Dunia Commercial Diver





Aku sempat berada atas kapal selama seminggu dan dapat juga aku buat 3 dive.Aku seronok jugak dapat diving dalam job ini sebabnya dah hampir setahun aku tak menyelam walaupun aku naik job tapi kebanyakkan job yang aku naik untuk tahun 2012 ini aku tak berpeluang menyelam kerana kebanyakkannya yang menyelam dalam projek yang aku terlibat tahun ini adalah Sat diver yang menyelam diair yang dalam.Manakala aku terlibat didalam pasukan sokongan bagi mereka.Ada juga job lain yang tidak perlukan sat.diver tapi kebetulan masa time aku naik job tu selama 60 hari belum tiba bahagian yang perlu menyelam,selepas aku balik kerana kontrak 60 hari tamat barulah mereka mula menyelam hmm rezeki aku lah tu...

Selepas Seminggu berada atas kapal kemudian pada satu hari itu aku baru selesai menyelam menyiapkan tugasan dibawah air kami dimaklumkan yang 4 orang diver perlu pulang lebih awal atas sebab yang tak jelas.Masing-masing berasa tak berapa seronok kerana  masih terlalu awal kalau nak balik sebab duit tak cukup lagi.Lalu aku volunteer untuk pulang sebab nak beri peluang pada rakan-rakan diver yang lain terus berada disini.

kami dihantar kedarat Dengan crew boat yang mengambil masa pelayaran selama 2 jam. Apabila sampai didarat hari sudah lewat malam Sesampai dipelabuhan kami dapati agen yang sepatutnya menjemput kami tiada disitu,lalu kami terpaksa menumpang agen syarikat lain untuk kehotel kerana waktu itu sudah hampir jam 1 pagi.Oleh kerana Tiada agen yang menunggu kami maknanya agen mungkin tak tahu yang kami akan naik kedarat jadi hotel juga tidak ditempah untuk kami.Kami dihantar oleh agen syarikat lain yang kami tumpang itu kehotel yang biasa kami tinggal.Sebagai upah kerana menghantar kami dari pelabuhan kehotel agen tersebut minta tambang RM50.Kami Tak kisah pun beri padanya jumlah itu kerana kalau kami tak tumpang vannya mungkin kami terpaksa menunggu agen kami diPelabuhan sampai pagi agaknya.

Sampai dihotel Riverfront Inn kami bernasib baik kerana masih ada bilik kosong.Pada mulanya kami agak risau kalau-kalau hotel penuh kerana ramai orang yang sedang bertumpu dan datang keBintulu bagi sambutan Hari Malaysia yang yang diadakan di Bintulu dimana Perdana Menteri dan Timbalan Perdana Menteri dijangka datang bagi merasmikan majlis sambutan disini.Kami terpaksa mendahulukan bayaran untuk hotel menggunakan duit poket kami dahulu.Tak mengapalah kerana nanti kami boleh klim semula dari agen.Yang penting untuk malam ni kami dah ada tempat untuk tido.

Nasi Lalapan Bintulu yang menjadi santapan ku setiap tengahari sewaktu didarat selama seminggu.Ikan Bawal yg panas,nasi putih yg panas dan sambal belacan yang menyengat memang power sampai berair hidung.
Pagi itu hari jumaat aku sudah berkira-kira untuk menghantar emel dengan segera  atau menghubungi mana-mana diving contractor yang lain nak beritahu yang aku available dan bersedia untuk digerakkan kemana-mana segera.Tapi rakan aku terlebih dahulu menghubungi opis bertanyakan status kami dan tiket flight kami.Tapi berita yang kami terima dari opis ialah mereka suruh kami duduk diam-diam dihotel itu dan s/by sahaja disitu dan kami juga dibayar gaji hari penuh sehingga diberitahu kelak apa perkembangan seterusnya.ALHAMDULILLAH.......Rupa-rupanya Allah telah mengatur sesuatu yang lebih baik untuk aku dan rakanku yang lagi 3 orang tu yang sanggup berkorban untuk orang lain.Kami dapat duduk didarat makan,tido,berehat-rehat dan bersiar-siar diBintulu dengan dibayar gaji penuh yang mana biasanya kalau dengan company sekarang ni kalau didarat biasanya mereka bayar  `s/by  rate’ iaitu separuh dari gaji sehari kami.

Semasa aku keluar berjalan-jalan disekitar bandar Bintulu lalu terjumpa Papan tanda yang unik ini ada kat pasar Tamu Bintulu,Takde kat Pasar Borong selayang 
Selama 8 hari kami duduk dihotel,aku banyak menghabiskan masa didalam bilik dengan menulis sahaja.Didalam bilik kami ada Television tapi tak pernah sekalipun kami buka TV tu.Sedang aku sibuk dengan berkarya rakan sebilikku pula sibuk melayan Youtube dengan Samsung Tabletnya yang baru dibeli.Setiap hari dia layan You Tube Ustaz Azhar Idris,aku pun tumpang sekaki mendengar dan sesekali tergelak besar dengan karenah lawak Ustaz Azhar tu.Tidak jadi masaalah bagiku untuk faham bahasa Terengganu yang Ustaz Azhar gunakan kerana aku memang sangat faham dengan Bahasa Terengganu sebab lama tinggal di Marang Dulu.Cuma sekarang aku dah tak berapa fasih berbahasa Terengganu seperti dulu.Sewaktu aku masih bertugas diMarang dulu memang aku fasih berbahasa Terengganu kerana banyak bergaul dan bercampur dengan orang Terengganu dari berbagai daerah termasuk daerah yang agak hulu.
Bila tgh sedap menulis dan idea mencurah-curah perut lapar pun malas nak keluar,hanya cake indulgence sebagai pengalas perut. 

Apabila perut lapar baru kami keluar dari bilik untuk mencari makanan.Selepas beberapa hari berkurung dalam bilik barulah aku rasa perlu keluar berjalan-jalan bagi menyegarkan minda dan mendapatkan idea-idea serta bahan cerita untuk hasil karya ku.
Kebetulan seorang rakan yang sama-sama bertugas diUnit Khas B.Aman dulu sekarang sudah bertugas di Bintulu jadi beliau sering datang ambil aku dihotel untuk bawa pergi makan atau minum-minum sambil bersembang kisah-kisah lama,kebetulan dulu kami berada dalam satu tim penyelam tempur.Beliau telah mendapatkan aku sebuah motosikal untuk aku gunakan sepanjang berada diBintulu ni dapatlah aku merempit disekitar Bintulu.Dalam masa setengah hari sahaja sudah habis aku jelajah seluruh Bandar Bintulu.Seronok juga merempit kat tempat baru ni.


Sempat jugak aku merempit dan naik bot tambang ni menyeberang  sungai dan menjelajah kekawasan yg lebih jauh lagi.
Bertambah menarik lagi ialah kehadiran hampir 30 orang rakan-rakan setugas dari Bukit Aman diBintulu bagi tugas khas sempena sambutan Hari Malaysia yang diadakan disini pada 16 September.Mereka agak terkejut dengan kehadiran aku sedangkan aku lebih awal tahu tentang kehadiran mereka disini.Sempat juga aku ikut mereka buat tinjauan awal kekawasan tugas mereka,buat aku teringat kenangan silam pula.Selepas mereka selesai buat tugas reccee kawasan yang mana aku juga turut serta lalu aku bawa mereka semua pergi makan.Aku tak berkesempatan nak jemput mereka datang open house kat rumah aku jadi aku rasa seronok dapat menjamu mereka disini.Tambahan pula masih dalam bulan syawal so kira macam buat open house la jugak Cuma kali ni dipanggil open table.Keseronokkan dan gembira bertemu rakan-rakan lama itu adalah satu rezeki berganda dari Allah buat ku.
Sesungguhnya nikmat Allah buat hambanya tidak terhitung.


Rakan-rakan dari Bukit Aman Sedang berbincang tentang penugasan di Lokasi acara sambutan

Selepas 8 hari didarat kami diarahkan untuk naik kapal semula...aduuh...malas rasanya nak naik kapal semula.Alangkah seronoknya kalau terus duduk kat hotel ni je makan gaji buta.Tapi apakan daya company ni bukan aku punya.Lagipun tempoh 8 hari duduk bercuti didarat dengan dibayar gaji penuh itupun sudah satu rahmat yang besar yang Allah kurniakan.Segala Puji Bagi Allah atas segala nikmat dan rahmatnya.
  






Didalam job ini seramai 18 orang diver terlibat dan 2 orang diving supervisor.Iaitu 9 orang 1 shift.Ini kerana bila menyelam diair yang agak dalam maka jangkamasa berada dibawah air bagi seseorang diver adalah singkat, . Kadangkala satu tugasan kecil pun memerlukan lebih dari seorang diver untuk menyiapkannya.Maka tambahan dari segi bilangan diver adalah perlu dalam projek ini.

Untuk Job ini skop tugas kami sama seperti yang telah aku tulis dalam entri no  `77-Syawal ke10 naik job semula' yang lepas yang mana tugas kami ialah pasang hos dan buka valve bagi membolehkan proses seterusnya untuk tugas ujian tekanan ketas pipeline dasar laut dapat dijalankan.kalau Sat diver yang turun dalam masa tak sampai 6 jam kerja-kerja memasang hos air dan buka valve tu boleh diselesaikan sekejap sahaja tapi oleh kerana kami `air diver’ jadi kerja tu menjadi panjang kerana proses menghantar diver dan bawa naik diver sahaja sudah memakan masa yang panjang sedangkan waktu untuk diver buat kerja hanya boleh dilakukan lebih kurang dalam 30 minit sahaja.Selepas itu kena pulak buat hentian lebih dari 30 minit.

Kadang-kadang apabila seseorang diver diarahkan melakukan sesuatu tugasan singkat tetapi tugasan tersebut boleh menjadi panjang atas beberapa sebab,antaranya masaalah teknikal dan masaalah cuaca atau keadaan `seabed’ yang berlumpur dan berkeladak yang menghadkan pandangan diver.Ada juga berlaku keadaan yang mudah dijangka seperti pipeline sudah tertanam didalam lumpur,jika ini berlaku maka penggalian menggunakan `air lift’ perlu dilakukan bagi membolehkan pipeline tersebut boleh dilihat dan kerja yang berkaitan atasnya dapat dilakukan.Pada asalnya hanya nak pasang hose sahaja tapi sekarang skop kerja dah bertambah iaitu penggalian (air lift),mengangkat sedikit pipeline (menggunakan lif bag) agar ia tinggi sedikit dari seabed berlumpur bagi memudahkan kerja-kerja seperti memasang hos dan sebagainya.Keadaan-keadaan seperti ini yang membuatkan sesetengah projek yang dijangka boleh disiapkan dalam tempoh tertentu menjadi lebih lama dari yang dirancang.Kerja yang pada asalnya dijangka siap dalam masa sebulan pun boleh jadi 2 bulan baru dapat disiapkan.

Pada suatu hari semasa kami sedang sibuk dengan operasi menyelam dan kren sedang mengangkat hos air sebesar 4 inci yang sebelum itu kami turunkan keair bagi dipasang dipipeline yg terletak diseabed telah berlaku kejadian yang mengejutkan dimana wire kepada block kecil pada kren tersebut telah terputus dengan tiba-tiba menyebabkan block tersebut telah jatuh keatas deck dimana dibawahnya kami semua sedang bekerja menarik dan menyusun atur hos air.Sebelum itu Aku yang waktu itu berada disebelah belakang kren  telah mendengar bunyi yang kuat dari atas kren dan dapat melihat wire tersebut putus,telah dapat menjangkakan  sesuatu yang buruk bakal berlaku lalu aku telah menjerit pada semua krew yang tidak menyedari keadaan itu supaya semua orang beredar dari bawah kren dengan segera.

Dalam masa beberapa saat selepas itu block tersebut yang mampu mengangkat beban seberat 5 tan telah jatuh dengan laju dari atas terus keatas deck bersama dengan sebahagian dari wire nya yang agak panjang juga.Memang ia jatuh benar-benar dekat dengan tempat kami berada sebelum itu.Dan nyaris-nyaris ia menimpa keatas Remote Operated Vehicle (ROV) yang berada  kurang dari 1 meter tempat ia jatuh.Lalu dengan serta merta semua kerja-kerja dihentikan dahulu bagi siasatan awal dilakukan oleh pihak kapal dan client bersama dengan safety officer kerana ia dikategorikan sebagai `near miss’ iaitu hampir mnyebabkan kemalangan keatas manusia (pekerja) dan nyaris menyebabkan kerosakan harta benda syarikat.
Kabel wire yang putus yang menyebabkan block kren jatuh atas deck
Krew sedang memeriksa block kren yang jatuh atas deck kapal.5 Ton itu bermaksud ia boleh mengangkat beban tidak lebih 5 Ton.

Oleh kerana aku yang pertama melihat kejadian itu dan Berjaya mengarahkan krew lain beredar ketempat agak selamat maka tak pasal-pasal aku dan seorang lagi diver yang berada ditempat kejadian kena buat lapuran bertulis untuk dimasukan dalam rekod siasatan.Tapi sebelum itu Kapten kapal bersalam dengan kami sambil mengucapkan terima kasih kerana peka dengan persekitaran dan bertindak pantas memberi amaran awal kepada krew yang lain.Kalau mereka masih berada dibawah kren semasa block tersebut jatuh mungkin ada yang cedera parah atau boleh mengakibatkan kemalangan jiwa.Kalau itu berlaku maka kemungkinan besar projek ini akan tertangguh lama atau company akan mendapat masaalah besar begitu juga dengan kapten kapal dan krewnya.

Sekurang-kurangnya aku Berjaya menyumbang sesuatu kepada Company dan yang penting rakan-rakan sekerja aku yang lain selamat dan dapat pulang bertemu anak isteri mereka semula.Aku tak dapat bayangkan andainya ada yang cedera parah atau terbunuh dalam kejadian itu sedangkan aku lambat atau tidak  berbuat apa-apa,alangkah sedihnya ahli keluarga mereka yang menanti dirumah.

Alhamdulillah segalanya selamat,tiada yang cedera,siasatan awal selesai,block yang jatuh telah dibaiki dan dipasang semula dan kerja-kerja pun diteruskan semula.
Supervisor pun menjerit semula..`Ok guys...!! kerja,kerja,kerja,...!!! dive,dive,dive ...!! jangan makan gaji buta......you.. f#@*!+g Lazy !!! (acah je...Supervisor kami baik...aku saje tambah2 citer....)

Time


Get your own Digital Clock

Followers

Aku..

(Sesungguhnya masa depan kita atau org lain tidak kita ketahui melainkan semuanya adalah didalam pengetahuan ALLAH SWT jua. ) Ini adalah sebuah kisah atau cerita-cerita yang membosankan mengenai kehidupanku sebagai seorang penyelam komersial dalam industri Minyak & Gas.Kepada yang pertama kali masuk blog ni eloklah baca dari entri pertama baru bole faham blog ini sbnrnya...sama mcm kita tgk movie kalau tiba2 je dah kat tgh2 mesti tak faham. kemudian kita terus andaikan yang citer tu tak best.....Anggaplah Tuan/Puan sedang membaca sebuah novel realiti.walau bagaimanapun aku ucapkan terima kasih kerana Tuan/Puan sudi melayan blog `Cap Ayam' aku ni.Hidup sebagai pelaut seperti aku bersesuaian benar dengan ayat dari surah dibawah.

Dialah yang menundukan lautan (sehingga boleh dilayari dipermukaannya atau diselami didasarnya) Supaya kamu dapat makan daripadanya daging yang lembut dan dapat pula mengeluarkan daripadanya perhiasan untuk kamu memakainya.Engkau melihat pula kapal-kapal belayar padanya dan supaya kamu dapat mencari rezeki daripada limpah kurnianya mudah-mudahan kamu bersyukur.

AL NAHL ayat 14.

Cari di Facebook (FB)
ronin newg



ok peace....
( Untuk stori bergambar sila layari melalui engine carian mozila firefox atau google chrome,kerana entah dimana silapnya internet explorer hanya menyiarkan stori tanpa gambar )

Sila Ikuti Kisah Ini Melalui Panduan Bacaan



















Radio Online

Radio Online
Klasik Nasional FM

Panduan Bacaan

Top Commentators

Get this widget here