Dunia Commercial Diver



Alhamdulillah aku naik job pertama bagi tahun 2012 ni agak awal juga iaitu pada pertengahan Januari.Ini satu petanda baik,petanda kepada pulihnya ekonomi dan kerancakkan dalam industri minyak dan gas tanahair.


Aku naik job dengan company Singapore.Jobnya tak lama Cuma 15 hari sahaja tapi yang seronoknya job ni agak meriah kerana ramai diver yang muda belia hinggalah ke diver tua yang terlibat.Seramai lebih kurang 40 orang diver terlibat dan dipecahkan kepada 8 Tim.Diver-diver dari berbagai peringkat dapat ditemui disini dari peringkat diver muda belia yg tak pernah kelaut sehinggalah diver senior & yang dah ada nama.Aku kategori diver baru jugak...baru nak belajar buat kerja...Dalam job kali ni juga aku berganding bahu dengan bespren dan juga jiran aku iaitu diver MDK dan aku juga bertemu dengan ramai lagi rakan-rakan lama.


Job kali ini ialah `hull cleaning’ kepada Drilling Vessel.Hull ialah bahagian bawah perut kapal.Kapal ini adalah kapal yang digunakan untuk menggerudi telaga minyak.Ia dijadualkan untuk masuk ke Australia jadi `hull’nya perlu dibersihkan agar tiada sebarang teritip atau kupang yang melekat dibawahnya kerana pihak berkuasa Australia mensyaratkan begitu.Tujuannya adalah supaya tiada virus atau hidupan laut dari luar yang dibawa masuk supaya ianya tidak menganggu kitaran ekologi dilaut Australia.

PhotobucketBot Kecil yang ditepi kapal itu ialah diving boat yang kami gunakan.


PhotobucketBot Kecil yang ditepi kapal itu ialah diving boat yang kami gunakan


Kerajaan Australia memang sangat ketat dalam penguatkuasaan terhadap hasil produk tenusu atau pertanian atau berkait dengan hidupan yang mahu dibawa masuk kenegara mereka.Dilapangan terbang semasa ketibaan Jika anda memakai kasut yang tapaknya berlumpur dan lumpur itu dari Negara luar maka agak panjang jugalah cerita sebelum anda boleh dilepaskan masuk ke dalam negara mereka.

Berbalik kepada kisah kapal tadi,selepas ianya dibersihkan Inspection diver akan turun untuk buat pemeriksaan adakah `hull’nya sudah cukup bersih.Kerana apabila masuk ke perairan Australia penyelam`marine Biologist’ akan menyelam untuk buat pemeriksaan dibawah kapal tersebut dan sekiranya mereka menemui adanya hidupan seperti teritip & kupang dari luar australia melekat dibawah kapal tersebut maka kapal itu akan diarahkan keluar dari perairan Australia dan hanya dibenarkan masuk selepas ia dibersihkan kembali.Kalau setakat diarahkan keluar dari Australia ok lagi kalau nasib tak baik kena denda pulak.


Photobucketsemasa membersihkan bawah kapal bahagian hadapan,perhatikan ketinggian kapal penggerudi Deepwater Frontier ini.


Job ini agak menyeronokan jugak walaupun pada masa tertentu sedikit memenatkan sebab hari-hari diving tapi aku enjoy sebab takde politik-politik diver,takde superitendant atau supervisor yang marah-marah.Kami duduk atas barge yang diparking bersebelahan dengan kapal besar yang kami cuci tu.Liputan telefon Malaysia pun boleh dapat sebab kami buat kerja di Tuas View dimana ianya sempadan 3 negara Singapura,Malaysia dan Indonesia.Kapal akan berpusing perlahan-lahan mengikut arus .Jika kapal kami berpusing mengadap ke Malaysia maka talian Malaysia akan dapat dan bolehlah buat panggilan dgn kadar cas panggilan yg biasa tapi tiba-tiba panggilan akan terputus apabila kapal berpusing semula kearah Negara lain dan talian dari negara sama ada Indonesia atau Singapura pulak nak masuk...

Disini betul-betul focus pada kerja-kerja diving sahaja.Jika arus kuat kami tidak diving,duduk bersantai sambil minum Nescafee Kaw resepi rahsia turun temurun dan makan mee segera beramai-ramai....hmm keseronokan dan kesedapannya berbeza.....Memang bestlah.Gaji pun ok taklah besar sangat dan tak rendah sangat....(cukup makan).....

2 comments:

Spy Leman,
Sememangnya kita perlu bersyukur kerana setiap dari kita dikurniakan permulaan tahun yang baik.. dan harapnya, akan berlanjutan sehingga akhir tahun ni dan tahun-tahun seterusnya.. :)Keep up a good work..
Oh ye.. terima kasih kerana masih berblog lagi.. Jangan lupa ganti template yang baru ye.. dah lama sangat ni.. :)

Anonymous -
Hamba masih bersyukur dgn segala kurnia Ilahi...
Hamba yg patut berTerima kasih kerana Tuan/Puan masih layan Blog kampung ini.

Jarang udate blog sbnrnya tas bbrp faktor
1.Internet problem (nak upload gmbr atau entri berat)
2.takde job so idea kurang
3.Bz dgn komitmen lain....
4.lain-lain hal....

Template tu sengaja dilamakan disitu untuk beri gambaran lebih jelas kpd pengunjung blog yg non diver tentang ape itu atau siapa itu commercial diver...namun begitu cadangan Tuan/Puan akan dipertimbangkan InsyaAllah....

Terima Kasih....

Time


Get your own Digital Clock

Followers

Aku..

(Sesungguhnya masa depan kita atau org lain tidak kita ketahui melainkan semuanya adalah didalam pengetahuan ALLAH SWT jua. ) Ini adalah sebuah kisah atau cerita-cerita yang membosankan mengenai kehidupanku sebagai seorang penyelam komersial dalam industri Minyak & Gas.Kepada yang pertama kali masuk blog ni eloklah baca dari entri pertama baru bole faham blog ini sbnrnya...sama mcm kita tgk movie kalau tiba2 je dah kat tgh2 mesti tak faham. kemudian kita terus andaikan yang citer tu tak best.....Anggaplah Tuan/Puan sedang membaca sebuah novel realiti.walau bagaimanapun aku ucapkan terima kasih kerana Tuan/Puan sudi melayan blog `Cap Ayam' aku ni.Hidup sebagai pelaut seperti aku bersesuaian benar dengan ayat dari surah dibawah.

Dialah yang menundukan lautan (sehingga boleh dilayari dipermukaannya atau diselami didasarnya) Supaya kamu dapat makan daripadanya daging yang lembut dan dapat pula mengeluarkan daripadanya perhiasan untuk kamu memakainya.Engkau melihat pula kapal-kapal belayar padanya dan supaya kamu dapat mencari rezeki daripada limpah kurnianya mudah-mudahan kamu bersyukur.

AL NAHL ayat 14.

Cari di Facebook (FB)
ronin newg



ok peace....
( Untuk stori bergambar sila layari melalui engine carian mozila firefox atau google chrome,kerana entah dimana silapnya internet explorer hanya menyiarkan stori tanpa gambar )

Sila Ikuti Kisah Ini Melalui Panduan Bacaan



















Radio Online

Radio Online
Klasik Nasional FM

Panduan Bacaan

Top Commentators

Get this widget here