Dunia Commercial Diver



Tarikh 7 Januari 2013 mencatat satu lagi sejarah dalam diari kerjaya ku.Aku berlepas dari Kuala Lumpur untuk satu perjalanan permusafiran yang baru hendak bermula.Sebaik mendarat di Lapangan terbang negara yang menawarkan aku kerja tersebut aku pun bergegas menaiki keretapi untuk menuju ke sebuah stesyen yang terakhir sekali dalam laluan keretapi ini.Kerana untuk kerja kali ini ia sedikit berbeza dimana tiada agen perkapalan yang akan menunggu atau menjemput aku seperti kebiasaannya sebelum ini.  Dari airport menuju ke stesyen terakhir tersebut agak jauh juga mengambil masa kira-kira 1 jam perjalanan dan melalui 26 stesyen barulah sampai kesitu.

Dalam proses menaiki keretapi inilah berlaku satu kejadian yang membuat aku berasa ralat dimana aku telah tertinggal sambal ikan bilis yang dibekalkan oleh isteriku untuk dimakan semasa diperantauan ini.Ianya agak banyak juga kerana sehari sebelum itu aku dan isteri telah pergi ke pasar tani membeli ikan bilis yang termasuk kategori mahal sebanyak 1 kilo.Kalau ikan bilis yang mahal bila dibuat sambal rasanya sedap.Lalu isteri tersayang pun masaklah sambal tumis ikan bilis dengan penuh kasih sayang untuk dibekalkan pada suaminya ini.Selepas itu dipeketkan kecil-kecil dalam plastic pembungkus lalu di`seal’ supaya tak masuk angin dan boleh tahan lama.lalu dimasukkan pula dalam bekas plastic `tipuware’ dan aku bimbit didalam paper bag sepanjang perjalanan.  Semasa  dalam tren inilah baru aku sedari yang paper bag tadi tiada bersama ku lalu terus aku teringat yang semasa membeli tiket tren tadi aku telah meletakkannya diatas lantai dan selepas beli aku terlupa nak mengambilnya semula.Aku agak sedih jugalah kerana kejadian terlupa ini. Yang buat aku sedih bukan kerana tak dapat makan sambal  bilis tu (Allah yang menentukan rezekiku tiada untuk makan sambal bilis dalam permusafiran ini jadi tidak harus aku bersedih) tapi sedih kerana kecuaian aku lalu penat lelah isteriku terbuang begitu saja.Selepas itu aku terus telefon isteriku memberitahu apa yang berlaku dan mohon maaf banyak-banyak padanya.Nasib baik isteriku ni orangnya cool je,takpelah..dah takde rezeki katanya...

Mesti pihak berkuasa di stesen tren yang kat airport tu curiga agaknya dengan paper bag yang tertinggal itu sebab tidak bertuan.Mesti mereka fikir ada bom.Maklumlah pihak berkuasa disini agak paranoid sikit dan terlalu berhati-hati.Atau Mungkin ada mana-mana Bangla atau Nepal yang terjumpa dulu lalu diambil dan bawak balik dan makan dengan nasi mesti dia tertanya-tanya siapalah yang masak sambal bilis sedap macam tu agaknya.mesti Bangla atau nepal yang jumpa dan makan sambal bilis tu pun akan berkata yang sambal tu pasti dimasak dengan penuh kasih sayang...cehh melalut pulak aku siap buatkan skrip untuk bangla pulak...Kalaulah ada mana-mana Hamba Allah yang jumpa dan makan maka aku halalkan ia bagi mereka.

Sepanjang perjalanan dengan tren ini aku lebih banyak berdiri daripada duduk kerana penumpang memang ramai dan sesak disepanjang perjalanan.Aku menjadi sedikit tumpuan oleh lain-lain penumpang kerana Beg besarku telah mengambil sedikit ruang didalam tren ini.

Sebaik sampai di  Station terakhir tersebut aku dijemput oleh boss syarikat manpower supply yang mengambil aku kerja.Tapi sebenarnya aku akan buat kerja untuk Nippon Salvage dalam satu projek besar yang melibatkan kerajaan negara ini sebagai `client'nya,Japan Power System sebagai `Main Contractor' dan Nippon Salvage Corporation pula sebagai kontraktor  .Aku dibawa ke ofis untuk sedikit lagi proses dokumentasi kerana mereka akan memohon pas kerja atau dipanggil Employment pass untuk aku.Didalam borang permohonanan disebut jawatan aku sebagai Senior commercial diver,amboii macam diving Supritendant la pulak.Berdasarkan beberapa criteria seperti kadar gaji yang ditawarkan,pengalaman dan latar belakang pendidikan maka Ministry Of Manpower akan menentukan kad yang mana yang akan diberikan kepada pekerja asing seperti aku.Ada 3 jenis kad yang diberikan mengikut kategori tertentu iaitu yang pertama ialah Work Permit biasanya untuk general worker,S Card yang termasuk kategori bagi pekerja sederhana dan yang terakhir adalah Employment Card yang diberikan untuk golongan pekerja mahir atau golongan Professional.Aku difahamkan  pemegang kad ini boleh memohon taraf Penduduk tetap (PR) di negara ini  selepas bekerja dinegara ini lebih dari 2 tahun.Bagi orang lain mungkin ada yang berminat nak taraf penduduk Tetap tapi mungkin tidak bagi aku dan ianya atas beberapa sebab dan alasan tertentu yang tak perlulah  aku khabarkan.  

Employment pass aku yang sah laku digunakan selama 24 bulan dan tertulis disitu pekerjaan sebagai Senior Commercial diver macamlah hebat sangat padahal kat sini kerja rilek je.
Kemudian aku dihantar ke work Barge dimana disitulah aku akan berkampung selama 1 tahun ini atau boleh jadi lebih lama lagi.Barge ini bernama Masakuni.Ia dikategorikan sebagai Dynamic Positioning barge yang boleh berada static disatu-satu tempat dengan dikawal oleh system computer.Barge ini mempunyai 4 buah thrusters atau kipas yang berkuasa tinggi yang mampu mengawal kedudukannya agar kekal static setempat.Barge ini dibawa khas dari jepun 

Sebaik sampai di Barge lalu aku disambut oleh seorang lelaki Cina bernama Johnny yang bertindak selaku `project cordinator’ dan beliau memperkenalkan pula aku kepada Operation Manager  warga Jepun dari syarikat Nippon Salvage bernama Kumoriya.Beliau seorang lelaki muda kurus tinggi dan tidak pandai berbahasa Inggeris tetapi  baik.. Aku kemudian diperkenalkan kepada anggota-anggota Tim diver yang lain yang terdiri dari 4 orang diver dari Jepun termasuk 1 Supervisornya serta 5 orang diver warga tempatan yang bekerja dengan kontraktor menyelam syarikat Jepun juga.Kemudian aku terus diberi taklimat penugasanku disini sepanjang tahun ini.Aku hanya bertugas sebagai chamber operator merangkap medic diver sahaja jika berlaku sebarang kecemasan semasa menyelam atau jika ada diver yang mengadu menghadapi simptom-simptom penyakit penyelam.Jika tiada apa-apa berlaku maka aku hanya s/by sahaja makan dan tidur kata mereka,biar betul..aku macam tak percaya je takkan diberi gaji yang baik hanya untuk makan dan tido je..hmm rezeki dari Allah terima sajalah dengan penuh rasa syukur. Taklimat yang diberikan juga menerangkan serba sedikit tentang projek ini dan bagai mana operasi akan berjalan.Barulah aku berasa agak jelas tentang apa yang berlaku dan apa yang aku akan hadapi selama aku bekerja disini.

Satu perkara lagi yang sangat mengembirakan aku dan buat aku rasa syukur ialah mereka telah mengaturkan yang aku akan makan dikapal penunda yang setiap hari akan bersama dengan barge kerja ini dimana krew kapal penunda tersebut semuanya adalah warga Indonesia dan beragama islam kerana dikapal tempat bekerja ini tukang masaknya dibawa dari jepun dan hanya akan masak makanan jepun setiap hari yang mana tak mungkin tekakku boleh terima. Alhamdulillah... aku mengucapkan syukur didalam hati nampaknya mereka semua prihatin dan peka tentang isu makan untuk aku.Sesungguhnya Allah telah mendengar bisikkan hatiku yang khuatir tentang makanan lalu Ia memudahkannya bagi ku SubhanAllah...Ya Allah hanya kepadamu aku bergantung dan berharap sesungguhnya Engkau maha mengetahui segala yang dilangit dan dibumi dan segala yang hamba Mu tidak ketahui 

Tug Boat Smith linx tempat aku makan setiap hari sepanjang projek ini.
Seusai taklimat aku ditunjukkan bilik tempat aku akan menginap sepanjang projek ini,kalau setahun maka setahunlah aku akan duduk dibilik ini kalau 2 tahun maka 2 tahunlah aku menghuninya.Hari ini aku tidak perlu bekerja kata mereka kerana baru sampai.Jadi aku hanya mengemas dan membersihkan bilik saja.Dibilik aku ada 2 telivisisyen yang besar,ada peti sejuk minibar dan sebuah printer yang besar maka pandai-pandailah aku aturkan agar bilik ku ini kemas,bersih dan tersusun.Bilik penginapanku ini letaknya betul-betul dikawasan pekerja berehat-rehat dan kawasan dibenarkan menghisap rokok iaitu satu level dengan deck kawasan kerja.Dalam job aku yang Sebelum-sebelum ini bilik penginapan terletak jauh dari kawasan deck kerja dan biasanya ditingkat-tingkat atas kapal tapi apabila naik kapal Jepun kali ni situasinya berlainan sekali.Walaupun terletak dikawasan rehat pekerja tapi tak perlu risau kerana diatas kapal ini penghuninya tak ramai.selepas habis waktu kerja ramai yang akan pulang kerumah masing-masing didarat.yang tinggal diatas kapal ini hanya pekerja-pekerja Jepun 10 orang,6 Myanmar dan1 Malaysia sahaja (akulah tu) Bilik aku bersetentang dengan bilik yang dihuni oleh `rigger’ berasal dari Myanmar, mereka menunjukkan sikap yang  baik denganku dan bersikap menyenangkan.Semasa mengemas bilik itu datang beberapa lagi orang pekerja Myanmar berjumpa dan berkena-kenalan denganku.Dihari pertama ini Aku dilayan dengan baik dan dihormati yang mana itu aku dapat lihat dari wajah dan mata setiap dari mereka yang aku jumpa pada hari ini.cahaya dari mata mereka menunjukkan keikhlasan dan penghormatan.Aku dapat rasakan satu gerak hati yang baik dan menyenangkan dimana mungkin disinilah aku tidak akan bertemu dengan politik sesama pekerja atau acara tikam-tikam belakang kawan  yang banyak aku temui didalam kerja-kerja sebelum ini dilapangan-lapangan minyak diMalaysia. 

Dikabin inilah aku tinggal seorang sepanjang projek ini.
Hatiku berkata yang nampaknya aku telah membuat keputusan yang betul dengan memilih untuk naik job ini dan bersetuju untuk kerja secara tetap sehingga selesai projek.Terima kasih isteriku yang mendorong dan memberi pendapat dan galakkan bersungguh-sungguh agar aku terima sahaja tawaran ini. 


Disini aku perlu kemas bilik dan cuci baju sendiri kerana tiada roomboy atau steward yang melakukannya seperti kelazimannya.Tapi cuci baju tidaklah susah mana kerana mesin basuh dan mesin pengering baju disediakan.Hanya masukkan baju kotor,sabun dan tekan butangnya sahaja.Bila dah kering diambil kalau rajin dilipat dan disusun dan esok dipakai untuk kerja.senang sahaja.Dan aku sudah mengambarkan begitulah rutin hidupku diatas kapal ini setiap hari sepanjang tahun 2013 ini.Oh alangkah nikmatnya dapat kerja senang,tiada tekanan dan gaji yang baik.Segala puji bagi Allah ...atas segala limpahan Rahmat dan Nikmat Nya.
Bilik mandi dikapal Jepun ni siap ada lantai kayu dan rasa begitu harmoni sekali 
 kolah dalam bilik mandi untuk orang Jepun berendam air panas pada musim sejuk.
Dikapal Jepun ni Syampu dan sabun mandi tak perlu beli kerana disediakan,kalau habis ambik je yang baru.waahh senang banyakla macam ni..


ps: Aku bekerja dengan Jepun tapi bukan dinegara Jepun...Nama negara tersebut dirahsiakan atas sebab-sebab keselamatan.

Next Entry-14.04..2013

Penghujung December 2012 aku menghantar satu resume ke sebuah syarikat Negara luar yang sedang mencari chamber operator untuk satu projek besar yang melibatkan Kerajaan Negara tersebut dan sebuah syarikat besar dari Jepun iaitu Nippon Salvage.Dengan segera emel aku dibalas dan mereka terus menawarkan aku dengan kerja dengan gaji sebanyak $200 sehari  dimana aku dikehendaki bekerja 2 bulan diatas kapal dan diberi cuti selama 1 bulan dengan mengikat kontrak  1 tahun dan kontrak tersebut boleh disambung atau ditamatkan atas keputusan aku.Hari cuti juga akan dibayar jumlah yang sama.Itulah offer mereka.

Gaji yang diberi tidak menarik perhatian ku kerana agak rendah tetapi yang menarik perhatianku adalah bila cuti juga akan dibayar gaji.Aku bermain tarik tali dalam tawaran mereka ini dengan meletakkan harga yang lebih tinggi dan minta hari cuti juga dibayar gaji dengan harapan mereka tidak mahu padaku dan akan cari orang lain.Dalam ertikata yang lain ialah menolak job tersebut dengan cara yang terhormat dan professional. Selama 3 hari perundingan berlangsung melalui emel sehinggalah mereka dapati yang aku tidak berganjak dengan permintaanku untuk sejumlah gaji yang agak tinggi bagi mereka jika dibandingkan dengan tugas yang perlu aku lakukan.Selepas emel terakhir  aku hantar kemudiannya  Selama 24 jam berlalu tanpa apa-apa keputusan tiba-tiba aku menerima emel yang mereka bersetuju dengan gaji yang aku minta,dan hari aku bercuti juga akan dibayar gaji penuh dengan syarat aku mesti mengikat kontrak selama 1 tahun dengan mereka.Alasannya ialah mereka tidak perlu mencari orang lain kerana kesukaran dalam memohon pas kerja dan aku juga akan diberi kad expatriate.Selain dari tu Rupa-rupanya mereka  sangat berminat dengan latar belakang kerjaya,pengalaman dan sijil-sijil kemahiran yang aku miliki setelah aku olah dan susun dengan begitu kemas didalam resume yang dihantar pada mereka sebelum ini.

Aku terjebak, tapi sebagai seorang yang professional aku terpaksalah bersetuju menerima tawaran tersebut itupun selepas bermesyuarat dengan isteriku.isteriku menyarankan aku terima sahaja offer mereka kerana dengan kontrak 1 tahun atau lebih ini maka aku tak perlu susah-susah lagi cari job lain dan juga dalam bercuti selama sebulan pun masih tetap ada gaji.Dalam keadaan sedikit berbelah bahagi aku pun bersetuju tapi masih berfikiran berfikiran positif. Sebaik sahaja aku memberi persetujuan company yang menawarkan aku jawatan tersebut terus meghantar emel yang mengterujakan sekali yang memberitahu bahawa esok mereka akan memindahkan keakaun aku wang gaji untuk bulan pertama untuk dibuat belanja dan ditinggalkan dirumah sementara aku kelaut.aiik belum kerja dah dapat gaji?

Keesokkan harinya nya aku terima emel salinan Slip bank bukti amaun sebulan gaji telah dipindahkan ke akaun aku bersama-sama dengan kontrak kerja yang perlu aku tandatangai.  Hamboii hebat betul company ni.kontrak belum sain lagi tapi dah  bayar gaji aku.Nampaknya Memang betul-betul mereka perlukan khidmat aku ni.Tak pernah lagi aku dengar ada company yang bayar sebulan gaji penuh sebelum sain kontrak,inilah pertama kali dan aku alaminya sendiri.Selepas aku buat kiraan semula mereka bayar lebih pulak tu termasuk juga hari yang aku belum lapur diri lagi.(Ada lebihan sebanyak 7 ribu lebih.Hebat Sekali....Aku kagum dan rasa memang tak patut aku lepaskan peluang keemasan ini.Dalam aku sedang sedang diuji dengan masaalah kewangan dimana beberapa bulan tak dibayar gaji oleh company tempatan dan semua wang yang disimpan telah habis digunakan tiba-tiba Allah turunkan bantuan begini maka bersyukur sangatlah aku.

Terus teringat kepada mutiara kata yang berbunyi.`sayangilah orang yang menyayangi kamu kerana kamu tahu  apa didalam hatinya  bukan kepada orang kamu sayangi kerana kamu tidak tahu apa didalam hatinya'.Sebelum ini aku lebih suka bekerja hanya untuk company di Malaysia tetapi ada sesetengah company yang mengabaikan kebajikan diver-diver seperti aku.Tetapi situasi yang aku alami sekarang adalah company luar yang tahu menghargai kemahiranku dan memikirkan tentang kebajikan.Jadi sekarang pilihan aku adalah company luar yang aku yakin layanannya pasti baik.In shaa Allah...
Bersama rakan sekerja yang baru dari Jepun.dari kiri assistant Salvage master,berdiri di tengah barge Master  & yang melayu tu Chamber operator/Diver Medic.Kenapalah suka sangat gulung kaki seluar tu. (Nampak sangat yang aku dah gemukla).sesuatu harus dilakukan bagi mengekalkan bentuk badan ideal seperti sebelum ini.

Bersambung....

Next Entri 30.3.2013

Entri khas buat teman-teman seperjuangan....
Resahnya aku dalam pemikiran mengenangkan tentang perjuangan dibumi bergolak Sabah yang menjadi sebahagian dari tanah air tercinta ini.Ia dibumi yang sama aku pernah berjuang lebih sedekad yang lalu menentang musuh yang hampir sama.

Tatkala garapan ini kucoretkan aku dalam keadaan penuh rasa AMARAH,RESAH,SEDIH dan MEMBARA dengan semangat ingin kembali berjuang bersama rakan-rakan seperjuangan yang lain...
Rasa seperti ingin kutinggalkan semua kerjaya dan urusan dunia ini untuk kembali memikul senjata semula dan menghapuskan semua musuh durjana.


Aku masih mampu dan masih  berbahaya seperti dulu.Semangatku tidak pernah luntur malah lebih tinggi dari yang pernah ada sebelum ini.Andai dipanggil oleh pertiwi pasti aku kan pergi tanpa fikir yang panjang dan tanpa ulah berhelah.
Darah pejuang ini mendidih-didih tak tau kapan redanya..
Semangat juangku terlalu membara tak tau kapan sejuknya..
Amarahku teramat sangat tak tau kapan akan hilangnya...

Aku semakin sedar yang aku sebenar-benarnya berjiwa pejuang bukan berjiwa penyelam.
Dilautan ini hanya sekadar persingahan kerjaya yang sementara diwaktu aman..

Diwaktu bergolak begini jiwa dan hatiku ada disana didalam peperangan itu...didalam pertempuran itu .Didalam tidur saban malam yang tak lena itu seringkali Roh ku terbang ke bumi bergolak itu berjuang bersama rakan-rakan pejuang yang lain.Sedih sungguh rasa hatiku melihat anak-anak yang menjadi yatim,isteri yang menjadi balu,pasukan yang kehilangan anggotanya,negara yang kehilangan para pejuang,ibu bapa yang kehilangan anak,abang dan kakak yang kehilangan seorang adik,adik-adik yang kehilangan seorang abang dan rakan-rakan yang kehilangan kawan.
Seorang pejuang tetap seorang manusia biasa yang bisa mengalirkan air mata mengenangkan seorang sahabat yang gugur dimedan juang...
Memang mereka dibayar gaji untuk menjalankan tugas itu tetapi berapa ramai yang sanggup mati seperti mereka.Sekurang-kurangnya gugur mereka ditangisi kebanyakkan warganegara dan gugur mereka untuk Ugama dan Negara.Kalaupun tak sanggup berjuang seperti mereka janganlah dicaci dan dihina mereka yang telah pergi itu.Hargailah apa yang telah mereka korbankan.Hormatilah ahli keluarga mereka seperti mana kita mau orang lain menghormati kita dan ahli keluarga kita.

Ketika mereka tidur dihutan....dimana tidur kita?
ketika mereka memeluk senjata dalam lena yang sebentar....tidur kita dipeluk siapa?
ketika mereka mengikat perut dalam siaga....hari ini apa menu kita dan direstoran mewah mana?
ketika mereka berteman nyamuk dan unggas dihutan...dengan  siapa kita berpeleseran?

Ketika jiwa mereka menanti dalam resah kelibat musuh durjana...kita bergelak ketawa dan bergurau senda dengan siapa? dan berapa kerap kita mendoakan untuk mereka?...Pernahkah terlintas difikiran kita sewaktu menjamah hidangan didepan mata lalu bertanya ``apa yang para pejuang itu makan agaknya? Sudah makan kah mereka?”
pernahkah kita terfikir adakah khusyuk solat mereka di medan juang itu...sedangkan sesetengah dari kita sendiri mengabaikan tiang agama itu...

Ketika sesetengah dari kita memimpin anak-anak sendiri kesekolah atau membeli belah....siapa yang membela anak-anak mereka ? Siapa yang akan mengambil dan menghantar anak-anak mereka kesekolah dengan penuh rasa kasih dan cinta seorang bapa...
Renung-renungkanlah....

Lihatlah wajah suci anak-anak pejuang yang telah gugur ini dan bayangkan dimalam hari mereka mencari dan memanggil-manggil ayah mereka.
Jika tidak dapat membantu didalam perjuangan itu pun cukuplah sekadar panjatkan doa buat mereka...
Jika terlalu benci kepada para pejuang semua sehingga tidak ingin mendoakan mereka sekalipun janganlah dihina mereka...
Apa perasaan para penghina andai yang menyiram pusara itu ahli keluarga mereka adakah mereka masih akan menghina?? 
kerana tanpa mereka yang berjuang untuk keamanan itu para penghina sekelian tidak akan duduk dalam selesa untuk melontarkan hinaan-hinaan itu kerana jika dalam peperangan para penghina inilah yang akan bertempiaran lari lebih dahulu dengan najis bertaburan didalam seluar .

Kepada mereka-mereka 'berkenaan' yang begitu angkuh bercakap dilayar maya sehingga ada yang sanggup menggelarkan para pejuang dan wira-wira negara ini sebagai 'Anjing Kerajaan', mereka seharusnya berdiri didepan cermin dan menilai sendiri siapakah diri mereka sebenarnya.Apa sumbangan mereka. Tuhan mengurniakan  akal dan fikiran untuk berfikir sebelum mengeluarkan apa-apa bicara. Itulah bedanya antara haiwan  dan manusia. Jika tidak dapat berfikir sebelum berbuat demikian, maka mereka sebenarnya lebih rendah tarafnya dari HAIWAN....

Lihatlah air mata anak itu....Manusia yang menghina pejuang yang gugur adalah kerana hatinya yang lebih hina dari HAIWAN... 
Surat At-Taubat ayat 38 dan 41
Hai orang-orang yang beriman, apakah sebabnya bila dikatakan kepadamu : “Berangkatlah (untuk berperang) pada jalan Allah” kamu merasa berat dan ingin tinggal di tempatmu? Apakah kamu puas dengan kehidupan di dunia sebagai ganti kehidupan di akhirat? Padahal keni’matan hidup di dunia ini (dibandingkan dengan kehidupan) diakhirat hanyalah sedikit.

 At-Taubat ayat 111
Sesungguhnya Allah telah membeli dari orang-orang mu’min diri dan harta mereka dengan memberikan surga untuk mereka. Mereka berperang pada jalan Allah; lalu mereka membunuh atau terbunuh. (Itu telah menjadi) janji yang benar dari Allah di dalam Taurat, Injil dan Al Qur’an. Dan siapakah yang lebih menepati janjinya (selain) daripada Allah? Maka bergembiralah dengan jual beli yang telah kamu lakukan itu, dan itulah kemenangan yang besar.

Ali Imron ayat 169
Janganlah kamu mengira bahwa orang-orang yang gugur di jalan Allah itu mati; bahkan mereka itu hidup disisi Tuhannya dengan mendapat rezeki.

Buat yang gugur dimedan juang...

إنا لله وإنا إليه راجغعو 


Alfatihah Kuhadiahkan...

بِسْمِ ٱللَّهِ ٱلرَّحْمَـٰنِ ٱلرَّحِيم
ٱلْحَمْدُ لِلَّهِ رَبِّ ٱلْعَـٰلَمِين
ٱلرَّحْمَـٰنِ ٱلرَّحِيم
مَـٰلِكِ يَوْمِ ٱلدِّين
إِيَّاكَ نَعْبُدُ وَإِيَّاكَ نَسْتَعِينُ
ٱهْدِنَا ٱلصِّرَ ٰط ٱلْمُسْتَقِيمَ
صِرَ ٰطَ ٱلَّذِينَ أَنْعَمْتَ عَلَيْهِمْ غَيْرِ ٱلْمَغْضُوبِ عَلَيْهِمْ وَلاَ ٱلضَّاۤلِّينَ

 BISMILLAHIRRAHMANIRRAHIM

"Allaahumma anta 'adhudii
wa nashiirii
wa bika ajuulu
wa bika uqaatilu

Ya ALLAH,Engkaulah penolong mereka( pejuang-pejuang malaysia)
dan pembela mereka, demi Engkau mereka berjuang, demi Engkau mereka mengempur musuh dan  demi Engkau mereka berperang..Ya Allah.Ya Hayyul,Ya qayum... selamatkan lah mereka berikan lah mereka kekuatan ,keimanan ketahanan dan  janganlah meninggalkan mereka walau sesaat jua pun.."

ya Allah ya tuhan kami..Tuhan yg maha pemurah lagi maha pengasih..Tuhan sekalian alam..Tuhan yg menguasai kerajaan langit dan bumi..kau rahmatilah pejuang-pejuang negara kami yg sedang berjuang,sematkanlah semangat serta selamatkanlah mereka dari mara bahaya, seandainya ada yg gugur dikalangan mereka,syahidkanlah ya Allah..jua jadikanlah apa yang berlaku hari ini sebagai iktibar kepada semua rakyat malaysia supaya lebih menjaga keamanan dan bersatu..ya Allah ku pohon padamu dengan linangan airmata yang penuh keikhlasan..


                                                             BERET MERUN
                                                 `TANGKAS BANTERAS GANAS'.

Aku Pejuang.









Time


Get your own Digital Clock

Followers

Aku..

(Sesungguhnya masa depan kita atau org lain tidak kita ketahui melainkan semuanya adalah didalam pengetahuan ALLAH SWT jua. ) Ini adalah sebuah kisah atau cerita-cerita yang membosankan mengenai kehidupanku sebagai seorang penyelam komersial dalam industri Minyak & Gas.Kepada yang pertama kali masuk blog ni eloklah baca dari entri pertama baru bole faham blog ini sbnrnya...sama mcm kita tgk movie kalau tiba2 je dah kat tgh2 mesti tak faham. kemudian kita terus andaikan yang citer tu tak best.....Anggaplah Tuan/Puan sedang membaca sebuah novel realiti.walau bagaimanapun aku ucapkan terima kasih kerana Tuan/Puan sudi melayan blog `Cap Ayam' aku ni.Hidup sebagai pelaut seperti aku bersesuaian benar dengan ayat dari surah dibawah.

Dialah yang menundukan lautan (sehingga boleh dilayari dipermukaannya atau diselami didasarnya) Supaya kamu dapat makan daripadanya daging yang lembut dan dapat pula mengeluarkan daripadanya perhiasan untuk kamu memakainya.Engkau melihat pula kapal-kapal belayar padanya dan supaya kamu dapat mencari rezeki daripada limpah kurnianya mudah-mudahan kamu bersyukur.

AL NAHL ayat 14.

Cari di Facebook (FB)
ronin newg



ok peace....
( Untuk stori bergambar sila layari melalui engine carian mozila firefox atau google chrome,kerana entah dimana silapnya internet explorer hanya menyiarkan stori tanpa gambar )

Sila Ikuti Kisah Ini Melalui Panduan Bacaan



















Radio Online

Radio Online
Klasik Nasional FM

Panduan Bacaan

Top Commentators

Get this widget here