Alhamdulillah...panggilan untuk
job kedua bagi tahun 2012 mula diterima.Ianya adalah dari company yang biasa
aku ikut.Semua urusan dan perjanjian hanya melalui emel sahaja langsung tiada
panggilan telefon.Kerana aku dikategori sebagai regular diver company ini jadi
tak susahlah berurusan.Sejak Februari lagi mereka dah hantar emel tentang job
yang akan bermula dalam bulan februari atau mac atau boleh juga lajak ke
April.Memang macam tu...dah biasa dah....Tapi aku tidaklah mengharap sangat
kerana dah banyak kali dah berlaku standby punya standby punya standby entah macam mana nama yang
tersenarai sekian lama tiba-tiba boleh hilang sekelip mata akibat percaturan
politik sesetengah orang.
|
Beg ni dah lama siap,tunggu ditarik je.... |
Bagi aku sekarang kalau tak naik
job dengan company `S’ aku lari ke company `B’.Segalanya Allah yang
tentukan.Pada company yang aku biasa ikut ni aku langsung tak telefon pun tapi
akhirnya mereka sahkan yang aku akan naik pada hujung mac.Sebaik sahaja mereka
sahkan nama aku tersenarai dan hanya menunggu E-ticket maka pada hari yang sama
juga berderu-deru panggilan job dari company-company yang berlainan panggil aku
untuk naik job dengan mereka...hmm....terpaksalah aku menolak dengan baik.Masa
aku menganggur 4 bulan tu tak call pulak.
Dalam banyak-banyak company tu
ada satu company kecil dari Johor kalau tak silap aku namanya seakan2 nama laut entah ocean11 kah ocean12 kah ocean13 atau mungkin jugak Ocean...? kot,katanya ada job pada bulan Feb sebaik sahaja aku
dapat tau aku terus call dan terus diving coordinator tu Puan `F’ beritau aku
orang pertama call dan terus masukan nama aku.Beliau juga bagitau job akan
start lagi 3 hari.Kemudian pada petang sebelum job tersebut dijadualkan bermula
aku call pejabat Puan `F’ bertanya kedudukan aku atau job tersebut tapi hanya
mesin fax yang jawab banyak kali juga aku call ia tetap pergi ke mesin
fax.Kemudian selepas aku hantar sms beberapa kali barulah dia balas dan
beritahu “Maaf jika ada job lain kali kami akan bagitau,sekarang kouta dah
penuh”.Ciss Mau tak hangin satu badan dari nama duk no 1 tiba-tiba boleh hilang
terus pastu tak bagitau awal-awal pulak tu sedangkan aku dah tolak job lain
sebab dah janji dengan mereka.Begitulah yang diver-diver selalu
terkena.last-last diver tu yang menganga dan gigit jari sendiri kerana kiri
terlepas kanan pun lepas.
Walaupun aku agak marah juga
kerana diving cordinator tu menipu aku tapi aku masih ada diplomasi dan aku bagitau
padanya supaya lain kali jangan buat begitu sebab beliau telah menyusahkan
orang lain.
So....Ceritanya....kali ini bila aku dah confirm
job dengan company `S` pada hujung Mac tiba-tiba aku dapat sms dari Puan `F’
diving cordinator yang tipu aku ari tu Tanya
adakah aku available untuk naik job dengan mereka beberapa hari lagi tapi `soorrriiilahh!’ Company
itu sekarang adalah yang terakhir dalam senarai pilihan aku....kalau aku dah terdesak sangat takde kerja baru aku kerja dengan dia.Aku pun pandai
jual mahal juga.Seingat-ingat aku company ni baru je wujud setahun dua ni pastu suka-suka dia je mainkan aku....
31 Mac aku terbang ke Johor
Baharu.Perasaan aku naik job kali ni tidaklah excited sangat seperti
sebelum-sebelum ni sebab ada beberapa projek didarat yang belum selesai dan tak
sampai hati biarkan partner aku buat kerja sorang-sorang perkara-perkara yang
melibatkan urusan perniagaan kami.Tapi pasal duit belanja dah kering hmm
terpaksalah aku kelaut untuk cari duit belanja lagi,sedih kan....(siapa kata
diver kaya,diver hanya satu golongan buruh kasar yang berkemahiran tinggi je
bukannya golongan kaya).
Semasa diKLIA aku berjumpa dengan
rakan-rakan seangkatan yang naik job yang sama.Setelah beberapa bulan tak
berjumpa maka rancaklah juga perbualan,bergossip-gossip jugaklah kami sementara
nak terbang tu. (Ape,ingat lelaki tak bergossip ke...).
Sampai di Johor Baharu terus kami
dibawa ke Pelabuhan Pasir Gudang kerana kapal dah menunggu disana dan kami
terus `sign on’ (check in) serta buat penyesuaian diri maklumlah dah lama tak
kelaut......
|
Kapal sudah siap menunggu di Pelabuhan Pasir Gudang |
|
Suka sangat Brader ni dapat naik job agaknya sampai tersenyum lebar begitu sekali...Untuk makluman ini bukan Spy Leman ye...Spy Leman lebih hensem... |
Bersambung...