2011 telah melabuhkan tirainya dengan mencatatkan berbagai kisah dan kenangan pahit dan manis bagiku.Aku taknak pergi jauh dengan cerita-cerita yang berlaku dalam Negara sebab cerita tentang diri aku pun tak larat nak tulis.
Kebanyakan dari kenanganku dalam tahun 2011 banyak berkisar dengan kehidupanku sebagai penyelam kerana tahun ini aku banyak menghabiskan masa dengan bekerja sahaja,iaitu selama 8 bulan aku bekerja (urusan dunia....AstaghfirullahalAziim...) dan hanya 4 bulan sahaja aku bercuti (bercuti pun buat urusan dunia jugak... AstaghfirullahalAziim...Nampaknya aku termasuk dalam golongan orang-orang yang rugi dan lalai ni..) Sabda Rasulullah S.A.W,
"Sesiapa yang menjadikan akhirat sebagai kerisauannya maka Allah S.W.T akan memperkayakan hatinya dan harta benda dunia akan datang kepadanya dalam keadaan tunduk dan hina, dan sesiapa yang menjadikan dunia sebagai kerisauannya, Allah S.W.T akan menjadikan kemiskinan terbayang-bayang di hadapannya dan dia akan diselubungi kesusahan. Dia tidak akan mendapat di dunia lebih daripada apa-apa yang telah ditakdirkan."
Hadith riwayat Ibnu majah dan Tirmizi.
Memang kena kat batang hidung aku sendiri lah hadis diatas.Walaupun aku bekerja selama 8 bulan tapi aku hanya perolehi pendapatan untuk 6 bulan sahaja....kerana 2 bulan aku bekerja masih tidak dibayar gaji walaupun sudah 6 bulan berlalu (sehingga entri ini ditulis). Aku pun taknak sebutlah company mana yang masih belum bayar gaji aku tu demi menjaga nama baik mereka.(Takan aku je nak kena jaga nama baik mereka,patutnya merekalah kena jaga nama baik sendiri).Tapi aku yakin yang satu hari nanti mereka tetap akan bayar gaji ku itu Cuma sekarang mungkin mereka benar-benar dalam kesempitan agaknya (masa tak sempit dulu agak2 mereka beringat2 tak? Ramai gak diver yang merungut masa mereka senang dulu mereka agak sombong jugak)Hmm cuba bersangka baik jelah...
Bukan aku seorang je alami nasib demikian,ramai lagi diver yang alami nasib serupa,bukan diver tempatan sahaja diver-diver luar negeri pun kena jugak, bos-bos pun kena....Sungguh menyedihkan bagi syarikat itu kerana suatu ketika dulu syarikat tersebut sangat kukuh sehingga mampu bayar gaji diver setiap bulan walaupun diver tak keluar job tapi tiba-tiba pulak sampai jadi syarikat berhutang pulak duit dengan diver.Pengurusan wang tak betul ke atau pihak-pihak atasan makan wang ke tak taulah.Agak-agak masa company buat untung dulu (dengan kerja keras semua pihakla termasuk diver-diver yang membanting tulang dibawah air tu) masa dorang kaya tu dorang keluarkan zakat tak hmmm mushkil ni...Apa yang aku mampu buat sekarang hanya berdoa dan berharap semoga mereka pulih kembali dan dapat membayar hutang semua orang dan bila dah kaya semula nanti harap mereka tidak lupa diri lagi.(Aku mengingatkan diri aku juga yang selalu lupa diri ni)
Itu satu bab,bab yang lain pula ialahn aku memang betul-betul work hard tahun ni,ade satu ketika aku bekerja 60 hari kemudian bercuti 3 hari sahaja dan terus naik job lagi 60 hari,lepas selesai 60 haru aku cuti 9 hari dan terus naik job lagi 60 hari.Memang all out punya kerja...(dalam waktu job tu dari sudut agama ade agak menguntungkan juga bagiku bila usaha dakwah tetap berjalan walaupun atas kapal,jadi takdelah rugi sepenuhnya )
Tapi yang seronoknya tahun ini aku dapat balik bercuti dan berhari raya dengan keluarga terutamanya dengan anak-anak,sekurang-kurangnya keluargaku gembira juga kerana dalam kesibukan ku itu aku masih dapat beraya dengan mereka.
Tahun 2011 juga adalah tahun `bawak diri’,tahun dilanda fitnah,ada yang mencari musuh denganku tapi ada juga yang mencari kemana gerangan aku menghilang.Memang lumrah kehidupan manusia tak lepas dari dugaan dan ujian,beberapa episode duka juga singgah dalam diari hidup,Dengan izin Allah aku tetap terus tabah hadapi semua cabaran.
Semoga tahun 2012 menjadi tahun cemerlang bagiku.InsyaAllah tanda-tanda dan bunga-bunga positif sudah menampakan diri.Semoga perkara-perkara baik muncul dan semoga segala perancangan menjadi.
Tahun 2011 juga tahun malas mengupdated blog hu hu hu.....
5 comments:
LAst sentence.. so true HAHAHAHa
T.kasih Stella....masih setia....w.pun blogger ni kdg rajin kdg malas....
stella tetap terbaeekk.....
saya tak dpt cari facebook tuan.. kalo boleh saya nak tanya lebih lanjut tentang commercial diving..
kalo tak keberatan tolong PM saya..
http://www.facebook.com/ashryy
Hi spy Leman...dlm 2bln lpas saya terjumpa blog nie time search pasal ROV kt google..memng terbaik..penglaman dan cerita yg menarik utk dikongsi bersama..sy pn kerja offshore tp dlm bidang survey..
tergelak bila bc cerita spy leman yg masih lg xdpt paymnt dr cmpny "xxx" tu..mgkin kbetulan kot..sy pn baru je resign dr cmpny tu (rasanya tekaan sy btl)..dn skrg pn elaun bln nov dgn dec blm dpat lg..hehe..ape pn hidup mesti dteruskan..teruskan mencoret dgn pnglaman2 yg menrik utk dkongsi bersama..
Silverfox
Terimakasih kerana menyokong dan tergelak..maknanya citer sy ok lah kan boleh buat tuan Tergelak...
betulah tu tekaan tu...satu Malaya dah tau company mana tu...
Company besar berhutang dgn diver Cap ayam...so siapa yg Cap ayam skrg....
Post a Comment