17
May 2013 Barge Masakuni mula belayar keluar dari Yard menuju kelokasi kerja
sama seperti sebelum ini.Aku sudah sampai dibarge sejak malam tadi.kira-kira
jam 12 tengah malam aku sampai kebarge ketika krew lain semua sudah tidur.Keesokkan
pagi semua orang terkejut kerana aku muncul dari bilikku.Pelayaran keluar
kelokasi ini menandakan akan bermulanya fasa kedua projek membaiki kabel dasar
laut disini.
Sebaik sampai dilokasi kerja, aku pun melakukan pemeriksaan keatas
chamber hiperbarik yang berada dibawah jagaan tanggunggjawab ku,memastikan
semuanya dalam keadaan baik dan sedia untuk digunakan sekiranya berlaku
kecemasan.Selepas selesai melakukan pemeriksaan atas peralatan-peralatan
dibawah tanggunggjawabku aku membantu diver lain pula menyiapkan
peralatan-peralatan menyelam kerana sebelum bercuti panjang baru-baru ini semua
peralatan menyelam telah dialihkan keposisi yang baru,dikemas,dibungkus dan
disimpan didalam kontena.Jadi apabila operasi hendak bermula semula maka semua
peralatan yang diperlukan dikeluarkan dan disiapkan.
Sebelum pulang untuk bercuti panjang kontena chamber ku telah dialihkan keposisi yang baru didalam barge ini |
Selepas dipindahkan keposisi yang baru |
Sebagaimana
sebelum memulakan projek fasa satu sebelum ini mereka mengadakan ritual bagi
memohon keselamatan dan kelancaran projek maka begitu juga untuk fasa kedua ini
juga dilakukan ritual yang hampir sama Cuma dalam skala kecil.kalau dulu mereka
menyembah dan memotong seekor babi panggang dan berdoa untuk keselamatan tapi
kali ini mereka menuangkan arak sake yang mahal dan bergred tinggi keatas kabel
baru yang hendak diturunkan kedasar laut nanti.Tapi aku dapat tahu didarat
mereka masih juga mengadakan ritual
dengan babi panggang sama seperti sebelum ini.Disini arak sake dituang
sedikit sedikit keatas kabel,mesin-mesin yang digunakan,kren dan lain-lain
peralatan.Dan ketika mereka mencari chamber operator untuk menuangkan sake pada
chamber maka aku menyembunyikan diri kerana aku tak mahu terlibat didalam
majlis mereka.aku hadir pun hanya nak ambik gambar sahaja supaya boleh aku
upload masuk dalam blog cap ayam aku ni.
Arak Sake Jepun dituangkan keatas kabel yang baru |
Arak Sake juga turut dituangkan keatas peralatan-peralatan yang digunakan didalam projek ini. |
Pada sebelah petang pula mesyuarat dan taklimat projek diadakan bagi memberi gambaran lebih jelas tentang perjalanan operasi projek bagi fasa kedua ini.
`Meeting Mesyuarat' dan taklimat projek. |
Akhirnya
petang 18 may semua peralatan telah siap sedia dipasang dan diuji kerana esok
akan bermula secara rasmi fasa kedua bagi projek ini.Mengikut jadual didalam
fasa kedua ini sewaktu kabel diturunkan kedasar laut maka operasi akan berjalan
24 jam sehari dan beberapa orang krew dan kakitangan akan bekerja
secara bergilir-gilir mengikut
shif.Keanggotaan penyelam juga turut ditambah menjadi 15 orang kerana penyelam
akan memantau dari bawah air ketika kabel yang baru mula diturunkan kedasar
laut nanti.
Aku pula bersiap sedia menunggu apa pula cabaran yang bakal kutemui dan entah berapa orang pesakit yang akan kurawat dalam chamber ku didalam fasa kedua nanti...pasrah aje lah...
Next Entry 15/07/2013