Dunia Commercial Diver





Kapal ini namanya ialah Norman Clough.Kapal ini kepunyaan syarikat Clough dari Norway.Orang kata kalau kapal dari Norway buatannya hebat-hebat sebab sejarah dan pembuatan kapal yang baik-baik ada disana.Kalau tak silap aku kapal ini dibuat pada tahun 2008...Sama tahun dengan kepencenan aku dari PDRM.Kapal ini ada 7 tingkat dan  120 buah bilik.Aku tak pulak yang jumlah 120 tu termasuk bilik mesyuarat dan bilik menonton sekali atau tidak,lupa pulak nak tanya.

Confrence room
Confrence Room
Opis client
Salah satu ruang pejabat yang terdapat atas kapal ini,Selain dari ruang ini ada lagi ruang Pejabat yang lebih besar lagi.

Kapal ini ialah kategori Dynamic Positioning Diving Support Vessel ( DPDSV ) dan ia mempunyai 5 `thruster’ atau propeller yang dikawal oleh satu system computer yang membolehkan ia berada static disesuatu titik kordinat yang ditetapkan.Semasa ia berada disatu titik kordinat apabila datang arus yang kuat atau gelombang yang boleh menyebabkan kapal beralih posisi maka computer secara otomatik akan mengaktifkan mana-mana `truster’ mengikut kesesuaian kelajuan  bagi mengekalkan posisi kapal.itulah dia kecanggihan system `Dynamic Positioning’ (DP) ini.




Beginilah konsep bagaimana sistem Dynamic Positioning berfungsi

Ianya memang khas untuk kerja-kerja diving.Sistem peralatan menyelam diatas kapal ini adalah `built in’ ianya tetap dan tak perlu diubah.Semasa kapal ini dibuat peralatan-peralatan menyelamnya atau `diving system’ nya dipasang sekali,baik `air diving system’ begitu juga `saturation system’nya.

<i>Saturation System,bell
Bell untuk menurunkan Saturation diver kedalam air melalui `moon pool' ditengah-tengah kapal
Selain dari `diving system’ terdapat juga dua buah `Remoted Operated Vehicle’ atau ROV yang juga `built in’ terdapat dikiri dan kanan kapal ini.Kebanyakan krew kelas bawahan iaitu tukang masak dan steward terdiri dari orang Philipine  dan Iban.Steward ni kerjanya membersihkan kapal bahagian dalam,membersih kabin,membasuh pakaian dan membantu tukang masak.Manakala krew kapal bahagian luar dan pemandu kren orang Putih begitu juga yang bahagian atasan seperti Radio Operator,Pegawai kedua,Pegawai penjaga sistem DP dan Kapten juga orang putih.

ROV
Remote Operated Vehicle  yang akan bergerak keluar dr dalam jika hendak dioperasikan dan apabila selesai akan dibawa masuk semula dan pintunya ditutup... 

Sijil Samak galley
Sebelum mula beroperasi untuk projek di Malaysia kapal ini mesti melalui proses penyucian atau samak peralatan dapurnya dan mestilah membekalkan makanan yang halal.Itu adalah Polisi Petronas
Kapal ini agak Canggih seakan-akan sama dengan satu lagi kapal canggih yang aku pernah naik satu ketika dulu yang kisahnya aku tulis kat entri no `55-Naik kapal yg makanannya sedap-sedap'.Begitu juga dengan kapal ini makanannya pun sedap-sedap juga sampai plan nak diet pun tertangguh-tangguh.Dah sebulan aku naik kapal ni tapi berat aku cuma turun 1 kilo je...tak boleh jadi macam ni.Biasanya kalau aku naik kapal je aku start diet perlahan-lahan kemudian bila sampai masa `sign off’ berat aku pasti berkurang sebanyak 5 kilo. Nasib baik ada Gymnasium yang canggih dalam kapal ni boleh jugak aku kuatkan usaha diet ku.

deretan Chesse
Barisan makanan yang disusun cantik dan menarik
Dapurnya
Ruang dapur yang bersih dan lengkap

Bersambung akan datang....Tugas Diver..




























3 comments:

Assalamualaikum Bro

Bila nak dive di North Sea? Kalau turun area North Sea boleh le menyembang

Tuan Pengembara

Alaikumsalam

Saya tak fikir akan pergi ke North sea sbb tak tahan airnya sejuk sangat.

Brader pengembara bila nak dive di Malaysia airnya warm & best..

Insya Allah Bro

Kalau office confirm benarkan ke Temasek atau Siam, adalah peluang untuk balik ke Semenanjung Tanah Malaya...boleh le dive di Pulau Perhentian..

Ada peluang jumpa bro, boleh le makan nasi lemak Tanglin (kalau masih enak lagi le) atau makan kari kepala ikan Jln Kg Attap

Time


Get your own Digital Clock

Followers

Aku..

(Sesungguhnya masa depan kita atau org lain tidak kita ketahui melainkan semuanya adalah didalam pengetahuan ALLAH SWT jua. ) Ini adalah sebuah kisah atau cerita-cerita yang membosankan mengenai kehidupanku sebagai seorang penyelam komersial dalam industri Minyak & Gas.Kepada yang pertama kali masuk blog ni eloklah baca dari entri pertama baru bole faham blog ini sbnrnya...sama mcm kita tgk movie kalau tiba2 je dah kat tgh2 mesti tak faham. kemudian kita terus andaikan yang citer tu tak best.....Anggaplah Tuan/Puan sedang membaca sebuah novel realiti.walau bagaimanapun aku ucapkan terima kasih kerana Tuan/Puan sudi melayan blog `Cap Ayam' aku ni.Hidup sebagai pelaut seperti aku bersesuaian benar dengan ayat dari surah dibawah.

Dialah yang menundukan lautan (sehingga boleh dilayari dipermukaannya atau diselami didasarnya) Supaya kamu dapat makan daripadanya daging yang lembut dan dapat pula mengeluarkan daripadanya perhiasan untuk kamu memakainya.Engkau melihat pula kapal-kapal belayar padanya dan supaya kamu dapat mencari rezeki daripada limpah kurnianya mudah-mudahan kamu bersyukur.

AL NAHL ayat 14.

Cari di Facebook (FB)
ronin newg



ok peace....
( Untuk stori bergambar sila layari melalui engine carian mozila firefox atau google chrome,kerana entah dimana silapnya internet explorer hanya menyiarkan stori tanpa gambar )

Sila Ikuti Kisah Ini Melalui Panduan Bacaan



















Radio Online

Radio Online
Klasik Nasional FM

Panduan Bacaan

Top Commentators

Get this widget here