Sambungan dari entri `kesan krisis ekonomi dunia'
Gambaran kasar rupa bentuk barge yang digunakan untuk job pipe lay
Semasa proses ini berjalan selang beberapa jam diver akan turun menyelam untuk memeriksa adakah `stinger’ berada ditahap kedalaman tertentu yang telah ditetapkan agar paip yang diturunkan kedasar berada dalam tahap kelenturan yang stabil kerana jika tahap lentur paip lari dari kiraan asal mengikut yang telah dikira oleh Engineer dikhuatiri boleh merosakan saluran paip tersebut.Biasanya dalam satu shif hanya 2 kali sahaja diver akan turun menyelam dan setiap selaman mengambil masa hanya 15 minit sahaja,selaman ini dipanggil `stinger check’.Sebelum diver turun menyelam remote operated vehicle (ROV) akan dihantar turun dulu untuk membuat selaman dan direkodkan data-data yang diambil melalui kameranya.
Antara tugasan diver semasa stinger check.
Aku sangat suka job `pipe lay’ dan stinger check ini kerana banyak rehat.Diantara jangka waktu antara 2 selaman itu kami diver akan buat urusan sendiri sama ada melayari internet,menonton video atau apa-apa sahaja yang sewaktu dengannya.kadang-kadang kami akan buat kerja-kerja menyelenggara peralatan menyelam sama ada yang kecil atau yang besar.Satu lagi kegemaranku di E3 ini bila setiap kali habis shif jam 2300hrs ialah aku akan mandi cepat-cepat kemudian segera bergegas ke bilik menonton dan akan lepaskan penat dengan berkaraoke sebelum orang lain datang untuk menonton video. Dapatlah aku `mensumbangkan’ 5 buah lagu pop yeh yeh setiap malam untuk menghiburkan diriku sendiri....jika ada orang lain terhibur itu kira bonus la untuk diriku.selepas itu aku akan berinternet dan buat video call kerumah menggunakan `skype’ dan ianya free je walaupun sembang berjam-jam.Skype adalah keperluan bagi pekerja-pekerja offshore kerana dengan skype kami boleh berhubung dengan pengguna skype yang lain dengan lebih mudah lagi,dan sesama pengguna skype ini boleh berhubung dengan video call selama mana yang disukai dan tidak perlu bayaran seperti mana menggunakan Yahoo messenger tetapi menggunakan skype adalah lebih mudah.
DiEnterprise 3 ini selalu juga ada Engineer wanita dari Petronas Carigali,mereka ini kebanyakan muda-muda dan biasanya masih dalam proses belajar lagi tentang offshore tapi ada juga yang memang dihantar dari ibu pejabat Petronas di KLCC untuk memantau perkembangan sesuatu projek.
Engineer wanita dari Petronas sempat berposing dengan diving helmet semasa buat lawatan disekitar barge E3 dan singgah di dive station.
Apabila cukup 60 hari aku akan keluar dari barge dan naik kedarat kemudian bermalam di hotel dengan dibayar sepenuhnya oleh syarikat dan gaji masih berjalan.satu atau 2 malam didarat kemudian masuk semula kebarge.Proses ini dipanggil `u turn’,ini peraturan biasa.kepada sesiapa yang hendak tinggal atau bekerja lebih dari 60 hari.sesudah melalui proses `u turn’ ini maka aku boleh bekerja lagi untuk tempoh 60 hari lagi.Aku sebenanrnya tak suka sangat proses `u turn’ ini kerana leceh nak turun naik kapal.Tapi sesetengah orang suka kerana dapat naik darat untuk melihat dunia luar selain dari laut dan untuk menyegarkan badan.Aku lebih suka berada terus diatas kapal dan turun darat untuk pulang kerumah sahaja.
Jika kerja yang dibuat tak berapa teruk,team diver yang menyeronokan,supervisor atau supritendant yang menyenangkan maka aku boleh kerja terus dilaut berterusan selama 4 bulan,lebih lama dilaut lebih menyenangkan lagi,jiwa pun lebih tenang,iman pun lebih mantap kerana bila dilaut ni tahap muhasabah diri tu lebih tinggi berbanding didarat yang banyak elemen-elemen yang melalaikan.......
Seperkara lagi yang buat kami seronok jika lebih lama berada dilaut ialah lebih banyak hari kami berada dilaut maka bertambah banyaklah yang kami dapat,seperti yang selalu disebut oleh diver dalam bahasa inggeris iaitu `Another day another dollar ‘.
0 comments:
Post a Comment