Dunia Commercial Diver




Entri kali ini adalah sambungan dari entri yang lepas.Kalau baca entri yang ini dan tidak baca entri yang lepas nanti tak faham jalan cerita.Dan kali ini Biarlah hanya gambar sahaja yang menceritakan segala butirannya ,lebih jelas dalam fikiran.
Penyelam dihantar bagi memasang `sling wire` kepada kabel yang lama.(hujung  kabel yang satu lagi)
Penyelam 2 `buddy kepada penyelam satu.
Selepas penyelam memasang `sling wire`  kini Hujung kabel mula ditarik naik dari dasar laut

Hujung kabel ditarik agar rapat dengan kabel yang baru untuk disambungkan
Selepas diukur kabel yang baru kemudian dipotong.Kelihatan minyak  yang terdapat didalam kabel meleleh keluar semasa kabel dipotong.Minyak tersebut bertujuan menyejukkan kabel semasa arus voltan yang tinggi melaluinya semasa beroperasi



Selepas siap disambung kan kabel tersebut ia kemudian dipasangg spreader bar untuk diangkat dan turunkan dari belakang barge


Diving supervisor sibuk mengendalikan selaman ditengah-tengah kesibukan orang bekerja.



Bertungkus lumus dan bekerjasama semasa proses menurunkan joint box ke air


Diver membetulkan kedudukan chain block dam kabel agar dalam keadaan baik semasa diturunkan kedasar laut. 


Seperti menyaksikan pesta semasa  joint box kabel diturunkan keair


Semasa proses ini penyelam akan memantau sehingga jointbox yang baru mendarat didasar laut dan kemudian penyelam akan membuka semua tali sling dan `chain block' serta melepaskan spreader bar dari `jointbox` tadi untuk dibawa naik keatas.

Selepas `jointbox ` selamat mendarat di seabed, peyelam yang lain akan turun untuk mengambil gambar dan video kedudukan kabel baru dilantai laut sebagai rekod.
Kamera dihulurkan kepada penyelam
Surveyor menandakan kedudukan kabel yang baru siap dibaiki dan diturunkan didasar laut untuk kedudukan yang tepat bagi memudahkan sebarang kerja-kerja pada masa akan datang dan untuk rekod.

Dengan itu siaplah satu kabel dibaiki dan diturunkan keair,ada lagi 4 kabel menunggu untuk diulang proses yang sama.Sebenarnya dihari kedua kerja-kerja menyelam dijalankan dalam fasa kedua ini 3 penyelam dimasukkan kedalam chamber atas beberapa sebab.Kisahnya akan aku tuliskan lain kali kalau rajin.Pada hari kedua ni memang buzy lah menyelam,berpeluh ketiak jugaklah aku,nak jaga  diver yang tengah diving lepastu nak handle diver masuk chamber lagi.Tapi Alhamdulillah akhirnya semua berjalan dengan baik. 

Bersambung akan datang Menyelam untuk menyusun karung-karung simen pada kabel pula.

Next Entry 15/8/2013


2 comments:

cukup ringkas post kali ni :)

Ringkas tapi padat.
Orang kata `Picture says a thousand words`..

Time


Get your own Digital Clock

Followers

Aku..

(Sesungguhnya masa depan kita atau org lain tidak kita ketahui melainkan semuanya adalah didalam pengetahuan ALLAH SWT jua. ) Ini adalah sebuah kisah atau cerita-cerita yang membosankan mengenai kehidupanku sebagai seorang penyelam komersial dalam industri Minyak & Gas.Kepada yang pertama kali masuk blog ni eloklah baca dari entri pertama baru bole faham blog ini sbnrnya...sama mcm kita tgk movie kalau tiba2 je dah kat tgh2 mesti tak faham. kemudian kita terus andaikan yang citer tu tak best.....Anggaplah Tuan/Puan sedang membaca sebuah novel realiti.walau bagaimanapun aku ucapkan terima kasih kerana Tuan/Puan sudi melayan blog `Cap Ayam' aku ni.Hidup sebagai pelaut seperti aku bersesuaian benar dengan ayat dari surah dibawah.

Dialah yang menundukan lautan (sehingga boleh dilayari dipermukaannya atau diselami didasarnya) Supaya kamu dapat makan daripadanya daging yang lembut dan dapat pula mengeluarkan daripadanya perhiasan untuk kamu memakainya.Engkau melihat pula kapal-kapal belayar padanya dan supaya kamu dapat mencari rezeki daripada limpah kurnianya mudah-mudahan kamu bersyukur.

AL NAHL ayat 14.

Cari di Facebook (FB)
ronin newg



ok peace....
( Untuk stori bergambar sila layari melalui engine carian mozila firefox atau google chrome,kerana entah dimana silapnya internet explorer hanya menyiarkan stori tanpa gambar )

Sila Ikuti Kisah Ini Melalui Panduan Bacaan



















Radio Online

Radio Online
Klasik Nasional FM

Panduan Bacaan