saya menyelam ialah 10 minit sahaja.Tetapi ada sesetengah job yang kami hadir selama 2 bulan dilaut tapi kami tidak menyelam,cuma stand by sahaja.
Bersambung akan datang dengan soalan-soalan yang lebih mencabar minda.
18 comments:
hehe cayalah.. maklum laa bukan slalu kita jumpa diver.. kan.. especially commercial diver
Stella...
Terimakasih....
Susah nak jumpa sebab byk duk bawah air kot....
Slm Tuan Spy ;-)
Memandangkan peralatan yg digunakan berlainan dengan selam rekreasi, adakah "surface interval" nya sama dengan selaman rekreasi jua?
Cik Elynal
soalan yg baik tu...
Ok Surface Interval tu bergantung juga kepada diving table mana yang digunakan sama ada diving Table USN,DCIEM,Comex,Naui atau PADI.
Biasanya kalau commercial Diving ni kebanyakannya gunakan diving table USN atau DCIEM dan ia sedikit berbeza jugak dgn table diving rekreasi tp tak byk beza sgt.
Dan Kalau dlm commercial diving ni biasanya kami diving dalam range with decompression limit.
kalau diving rekreasi biasa `no decompression limit'
Sesetgh tugas atau kami juga gunakan gas campuran jd decompression dan surface interval juga berbeza...
So kesimpulannya decompression atau surface interval bergantung kepada diving tu kita gunakan table yg mana...
baru habis marathon baca entry blog ni :-)
Memang blog yang menarik -baik kisah dalam lautan mahupun kisah di daratan,amat kagum dengan segala pengalaman yang bro lalui!
*sekurang-kurangnya dapatlah gambaran kasar tentang kerja di dasar lautan,pernah bercita-cita menjadi CommDiver namun hanya mampu ambil "open water" je :-(*
sangilapi..
Terima kasih kerana mengikuti..dan dah baca sampai habis dari Entri 1.
Terima kasih juga kerana tertarik..
teruskan support InsyaAllah saya akan tulis lg dgn kisah2 yg tetap menarik.
spy leman
trima kasih sebab sudi kongsi pengalaman. mmg best bace dari entri 1 smpai abes, bnyk sgt ilmu2 psl com diver nie...
nk tanye 1 soklan blh, org rabun still blh jadi com diver ke??
Saudara Azroy
Ramai je diver yg pakai contact lens
Ini buka nak masuk polis atau askar kalau rabun tak boleh masuk.
boleh je..tp jgnla rabun sgt nnt susah jgk...nak pasang skru dlm air tak nampak pulak
salam spy..:)
saya sngt tertarik dgn kehidupan seorng diver..klau dberi pluang sy juga ingn mnjadi seorng diver..
slpas mmbaca blog spy dr entri 1 lg ltrbelakang spy mmg ada berkait dgn dunia menyelam sprti brtugas d unt khs...
ttapi jika org y mmg "non diver" mcm sy,mcm mna untk sy join dgn dunia diver nie....
sbgai contoh,dari mana blh sy dptkn "link" y berkaitan dgn diver nie??atau pun mereka hanya akn memilih org2 tertntu sahaja?
mohon bantuan dr spy..:)trima kasih.
Saudara Anonymous,
Terlebih dahulu sy ucapkan t.kasih krn membaca blog sy dr awal.
bagi yg Non diver pun boleh jadi comm.diver.Ramai diver skrg dr background awam.sesiapa shj boleh jadi diver.
Tentang link tu saudara boleh surf google semudah makan nasi.Saya boleh bgtau tapi tp ianya menjadi terlalu mudah pulak buat saudara atau org lain.Hidup dizaman teknologi ni nak dapat maklumat hanya dihujung jari shj.
Kalau saudara taip `Commercial diver' shj digoogle pun saudara dah boleh dpt mcm2 info tp kena rajinlah.
Kalau betul2 bersungguh nak jadi diver kenalah start usaha cari.
Sbnrnya tak ramai diver yg nak berkongsi maklumat mcm mana nak jd comm.diver ni sbb mereka tak nak berlaku lambakkan diver.saya bkn taknak berkongsi dgn saudara tp ini usaha sy mendidik org lain untuk jd diver atau ubah mentaliti.Usaha dulu cari kat google senang je nak jumpa.& kalau baca baca entri sy dr awal akan jumpa nama academy tmpt sy belajar dulu pun boleh cr kat google maka akan keluarlah info2 yg berkaitan.Jgn ambik ati ok...usaha dulu...dah buntu baru saya bantu...
Gud Luck
Slm sekali lagi Tuan Spy,
Terima kasih kerana sudi membalas/menjawab kemusykilan diatas.
hhmm... adakah Nitrox digunakan & pernah kah berlaku insiden mask fogging dalam commercial diving
:-)
Selamat berpuasa tuan & take care out there in the open ocean.
hhmm... adakah Nitrox digunakan & pernah kah berlaku insiden mask fogging dalam commercial diving
Berkaitan soalan Cik Elynal tu,
beberapa tahun lepas mmg Nitrox digunakan dalam commercial diving dgn equipment Surface supply tetapi skrg ni dah jarang digunakan kerana bagi kerja2 yg mengambil masa panjang dikedalaman melebihi 30 atau 40 meter,kebanyakan comp skrg lebih suka menggunakan saturation kerana ia lebih memudahkan kerja,menjimatkan masa tetapi menguntungkan company.lagipun nitrox (mix gas) kurang selamat berbanding menggunakan saturation dive.
Tetapi masih ada lag sesetgh company yg menggunakan nitrox atau kita panggil mix gas utk buat kerja2 yg agak dalam bagi diver berada lebih lama sikit dibawah air tp sbnrnya tak delah lama sgt pun & seperkara lagi diver akan kena buat banyak decompression stop untuk naik,itu yg leceh tu..masa agak terbuang disitu.
mask fogging mmg berlaku tp oleh kerana kita menggunakan helmet diving jd CO2 build up dlm helmet tu mmg berlaku fogging tetapi di helmet tu kita ade valve yg akan suplyy angin lain dr atas cermin muka tu dan meng clearkan cermin kita dalam masa ia juga mnyejukkan muka dan flush CO2 yg build up dlm helmet tu.
harap penjelasan sy jelas
Slm Tuan Spy,
Terima kasih diatas penerangan yg sangat jelas & menarik. I likes :-)(maaf tiada button nie disini)
Elynal Tak tekan Button pun I tau U Loiiikess...he he
Salam bang..saya jupe blog abg ni dalam FB Perajurit.Memang syok la baca kisah2 abg..Dari malam tadi sampai sekarang saya duk baca kisah2 abg..insyallah malam ni khatam semua.hehehe...tak sangka abg dulu UTK..memang hebat la..mungkin lepas ni abg leh buat special entry pasal pengalman2 abg masa bersama UTK dulu pulak..
"TRG5353"
Terima kasih kerana suka blog saya.
nanti kalau dah jadi buku jangan lupa beli ye..
mana ada dalam citer tu tulis UTK takde rasanya.
"TRG5353" salah baca blog org lain kot...
Anyway t.kasih
aku nak leave comment, agak agak bro ni jawap x???
nourulwaheeda nak komen ape agaknya
Post a Comment