Alhamdulillah aku naik job pertama bagi tahun 2012 ni agak awal juga iaitu pada pertengahan Januari.Ini satu petanda baik,petanda kepada pulihnya ekonomi dan kerancakkan dalam industri minyak dan gas tanahair.
Aku naik job dengan company Singapore.Jobnya tak lama Cuma 15 hari sahaja tapi yang seronoknya job ni agak meriah kerana ramai diver yang muda belia hinggalah ke diver tua yang terlibat.Seramai lebih kurang 40 orang diver terlibat dan dipecahkan kepada 8 Tim.Diver-diver dari berbagai peringkat dapat ditemui disini dari peringkat diver muda belia yg tak pernah kelaut sehinggalah diver senior & yang dah ada nama.Aku kategori diver baru jugak...baru nak belajar buat kerja...Dalam job kali ni juga aku berganding bahu dengan bespren dan juga jiran aku iaitu diver MDK dan aku juga bertemu dengan ramai lagi rakan-rakan lama.
Job kali ini ialah `hull cleaning’ kepada Drilling Vessel.Hull ialah bahagian bawah perut kapal.Kapal ini adalah kapal yang digunakan untuk menggerudi telaga minyak.Ia dijadualkan untuk masuk ke Australia jadi `hull’nya perlu dibersihkan agar tiada sebarang teritip atau kupang yang melekat dibawahnya kerana pihak berkuasa Australia mensyaratkan begitu.Tujuannya adalah supaya tiada virus atau hidupan laut dari luar yang dibawa masuk supaya ianya tidak menganggu kitaran ekologi dilaut Australia.
Bot Kecil yang ditepi kapal itu ialah diving boat yang kami gunakan.
Bot Kecil yang ditepi kapal itu ialah diving boat yang kami gunakan
Kerajaan Australia memang sangat ketat dalam penguatkuasaan terhadap hasil produk tenusu atau pertanian atau berkait dengan hidupan yang mahu dibawa masuk kenegara mereka.Dilapangan terbang semasa ketibaan Jika anda memakai kasut yang tapaknya berlumpur dan lumpur itu dari Negara luar maka agak panjang jugalah cerita sebelum anda boleh dilepaskan masuk ke dalam negara mereka.
Kerajaan Australia memang sangat ketat dalam penguatkuasaan terhadap hasil produk tenusu atau pertanian atau berkait dengan hidupan yang mahu dibawa masuk kenegara mereka.Dilapangan terbang semasa ketibaan Jika anda memakai kasut yang tapaknya berlumpur dan lumpur itu dari Negara luar maka agak panjang jugalah cerita sebelum anda boleh dilepaskan masuk ke dalam negara mereka.
Berbalik kepada kisah kapal tadi,selepas ianya dibersihkan Inspection diver akan turun untuk buat pemeriksaan adakah `hull’nya sudah cukup bersih.Kerana apabila masuk ke perairan Australia penyelam`marine Biologist’ akan menyelam untuk buat pemeriksaan dibawah kapal tersebut dan sekiranya mereka menemui adanya hidupan seperti teritip & kupang dari luar australia melekat dibawah kapal tersebut maka kapal itu akan diarahkan keluar dari perairan Australia dan hanya dibenarkan masuk selepas ia dibersihkan kembali.Kalau setakat diarahkan keluar dari Australia ok lagi kalau nasib tak baik kena denda pulak.
Job ini agak menyeronokan jugak walaupun pada masa tertentu sedikit memenatkan sebab hari-hari diving tapi aku enjoy sebab takde politik-politik diver,takde superitendant atau supervisor yang marah-marah.Kami duduk atas barge yang diparking bersebelahan dengan kapal besar yang kami cuci tu.Liputan telefon Malaysia pun boleh dapat sebab kami buat kerja di Tuas View dimana ianya sempadan 3 negara Singapura,Malaysia dan Indonesia.Kapal akan berpusing perlahan-lahan mengikut arus .Jika kapal kami berpusing mengadap ke Malaysia maka talian Malaysia akan dapat dan bolehlah buat panggilan dgn kadar cas panggilan yg biasa tapi tiba-tiba panggilan akan terputus apabila kapal berpusing semula kearah Negara lain dan talian dari negara sama ada Indonesia atau Singapura pulak nak masuk...
Disini betul-betul focus pada kerja-kerja diving sahaja.Jika arus kuat kami tidak diving,duduk bersantai sambil minum Nescafee Kaw resepi rahsia turun temurun dan makan mee segera beramai-ramai....hmm keseronokan dan kesedapannya berbeza.....Memang bestlah.Gaji pun ok taklah besar sangat dan tak rendah sangat....(cukup makan).....