Dunia Commercial Diver



Ini adalah sambungan dari entri bertajuk naik kapal yang makanannya sedap-sedap...Job kali ni ialah buat underwater inspection dilapangan Exxon Mobil di Terengganu.Dalam job ni ramai diver-diver Professional dari Malaysia dan luar Negara (Aku sorang je diver Cap Ayam disini,Yang lain sume Cap Gajah Duduk).Job ini melibatkan `saturation diver’,`inspection diver’ dan `air diver’.Selain dari diver, ROV (Remote Operated Vehicle) juga turut terlibat
Tugas kami ialah buat inspection keatas beberapa platform milik Exxon Mobil yang ada disini bagi mengesan jika terdapat sebarang kerosakan pada platform-platform tersebut. Aku difahamkan ini adalah job pemeriksaan berskala besar kerana platform-platform ini adalah platform lama yang telah dipasang sejak awal tahun 70an lagi.keadaannya Nampak tak berapa menarik dah....maklumlah dah 40 tahun sama gak mcm orang kalau dah 40 thn hmm dah Nampak reput gak...
Tugas kami begini....
Mula-mula ROV akan diturunkan untuk buat survey,selepas ROV selesai menjalankan tugasnya diver pula akan diturunkan.Diver yang akan diturunkan pula bergantung kepada keputusan Diving Supritendant,jika Diving Supretendant mau kerja-kerja dibahagian yang lebih dalam dijalankan terlebih dahulu maka `Saturation diver’ akan turun dulu untuk buat kerja.Jika Kerja-kerja pemeriksan dibahagian yang tidak berapa dalam maka `air diver’ pula akan menjalankan tugasnya.
Sama ada `air diver’ atau `Sat.Diver’ yang turun kerja-kerja yang dilakukan tetap sama Cuma yang membezakan mereka adalah tahap kedalaman dan gas yang digunakan untuk bernafas serta jangkamasa diver bekerja didalam air.
Sebelum diver turun Supervisor akan beri taklimat ringkas tentang skop penugasannya didalam dive tersebut.Kemudian team member yang lain yang juga diver akan `dress up diver one’ atau membantu diver utama memakai peralatannya. Dibawah air mula-mula sekali diver akan memasang `down line’ ditempat ia akan bekerja supaya senang diver-diver lain diatas permukaan menghantar sebarang tools untuk digunakan oleh diver yang bekerja dibawah air.
PhotobucketTender Diver sedang membantu diver 1 `dress up' (tender tu juga adalah diver)
Kemudian jika skop tugas diver itu mencuci (cleaning) maka beliau akan mencucilah bahagian yang dia perlu cuci atau bersihkan itu.Bahagian struktur dibawah air itu biasanya dibersihkan untuk dilakukan pemeriksaann yang lebih teliti keatasnya .Pemeriksaan pula akan dilakukan oleh diver yang ada kelayakan tambahan sebagai inspector dan mereka dipanggil inspection diver.Manakala diver yang tiada kelayakan inspection pula dipanggil construction diver.Bahagian-bahagian tersebut di bersihkan dari sebarang sampah-sampah lama seperti jaring nelayan yang tersangkut,tali-tali yang hanyut dan tersangkut disitu dan juga dari tumbuhan laut (marine growth) yang biasanya tumbuh dengan segar dan banyaknya disitu tambahan pula jika struktur tersebut sudah berpuluh tahun usianya.
Sesetengah skop tugas memerlukan diver mengukur tahap tinggi dan tahap ketebalan marine growth yang tumbuh di stuktur bawah air dan juga jenis marine growth yang tumbuh sama-ada jenis lembut atau jenis keras.
Construction diver akan menggunakan beberapa peralatan bagi membersihkan kawasan yang hendak dibuat pemeriksaan itu.Antara peralatan yang digunakan ialah Scrapper,Water Blaster dan Grid Blast.Water blaster adalah sejenis alat yang berupa seperti senapang yang panjang dan berkuasa tinggi yang berupaya menembak pancutan air sehingga 15.000 Psi dan akan menanggalkan segala kotoran degil yang berada dihadapannya.Kadang-kadang ada juga diver yang tercedera semasa menggunakan water blaster ini.
water blasterDiver sedang membersihkan marine growth menggunakan water jet yang bertekanan tinggi dan boleh mencederakan jika tak berhati-hati

Manakala grid blast pula ialah sejenis pasir yg sgt halus yang dipanggil garnet atau grit dan ia ditembak dgn hos serta angin tekanan tinggi kearah tempat yang nak dibersihkan dan hasilnya tempat itu akan mejadi bersih sehingga `menciutkan’ lalu mudahlah pemeriksaan teliti dilakukan...
PhotobucketDiver sedang membersihkan struktur atau bahagian yang akan dilakukan pemeriksaan,perhatikan akan kebersihan yang dihasilkan dengan penggunaan Grid blast itu sungguh menciutkan hingga tiada kesan degil...
Photobucketmelepaskan lelah seketika setelah penat bekerja


2 April 2011 aku naik job dengan satu company yang agak ternama juga di Malaysia. Ini adalah job kedua aku untuk tahun 2011 ini setelah menganggur selama 4 bulan kerana urusan berpindah kerumah baru dan masuknya musim monsoon tahun 2010.Sebelum naik job ini aku ada buat job singkat untuk Kencana Petroleum di Miri pada bulan February yang mana job tu Cuma 12 hari je (walaupun singkat tapi gajinya menarik sekali)

Mula-mula aku nak ceritakan pasal kapal yang kami naik untuk buat job kali ni,kapal ni agak besar juga dan ia memang kapal yang khas untuk buat kerja-kerja diving ia termasuk dalam kategori DPDSV atau `Dynamic Positioning Diving Support Vessel’.kapal ni agak canggih dan moden juga,kemudahan-kemudahannya adalah `mesra diving operation’ terutama untuk operasi `saturation diving’.

Diving system yang terdapat atas kapal ni agak canggih dan moden.Disetiap bilik atau kabin ada bilik air jadi kami tidak perlu keluar dari bilik untuk pergi kebilik air atau tandas tidak seperti sesetengah kapal atau barge yang pernah dan selalu aku naik sebelum-sebelum ini yang mana sesetengah kapal lain bilik air dan tandas berada dibahagian lain dan kami terpaksa berjalan keluar dari bilik untuk urusan mandi manda atau buang air.

dlm bilik


Kapal ini juga mess room atau dewan makannya cantik,kemas dan bersih.Makanannya juga sedap-sedap,aku terpaksa mengawal nafsu makan sebab sedap sangat,takut gemuk, nanti kurang hensem.(hensem ke?)

PhotobucketMess roomnya yg bersih dan kemas


PhotobucketMess room dari sudut pandangan yang lain


PhotobucketTempat letak kek dan buah-buahan,kek yg sedap-sedap dah habis licin sebab tu takde dalam gambar.


Biliknya kemas dan dilengkapi telefon,Radio dan sofa.Oleh kerana aku Diver Medic jadi aku ditempat dalam bilik untuk 2 orang,roommate aku juga Diver Medic dan berasal dari Kuala Lumpur juga.Tinggi dan hensem juga orangnya (macam aku..ahaks...)

dlm bilik  jgkRuang dalam bilik tidur,bilik aku tersusun kemas,ni bilik sape entah..(tak ngaku)


Krew kapal ni ramai Mat Saleh dan dorang ni berlagak-berlagak walaupun gajinya tak sebesar mane pun tapi berlagaknya yang besar.Krew kapal & kapten hmm tak mesra alam itu yang buat tak best sikit.Banyak birokrasi dan had-had tertentu.Biasanya krew kapal ramai orang Malaysia,Indonesia atau Filipina tp kapal ni majoritinya Mat Saleh mungkin sebab ianya didaftarkan diLuar Negara dan milik Syarikat besar luar Negara juga.

Kapal ini tinggi bertingkat-tingkat dan pertama kali aku naik kapal yang tangga didalamnya berpusing-pusing seolah-olah ular yang melilit sebatang pokok yang besar.

Untuk Job ni syarikat juga telah membekalkan satu desktop dan satu public phone untuk digunakan secara beramai-ramai dan beratur-ratur....Tapi untuk kegunaan rasmi dan urusan kerja memang disediakan didalam pejabat.

PhotobucketInternet untuk kegunaan public dan telefon awam.Kena beraturlah ikut giliran,telefon guna seorang 10 minit


Kadang-kadang sesetengah kapal yg aku naik langsung tidak disediakan perkhidmatan Internet atau telefon untuk digunakan bg menghubungi keluarga.manakala sesetengah kapal atau barge yang lain pula sangat mewah bekalan Internet dan telefon.Internet dan telefon adalah dua perkara yang sangat penting kepada pekerja-pekerja ditengah laut seperti kami.

Bersambung.....

Time


Get your own Digital Clock

Followers

Aku..

(Sesungguhnya masa depan kita atau org lain tidak kita ketahui melainkan semuanya adalah didalam pengetahuan ALLAH SWT jua. ) Ini adalah sebuah kisah atau cerita-cerita yang membosankan mengenai kehidupanku sebagai seorang penyelam komersial dalam industri Minyak & Gas.Kepada yang pertama kali masuk blog ni eloklah baca dari entri pertama baru bole faham blog ini sbnrnya...sama mcm kita tgk movie kalau tiba2 je dah kat tgh2 mesti tak faham. kemudian kita terus andaikan yang citer tu tak best.....Anggaplah Tuan/Puan sedang membaca sebuah novel realiti.walau bagaimanapun aku ucapkan terima kasih kerana Tuan/Puan sudi melayan blog `Cap Ayam' aku ni.Hidup sebagai pelaut seperti aku bersesuaian benar dengan ayat dari surah dibawah.

Dialah yang menundukan lautan (sehingga boleh dilayari dipermukaannya atau diselami didasarnya) Supaya kamu dapat makan daripadanya daging yang lembut dan dapat pula mengeluarkan daripadanya perhiasan untuk kamu memakainya.Engkau melihat pula kapal-kapal belayar padanya dan supaya kamu dapat mencari rezeki daripada limpah kurnianya mudah-mudahan kamu bersyukur.

AL NAHL ayat 14.

Cari di Facebook (FB)
ronin newg



ok peace....
( Untuk stori bergambar sila layari melalui engine carian mozila firefox atau google chrome,kerana entah dimana silapnya internet explorer hanya menyiarkan stori tanpa gambar )

Sila Ikuti Kisah Ini Melalui Panduan Bacaan



















Radio Online

Radio Online
Klasik Nasional FM

Panduan Bacaan

Top Commentators

Get this widget here