Dunia Commercial Diver



Mulai Jun 2014 Sehingga beberapa bulan akan datang Blog ini akan menyiarkan semula artikel-artikel yang ditulis oleh saya yang telah pernah diterbitkan didalam Majalah PERAJURIT terbitan hujung 2012 hingga awal 2013.Tujuan penyiaran semula artikel-artikel berbentuk informatif ini adalah bagi memberi peluang kepada pembaca-pembaca lain yang tidak sempat memiliki majalah tersebut semasa keluarannya.Penulis dimaklumkan oleh pihak penerbitan Majalah tersebut bahawa Artikel-artikel mengenai menyelam yang disiarkan  adalah yang pertama  seumpamanya mengenai sejarah menyelam,tujuan menyelam dan teknik-teknik menyelam yang ada.
Semoga para pembaca yang meminati aktiviti menyelam atau pembaca biasa beroleh manfaat daripada artikel-artikel tersebut.  

Oleh : A**** J****
roninn70@gmail.com

Teknik SKUBA

Menggunakan Udara Yang Dimampatkan Dan Udara Campuran.
Teknik SCUBA ataupun (Self Contain Underwater Breathing Apparatus) ini adalah yang paling  popular dan paling ramai menggunakannya diseluruh dunia semenjak diperkenalkan dan direka dengan penambahbaikan oleh Jacques Cousteau dan Emile Gagnan pada tahun 1942.Teknik scuba banyak digunakan diseluruh dunia kerana perbelanjaannya masih tidak terlalu mahal dan menjadi kegilaan ramai setelah diberikan perbagai pubilisti dan pendedahan mengenainya sama ada melalui media massa atau media eletronik.Ramai orang diseluruh dunia dari peringkat kanak-kanak hingga warga emas mampu melakukannya.Teknik ini juga boleh dipelbagaikan kegunaanya untuk berbagai tujuan sama ada untuk berekreasi,bersukan,eksplorasi,konservasi,kajian arkeologi,kajian maritime,kajian sains samudra,biologi marin,forensic,sivil , keselamatan dan kerja-kerja bawah air tahap asas.
Penyelam Scuba sedang melakukan aktiviti konservasi bawah air  dan dikedalaman yang terhad.Tahap Kedalaman penyelam ditentukan berdasarkan kecerahan gambar yang diambil dimana kadar cahaya yang tembus dari permukaan adalah agak cerah dan menunjukan yang penyelam berada dikedalaman kurang dari 70 kaki. (gmbr koleksi penulis) 
Sejarah
Selepas Perang Dunia Kedua tamat minat Masyarakat terhadap  aktiviti menyelam meningkat dengan mendadak pada tahun 1953 selepas Majalah National Geographic menyiarkan artikel berkaitan kerja-kerja Arkeologi bawah air yang dijalankan oleh Jacques Cousteau di Grand Congloué island dekat Marseille.Permintaan terhadap peralatan menyelam terutama alat pengatur udara juga turut meningkat dengan mendadak tetapi harganya  waktu itu adalah sangat mahal.Oleh kerana harganya yang mahal menyebabkan orang yang tidak mampu membelinya akan mereka sendiri alat pengatur udara untuk kegunaan mereka. 
Pada tahun yang sama juga sertifikasi selam scuba yang pertama di Amerika Syarikat di keluarkan oleh Los Angeles County Department yang sekarang dikenali sebagai LA County Scuba

1955 Jacques-Yves Cousteau bersama seorang pembantu pengarah filem berusia 23 tahun  Louis Malle telah membuat pengambaran filem dokumentari berwarna yang bertajuk The Silent World yang menunjukkan keadaan bawah laut yang penuh warna warni.Setahun kemudian filem tersebut memenangi anugerah Filem dokumentari terbaik dalam anugerah Academy Award.

Siri Televisyenn bertajuk Sea Hunt yang memperkenalkan dan mempopularkan lagi selam skuba  kepada penonton mula ditayangkan pada 1957 dan kekal sehingga tahun 1961.Siri Televisyen ini mendapat sambutan menggalakkan.

Filem James Bond bertajuk Thunderball keluaran tahun 1965 yang mana dalam filem tersebut terdapat adegan penggunaan scuba mempopularkan lagi teknik tersebut.
1966 Badan pentauliahan sertifikasi Professional Association of Diving Instructors (PADI) ditubuhkan.
1985 Persatuan Penyelam Teknikal dan Nitrox Antarabangsa (IANTD) Diasaskan.
1989 The Abyss Sebuah lagi Filem Fiksyen berkaitan menyelam laut dalam dikeluarkan dan menambahkan lagi populariti selam skuba.

Berfungsi-
Ia berfungsi dengan cara penyelam akan menyelam dan bernafas dibawah permukaan air dengan menyedut udara yang telah dimampatkan didalam satu silinder yang mampu menyimpan udara tekanan tinggi  (high Pressure) didalamnya sehingga ketekanan 3000 psi (pressure square inch).Walaupun tekanan udara didalam silinder tersebut adalah setinggi 3000 psi tetapi udara yang disedut oleh penyelam itu telah dikurangkan menjadi udara bertekanan rendah (low pressure) oleh sejenis alat pengatur udara (first stage regulator) yang dipasang dikepala silinder itu tadi.Jadi penyelam akan menyedut udara dengan sais sukatan udara yang sama disedut dipermukaan.Satu lagi alat pengatur udara second stage regulator) akan membekalkan udara hanya apabila disedut oleh penyelam ini yang dipanggil `system demand valve’ yang mana udara tidak akan keluar berterusan jika tidak disedut oleh penyelam mengikut konsep asas ciptaan Jacques Cousteau dan Emile Gagnan.Udara yang disedut tadi kemudian akan dilepaskan dan buih udara tadi terus timbul dipermukaan ini dipanggil system litar terbuka.

Apabila angin atau udara yang dimampatkan didalam silinder tadi telah habis ianya boleh diulang isi semula berulang-ulang kali.Proses pengisian semula ini adalah menggunakan sejenis mesin pemampat tekanan tinggi yang khas untuknya.Ramai orang yang tersalah anggap dengan menganggap penyelam bernafas dibawah air dengan menyedut oksigen.Tetapi sebenarnya ialah mereka menyedut udara biasa yang dimampatkan dan didalam kandungan udara itu mempunyai kadar Nitrogen 79 %,  sedikit oksigen dengan kadar sebanyak 21 % sama dengan kadar oksigen yang terdapat dalam udara yang disedut dipersekitaran  normal.

Teknik scuba ini selain dari menggunakan udara yang dimampatkan ada juga yang menggunakan udara campuran iaitu nitrogen yang dicampurkan dengan kadar oksigen yang lebih dari kadar biasa oksigen lalu dimampatkan didalam silinder yang bersaiz sama dengan silinder angin tadi.Teknik ini adalah teknik yang lebih maju dan kehadapan sedikit didalam teknik scuba biasa kerana ia memerlukan satu tahap pelajaran yang lebih tinggi dari teknik scuba yang asas tadi.Teknik scuba udara campuran ini banyak digunakan oleh ahli-ahli sains dan ahli eksplorasi yang menjalankan kerja-kerja eksplorasi didalam gua-gua dibawah air kerana dengan menggunakan udara campuran nitrogen dan oksigen (nitrox) ini akan membolehkan  system dalam tubuh badan penyelam berfungsi dengan lebih baik sedikit kerana kesan dari menyelam terlalu lama atau melebihi kedalaman tertentu akan meningkatkan tahap nitrogen didalam badan dan mengurangkan kadar oksigen,dan ini akan menganggu sistem dalaman tubuh badan penyelam terutamanya sistem otak. Jadi campuran Nitrogen dan oksigen dengan kadar tertentu ini akan mengimbangkan semula kadar penghasilan nitrogen dan kadar kekurangan oksigen dalam badan semasa aktiviti menyelam dilakukan.
Penyelam scuba udara mampat yang menggunakan topeng muka penuh dan dilengkapi alat komunikasi (Gmbr kredit internet)
Kemahiranya
Untuk mendapatkan kemahiran menyelam teknik scuba ini tidaklah sukar kerana terlalu banyak operator menyelam yang menyediakan khidmat mengajar menyelam dan berada dibawah bumbung badan pentauliahan yang berbeza.Antara Badan-badan pentauliahan yang terkenal didunia adalah seperti PADI(Professional Ascociation Of Diving Instructors), (NAUI) National Association Underwater Instructors,SSI (Scuba School International) ,SDI (Scuba Diving International) dan banyak lagi.Kesemuanya memberikan khidmat latihan dan pentauliahan dalam teknik menyelam scuba.Teknik scuba juga mempunyai beberapa peringkat latihan dan tahap iaitu daripada peringkat Penyelam kanak-kanak,Asas Scuba,Lanjutan Scuba dan seterusnya sehingga ke peringkat Jurulatih, Pentauliah Jurulatih dan juga sehingga ketahap Pengarah Kursus.

Daripada tahap-tahap ini pula terdapat lagi pecahan-pecahan kemahiran yang boleh dipelajari antaranya kemahiran menyelam malam,menyelam fotografi,menyelam mencari dan menyelamat.kemahiran pemetaan bawah permukaan,kemahiran kompas bawah air,kemahiran menyelam gua,kemahiran penyelam penyelamat dan juga kemahiran menyelam scuba dengan udara campuran nitrogen dan oksigen.
Penyelam Scuba dengan silinder kembar.
DiMalaysia sahaja kebanyakan pulau-pulau peranginan terdapat operator-operator menyelam yang menyediakan khidmat membawa penyelam dan dalam masa yang sama memberikan khdmat latihan dengan kadar bayaran yang berpatutan kepada sesiapa sahaja yang layak untuk menjadi seorang penyelam skuba asalkan calon-calon penyelam itu mempunyai wang dan tahap kesihatan yang baik dan minat yang tinggi.

Perkembangan kemajuan dan peningkatan aktiviti menyelam skuba DiMalaysia kala ini adalah sangat menggalakkan.Selain dari operator-operator menyelam,Badan-badan bukan Kerajaan  yang berkait dengan Pemuliharaan laut juga aktif memainkan peranan dalam meningkatkan aktiviti menyelam ditambah pula sokongan kuat dari Kementerian Perlancongan dan kerajaan-kerajaan negeri . Terengganu,Pahang dan Sabah adalah antara Negeri-negeri yang dikenalpasti menyokong kuat dalam aktiviti perlancungan menyelam.

DiTerengganu , Universiti  Malaysia Terengganu dikenal pasti setakat ini adalah Pusat pengajian tinggi yang telah melahirkan ramai penyelam scuba dikalangan pelajar dan kakitangannya.Pujian harus diberikan kepada UMT  Atas kejayaan itu.Faktor geografinya yang terletak ditepi laut dan dekat dengan Pulau-pulau yang terkenal dengan aktiviti perlancungan menyelam,sabjek matapelajaran atau kursus yang memerlukan pelajar-pelajar terlibat secara langsung membuat latihan dan penyelidikan dibawah air dan Pegawai-pegawai serta kakitangan Universiti yang aktif juga membantu dalam perkembangan positif tersebut.Di Sabah juga tidak dinafikan yang aktiviti menyelam dipulaunya adalah bertaraf dunia dengan Sipadan dan Mabul adalah yang paling menonjol.    

Sejak beberapa tahun lepas Setiap tahun pada bulan Julai akan dianjurkan `Malaysian International Diving Exhibition’ (MIDE) di PWTC.Ini adalah   Atas daya usaha dan kerjasama erat Pihak Swasta,Badan Bukan Kerajaan,Penyelam dan juga kerajaan pusat.Penganjuran sebegini juga turut berjaya menambahkan lagi kerancakan aktiviti aktiviti menyelam diMalaysia dari berbagai peringkat sama ada peringkat selam Skuba,Selam Teknikal begitu juga dengan Selam komersial.Satu Perkembangan positif dimana fakta menunjukan sejak tahun 2007 berlaku peningkatan jumlah yang mendadak warga Malaysia yang memiliki kemahiran dan terlibat didalam bidang selam komersial terutama yang melibatkan industri berat Minyak dan Gas.Dimana sebelum ini bidang tersebut banyak dikuasai oleh warga Eropah yang dibawa masuk bagi melakukan kerja-kerja dilapangan-lapangan minyak dinegara kita.

Australia  terdapat sekolah menengah disana yang mempunyai persatuan menyelam skuba bagi pelajar-pelajarnya.Pada hari tertentu Setiap minggu pelajar-pelajar yang menjadi ahli persatuan tersebut akan keluar untuk menjalani latihan pratikal sama ada dikolam renang ataupun sungai.Idea ini sangat  baik dan mungkin boleh disesuaikan dengan program ko kurikulum sekolah menengah diMalaysia didalam memberi pendedahan awal kepada pelajar-pelajar Malaysia berkaitan menyelam.Ianya adalah aktiviti yang sihat dan dapat meningkatkan keyakinan diair bagi pelajar-pelajar tersebut.Selain dari itu ia juga boleh menjadi salah satu kerjaya pilihan didalam cita-cita  dan angan-angan pelajar-pelajar Malaysia generasi baru setelah sekian lama generasi terdahulu banyak yang bercita-cita menjadi juruterbang atau lain-lain bidang professional,amat jarang sekali kita dengar pelajar-pelajar yang bercita-cita hendak menjadi penyelam Professional.  

Kebaikan
Kebaikan bagi Teknik scuba ini adalah ia murah,mudah dibawa kemana-mana,pergerakan penyelam dibawah air yang bebas,kemahirannya boleh dikuasai oleh berbagai peringkat umur.jangkamasa berada dibawah air yang lebih lama daripada teknik menahan nafas yang mana dengan satu silinder bersukatan 3000 psi seseorang penyelam yang menyelam dikedalaman 40 kaki boleh berada melebihi 1 jam dibawah air,ini bergantung pula kepada saiz tubuh badan penyelam,kadar kelajuan pernafasan yang diambil ataupun jenis aktiviti yang dilakukan dibawah air.lebih cetek penyelam pergi maka lebih lama angin yang didalam silinder tersebut boleh bertahan dan lebih lama lagi penyelam boleh berada dibawah air.Dengan teknik ini juga penyelam tidak memerlukan pembantu untuk operasi menyelam.

Keburukan
Keburukan bagi penyelam teknik scuba adalah terdedah kepada banyak penyakit berkaitan menyelam atau penyakit tekanan.Tidak boleh berkomunikasi suara melainkan menggunakan alat komunikasi bawah air yang agak mahal harganya.Tanpa komunikasi suara boleh mendatangkan kesulitan sekiranya berlaku sesuatu kecemasan dibawah air.Dengannya ia Hanya mampu untuk pergi ke kedalaman yang terhad dimana Tahap kedalaman yang digalakan adalah kurang dari 100 kaki.Dan Bekalan anginnya yang terbatas pada tahap tertentu sahaja.Manakala penyelam pula harus mempunyai disiplin yang tinggi dalam menentukan mereka menyelam mengikut tahap kemampuan dan peraturan yang ditetapkan yang mana kebanyakan penyelam gagal berbuat demikian.

Peralatan asas Scuba –
Peralatan asas SCUBA adalah terdiri daripada
1.Topeng Muka (Face mask)
2.Alat Pengatur (Regulator)
3.Silinder angin /Gas
4.Kaki sirip.(Fin)
5.Alat pengawal apungan (BCD)
6.Penyukat kedalaman
7.Penyukat Kandungan angin / gas
8.Pemberat
9.Pisau







Mulai Jun 2014 sehingga beberapa bulan akan datang Blog ini akan menyiarkan semula artikel-artikel yang ditulis oleh saya yang telah pernah diterbitkan didalam Majalah PERAJURIT terbitan hujung 2012 hingga awal 2013.Tujuan penyiaran semula artikel-artikel berbentuk informatif ini adalah bagi memberi peluang kepada pembaca-pembaca lain yang tidak sempat memiliki majalah tersebut semasa keluarannya.Penulis dimaklumkan oleh pihak penerbitan Majalah tersebut bahawa Artikel-artikel mengenai menyelam yang disiarkan  adalah yang pertama  seumpamanya mengenai sejarah menyelam,tujuan menyelam dan teknik-teknik menyelam yang ada.
Semoga para pembaca yang meminati aktiviti menyelam atau pembaca biasa beroleh manfaat daripada artikel-artikel tersebut.  

Oleh : A**** J****
roninn70@gmail.com

TEKNIK TEKNIK MENYELAM

Bahagian kedua kisah mengenai menyelam kali ini penulis akan menceritakan teknik-teknik yang terdapat didalam aktiviti menyelam ini.supaya pembaca boleh mendapat gambaran yang lebih jelas tentang aktiviti ini.Yang mana kebanyakan orang hanya tahu 2 teknik menyelam sahaja yang ada iaitu menyelam dengan menahan nafas dan menyelam menggunakan teknik skuba tetapi tidak menyedari tentang wujudnya 5 lagi teknik menyelam yang lain.

Teknik menyelam terdiri dari 7 jenis teknik.Setiap aktiviti menyelam walaupun berbeza-beza tugas yang dilakukan,berbeza nama yang diberikan dan berbeza tujuannya tetapi ianya tidak boleh lari dari menggunakan salah satu  dari 7 teknik yang ada.Teknik-teknik tersebut adalah Teknik menyelam bebas (menahan Nafas),Teknik Selam Skuba,Teknik Selam Teknikal,Teknik Bekalan dari permukaan,Teknik Menyelam Tepu,Teknik Suit Menyelam Atmospherik dan Menyelam Chamber.

Teknik menyelam bebas atau `Free Diving’
Penyelam akan menahan nafasnya didalam air seberapa lama yang termampu olehnya sebelum menimbulkan diri dipermukaan untuk mengambil nafas semula dan menyelam kembali.

Teknik menyelam bebas dengan menahan nafas sering digunakan dalam berbagai aktiviti diair antaranya memanah ikan,aktiviti mengambil gambar bawah air,memburu dibawah air,snorkling dan lain-lain lagi.

Disesetengah tempat teknik ini turut dipertandingkan malah ramai yang tidak menyedari  acara Renang berirama yang sering dipertandingkan didalam acara sukan adalah termasuk kategori menyelam bebas.

Satu lagi acara yang dipertandingkan adalah  Apnea.Apnea dibahagikan kepada beberapa kategori antaranya Apnea Statik , Apnea Dinamik Dengan Sirip, Apnea Dinamik Tanpa Sirip,  Apnea Berat Sekata,  Apnea Berat Sekata Tanpa Sirip,  Apnea Tanpa Had dan beberapa nama lagi.Namun yang paling dikenali  sekali adalah Apnea tanpa had dimana penyelam akan menahan nafas dan pergi kekedalaman maksimum yang termampu olehnya dengan pemberat dan menggunakan bantuan bag gelembung udara untuk naik kepermukaan .

Satu lagi gaya yang digemari adalah Apnea static yang biasanya dilakukan dikolam renang dimana penyelam akan menahan nafas seberapa lama yang boleh dan masa akan direkod.Rekod kedalaman paling dalam dibuat dalam acara Apnea tanpa had adalah 214 meter oleh Herbert Nitsch pada 2007 di Spetses,Greece.Manakala rekod bagi Apnea Statik pula adalah selama 11 min 35 sec yang dibuat oleh Stéphane Mifsud pada tahun 2009 di Hyères, Var, France

Walaupun dilakukan dalam perbagai gaya dan diberi nama yang berbeza  namun Teknik asasnya tetap sama iaitu menahan nafas.Gaya Tradisi yang masih tetap kekal dan relevan walaupun zaman telah berubah.

Sejarah
Teknik menyelam bebas dengan menahan nafas ini mempunyai sejarah yang paling panjang sekali dalam semua teknik menyelam yang ada . Sejak dahulu hingga kini teknik ini masih lagi digunakan.bukti-bukti arkeologi menunjukkan yang manusia melakukan aktiviti menyelam bebas atau `free diving’ sejak abad ke 5 sebelum Masehi lagi.

Antara puak yang melakukannya adalah puak haenyeo di Korea yang menyelam bagi mengutip siput laut dan sponge bagi dijual.Semasa era Tamadun Greek pula sponge sering digunakan semasa mandi menyebabkan permintaan terhadapnya agak tinggi dan Pulau Kalymnos telah menjadi pusat bagi aktiviti menyelam bagi mendapatkan sponge. Di Jepun pula Penyelam Ama terkenal sebagai penyelam mutiara sejak 2000 tahun dahulu.
Sponge yang diambil dari dasar laut
Kemahiran
Setiap manusia berbagai peringkat umur mempunyai kemahiran menyelam sambil menahan nafas Cuma yang membezakannya adalah kemahiran menahan nafas dengan lebih lama dan lebih sistematik.Untuk mendapatkan kemahiran menahan nafas yang lebih lama dan lebih sistematik seseorang penyelam yang ingin mengamalkan teknik ini perlu menjalani latihan yang berterusan dan bersistem.

Hanya dengan latihan yang berterusan sahaja seseorang penyelam akan mengusai teknik ini dengan baik dan memperolehi hasil yang mengagumkan dimana mereka akan mampu untuk menyelam lebih lama daripada orang lain yang tidak mengamalkan latihan yang berterusan dan bersistem.Tidak mustahil seseorang penyelam  boleh menyelam sehingga selama 10 minit hanya dengan satu nafas sahaja jika mereka mengamalkan latihan yang berterusan dan bersistem itu.  

Kebaikan
 Teknik ini tidak memerlukan perbelanjaan besar hanya memerlukan disiplin dan ketahanan diri penyelam itu sendiri.Dengan teknik ini juga risiko untuk mendapat penyakit berkaitan menyelam adalah sangat kecil kecuali 1 penyakit sahaja iaitu sindrom `Terpadam mengejut’ atau`shallow water blackout’.

Keburukan
Ianya kini jarang digunakan untuk melakukan sesuatu pekerjaan dibawah air kerana jangkamasa untuk penyelam berada dibawah air yang amat terhad.
Penyelam terdedah kepada sindrom `terpadam mengejut’.Ia adalah situasi dimana tidak sedarkan diri akibat kekurangan oksigen dibahagian otak ketika dipenghujung penahanan nafas yang biasanya berlaku diair yang cetek (kurang 16 kaki).

Biasanya berlaku apabila seseorang penyelam  menahan nafasnya secara maksimum,atau menyedut nafas terlalu dalam ataupun bernafas terlalu laju sebelum melakukan selaman.Ia boleh berlaku keatas sesiapa sahaja termasuk pengamal teknik selaman bebas (free diving) atau perenang yang sihat dan cergas.Seringkali kita dengar berlaku kematian dikolam renang walaupun mangsa pandai berenang kerana seringkali ia berlaku tanpa orang lain menyedari yang mangsanya sedang menghadapi masaalah tersebut.

Ibu bapa yang membawa anak bermain air sama ada dikolam renang atau dilaut hendaklah sentiasa memberi perhatian memantau anak-anak mereka walaupun anak-anak mereka sudah pandai berenang kerana sindrom`Terpadam Mengejut’ boleh berlaku secara tiba-tiba tanpa kita sedari. Walaupun mekanisma bagaimana ia berlaku telah dikenalpasti namun masih ramai pengamal selaman bebas yang tidak tahu mengenainya.  



Selama beberapa bulan akan datang Blog ini akan menyiarkan semula artikel-artikel yang ditulis oleh saya yang telah pernah diterbitkan didalam Majalah PERAJURIT terbitan hujung 2012 hingga awal 2013.Tujuan penyiaran semula artikel-artikel berbentuk informatif ini adalah bagi memberi peluang kepada pembaca-pembaca lain yang tidak sempat memiliki majalah tersebut semasa keluarannya.Penulis dimaklumkan oleh pihak penerbitan Majalah tersebut bahawa Artikel-artikel mengenai menyelam yang disiarkan  adalah yang pertama  seumpamanya mengenai sejarah menyelam,tujuan menyelam dan teknik-teknik menyelam yang ada.
Semoga para pembaca yang meminati aktiviti menyelam atau pembaca biasa beroleh manfaat daripada artikel-artikel tersebut.  

Oleh : A**** J****
roninn70@gmail.com

Tujuan-tujuan menyelam


Sejak dahulu hingga sekarang Manusia menyelam untuk berbagai tujuan antaranya sebagai riadah,rekreasi,sukan,konservasi,eksplorasi,arkeologi,pendidikan,sivil,ketenteraan,perniagan,industri berat dan perubatan.

Tujuan menyelam adalah berbeza-beza mengikut kumpulan dan keperluan.Ada beberapa kumpulan yang dikenalpasti menyelam dengan tujuan tersendiri.

Kumpulan pertama iaitu Orang awam menyelam bertujuan sebagai beriadah atau berekreasi dan menganggapnya sebagai satu sukan lasak.Kumpulan ini adalah kelumpok penyelam  terbesar didunia dan lebih dikenali sebagai penyelam skuba.Dianggarkan terdapat lebih kurang 3 juta orang penyelam scuba diseluruh dunia yang aktif.



Kumpulan kedua adalah Sebahagian dari Penyelam skuba ini ada pula yang terlibat dengan kerja-kerja konservasi dan pemuliharaan alam sekitar bawah laut dan pantai.sebahagian lagi pula ada yang terlibat dengan kerja-kerja arkeologi dan pengkajian sejarah maritim yang tersembunyi dibawah air.Tidak kurang juga yang menyelam sambil melakukan eksplorasi gua-gua bawah air.Manakala sebahagian lagi pecahan dari kumpulan ini menjadikan pendidikan dalam bidang menyelam sebagai tugas utama mereka.Ataupun menyelam adalah tuntutan yang perlu dilakukan dalam melengkapkan kursus atau mata pelajaran yang diambil,contohnya pelajar-pelajar yang membuat pengkhususan dalam kajian sains samudra dan ahli-ahli sains yang mengkaji bidang biologi marin.  



Penyelam arkeologi sedang melakukan kerja-kerja kajian bawah air melibatkan sejarah maritime.
Kumpulan ketiga terbesar dalam kelumpuk penyelam diseluruh dunia adalah terdiri dari penyelam-penyelam tentera dan sivil.Penyelam sivil contohnya adalah terdiri dari pasukan-pasukan penyelamat seperti yang terdapat di Malaysia contohnya pasukan penyelam polis,bomba,Dewan Bandaraya Kuala Lumpur,Jabatan Pertahanan Awam dan penyelam SMART Tim.

Pasukan penyelam Tentera pula terdiri dari 3 cabang utama Darat, Laut dan Udara dengan Tentera Laut Diraja Malaysia tidak dapat dinafikan mempunyai jumlah penyelam terbesar dan telah melahirkan ramai penyelam terlatih sejak awal penubuhan pasukan penyelamnya sehingga sekarang. Ketiga-tiga cabang Angkatan Tentera ini menggunakan kaedah menyelam bagi melaksanakan sesuatu tugas penyusupan melalui bawah air ataupun penggelidahan bawah air.Selain dari penyelam tentera yang menggunakan kaedah menyelam untuk tujuan tersebut pasukan penyelam dari Pasukan Khas Polis juga turut berbuat demikian.  
Penyelam tentera menggunakan Rebreather dalam latihan bawah permukaan
Kumpulan keempat terdiri dari 2 kelumpuk iaitu mereka menjadikan bidang menyelam sebagai satu bentuk perniagaan yang mana mereka memperniagakan kemahiran menyelam mereka,peralatan menyelam dan menyediakan khidmat menyelam kepada yang memerlukan serta membekalkan penyelam kepada pelanggan.

Salah satu dari operator Penyelam yang menjalankan perniagaan melibatkan aktiviti menyelam di Pulau Kapas Terengganu
Kelumpuk kedua dari kumpulan keempat ini adalah sekumpulan penyelam yang bergerak secara sendiri dan mereka menawarkan khidmat mereka kepada syarikat-syarikat multinasional bertaraf global yang terlibat dengan industri berat seperti minyak dan gas dan kerja-kerja yang melibatkan pembinaan dibawah air.Kumpulan ini adalah kumpulan penyelam yang sangat berisiko tinggi dan  menerima bayaran sangat lumayan dalam kelumpuk lain-lain penyelam .

Penyelam komersial industri berat sedang bekerja dibawah air.(gmbr Kredit Internet)
Kumpulan keempat adalah kumpulan yang sangat jarang diketahui.Kumpulan ini adalah sekumpulan orang yang mempunyai kesihatan yang tidak berapa baik dan mereka menjadikan aktiviti menyelam untuk tujuan perubatan.Dengan teknik dan tempat yang berbeza sama sekali  mereka menyelam tetapi tidak basah dan sebahagian besar dari mereka pulih dari penyakit yang dihidapi melalui aktiviti menyelam seperti yang mereka lakukan.

Teknik ini dipanggil menyelam kering atau `chamber dive’ dimana personal akan dimasukkan kedalam chamber atau kebuk mampatan lalu di kompreskan kepada kedalaman tertentu.Teknik ini banyak digunakan dihospital-hospital atau pusat rawatan swasta yang memberi rawatan bagi penyakit tertentu.Kajian-kajian yang dibuat telah membuktikan yang pesakit-pesakit yang menggunakan kaedah rawatan seperti ini pulih lebih cepat dari rawatan biasa.

Jika dikaji dan direnungkan semula Selain dari kumpulan penyelam yang mempunyai tujuan riadah dan rekreasi , kumpulan-kumpulan lain yang disebutkan diatas menyelam  dengan satu tujuan yang sama sejak dari zaman awal sejarah menyelam bermula lagi iaitu bertujuan untuk meneruskan kehidupan.


next entri 1/11/2014
Teknik-Teknik menyelam

Selama beberapa bulan akan datang Blog ini akan menyiarkan semula artikel-artikel yang ditulis oleh saya yang telah pernah diterbitkan didalam Majalah PERAJURIT terbitan hujung 2012 hingga awal 2013.Tujuan penyiaran semula artikel-artikel berbentuk informatif adalah bagi memberi peluang kepada pembaca-pembaca lain yang tidak sempat memiliki majalah tersebut semasa keluarannya.Penulis dimaklumkan oleh pihak penerbitan Majalah tersebut bahawa Artikel-artikel mengenai menyelam yang disiarkan  adalah yang pertama  seumpamanya mengenai sejarah menyelam,tujuan menyelam dan teknik-teknik menyelam yang ada.
Semoga para pembaca yang meminati aktiviti menyelam atau pembaca biasa beroleh manfaat daripada artikel-artikel tersebut.  

Oleh : A**** J****
roninn70@gmail.com

Penulis adalah seorang penyelam komersial dalam bidang minyak dan gas.Sebelum melibatkan diri dalam bidang selaman untuk industri berkenaan beliau adalah seorang penyelam dalam pasukan Polis Diraja Malaysia selama 19 tahun.Mendapat pendedahan awal dalam bidang menyelam rekreasi di Terengganu dan seterusnya pernah mendapat latihan selam taktikal di Sekolah Menyelam TLDM dan US Navy Seal .
Penulis kini  menceburi bidang selaman yang lebih berisiko dan professional dalam bidang minyak dan gas selepas kembali dari menjalani latihan dalam bidang berkenaan di Australia.Selain daripada menjadi seorang penyelam kormersial beliau juga bertindak sebagai medic penyelam,Operator Kebuk mampatan, penasihat teknikal kepada beberapa Syarikat swasta,agensi awam, NGO dan beberapa agensi kerajaan dan persatuan menyelam pusat pengajian tinggi dalam perkara yang berkaitan  dengan menyelam dan keselamatan menyelam serta berkaitan hiperbarik chamber.

_____________________________________________________________________________________________

Menyelam adalah satu teknik kemahiran atau aktiviti yang membolehkan seseorang berada dibawah permukaan air untuk jangkamasa dan tujuan tertentu sama ada dengan menggunakan peralatan atau tanpa peralatan.

Sejarah menyelam bermula sudah agak lama walaupun tiada fakta yang benar-benar mencatitkan bila bermulanya sejarah menyelam namun dikatakan sudah ada sejak 4500 sebelum masihi lagi,  ketika itu manusia menyelam untuk mencari makanan dan diperingkat awal hanya menggunakan teknik menahan nafas.pengkaji sejarah juga telah menemui beberapa catitan berkaitan aktiviti menyelam menggunakan peralatan iaitu buluh atau akar  semasa tamadun Greek dan oleh kaum Red Indian Amerika Utara.
Artifak ukiran pada batu yang ditemui menunjukkan sekumpulan tentera yang menyeberangi sungai menggunakan kulit binatang yang diisi angin bagi membuat serangan terhadap musuh.(kredit gmbr internet)

Mitos dan lagenda juga sering menceritakan tentang pahlawan Ninja Jepun yang boleh menyusup dibawah permukaan air hanya dengan menggunakan Buluh atau akar. Ia membolehkan penyelam berada lebih lama dibawah air dengan tidak perlu menahan nafas dan teknik ini masih digunakan dizaman ini tetapi buluh dan akar sekarang telah digantikan oleh ‘snorkel tube’.
Antara Ciptaan awal pakaian menyelam
Sebelum itu ,Sekitar abad ke3 sm pula iaitu Ketika era Alexander the great satu system atau teknik menyelam yang agak lebih maju dalam zaman itu  telah ditemui yang mana sekarang teknik tersebut dipanggil sebagai teknik diving bell yang berkonsepkan seperti sebiji gelas ditelangkupkan didalam air dan didalam gelas tersebut mempunyai udara yang terperangkap dan boleh digunakan untuk bernafas.
Catatan yang ditemui mengenai Sistem diving bell pada kurun ke16. (kredit gmbr ATMO Int.)
Kemudian dicatatkan juga pada kurun ke16 (1691) Sistem diving Bell telah digunakan dengan cara lebih baik lagi tetapi didalam air yang cetek dan dalam masa yang singkat sahaja,sistemnya  telah diperbaiki dan digunakan oleh Edmund Halley seorang English dan rekod kedalaman yang diciptanya ialah 20 meter selama 1 ½ jam.Namun bukan itu sahaja rekod yang Berjaya dicatat oleh Edmund Halley,beliau juga Berjaya mencatat rekod sebagai orang pertama yang mendapat penyakit penyelam iaitu middle ear Barotrauma.

Pada pertengahan abad ke 18 iaitu sekitar tahun 1837  `standard rig’ atau juga dipanggil `standard diving dress’ telah dikeluarkan oleh Augustus Siebe yang juga dikenali sebagai `Father of Diving’ .

`Standard diving dress’ adalah alat yang berupa helmet besi yang disambungkan dengan baju getah dan udara pula dibekalkan dari permukaan.Dari ciptaan awal oleh Augustus Siebe inilah produk-produk baru dikeluarkan setiap tahun namun masih mengikut konsep asas ciptaan pertama itu.Dizaman sekarang teknik ini dipanggil `Surface supplied’ atau bekalan dari permukaan.

Pada tahun 1831 Self Contain equipment atau sekarang dikenali sebagai `SCUBA’ telah direka oleh seorang Engineer Amerika bernama Charles Camdert,Tetapi beliau tidak bernasib baik kerana beliau mati semasa menyelam dengan  peralatan yang diciptanya itu dalam sungai.

Manakala disebelah asia pula Jepun turut memainkan peranan dalam kemajuan teknik dan peralatan menyelam moden.Pada 1918 seorang warga jepun bernama Ohgushi telah mencipta satu Sistem yang agak maju yang dipanggil `system Independant Air Supply’  dan dipanggil `Ohgushi Peerless Respirator’ ianya adalah satu system dwiguna yang boleh digunakan untuk bekalan dari permukaan (surface supply) dan juga Alat pernafasan kandung sendiri (SCUBA).Penyelam akan bernafas melalui hidung manakala gigi digunakan bagi membuka atau menutup bekalan udara.
Mungkin ini yang dikatakan peralatan menyelam yang dicipta oleh Ohgushi.kredit gmbr internet.
Kemudian pada tahun 1933 seorang lelaki Perancis telah Berjaya menyelam menggunakan alat scuba yang menggunakan angin yang dimampatkan didalam balang namun begitu ciptaannya itu juga masih belum sempurna.
Ciptaan awal peralatan menyelam jenis SCUBA.
Sehinggalah pada tahun 1942 Jacques Cousteau seorang Komander dalam Tentera laut Perancis bersama dengan pembantunya juga seorang Enginer bernama Emile Gagnan telah membangunkan dan memajukan satu system yang dipanggil `Automatic Demand Valve’  yang mana perubahan kedalaman laut dan tekanan dari keadaan persekitaran tidak akan menjejaskan fungsinya. Dengan peralatan menyelam dan sistem yang direka oleh mereka itulah lalu Jacques Cousteau dan Emile Gagnan digelarkan sebagai bapa menyelam moden (father of modern diving).
Jacques Cousteau 
Dan sehingga sekarang peralatan-peralatan menyelam yang direka setiap tahun walaupun berubah dari segi rekabentuk  serta kecanggihan system keselamatan yang dipertingkatkan namun masih mengikut sistem asas yang direka oleh Jacques Cousteau dan Emile Gagnan itu.

Dari sudut ketenteraan pula sejarah menyelam dikatakan juga sudah bermula agak lama yang mana teknik penyusupan melalui bawah air telah digunakan lama dahulu sama ada hanya menggunakan teknik menahan nafas ataupun menggunakan peralatan yang dibuat dari kulit binatang untuk menyimpan udara bagi membolehkan penyelam bernafas dibawah air.

Antara maklumat yang menarik dalam sejarah awal penyelam perang berlaku sekitar tahun 500 sebelum Masehi semasa kempen peperangan dilaut diGreek Seorang tentera Greek Scyllis telah ditawan oleh Raja Parsi Xerxes I dan dibawa keatas kapal.Apabila mendapat tahu yang Raja Xerxes hendak menyerang ketumbukan tentera laut Greek beliau telah merampas sebilah pisau lalu terjun kedalam laut.Tentera Parsi tidak berjaya menemuinya selepas dicari dan menganggap yang beliau sudah mati lemas. Scyllis kemudian menimbulkan diri pada waktu malam dan berenang ke kapal-kapal tentera laut Parsi yang berlabuh lalu memotong tali-tali sauh mereka menyebabkan kapal-kapal tentera laut Parsi hanyut.Beliau kemudian berenang sejauh 15 Km balik kekapal tentera Greek bernama  Cape Artemisium.Dalam peristiwa  tersebut Scyliss sebenarnya telah menggunakan sejenis tumbuhan laut  yang berongga didalamnya  sebagai snorkel untuk bernafas dan bersembunyi  dibawah permukaan air selama beberapa jam sehingga disangka telah mati lemas.

Manakala sejarah menyelam moden sudut ketenteraan pula dikatakan bermula sebelum tahun 1918 lagi Dan direkodkan  dalam perang dunia pertama sekitar tahun 1918. Turut Dicatatkan dalam rekod pada masa itu Italy telah menggunakan penyelam sebagai `human torpedo’ untuk menenggelamkan kapal kapal perang Austria yang berlabuh di pelabuhan.Dikatakan Pada masa itu Itali telah pun mengunakan teknologi sistem `rebreather’ yang agak baik tetapi oleh kerana pada waktu itu adalah  waktu peperangan jadi peralatan-peralatan atau teknologi yang digunakan oleh pihak tentera  banyak yang dirahsiakan tentang kemajuannya hanya Negara-negara  yang terlibat dalam  peperangan sahaja yang tahu sejauh mana kemampuan pasukan penyelam mereka dan sejak bila sejarah pasukan penyelam mereka bermula.Namun ada juga ditemui beberapa fakta sejarah yang menceritakan perkembangan peralatan menyelam yang dikaitkan dengan unit-unit menyelam angkatan laut Negara tertentu.
-       Pada tahun 1903 hingga 1907 Professor Georges Jaubert, telah mereka  alat yang menghasilkan bahan yang boleh menyerap karbon dioksida dan meninggalkan oksigen.lalu dalam tahun 1909 Captain S.S. Hall, R.N., and Dr. O. Rees, R.N.,membangunkan peralatan pernafasan bagi melepaskan diri dari kapal selam menggunakan alat tersebut, Royal Navy menerima penambahbaikan tersebut.Tetapi ianya digunakan untuk menyelam diair cetek dan tidak pernah digunakan untuk menyelamatkan diri dari kapal selam

-       Seorang jurutera syarikat Drager iaitu Herman Stelzner telah mereka alat pernafasan rebreather yang mana Drager kemudian mengeluarkannya secara besar-besaran pada tahun 1912.Yang mana model rebreather jenis DM40 keluaran dragger telah digunakan oleh penyelam tentera Jerman dalam era Perang Dunia Kedua.

-       Sekitar tahun 30an Kelumpuk Pemanah ikan dilaut Mediteranean yang menggunakan `Rebreather Oksigen)  telah menarik perhatian Pasukan Tentera Laut Itali yang kemudian membangunkannya dan memajukannya bagi digunakan oleh pasukan penyelamnya yang dipanggil  Decima Flottiglia MAS.Kemudian pada 1941 Pasukan penyelam  tersebut  telah membuat serangan melalui bawah air dan Berjaya memusnahkan beberapa buah kapal British di Pelabuhan Alexandria.   

-       Manakala Tertangkapnya beberapa Penyelam Tentera Laut Itali bersama peralatan menyelamnya telah memberi ilham kepada Pasukan Penyelam Tentera laut British bagi membangunkan peralatan menyelamnya sendiri.Ciri-ciri Peralatan menyelam Tentera British kemudian didapati terdapat sedikit persamaan dengan peralatan menyelam tentera Itali.

-       Pada awal 1940 Dr. Christian J. Lambertsen telah membangunkan Peralatan menyelam rebreather untuk US Navy bagi kaedah peperangan bawah air. Dr. Christian J. Lambertsen juga menganjurkan kursus rebreather oxygen litar tertutup yang pertama di Amerika pada bulan May 1943.Tentera Laut Amerika menggelarkan beliau sebagai  "the father of the Frogmen".

-       1944 Pasukan pemusnah bawah air Amerika dan Penyelam British bekerjasama dalam Operasi Bersama memusnahkan periuk api bawah air bagi membuka laluan dalam `Operasi Pendaratan Normandy’ ketika Perang Dunia kedua.

Penyelam Royal Navy pada tahun 1945 
Sejak zaman dahulu hingga kini aktiviti menyelam masih lagi relevan dengan peredaran zaman menyaksikan teknik-teknik dan peralatan menyelam juga turut berubah dari semasa kesemasa. 



Next Entri 1/10/2014
Tujuan Menyelam  


Pertengahan Bulan mei 2014 sewaktu aku sibuk dengan kerja-kerja di site MRT Di Pudu aku dihubungi oleh Pn Norshila dari Sapura Kencana memperlawa aku untuk projek terbaru mereka.Aku terus setuju kerana dah lama aku tak pergi offshore dan tak naik job diMalaysia.

21hb aku pun terbang keKuantan dengan penerbangan petang dan seperti biasa apabila sampai di kuantan agen sudah siap menunggu untuk membawa aku dan beberapa orang lagi krew ke hotel penginapan.
Keesokan paginya kami dibawa  pejabat TL offshore diKemaman bagi proses procedure keselamatan seperti mengisi boring-borang berkaitan pengistiharan kesihatan dan keselamatan,menjalani ujian alkohol dan dadah,melalui pemeriksaan keselamatan dan seterusnya naik krew boat untuk dibawa kekapal besar iaitu LTS 3000.

Kapal ini agak besar l/kurang sama besar dengan kapal Sapura 3000 yang pernah aku naik dulu.Ini adalah kali pertama aku naik kapal ini.
Ini adalah job  sapura kencana  untuk client baru yang aku tak pernah dengar namanya sebelum ini iaitu Lundin petroleum.ianya adalah sebuah syarikat sweden yg beribu pejabat di Geneva. Lundin adalah client sama seperti petronas,shell,exxon mobil,petrofac dan lain-lain lagi yang bekerjasama dengan syarikat Malaysia.Untuk projek ini lundin memberikan kontrak kepada  Sapura Kencana bagi kerja-kerja memasang jacket atau drilling platformnya yang pertama di malaysia dilapangan minyak yang baru dan diberi nama Bertam field berada kira-kira 175km dari kemaman.
Inilah jacket atau kaki platform yang kami pasang disini

Pelayaran ke lokasi ini jika dengan bot laju khas untuk krew akan mengambil masa 5 jam manakala pelayaran dengan kapal LTS 3000 yang aku naik ini pula mengambil masa 18 jam.
Didalam job ini Aku bertemu semula dengan rakan-rakan lama yang sudah lama tidak brjumpa sejak aku meninggalkan perairan Malaysia untuk bekerja dengan nippon salvage sejak awal 2013.sebelum itu di penghujung 2012 aku bekerja untuk syarikat Malaysia lain yang lambat membayar gaji seperti yang pernah aku ceritakan dalam entri no 81 (klik dipautan)
serta satu diving comp australia.Jadi lebih kurang sudah hampir 2 tahun aku tidak berjumpa dengan rakan-rakan lama disini.mereka terus setia bekerja untuk sapura kencana sejak dulu lagi tidak seperti aku yang melompat-lompat company.
Membantu 2 orang rakan lama ini yang sudah lama tidak ditemui
Oleh kerana projek ini hanya memasang satu sahaja pelantar minyak yang baru maka projek ini tidak lama hanya memakan masa lebih kurang 14 hari sahaja keseluruhannya.Walaupun ianya tidak lama tapi aku bersyukur kerana masih lagi berpeluang naik job dan berjumpa semula dengan rakan-rakan lama serta dapat mengembalikan semula mood offshore yang sudah setahun hilang.

Kadang-kadang aku rasa seperti sudah penat hendak pergi offshore mungkin kerana factor usia agaknya tapi bila memikirkan komitmen yang tinggi pada keluarga dan lain-lain maka ku gagahkan jua diri untuk ke offshore dan cuba sedaya upaya untuk mempositifkan diri, tak taulah boleh bertahan berapa tahun lagi.
2 orang rakan sedang bersenam di Gym diatas kapal ini.Aku tidak kelihatan didalam gambar kerana sedang mengangkat besi - besi yang  berat-berat disudut yang lain : ) 


Next Entry 1/9/2014

Time


Get your own Digital Clock

Followers

Aku..

(Sesungguhnya masa depan kita atau org lain tidak kita ketahui melainkan semuanya adalah didalam pengetahuan ALLAH SWT jua. ) Ini adalah sebuah kisah atau cerita-cerita yang membosankan mengenai kehidupanku sebagai seorang penyelam komersial dalam industri Minyak & Gas.Kepada yang pertama kali masuk blog ni eloklah baca dari entri pertama baru bole faham blog ini sbnrnya...sama mcm kita tgk movie kalau tiba2 je dah kat tgh2 mesti tak faham. kemudian kita terus andaikan yang citer tu tak best.....Anggaplah Tuan/Puan sedang membaca sebuah novel realiti.walau bagaimanapun aku ucapkan terima kasih kerana Tuan/Puan sudi melayan blog `Cap Ayam' aku ni.Hidup sebagai pelaut seperti aku bersesuaian benar dengan ayat dari surah dibawah.

Dialah yang menundukan lautan (sehingga boleh dilayari dipermukaannya atau diselami didasarnya) Supaya kamu dapat makan daripadanya daging yang lembut dan dapat pula mengeluarkan daripadanya perhiasan untuk kamu memakainya.Engkau melihat pula kapal-kapal belayar padanya dan supaya kamu dapat mencari rezeki daripada limpah kurnianya mudah-mudahan kamu bersyukur.

AL NAHL ayat 14.

Cari di Facebook (FB)
ronin newg



ok peace....
( Untuk stori bergambar sila layari melalui engine carian mozila firefox atau google chrome,kerana entah dimana silapnya internet explorer hanya menyiarkan stori tanpa gambar )

Sila Ikuti Kisah Ini Melalui Panduan Bacaan



















Radio Online

Radio Online
Klasik Nasional FM

Panduan Bacaan

Top Commentators

Get this widget here