Dunia Commercial Diver



Selepas balik dari berkursus Diving Medical Technician (DMT) tempohari aku sedaya upaya cuba selalu mempraktikan ilmu yang dipelajari dengan selalu mengulang kaji pelajaran secara sendiri dan mempraktikannya apabila ada ahli keluarga yang memerlukan.

2 bulan selepas balik aku mula naik job ke offshore semula dan sejak itu aku sering tidak pernah miss dari dilantik sebagai DMT on site.jika di Offshore setiap team diver memerlukan 2 DMT iaitu 1 bertugas untuk shif siang dan 1 lagi untuk shif malam.Jika buat job untuk `client’ Shell pula mereka mahu 4 DMT untuk 2 shif tersebut. Elaun DMT dibayar tak banyak sikit je lebih kurang USD 20.00 sehari.Tetapi jika DMT tersebut pernah bertindak merawat pesakit dan mempraktikan ilmunya dengan baik dan dimasukan kedalam rekod maka untuk `next job’nya elaunnya akan dinaikan kalau tak silap aku sehingga USD50.00 sehari. Jadi kiralah sendiri kalau sebulan dapat berapa selepas di `convert’kan ke Ringgit Malaysia.

perlantikan DMT
Contoh Surat perlantikan sebagai Diving Medical Technician DMT diOffshore,kalau ada surat seperti perlantikan ini barulah dapat elaun DMT



Dulu kursus DMT ini hanya boleh diambil di Australia atau mana-mana Negara lain.dan yang paling hampir atau paling murah hanya di Singapura.Tetapi beberapa bulan selepas aku habis kursus sudah ada doctor pakar selam yang buat kursus DMT ini di kliniknya di Ipoh dan bayarannya lebih murah sedikit dari di Singapura.Selepas aku dapat sijil DMT aku maka semakin ramai pula yang ada sijil DMT tapi tak ramai yang dilantik jadi DMT di offshore kerana sudah ada DMT yang lebih senior dilantik oleh `company’.Mungkin mereka akan dilantik jika DMT yang ada sudah dihantar bertugas kemana-mana dan company masih perlukan diver yang ada sijil DMT untuk job ditempat lain pula.

Setahun selepas aku tamat kursus DMT semasa aku bertugas untuk satu job (tak boleh bagitaulah dimana job tu) di Offshore ada seorang rakan diver ku telah datang ke offshore dengan kecederaan ditangan dan badan kerana terlibat dengan kemalangan motosikal pada hari beliau hendak datang ke offshore tetapi beliau datang juga kerana tidak mahu menyusahkan kakitangan di pejabat yang telah menyediakan segala dokumen dan tiket atas nama beliau untuk datang ke offshore jika beliau membatalkannya.Untuk tidak mahu menyusahkan sesiapa maka beliau datang juga kerja lagipun kalau datang kerja dapat USD,kalau tak datang tak dapat USD....

Semasa di Offshore aku telah dapat tahu tentang kecederaanya,di bahagian pelipat tangan kanannya terdapat cedera yang agak teruk juga dan berjahit besar dan dibahunya juga terdapat kecederaan luka gesel.dari penilaianku beliau memang tidak boleh menyelam dengan keadaanya begitu.Jika supervisor atau supritendant dapat tahu mungkin beliau akan marah pada rakan ku ini kerana datang ke offshore dengan keadaan begitu.Lalu aku dan rakan-rakan diver lain yang satu shif dengan ku pun `berpakat jahat jenayah’ (istilah dalam buku undang-undang merujuk kepada bersubahat) iaitu tidak akan beritahu pada supervisor atau supritendant.Kerana kami juga tidak mahu jika rakan kami tadi dihantar balik kerana dikhuatiri tidak boleh buat tugas menyelam.Dan kami berjanji akan membantu rakan kami yang cedera tadi.

Photobucket
Kecederaan ditangan yang dialami rakan ku.


Lalu mulai hari itu kami pun dengan memandai-mandainya (pandai-pandai sendiri) buat rawatan secara haram keatas rakan kami itu.Setiap hari aku akan buat dressing pada luka ditangan dan dibadannya.Tempat kami buat rawatan pula berubah-rubah sama ada ditempat tersembunyi di `dive station kami atau didalam kabin penginapanku.Nasib baik aku mendapat kerjasama dan tunjuk ajar yang sangat baik dari seorang rakan yang bertugas sebagai doktor atas kapal tersebut yang aku gelarkanya `doctor pakar’.Beliau jugalah yang membekalkan aku dengan peralatan-peralatan perubatan yang aku perlukan.Beliau memang best gilerlah...(A+++++ orang kata.....)

aktiviti rawatan haramAktiviti `rawatan haram’ sedang dilakukan...


Pada sebelah tengahari atau petang aku akan cuci lukanya sehingga bersih dan sehingga meraung-raung kawanku itu hi hi hi kesian pun ada syok pun ada tenyeh luka orang.ada juga rakanku yang lain yang turut membantu proses ini berkata aku medic kejam kerana cuci luka kawan aku tu kuat-kuat,nak buat macam mana...aku nak bagi luka kawan aku tu baik cepat terpaksalah buat macam tu.lagipun aku `combat medic’ memanglah sedikit kasar.Aktiviti rawatan haram ini sering dilakukan sambil menikmati sunset.

Photobucket
Sambil menikmati sunset....


Sebelah malam pula aku masukan kawan aku tadi kedalam chamber lalu aku pressurised beliau dikedalam 10 kaki dan beri dia sedut 100% oksigen.satu line oksigen disedut manakala satu line lagi ditekapkan dilukanya.Selama beberapa hari aku buat rawatan chamber ini pada rakanku itu dan setiap sesi berlangsung selama 40 minit.Dalam masa 4 hari sahaja luka ditangannya sudah menampakan hasil yang sangat positif,mengecil dan kering.

Tujuan aku beri rawatan cahmber dan 100% oksigen ini supaya sel-sel mati yang dilukanya cepat kering dan sel-sel yang baru boleh tumbuh dengan cepat apabila di support dengan 100% oksigen.manakala tujuan aku hantar beliau di kedalaman 10 kaki supaya buih-buih oksigen itu dapat meresap kedalam salur darah dan sel-sel dalam badan dan otaknya dengan lebih cepat lagi berbanding jika tidak di`presurised’kan.Sepatutnya jika hendak lebih cepat baik lagi aku perlu `pressurised' beliau lebih dalam lagi sehingga 40 kaki tetapi aku tidak mahu sebarang risiko sebab itu aku hanya `pressurised' beliau hanya dikedalam 10 kaki sahaja.

Photobucket
Didalam chamber dan bernafas 100% oksigen.Satu line disedut dan satu line lagi ditekapkan ditangannya.


Setiap hari tanpa jemu aku mengulang proses `rawatan haram’ ini sehingga kawanku itu merasa bersalah seolah-olah beliau dah menyusahkan aku.Tapi sebenarnya aku sangat seronok melakukannya kerana aku memang minat melakukannya,tak dapat jadi doctor betul,jadi doctor tipu pun jadilah....Lagipun sudah tanggungjawab aku sebagai seorang ahli paramedik menolong orang yang memerlukan bantuan tak kiralah pendekatannya betul atau salah yang penting niatnya baik.

Selepas 15 hari diberi rawatan yang special akhirnya kawanku itu sembuh sepenuhnya....Aku puas hati kerana dapat membantu dengan ilmu yang dipelajari dan dapat mempraktikannya disamping dapat belajar lagi beberapa tip yang diajarkan oleh rakanku `doctor pakar’ tadi.Rakanku yang `doctor pakar’ tu memang cekap dengan kerjanya sebagai `doctor pakar' kerana berpengalaman luas semasa berkhidmat dengan Kementerian Kesihatan dulu lagipun di darat beliau mempunyai kliniknya sendiri yang kendalikan oleh isterinya yang juga seorang doctor dan beliau juga tidak lokek ilmu dan tidak lokek peralatan.memang aku bangga dapat belajar dan bekerjasama dengannya.

Photobucket
Doktor Pakar sedang membantu


Semasa beliau belum sembuh sepenuhnya ada juga aktiviti menyelam tetapi sebagai `lead diver’ dan juga DMT bertugas aku Berusaha mengatur tugas dan giliran menyelam dengan baik dimana giliran rakan yang cedera itu di`cover’ oleh kami sehingga tiada yang menyedari salah seorang dari kami sebenarnya cedera dan tidak boleh menyelam sementara.

Segalanya berakhir dengan baik,tiada sesiapa yang dihantar balik,tiada supritendant dan supervisor yang marah-marah.Yang cedera pun dah sembuh dan sudah menyelam seperti biasa.Dan kami semua kembali dapat menikmati sunset dengan santai selepas penat bekerja.....

Photobucketmenikmati sunset dgn santai....sambil kena Ali Cafe Power Root.....ermmmm.....

Selepas job aku di Barge Sapura 3000 berakhir pada hujung 2008 aku banyak berehat dirumah sehingga January 2009.Kemudian pada January 2009 itu aku bersama 3 lagi rakanku yang sama-sama terlibat dengan job diSapura 3000 dulu menghadiri kursus `Diving Medical Technician’ (DMT) atau juga dikenali sebagai `diver medic' di Singapura.Nasib baik naik job lama di Sapura 3000 tempohari dapatlah modal sikit untuk pegi kursus.

Semasa Job Jacket Istallation di Sapura 3000 dulu akses internet agak terhad dimana di `recreation room’ hanya disediakan 1 sahaja `desktop’dan terpaksa berkongsi beramai-ramai dan dihadkan hanya 30 minit sahaja seorang.Oleh kerana tak dapat melayari internet dengan sepuasnya maka aku pun menjalankan `misi sulit’ menjelajah setiap ruang kapal itu mencari dimana adanya `port’ internet yang ada connection tapi tidak digunakan.Akhirnya pencarianku berhasil dimana aku jumpa satu bilik yang agak tersembunyi yang aku rasa `port’ ini orang tak tau yang disitu ada internet.Maka setiap hari aku berkampung disitu melayari internet sepuasnya.Oleh kerana job kali ini agak rilek maka banyaklah masa aku habiskan dengan melayari internet.

bilik rahsia aku
Disinilah aku jumpa satu port internet yang tidak digunakan oleh orang lain kecuali aku seorang


Disitu juga aku mengambil kesempatan menguruskan pendaftaran dan tempahan untuk menduduki kursus `Diving Medical Technician’ dengan bantuan seorang rakan yang berada didunia luar (daratan).Rakanku ini sejak beberapa tahun lalu memang banyak membantu aku dalam urusan berkaitan urusan-urusan luar Negara dan urusan-urusan didalam talian begini.pada asalnya aku bercadang nak ambik kursus ni seorang diri dengan tidak beritahu rakan-rakan ku yang ada disini tapi akhirnya mereka tahu juga akhirnya 3 orang lagi rakanku pun nak ikut juga.

Kursus ini dijalankan selama 2 minggu di KB Associate yang terletak dekat kawasan Changi,tak jauh sangatlah dari Airport Changi. Untuk kursus ini kami perlu membayar lebih kurang S$2500.(tukaran asing 2.4) jadinya duit Malaysia lebih kurang dalam RM6000 lah itu belum masuk dengan sewa hotel lagi untuk tempoh 12 hari..Kami tinggal di Hotel Cap ayam je..walaupun cap ayam tapi sewa bilik mahal jugak lebih kurang S$80.00 sehari tak padan dengan rupa hotel tu.Total semua sekali aku keluarkan belanja sebanyak RM 10.000 untuk kursus ini sahaja belum termasuk dengan duit shopping lagi tu(Shopping nye bajet tak yah taulah,sikit je).Hotelnya lebih kurang macam rumah mewah zaman 60an.Walaupun cap ayam dan mahal tapi itu sahaja pilihan terbaik kerana dekat dengan tempat kursus kami.Tapi kalau nak cari makanan halal agak susah sikit sebab terpaksa berjalan kaki agak jauh juga (berpeluh ketiak jugalah) lepas tu masa nak pergi cari makanan tu lapar bila lepas makan kena jalan kaki balik ke hotel semula bila dah sampai hotel jadi lapar semula.Selama 3 hari kami pergi kesekolah naik teksi dan balik pula naik MRT lepas tu baru kami tau yang pihak sekolah boleh mengambil kami dihotel pada waktu pagi dan menghantar kami balik hotel semula selepas kelas kerana hotel kami tidak jauh.Maka selepas itu mudahlah urusan pergi dan balik kami,dapatlah berjimat kerana bajet untuk transport dah save.Syukur pada Allah yang memudahkan urusan kami.

Disekolah ini nasib baik kami dapat cikgu Melayu,Muhamad Al Mudin Aman namanya.Oleh kerana dalam kelas kami hanya ada 4 orang sahaja yang hadir dan semunya Melayu maka cikgu kami tu pun berbesar hati untuk mengajar kami dalam Bahasa Malaysia.Sepatutnya ada juga Mat Saleh tapi disaat akhir mereka tak dapat hadir maka tinggallah kami 4 orang melayu dari Semenanjung.Menurut cikgu Muhamad ini pertama kali dalam kelas DMT semuanya Melayu dari Semenanjung.

cikgu muhamad tgh mengajarCikgu Muhamad sedang mengajar


Didalam kursus ini dalam minggu pertama selain dari diajar perkara-perkara asas berkaitan perubatan kami juga diajar berkaitan anatomi dan fisiologi,fungsi-fungsi organ dalam badan,tugas-tugas paramedic,jenis-jenis kecederaan dan beberapa penyakit penting.Kami diajar dan dilatih bagaimana menjadi seorang ahli paramedic,bagaimana menghadapi dan menangani sesuatu kemalangan dan kecederaan.Aku memang minat dengan bidang ni sebab tu sejak sekolah aku dah jadi ahli persatuan Bulan Sabit Merah.Kalaulah dulu aku belajar rajin-rajin macam sekarang entah-entah dah jadi doctor betul agaknya.Aku memang beri tumpuan penuh semasa cikgu mengajar.Kami juga diajar beri suntikan,menjahit luka kecederaan,memasang IV fluid atau memasukan air kedalam badan pesakit.memasukan tiub kesaluran kencing pesakit atau dipanggil `Catheterisation’,menangani pesakit yang menghadapi serangan jantung,memasukan tiub kedalam saluran pernafasan pesakit dengan kaedah-kaedah tertentu dan menebuk lubang pada dada pesakit yang menghadapi kecederaan dalam paru-paru.Tapi kami cuma buat praktikal pada patung getah je,menjahit tangan palsu yg dibuat dari getah dan mencucuk IV fluid untuk memasukan air pun pada tangan getah.Kalau buat pada orang betul mungkin kami dah kena tumbuk agaknya sebab asyik salah cucuk je..sampai berlubang-lubang tangan getah tu sebab salah cucuk.Aku seronok atau pun best giler dengan semua mata pelajaran yang diajarkan.Setiap hari cikgu akan beri kerja rumah dan tajuk-tajuk sabjek yang perlu dibaca selepas kelas untuk disemak keesokan harinya.maka setiap malam kami akan duduk dan berbincang tentang pelajaran.Walaupun susah tapi kerana minat maka aku tidak merasakan tekanan.

Lat.Praktikal
Latihan Praktikal menghadapi mangsa kemalangan.


Diminggu kedua pula kami banyak diajar berkaitan dengan penyakit-penyakit penyelam yang melibatkan tekanan (Barotrauma) yang mana sebahagian darinya adalah ulangan dari apa yang pernah aku belajar dulu semasa di Australia manakala sebahagiannya lagi ada juga yang aku tak pernah belajar.Berkaitan dengan penyakit penyelam ini sebahagian dari sabjeknya diajar sendiri oleh seorang `diving doktor'(doctor yang pakar tentang penyakit-penyakit penyelam). Kami diajar tentang Penyakit-penyakit ini dengan lebih mendalam lagi.Sebagai seorang DMT kami harus tau simtom-simtom,tanda-tanda dan semua yang berkaitan penyakit penyelam serta tau bagaimana untuk menangani dan mengendalikan penyelam sakit.Kami juga mesti cekap menilai keadaan pesakit dan membuat pemerikasaan.

Jika di `dive site’ DMT akan menjalankan tugas sebagai paramedic sebelum ketibaan `diving doktor’ dan sekiranya `diving doctor’ ada ditempat kejadian maka DMT akan bertindak selaku pembantu kepada doctor.sekiranya doctor berada jauh dari tempat kejadian tetapi dapat dihubungi maka DMT akan melapurkan simtom-simtom atau tanda-tanda yang ada pada pesakit kemudian akan menjalankan rawatan mengikut arahan dari doctor.Begitu juga jika penyelam sakit berada didalam chamber dan doctor pula berada diluar chamber maka DMT akan memberikan rawatan kepada pesakit mengikut arahan dari doctor yang memantau dari luar chamber. Pesakit yang menghidap penyakit penyelam atau sakit berkaitan tekanan (Barotrauma) hanya boleh dirawat oleh `diving doctor’ (doctor yang mahir tentang penyakit penyelam) sahaja bukan oleh doctor biasa.

Didalam kursus ini juga kami dikehendaki buat praktikal di Hospital.Kami dihantar praktikal di Hospita Alexandria selama beberapa hari,aku pun dah tak ingat hospital ini dikawasan mana.Dihari terakhir kursus kami menghadapi ujian bertulis yang boleh tahan juga susahnya.Selesai ujian bertulis ada pulak ujian praktikal.Pegawai penguji ialah seorang `sister’ jururawat wanita (mengikut maklumat yang diterima ,belum kahwin lagi) dari salah sebuah hospital di Singapura,muda lagi orangnya,lebih kurang dalam usia 30an.Tidak terlalu serius dan tidak terlalu baik,tapi agak berdiplomasi jadi tidaklah kami `nervous’ sangat masa ujian praktikal tu.Setiap seorang akan diberi satu scenario kemalangan dimana mangsanya sama ada melibatkan `diver’ atau `non diver’.Pegawai penilai akan menilai kelancaran kami dalam menangani situasi kecemasan atau kemalangan tersebut.Kami juga diuji secara praktikal dalam kemahiran menjahit luka,memasukan `IV fluid’ dan semua latihan praktikal yang telah diajar sebelum ini.Untuk ujian praktikal ini ada juga yang berpeluh-peluh walaupun aircond sangat sejuk masa tu.Bagi yang dapat menangani scenario yang diberi dengan lancar maka hanya mengambil masa sekejap sahaja tapi ada juga yang mengambil masa yang panjang.

Selepas berhempas pulas dalam ujian praktikal dan ujian bertulis apabila keputusan diumumkan semua pelajar lulus ujian praktikal tapi ada juga rakan ku yang gagal dalam ujian bertulis dan terpaksa mengulang semula.Apabila rakanku yang gagal tadi selesai mengulang semula dan diumumkan lulus lalu maka kami sangat gembira kerana rasa tak happy pulak bila datang kursus sama-sama tapi tiba-tiba ada pulak yang gagal.Kami diberi sijil dan satu kad pengenalan yang menandakan kami adalah seorang `Diving Medical Technician’ atau `diver medic’.

sijil DMT
sijil Diving Medical Technician (DMT)


Bagi aku ilmu yang dipelajari disini sebagai ahli Paramedik adalah sangat berguna kerana aku boleh praktikan untuk membantu orang lain ataupun ahli keluarga sendiri kerana ramai orang yang tidak tahu apa tindakan yang perlu diambil jika berlaku sesuatu kecemasan dihadapan mata,lebih malang lagi jika kecemasan atau sesuatu kemalangan itu menimpa ahli keluarganya sendiri.Sekurang-kurangnya aku tau apa perlu dilakukan bagi mengelakan keadaan menjadi lebih parah.

Selepas pulang dari kursus tersebut aku melapurkan diri di ofis Sapura di Keramat dan declare yang aku sekarang adalah `diver medic’ supaya mereka dapat masukan kedalam database mereka supaya untuk job akan datang mereka sudah ada senarai nama anggota DMT yang boleh di `deploy’ kan. .Selain dari melapurkan diri ke ofis Sapura aku juga melapurkan diri di rumah kerana pesakit regular (isteri & anak-anak ) aku dan menunggu dengan aduan sakit kepala,demam dan macam-macam lagilah....ermm....macamlah aku ni pegi belajar jadi doctor betul.....padahal doctor yg belajar menjahit tangan getah je....layan jelah....(bila bagi souvenir dari Singapore sume baik sakit.....

Bersambung akan datang......mempraktikan ilmu DMT di Offshore....

Time


Get your own Digital Clock

Followers

Aku..

(Sesungguhnya masa depan kita atau org lain tidak kita ketahui melainkan semuanya adalah didalam pengetahuan ALLAH SWT jua. ) Ini adalah sebuah kisah atau cerita-cerita yang membosankan mengenai kehidupanku sebagai seorang penyelam komersial dalam industri Minyak & Gas.Kepada yang pertama kali masuk blog ni eloklah baca dari entri pertama baru bole faham blog ini sbnrnya...sama mcm kita tgk movie kalau tiba2 je dah kat tgh2 mesti tak faham. kemudian kita terus andaikan yang citer tu tak best.....Anggaplah Tuan/Puan sedang membaca sebuah novel realiti.walau bagaimanapun aku ucapkan terima kasih kerana Tuan/Puan sudi melayan blog `Cap Ayam' aku ni.Hidup sebagai pelaut seperti aku bersesuaian benar dengan ayat dari surah dibawah.

Dialah yang menundukan lautan (sehingga boleh dilayari dipermukaannya atau diselami didasarnya) Supaya kamu dapat makan daripadanya daging yang lembut dan dapat pula mengeluarkan daripadanya perhiasan untuk kamu memakainya.Engkau melihat pula kapal-kapal belayar padanya dan supaya kamu dapat mencari rezeki daripada limpah kurnianya mudah-mudahan kamu bersyukur.

AL NAHL ayat 14.

Cari di Facebook (FB)
ronin newg



ok peace....
( Untuk stori bergambar sila layari melalui engine carian mozila firefox atau google chrome,kerana entah dimana silapnya internet explorer hanya menyiarkan stori tanpa gambar )

Sila Ikuti Kisah Ini Melalui Panduan Bacaan



















Radio Online

Radio Online
Klasik Nasional FM

Panduan Bacaan

Top Commentators

Get this widget here