Selepas balik dari berkursus Diving Medical Technician (DMT) tempohari aku sedaya upaya cuba selalu mempraktikan ilmu yang dipelajari dengan selalu mengulang kaji pelajaran secara sendiri dan mempraktikannya apabila ada ahli keluarga yang memerlukan.
2 bulan selepas balik aku mula naik job ke offshore semula dan sejak itu aku sering tidak pernah miss dari dilantik sebagai DMT on site.jika di Offshore setiap team diver memerlukan 2 DMT iaitu 1 bertugas untuk shif siang dan 1 lagi untuk shif malam.Jika buat job untuk `client’ Shell pula mereka mahu 4 DMT untuk 2 shif tersebut. Elaun DMT dibayar tak banyak sikit je lebih kurang USD 20.00 sehari.Tetapi jika DMT tersebut pernah bertindak merawat pesakit dan mempraktikan ilmunya dengan baik dan dimasukan kedalam rekod maka untuk `next job’nya elaunnya akan dinaikan kalau tak silap aku sehingga USD50.00 sehari. Jadi kiralah sendiri kalau sebulan dapat berapa selepas di `convert’kan ke Ringgit Malaysia.
Contoh Surat perlantikan sebagai Diving Medical Technician DMT diOffshore,kalau ada surat seperti perlantikan ini barulah dapat elaun DMT
Dulu kursus DMT ini hanya boleh diambil di Australia atau mana-mana Negara lain.dan yang paling hampir atau paling murah hanya di Singapura.Tetapi beberapa bulan selepas aku habis kursus sudah ada doctor pakar selam yang buat kursus DMT ini di kliniknya di Ipoh dan bayarannya lebih murah sedikit dari di Singapura.Selepas aku dapat sijil DMT aku maka semakin ramai pula yang ada sijil DMT tapi tak ramai yang dilantik jadi DMT di offshore kerana sudah ada DMT yang lebih senior dilantik oleh `company’.Mungkin mereka akan dilantik jika DMT yang ada sudah dihantar bertugas kemana-mana dan company masih perlukan diver yang ada sijil DMT untuk job ditempat lain pula.
Setahun selepas aku tamat kursus DMT semasa aku bertugas untuk satu job (tak boleh bagitaulah dimana job tu) di Offshore ada seorang rakan diver ku telah datang ke offshore dengan kecederaan ditangan dan badan kerana terlibat dengan kemalangan motosikal pada hari beliau hendak datang ke offshore tetapi beliau datang juga kerana tidak mahu menyusahkan kakitangan di pejabat yang telah menyediakan segala dokumen dan tiket atas nama beliau untuk datang ke offshore jika beliau membatalkannya.Untuk tidak mahu menyusahkan sesiapa maka beliau datang juga kerja lagipun kalau datang kerja dapat USD,kalau tak datang tak dapat USD....
Semasa di Offshore aku telah dapat tahu tentang kecederaanya,di bahagian pelipat tangan kanannya terdapat cedera yang agak teruk juga dan berjahit besar dan dibahunya juga terdapat kecederaan luka gesel.dari penilaianku beliau memang tidak boleh menyelam dengan keadaanya begitu.Jika supervisor atau supritendant dapat tahu mungkin beliau akan marah pada rakan ku ini kerana datang ke offshore dengan keadaan begitu.Lalu aku dan rakan-rakan diver lain yang satu shif dengan ku pun `berpakat jahat jenayah’ (istilah dalam buku undang-undang merujuk kepada bersubahat) iaitu tidak akan beritahu pada supervisor atau supritendant.Kerana kami juga tidak mahu jika rakan kami tadi dihantar balik kerana dikhuatiri tidak boleh buat tugas menyelam.Dan kami berjanji akan membantu rakan kami yang cedera tadi.
Kecederaan ditangan yang dialami rakan ku.
Lalu mulai hari itu kami pun dengan memandai-mandainya (pandai-pandai sendiri) buat rawatan secara haram keatas rakan kami itu.Setiap hari aku akan buat dressing pada luka ditangan dan dibadannya.Tempat kami buat rawatan pula berubah-rubah sama ada ditempat tersembunyi di `dive station kami atau didalam kabin penginapanku.Nasib baik aku mendapat kerjasama dan tunjuk ajar yang sangat baik dari seorang rakan yang bertugas sebagai doktor atas kapal tersebut yang aku gelarkanya `doctor pakar’.Beliau jugalah yang membekalkan aku dengan peralatan-peralatan perubatan yang aku perlukan.Beliau memang best gilerlah...(A+++++ orang kata.....)
Aktiviti `rawatan haram’ sedang dilakukan...
Pada sebelah tengahari atau petang aku akan cuci lukanya sehingga bersih dan sehingga meraung-raung kawanku itu hi hi hi kesian pun ada syok pun ada tenyeh luka orang.ada juga rakanku yang lain yang turut membantu proses ini berkata aku medic kejam kerana cuci luka kawan aku tu kuat-kuat,nak buat macam mana...aku nak bagi luka kawan aku tu baik cepat terpaksalah buat macam tu.lagipun aku `combat medic’ memanglah sedikit kasar.Aktiviti rawatan haram ini sering dilakukan sambil menikmati sunset.
Sambil menikmati sunset....
Sebelah malam pula aku masukan kawan aku tadi kedalam chamber lalu aku pressurised beliau dikedalam 10 kaki dan beri dia sedut 100% oksigen.satu line oksigen disedut manakala satu line lagi ditekapkan dilukanya.Selama beberapa hari aku buat rawatan chamber ini pada rakanku itu dan setiap sesi berlangsung selama 40 minit.Dalam masa 4 hari sahaja luka ditangannya sudah menampakan hasil yang sangat positif,mengecil dan kering.
Tujuan aku beri rawatan cahmber dan 100% oksigen ini supaya sel-sel mati yang dilukanya cepat kering dan sel-sel yang baru boleh tumbuh dengan cepat apabila di support dengan 100% oksigen.manakala tujuan aku hantar beliau di kedalaman 10 kaki supaya buih-buih oksigen itu dapat meresap kedalam salur darah dan sel-sel dalam badan dan otaknya dengan lebih cepat lagi berbanding jika tidak di`presurised’kan.Sepatutnya jika hendak lebih cepat baik lagi aku perlu `pressurised' beliau lebih dalam lagi sehingga 40 kaki tetapi aku tidak mahu sebarang risiko sebab itu aku hanya `pressurised' beliau hanya dikedalam 10 kaki sahaja.
Didalam chamber dan bernafas 100% oksigen.Satu line disedut dan satu line lagi ditekapkan ditangannya.
Setiap hari tanpa jemu aku mengulang proses `rawatan haram’ ini sehingga kawanku itu merasa bersalah seolah-olah beliau dah menyusahkan aku.Tapi sebenarnya aku sangat seronok melakukannya kerana aku memang minat melakukannya,tak dapat jadi doctor betul,jadi doctor tipu pun jadilah....Lagipun sudah tanggungjawab aku sebagai seorang ahli paramedik menolong orang yang memerlukan bantuan tak kiralah pendekatannya betul atau salah yang penting niatnya baik.
Selepas 15 hari diberi rawatan yang special akhirnya kawanku itu sembuh sepenuhnya....Aku puas hati kerana dapat membantu dengan ilmu yang dipelajari dan dapat mempraktikannya disamping dapat belajar lagi beberapa tip yang diajarkan oleh rakanku `doctor pakar’ tadi.Rakanku yang `doctor pakar’ tu memang cekap dengan kerjanya sebagai `doctor pakar' kerana berpengalaman luas semasa berkhidmat dengan Kementerian Kesihatan dulu lagipun di darat beliau mempunyai kliniknya sendiri yang kendalikan oleh isterinya yang juga seorang doctor dan beliau juga tidak lokek ilmu dan tidak lokek peralatan.memang aku bangga dapat belajar dan bekerjasama dengannya.
Doktor Pakar sedang membantu
Semasa beliau belum sembuh sepenuhnya ada juga aktiviti menyelam tetapi sebagai `lead diver’ dan juga DMT bertugas aku Berusaha mengatur tugas dan giliran menyelam dengan baik dimana giliran rakan yang cedera itu di`cover’ oleh kami sehingga tiada yang menyedari salah seorang dari kami sebenarnya cedera dan tidak boleh menyelam sementara.
Segalanya berakhir dengan baik,tiada sesiapa yang dihantar balik,tiada supritendant dan supervisor yang marah-marah.Yang cedera pun dah sembuh dan sudah menyelam seperti biasa.Dan kami semua kembali dapat menikmati sunset dengan santai selepas penat bekerja.....
menikmati sunset dgn santai....sambil kena Ali Cafe Power Root.....ermmmm.....

11 comments:
Spy Leman,
Huuuuuu ngeri... errr...
banganya ader mka kat ctu wlaupun xnmpak mka............heheheheheeh..............thanks spy leman............smga dpat bkerjasama lgi yer...............
spy leman jr............
mmm..baguslah macam tu...tolong kekawan...kawan sakit kita tolong ..kita sakit kawan tolong..tak gitu encik leman...
Spy Leman,
Hahaha.. part paling best entri ni - Aktiviti rawatan haram ini sering dilakukan sambil menikmati sunset...
Ending story ni memang best.. :)
catz mafia-ngeri bagi yg tak biasa tgk,sakit bagi yg mengalaminya tp seronok bagi yg mencucinya he he he....
anonymous-he he he gmbr muka w.pun dblurkan tp sama2 tau sape tu....sbg tanda apresiasi....wajah dihitamkan tu spy leman punya trademark....
hallamaak...brader big joe pun ade he he he malulah.....org lama pun layan blog diver cap ayam.....
hehehe.. ada dgr gak chamber treatment yg guna 100% oksigen.. interesting story.. keep it up..
stella-
100% oksigen mmg bagus sbnrnya,sesiapa shj boleh beli tank oksigen yg kecil utk digunakan sendiri dirumah baik untuk kesihatan.oh ye stella jgn bwk ER6 laju2 ye nnt jd mcm kwn sy tu nnt tak pasal2 berjahit pulak,kalau kat darat rawatan chamber mahal tau....rm350 1 treatment.kalau sy ade chamber sendiri takpelah bolehlah bg diskaun sikit he he he
power giler pak uda....
x dpt jd official doc pun x pe...
janji ada ilmu gak pasal 2...
*angah
angah-semoga jd inspirasi dan boleh cepat2 doktor betul bkn doktor tipu mcm pak uda he he...
pak uda tunggu angah grad, nak study & praktikal sama2..
catz mafia-sambil nikmati sunset dan patient tu pulak sambil lukanya dicuci dia dibenarkan menghisap rokok supaya fikirannya lebih tenang...tp tak taulah kaedah tu berkesan ke tak sbb dia asik ckp sakit je...masa tu mcm tak berkesan je...he he he
salam sy amir ...nih entri plg bessh antara n sedikit ngeri sbb ader gambar.. plg besh entri dating ngan charlie smbil layan tgk ikan paus.. btw keep it up tulih blog .. minat sgt bace true story novel... lebih2 lg pasal diving sbb saya br jer dpt OWD march 12...actually sy bru jer jump over this blog 2 days ago n da melekat ari2 dah nih..jgn lupa add saya kat fb gak yer..mcamer
Terima Kasih saudara Amir kerana sudi melayan blog kampung ini.
pembetulan nama awek Australia tu Carlie bkn Charlie he he
Saya akan update blog 2 kali sebulan iaitu setiap 15hb & setiap 30 hb
Bole cari saya di FB Ronin Newg
Teruskan layan
T.Kasih..
Post a Comment