Dunia Commercial Diver





Didalam job ini seramai 18 orang diver terlibat dan 2 orang diving supervisor.Iaitu 9 orang 1 shift.Ini kerana bila menyelam diair yang agak dalam maka jangkamasa berada dibawah air bagi seseorang diver adalah singkat, . Kadangkala satu tugasan kecil pun memerlukan lebih dari seorang diver untuk menyiapkannya.Maka tambahan dari segi bilangan diver adalah perlu dalam projek ini.

Untuk Job ini skop tugas kami sama seperti yang telah aku tulis dalam entri no  `77-Syawal ke10 naik job semula' yang lepas yang mana tugas kami ialah pasang hos dan buka valve bagi membolehkan proses seterusnya untuk tugas ujian tekanan ketas pipeline dasar laut dapat dijalankan.kalau Sat diver yang turun dalam masa tak sampai 6 jam kerja-kerja memasang hos air dan buka valve tu boleh diselesaikan sekejap sahaja tapi oleh kerana kami `air diver’ jadi kerja tu menjadi panjang kerana proses menghantar diver dan bawa naik diver sahaja sudah memakan masa yang panjang sedangkan waktu untuk diver buat kerja hanya boleh dilakukan lebih kurang dalam 30 minit sahaja.Selepas itu kena pulak buat hentian lebih dari 30 minit.

Kadang-kadang apabila seseorang diver diarahkan melakukan sesuatu tugasan singkat tetapi tugasan tersebut boleh menjadi panjang atas beberapa sebab,antaranya masaalah teknikal dan masaalah cuaca atau keadaan `seabed’ yang berlumpur dan berkeladak yang menghadkan pandangan diver.Ada juga berlaku keadaan yang mudah dijangka seperti pipeline sudah tertanam didalam lumpur,jika ini berlaku maka penggalian menggunakan `air lift’ perlu dilakukan bagi membolehkan pipeline tersebut boleh dilihat dan kerja yang berkaitan atasnya dapat dilakukan.Pada asalnya hanya nak pasang hose sahaja tapi sekarang skop kerja dah bertambah iaitu penggalian (air lift),mengangkat sedikit pipeline (menggunakan lif bag) agar ia tinggi sedikit dari seabed berlumpur bagi memudahkan kerja-kerja seperti memasang hos dan sebagainya.Keadaan-keadaan seperti ini yang membuatkan sesetengah projek yang dijangka boleh disiapkan dalam tempoh tertentu menjadi lebih lama dari yang dirancang.Kerja yang pada asalnya dijangka siap dalam masa sebulan pun boleh jadi 2 bulan baru dapat disiapkan.

Pada suatu hari semasa kami sedang sibuk dengan operasi menyelam dan kren sedang mengangkat hos air sebesar 4 inci yang sebelum itu kami turunkan keair bagi dipasang dipipeline yg terletak diseabed telah berlaku kejadian yang mengejutkan dimana wire kepada block kecil pada kren tersebut telah terputus dengan tiba-tiba menyebabkan block tersebut telah jatuh keatas deck dimana dibawahnya kami semua sedang bekerja menarik dan menyusun atur hos air.Sebelum itu Aku yang waktu itu berada disebelah belakang kren  telah mendengar bunyi yang kuat dari atas kren dan dapat melihat wire tersebut putus,telah dapat menjangkakan  sesuatu yang buruk bakal berlaku lalu aku telah menjerit pada semua krew yang tidak menyedari keadaan itu supaya semua orang beredar dari bawah kren dengan segera.

Dalam masa beberapa saat selepas itu block tersebut yang mampu mengangkat beban seberat 5 tan telah jatuh dengan laju dari atas terus keatas deck bersama dengan sebahagian dari wire nya yang agak panjang juga.Memang ia jatuh benar-benar dekat dengan tempat kami berada sebelum itu.Dan nyaris-nyaris ia menimpa keatas Remote Operated Vehicle (ROV) yang berada  kurang dari 1 meter tempat ia jatuh.Lalu dengan serta merta semua kerja-kerja dihentikan dahulu bagi siasatan awal dilakukan oleh pihak kapal dan client bersama dengan safety officer kerana ia dikategorikan sebagai `near miss’ iaitu hampir mnyebabkan kemalangan keatas manusia (pekerja) dan nyaris menyebabkan kerosakan harta benda syarikat.
Kabel wire yang putus yang menyebabkan block kren jatuh atas deck
Krew sedang memeriksa block kren yang jatuh atas deck kapal.5 Ton itu bermaksud ia boleh mengangkat beban tidak lebih 5 Ton.

Oleh kerana aku yang pertama melihat kejadian itu dan Berjaya mengarahkan krew lain beredar ketempat agak selamat maka tak pasal-pasal aku dan seorang lagi diver yang berada ditempat kejadian kena buat lapuran bertulis untuk dimasukan dalam rekod siasatan.Tapi sebelum itu Kapten kapal bersalam dengan kami sambil mengucapkan terima kasih kerana peka dengan persekitaran dan bertindak pantas memberi amaran awal kepada krew yang lain.Kalau mereka masih berada dibawah kren semasa block tersebut jatuh mungkin ada yang cedera parah atau boleh mengakibatkan kemalangan jiwa.Kalau itu berlaku maka kemungkinan besar projek ini akan tertangguh lama atau company akan mendapat masaalah besar begitu juga dengan kapten kapal dan krewnya.

Sekurang-kurangnya aku Berjaya menyumbang sesuatu kepada Company dan yang penting rakan-rakan sekerja aku yang lain selamat dan dapat pulang bertemu anak isteri mereka semula.Aku tak dapat bayangkan andainya ada yang cedera parah atau terbunuh dalam kejadian itu sedangkan aku lambat atau tidak  berbuat apa-apa,alangkah sedihnya ahli keluarga mereka yang menanti dirumah.

Alhamdulillah segalanya selamat,tiada yang cedera,siasatan awal selesai,block yang jatuh telah dibaiki dan dipasang semula dan kerja-kerja pun diteruskan semula.
Supervisor pun menjerit semula..`Ok guys...!! kerja,kerja,kerja,...!!! dive,dive,dive ...!! jangan makan gaji buta......you.. f#@*!+g Lazy !!! (acah je...Supervisor kami baik...aku saje tambah2 citer....)

6 comments:

Assalamualaikum

Mungkin pengalaman alam pekerjaan Tuan yang perlu peka dengan persekitaran juga mungkin membantu di dalam hal ini


Tuan Pengembara.

Pendapat Tuan Mgkn ada benarnya.

fuh memang bahaya tp itu satu keajaiban tuhan mgkin ada peringatan bg bg kita apa pun keje tu memang best.

As Salam...post yg menarik..bnyk pengetahuan bley diperolehi dari blog abg..berkaitan juga Dgn keje seharian saya...keep on writing &more pictures pls. Trima kasih

Yzzi

Yzzi T.Kaseh

This comment has been removed by the author.

Time


Get your own Digital Clock

Followers

Aku..

(Sesungguhnya masa depan kita atau org lain tidak kita ketahui melainkan semuanya adalah didalam pengetahuan ALLAH SWT jua. ) Ini adalah sebuah kisah atau cerita-cerita yang membosankan mengenai kehidupanku sebagai seorang penyelam komersial dalam industri Minyak & Gas.Kepada yang pertama kali masuk blog ni eloklah baca dari entri pertama baru bole faham blog ini sbnrnya...sama mcm kita tgk movie kalau tiba2 je dah kat tgh2 mesti tak faham. kemudian kita terus andaikan yang citer tu tak best.....Anggaplah Tuan/Puan sedang membaca sebuah novel realiti.walau bagaimanapun aku ucapkan terima kasih kerana Tuan/Puan sudi melayan blog `Cap Ayam' aku ni.Hidup sebagai pelaut seperti aku bersesuaian benar dengan ayat dari surah dibawah.

Dialah yang menundukan lautan (sehingga boleh dilayari dipermukaannya atau diselami didasarnya) Supaya kamu dapat makan daripadanya daging yang lembut dan dapat pula mengeluarkan daripadanya perhiasan untuk kamu memakainya.Engkau melihat pula kapal-kapal belayar padanya dan supaya kamu dapat mencari rezeki daripada limpah kurnianya mudah-mudahan kamu bersyukur.

AL NAHL ayat 14.

Cari di Facebook (FB)
ronin newg



ok peace....
( Untuk stori bergambar sila layari melalui engine carian mozila firefox atau google chrome,kerana entah dimana silapnya internet explorer hanya menyiarkan stori tanpa gambar )

Sila Ikuti Kisah Ini Melalui Panduan Bacaan



















Radio Online

Radio Online
Klasik Nasional FM

Panduan Bacaan

Top Commentators

Get this widget here