Dunia Commercial Diver



Jun 2007
Job di Batam

Selepas beberapa minggu duduk dirumah, seorang rakan memberitahu berkaitan kekosongan tempat untuk seorang diver dalam job di Indonesia.Lalu aku hubungi pegawai yang menguruskan berkaitan diver di syarikat Offshore Subsea Works.Aku diterima tapi mesti menguruskan sendiri permohonan Visa terlebih dahulu di Kedutaan Indonesia.3 hari kemudian aku berlepas ke Batam dan disambut disana oleh agen.Aku bermalam di hotel 5 bintang dulu untuk 1 malam sebelum naik ke kapal keesokan harinya.

Kapal yang aku naik ini bernama `Offshore stephaniturm’ ia jenis `Dynamic Positioning Diving Support Vessel’(DPDSV). DP ialah singkatan untuk `Dynamic Position’ yang mana ianya boleh berada statik disatu tempat tanpa beralih dan tanpa perlu melabuhkan sauh,kerana ia mempunyai 3 `thruster’ atau kipas yang dikawal secara otomatik oleh computer berpandukan `Global Positioning System’(GPS) dan satelit.

Kapal ini sangat unik bagiku.Aku menganggap ia seperti sebuah Kilang atau sebuah kedai `hardware’ yang besar.Walaupun kapal ini tidak terlalu besar tapi ia sangat padat.Didalamnya ada bengkel besi,store hardware yang lengkap,bengkel pertukangan yang lengkap,bengkel elektronik yang lengkap dan lain-lain lagi yang berkaitan dengan pertukangan dan peralatan.

stephaniturmDPDSV Offshore stephaniturm


Selain dari itu ia mempunyai 7 buah hiperbarik chamber termasuk chamber yang menjadi tempat tinggal `sat.diver’.Kapal ini memang khas untuk tugas-tugas `saturation dive’.Sat.diver adalah golongan elit dan professional
dalam dunia diving dan mereka mempunyai kelasnya yang tersendiri.Dibayar dengan kadar gaji yang berbeza dari diver biasa,bernafas udara yang berbeza,tempat tinggal yang berbeza,bekerja dikedalaman yang berbeza dan juga diberi layanan yang berbeza.

tmpt tido dlm satTempat tidur `sat.diver’.Disinilah mereka tinggal sepanjang projek.


bilik air + toilet dlm sat
Bilik air + toilet didalam chamber.


BERSAMBUNG LAGI DI ENTRI AKAN DATANG...

6 comments:

Hi Spy Leman, nnt citer lg ekk psl toilet dlm Sat.chamber.. mcm pelik sket toilet dlm chamber, hehehe

bole je....mmg pelik bukan pelik sikit tapi pelik banyak.....

thanx 4 ur support....

mmmm.... kalau nak masuk ke satu2 ruang tue kena slide melalui ruang chamber ke? Kat sini ader fire/emergency exit tak?

memandangkan kali ini terdapat gambar restroom, boleh share tentang waste system kat kapal ie. cara2 disposal bahan2 buangan... :-)

mmmm...mana ada istemewa bang layanan sat diver..dia orang samer gak macam air diver...cuma tak di nafikan kekadang ada perangai segelintir mereka yang eksyen..jaga klas katanya...tapi untuk apa..kita semua manusia so erti kata lain tak payah berlagak nanti orang menyampah..betul tak...hahhahah

aiik...big joe ni mcm sat diver je...mcm kenal je...betul betul betul....nnt org menyampahh....ala...air diver pun ade jugak perangai mcm diva.....sama je...

Time


Get your own Digital Clock

Followers

Aku..

(Sesungguhnya masa depan kita atau org lain tidak kita ketahui melainkan semuanya adalah didalam pengetahuan ALLAH SWT jua. ) Ini adalah sebuah kisah atau cerita-cerita yang membosankan mengenai kehidupanku sebagai seorang penyelam komersial dalam industri Minyak & Gas.Kepada yang pertama kali masuk blog ni eloklah baca dari entri pertama baru bole faham blog ini sbnrnya...sama mcm kita tgk movie kalau tiba2 je dah kat tgh2 mesti tak faham. kemudian kita terus andaikan yang citer tu tak best.....Anggaplah Tuan/Puan sedang membaca sebuah novel realiti.walau bagaimanapun aku ucapkan terima kasih kerana Tuan/Puan sudi melayan blog `Cap Ayam' aku ni.Hidup sebagai pelaut seperti aku bersesuaian benar dengan ayat dari surah dibawah.

Dialah yang menundukan lautan (sehingga boleh dilayari dipermukaannya atau diselami didasarnya) Supaya kamu dapat makan daripadanya daging yang lembut dan dapat pula mengeluarkan daripadanya perhiasan untuk kamu memakainya.Engkau melihat pula kapal-kapal belayar padanya dan supaya kamu dapat mencari rezeki daripada limpah kurnianya mudah-mudahan kamu bersyukur.

AL NAHL ayat 14.

Cari di Facebook (FB)
ronin newg



ok peace....
( Untuk stori bergambar sila layari melalui engine carian mozila firefox atau google chrome,kerana entah dimana silapnya internet explorer hanya menyiarkan stori tanpa gambar )

Sila Ikuti Kisah Ini Melalui Panduan Bacaan



















Radio Online

Radio Online
Klasik Nasional FM

Panduan Bacaan

Top Commentators

Get this widget here