Dunia Commercial Diver



Sepanjang tahun 2009 aku hanya bekerja untuk Sapura Crest Petroleum sahaja dan hanya di Enterprise 3 sahaja.Trip pertama aku naik pada bulan April dan terus kerja selama 3 bulan sehingga bulan julai.kemudian aku bercuti sebulan dan naik semula pada bulan September.

kerja2 menyelenggara peralatan selamkerja-kerja menyelenggara alat selam sedang dilakukan sambil kapal belayar menuju kelokasi yang baru


Dalam trip yang kedua ni job sudah masuk bab teruk kerana tugas semakin sukar,tiada lagi kerja senang sepertimana semasa job pipe lay tempohari,kerana biasanya selepas `pipelay’ tugas seterusnya adalah `underwater construction task’ ia adalah kesinambungan dari `pipelay’ itu. Ditambah pula dengan kehadiran bulan Ramadhan.Dalam keadaan berpuasa buat pula kerja-kerja construction di deck dan dalam air fuuhh....mencabar minda ooo memang benar-benar menguji kesabaran dan keimanan sesiapa sahaja.

Dalam trip kedua ni aku terlibat dengan projek pasang `riser clamp’ dan memasang `riser guard’ pada platform.Selain dari terlibat sebagai pasukan sokongan untuk team Sat.Diver (sat support) aku juga kena buat tugas menyelam jika tugas yang akan dijalankan melibatkan kedalaman yang didalam lingkungan kelayakan `air diver’ iaitu tak melebihi 50 meter.

riser guardInilah riser guard (yang ade merah putih) yang kami pasang.Setengah mati juga nak menyiapkannya.oleh kerana kedalamannya hanya beberapa meter sahaja jadi setiap orang akan diving 3 hingga 4 jam,dah dekat nak sama dengan sat diver dah.


launching the bellSedang menurunkan bell ke air dimana Sat.Diver berada didalamnya untuk melakukan kerja-kerja `construction' dibawah air.


Ada masanya kadang-kadang aku hanya solat menghormati waktu didalam air sahaja dan apabila naik ke permukaan aku akan buat solat sempurna.Kerana kadang-kadang satu dive akan memakan masa 3-4 jam jika kena depth tak dalam.Ada masa-masanya juga tak sempat bersahur kerana bila habis dive hari pun sudah cerah.Jadi semasa sebelum selesai waktu subuh itu semasa berada dibawah air aku akan berhenti sebentar untuk buat solat menghormati waktu dulu dan apabila selesai diving kemudiannya barulah aku kerjakan semula solat subuh tadi dengan sempurna.Bagi aku dalam apa keadaan sekalipun solat tetap dikerjakan tidak boleh ditinggalkan.Tidak ada urusan dunia yang lebih penting daripada urusan menyembah Allah SWT. Siang hari pula berpuasa dan bekerja berat didalam cuaca yang sangat panas. Dalam bulan Ramadhan ini oleh kerana terlalu penat yang amat sangat ada beberapa kali selepas habis shif dan solat Zohor yang diJamakkan dengan Asar aku terus tertidur dan hanya tersedar pukul 10.00 malam jadi aku berbuka puasa juga pukul 10 malam.Bayangkan betapa penatnya.Bangun dari tidur pun masih lesu lagi,lepas makan terus masuk kerja lagi sambung lagi kerja berat.begitulah setiap hari selama 60 hari.

before diveSebelum dive,aku dibantu oleh diver Jeffri yang pernah bersama-sama aku bertugas di Bukit Aman dulu.Masa di Bukit Aman dulu kami juga didalam Team Selam Tempur,sekarang juga satu team selam kommersial.


Bila badan dah penat dan tersangat letih otak dan perasaan akan jadi sensitif.Beberapa kali juga aku berselisih pendapat dan melawan supervisor dan supritendant mat saleh.Lebih-lebih lagi bila mereka mempersendakan amalan berpuasa oleh umat islam seluruh dunia.Bila ada orang asing yang mempersendakan agama ku maka aku akan lawan walaupun aku tak pandai sangat Bahasa Inggeris tapi biasanya bila dalam keadaan marah, secara automatik akan jadi pandai dan lancar je bila berhujah.Allah bantu tu.Lama-kelamaan mereka tidak sentuh lagi bab agama dan lebih bertimbang rasa bila tiba bab solat,sahur dan puasa.
Akhirnya lagi 5 hari sebelum ketibaan Aidilfitri 2009 aku keluar dari Enterprise 3 untuk pulang berhari raya bersama keluarga.Lega rasanya.

balik cuti rayaPulang untuk bercuti hari raya dari Enterprise3,naik kapal terbang kecil di airport Bintulu


Sebenarnya banyak yang aku nak ceritakan tentang pengalaman-pengalaman semasa di Enterprise 3 tapi idea keringlah,tak tau nak olah citer macam mana.Ada masa-masanya otak jadi jem pulak.Jadi setakat ini dululah yang dapat aku ceritakan tentang pengalaman di Enterprise3.

sambil kerja sempat lg menjemur sotong keringSambil bekerja sempat lagi mereka menjemur sotong kering


sunsetsunset di offshore

Sambungan dari entri `kesan krisis ekonomi dunia'


pipe lay bargeGambaran kasar rupa bentuk barge yang digunakan untuk job pipe lay



Semasa proses ini berjalan selang beberapa jam diver akan turun menyelam untuk memeriksa adakah `stinger’ berada ditahap kedalaman tertentu yang telah ditetapkan agar paip yang diturunkan kedasar berada dalam tahap kelenturan yang stabil kerana jika tahap lentur paip lari dari kiraan asal mengikut yang telah dikira oleh Engineer dikhuatiri boleh merosakan saluran paip tersebut.Biasanya dalam satu shif hanya 2 kali sahaja diver akan turun menyelam dan setiap selaman mengambil masa hanya 15 minit sahaja,selaman ini dipanggil `stinger check’.Sebelum diver turun menyelam remote operated vehicle (ROV) akan dihantar turun dulu untuk membuat selaman dan direkodkan data-data yang diambil melalui kameranya.


Photobucket
Bergambar kenangan dengan ROV yang ada diatas barge Enterprise 3



PhotobucketAntara tugasan diver semasa stinger check.




Aku sangat suka job `pipe lay’ dan stinger check ini kerana banyak rehat.Diantara jangka waktu antara 2 selaman itu kami diver akan buat urusan sendiri sama ada melayari internet,menonton video atau apa-apa sahaja yang sewaktu dengannya.kadang-kadang kami akan buat kerja-kerja menyelenggara peralatan menyelam sama ada yang kecil atau yang besar.Satu lagi kegemaranku di E3 ini bila setiap kali habis shif jam 2300hrs ialah aku akan mandi cepat-cepat kemudian segera bergegas ke bilik menonton dan akan lepaskan penat dengan berkaraoke sebelum orang lain datang untuk menonton video. Dapatlah aku `mensumbangkan’ 5 buah lagu pop yeh yeh setiap malam untuk menghiburkan diriku sendiri....jika ada orang lain terhibur itu kira bonus la untuk diriku.selepas itu aku akan berinternet dan buat video call kerumah menggunakan `skype’ dan ianya free je walaupun sembang berjam-jam.Skype adalah keperluan bagi pekerja-pekerja offshore kerana dengan skype kami boleh berhubung dengan pengguna skype yang lain dengan lebih mudah lagi,dan sesama pengguna skype ini boleh berhubung dengan video call selama mana yang disukai dan tidak perlu bayaran seperti mana menggunakan Yahoo messenger tetapi menggunakan skype adalah lebih mudah.

DiEnterprise 3 ini selalu juga ada Engineer wanita dari Petronas Carigali,mereka ini kebanyakan muda-muda dan biasanya masih dalam proses belajar lagi tentang offshore tapi ada juga yang memang dihantar dari ibu pejabat Petronas di KLCC untuk memantau perkembangan sesuatu projek.


PhotobucketEngineer wanita dari Petronas sempat berposing dengan diving helmet semasa buat lawatan disekitar barge E3 dan singgah di dive station.



Apabila cukup 60 hari aku akan keluar dari barge dan naik kedarat kemudian bermalam di hotel dengan dibayar sepenuhnya oleh syarikat dan gaji masih berjalan.satu atau 2 malam didarat kemudian masuk semula kebarge.Proses ini dipanggil `u turn’,ini peraturan biasa.kepada sesiapa yang hendak tinggal atau bekerja lebih dari 60 hari.sesudah melalui proses `u turn’ ini maka aku boleh bekerja lagi untuk tempoh 60 hari lagi.Aku sebenanrnya tak suka sangat proses `u turn’ ini kerana leceh nak turun naik kapal.Tapi sesetengah orang suka kerana dapat naik darat untuk melihat dunia luar selain dari laut dan untuk menyegarkan badan.Aku lebih suka berada terus diatas kapal dan turun darat untuk pulang kerumah sahaja.

Jika kerja yang dibuat tak berapa teruk,team diver yang menyeronokan,supervisor atau supritendant yang menyenangkan maka aku boleh kerja terus dilaut berterusan selama 4 bulan,lebih lama dilaut lebih menyenangkan lagi,jiwa pun lebih tenang,iman pun lebih mantap kerana bila dilaut ni tahap muhasabah diri tu lebih tinggi berbanding didarat yang banyak elemen-elemen yang melalaikan.......

Seperkara lagi yang buat kami seronok jika lebih lama berada dilaut ialah lebih banyak hari kami berada dilaut maka bertambah banyaklah yang kami dapat,seperti yang selalu disebut oleh diver dalam bahasa inggeris iaitu `Another day another dollar ‘.

Time


Get your own Digital Clock

Followers

Aku..

(Sesungguhnya masa depan kita atau org lain tidak kita ketahui melainkan semuanya adalah didalam pengetahuan ALLAH SWT jua. ) Ini adalah sebuah kisah atau cerita-cerita yang membosankan mengenai kehidupanku sebagai seorang penyelam komersial dalam industri Minyak & Gas.Kepada yang pertama kali masuk blog ni eloklah baca dari entri pertama baru bole faham blog ini sbnrnya...sama mcm kita tgk movie kalau tiba2 je dah kat tgh2 mesti tak faham. kemudian kita terus andaikan yang citer tu tak best.....Anggaplah Tuan/Puan sedang membaca sebuah novel realiti.walau bagaimanapun aku ucapkan terima kasih kerana Tuan/Puan sudi melayan blog `Cap Ayam' aku ni.Hidup sebagai pelaut seperti aku bersesuaian benar dengan ayat dari surah dibawah.

Dialah yang menundukan lautan (sehingga boleh dilayari dipermukaannya atau diselami didasarnya) Supaya kamu dapat makan daripadanya daging yang lembut dan dapat pula mengeluarkan daripadanya perhiasan untuk kamu memakainya.Engkau melihat pula kapal-kapal belayar padanya dan supaya kamu dapat mencari rezeki daripada limpah kurnianya mudah-mudahan kamu bersyukur.

AL NAHL ayat 14.

Cari di Facebook (FB)
ronin newg



ok peace....
( Untuk stori bergambar sila layari melalui engine carian mozila firefox atau google chrome,kerana entah dimana silapnya internet explorer hanya menyiarkan stori tanpa gambar )

Sila Ikuti Kisah Ini Melalui Panduan Bacaan



















Radio Online

Radio Online
Klasik Nasional FM

Panduan Bacaan

Top Commentators

Get this widget here