Dunia Commercial Diver




Entri Kali ini hanya nak kongsi gambar-gambar penyelam beraksi dan gambar-gambar menarik yang lain sahaja.Taknak menulis panjang-panjang macam selalu.
Kebanyakkan gambar diambil menggunaka kamera hanpon samsung Grand 8mega pixel dan nokia cap ayam juga 8 megapixel

Diver ini menggunakan surface supply tapi menggunakan topeng muka penuh dari jepun yang dipanggil monkey facemask dan twin tank scuba sahaja


Berlari diawangan



Terjun dari atas barge sambil membawa peralatan untuk kerja dilantai laut
Berlari Di permukaan
Sedia
Tunduk
pusing badan 


Pusing badan lagi
Pusing...tujuan sebenar beliau terjun begini adalah kerana melindungi kamera bawah air dari impak terjunan
Lompat Jauh kehadapan
Lompat jauh untuk melaraskan imbangan kabel pada spreader bar yang kelihatan dalam gambar
Sedang melakukan pelarasan pada ikatan
Membantu kabel diturunkan kelaut
Tengah-tengah panas terik pun boleh tido...
Projek juta-juta tapi lukis plan kat atas lantai je...
Berdiri pun boleh tido...
Memang penat sangatlah tu...kat lorong kecik pun boleh tido..
Lagi satu...projek juta-juta tapi lukis plan kat atas deck je...teringat zaman kecik2 dulu main bola kampung macam nilah planningnya...
Apa sajalah yang dibincangkan tu....


Keadaan diruang dalam Services Apartment yang disewa oleh syarikat dengan sewa sebanyak $7500 sebulan dan disinilah aku tinggal jika kerja-kerja memerlukan aku tinggal didarat.

Pemandangan kolam renang dari tingkat atas diunit kediamanku

Kadang-kadang aku mengisi masa dengan berenang disini


MV Masakuni
BESI MASAKUNI.....

Dibesi Terapung
Pelaut berkampung
Dari bulan berganti tahun
Untung Nasib jauh direnung

Kini waktunya pulang kekampung
Berbicara dengan ombak
Bermanja dengan bayu
Sering pelaut diintai rindu.

Besi Masakuni menjadi saksi
Kasarnya hidup seorang lelaki
Sering hidupnya mempertaruh diri
Yang keringatnya bagaikan mandi
Demi sesuap nasi
Untuk anak dan isteri.

Telah direnung dalam firasat
Telah ditilik dalam makrifat
Disebalik yang tersurat
Adanya hikmah tersirat

Aturan Tuhan itu cantik
Andai akal berfikir cerdik


(Masakuni Maru Nippon Salvage)

7 Jan 2013 
     to
31 Apr 2014

Next Enri-1/6/2014

Bulan Mac ini adalah bulan terakhir aku didalam projek ini dan projek pun sudah semakin hampir kepenghujungnya.

8 Mac 
Negara ku Malaysia dan seluruh dunia digemparkan dengan kehilangan pesawat 777 MH370 yang membawa 239 penumpang termasuk 2 bayi.Aku dilaut turut mengikuti usaha mencari dengan penuh debar dan sabar.Aku Turut mendoakan semoga segalanya berakhir dengan baik.

21 Mac 
Kabel terakhir siap dibaiki,disambung dan diturunkan kedasar laut dengan jayanya.Pekerja-pekerja Bangladesh yang terlibat dengan kerja-kerja menyambung kabel ini sejak dari tahun lepas datang dan bersalam denganku serta mengucapkan berbanyak terima kasih atas kesudian menumpangkan kabin ku sebagai tempat solat sepanjang mereka bekerja disini.Bagi aku itu adalah sedikit usaha kecil yang dapat aku berikan dalam mencantikkan agama Allah ini.Aku sangat gembira kerana mereka sudi menerima ajakan ku untuk bersolat dikabin ini.Sekurang-kurangnya nikmat kelebihan yang Allah beri ini dapat aku kongsikan dengan saudara islam yang lain.Semoga kabin penginapanku ini bakal jadi saksi dihari hisab nanti yang aku telah gunakannya untuk jalan kebaikkan.

Kabin yang banyak kenangan
23 mac-
Malam terakhir aku tidur dikabin yang kusayang ini.Kukemaskan bilik ini dengan bersih,mana-mana barang yang tak diperlukan ku buang atau aku berikan pada pekerja Myanmar yang berada dibilik hadapan.Barang-barang yang nak dibawa pulang mula aku masukkan kedalam beg besar yang kubawa masa mula-mula datang kesini dulu.Kesian Beg tu dan 15 bulan ia terperosok dibawah katil dah penuh habuk.Akhirnya kabin ini bersih dan menjadi seperti mana semasa aku mula datang dulu.Ku gosok-gosok dan usap pada kerusi,meja dan katil yang ada dalam bilik ini sambil ucapkan terima kasih kerana berkhidmat kepadaku sepanjang projek ini.

24 Mac 
Kerajaan mengumumkan yang MH370 terhenti perjalananya di Lautan Hindi yang dalam,mencabar dan jauh.Mulai hari ini sehingga 31 mac juga aku duduk di Service Apartment yang disediakan oleh company kerana diving operation akan hanya menggunakan bot sahaja jadi setiap pagi aku dan diver Jepun yang lain akan bergerak dari apartment ke jeti bersama-sama.
Gambar kenangan bersama dengan diver-diver Jepun pada minggu terakhir projek ini sewaktu  menuju kedarat untuk tinggal didarat pula sehingga hujung bulan.Kelihatan dibelakang kami adalah barge Masakuni.Hensem kan yang baju oren tu..
25 Mac 
Hari Polis yang ke 207 dan upacara Sambutan diadakan di Pupalol Kuala Lumpur.Sedikit Sedih kerana tidak dapat bersama-sama rakan yang lain meraikan dan menyaksikan perbarisan.Sebelum ini setiap tahun jika berada di darat aku pasti berusaha untuk menghadirkan diri memeriahkan acara sambutan hari Polis.
Hari ini juga aku berhempas pulas menanggalkan semua peralatan dan penyambungan pada chamber hiperbarik untuk dibawa keluar dari barge Masakuni ini kerana beberapa hari lagi barge ini akan ditunda balik ke Jepun semula.Chamber hiperbarik dan beberapa peralatan menyelam tidak akan dibawa pulang ke Jepun kerana ia disewa disini dan ia mesti dipulangkan semula kepada syarikat pembekal.Operasi menyelam masih belum selesai sepenuhnya tetapi peralatan chamber sudah ditanggalkan.Keputusan telah dibuat iaitu sekiranya berlaku kecemasan menyelam penyelam akan terus dibawa kehospital yang mempunyai decompression chamber untuk merawat penyelam kami.

Mula menanggalkan peralatan-peralatan yang tidak digunakan lagi.
26 mac 
Aku tak bekerja kerana operasi menyelam tidak dijalankan selama 3 hari kerana arus laut yang laju.Hari ini aku membawa isteriku bersiar-siar.Isteriku tiba disini dua hari yang lalu untuk bercuti dan melancung.

28 Mac 
Aku terima 2 keping sampul surat mengandungi wang.Diving supervisor Jepun beritahu yang itu adalah Bonus dari Nippon Salvage dan satu sampul surat lagi adalah Bonus peribadi dari Operation Manager didalamnya sejumlah beberapa keeping duit RM50 dan juga duit kertas seringgit dan duit syiling juga ada.Aku rasa mungkin beliau baru tukar wang tersebut di money Changer dan memberikan semuanya kepadaku,baiknya orang ini.Tapi aku akui beliau memang seorang boss yang sangat baik berbeza dengan lain-lain boss Jepun yang kebanyakkannya strict dan tak boleh dibawa berbincang.  
Alhamdulillah dapat bonus...Jepun bagi...Hait Domo Arigato Gozaimasu..
30 Mac 
Hari terakhir operasi menyelam dijalankan bagi keseluruhan projek disini,kami menyelam dari bot kecil sahaja seperti sebelum ini.Selepas operasi menyelam aku mengajak diver-diver tempatan untuk pergi makan dan aku belanja mereka kerana aku rasa sangat rapat dengan mereka semua dan entah bila lagi boleh berjumpa agaknya.Mujur dapat bonus dari boss boleh aku belanja mereka makan,Alhamdulillah.

31 Mac 2014 
Tamatlah sudah projek 66kv underwater cable repair yang aku ikut sejak January 2013 yang lalu.Selepas bersalam-salaman dengan semua krew yang terlibat didalam projek ini terutama Operation Manager yang baik itu aku pun pulang ke Malaysia meninggalkan projek yang penuh kenangan ini.

Sejujurnya aku berasa agak sedih juga kerana projek ini dah habis dan sedih juga nak tinggalkan kabin yang menjadi tempat penginapanku selama 15 bulan ini.Ini adalah projek terbaik sekali sejak aku menjadi penyelam komersial sepenuh masa.Didalam projek ini juga Allah memberi aku nikmat masa yang begitu banyak dan dapat juga aku memanfaatkan masa yang terluang disini dengan urusan-urusan lain seperti menulis dan melakukan kerja-kerja dalam talian dengan mudah.

Walaupun aku banyak menghabiskan masa  dilaut tetapi aku tidak berasa sepi dan jauh dari keluarga dan kawan-kawan kerana talian internet dan liputan telefon adalah seperti biasa jadi aku sering berkomunikasi dengan keluarga dan kawan-kawan didarat.

Matahari betul dengan matahari tipu
Dengan Nikmat masa terluang yang Allah berikan Semasa Didalam projek ini juga sebenrnya aku manfaatkan dengan menjawat 3 jawatan sekaligus dengan 3 entiti yang berlainan  iaitu Nippon Salvage,Entiti X dan Entiti XX aku juga sempat menyiapkan artikel terakhir untuk diterbitkan dalam sebuah majalah pertahanan di Malaysia.Aku selalu membayangkan dan berfikiran positif yang aku akan menjadi seorang yang suksess didalam kerjayaku ini dan aku mesti berusaha keras untuk mencapai bayangan dan impian itu.  
Dalam projek ini juga aku dapat banyak cuti dan dalam masa sama masih dibayar gaji.

Sebelum projek ini tamat aku dimaklumkan oleh operation manager yang kemungkinan mereka akan datang lagi untuk buat projek kabel dasar laut juga pada awal tahun 2015 dan mereka minta aku bersedia untuk dipanggil semula,projek manager beritahu yang aku MESTI datang,pihak Nippon Salvage sangat berharap agar aku tidak menolak sekiranya dipanggil untuk datang lagi...Aku tak boleh janji untuk datang lagi tapi kalau ada peluang dan kebetulan aku tidak ada kerja ditempat lain kemungkinan besar aku akan datang semula inshaaAllah...

Sebaik sampai di Malaysia aku terus memulakan tugas ku sebagai salah seorang panel jawatankuasa penasihat kepada National Ocupational Standard Skill bagi penambahbaikkan dan mengangkat taraf standard untuk penyelam komersial Malaysia ke peringkat yang lebih tinggi.Aku terima surat tawaran dari NOSS kira-kira sebulan sebelum aku tamat kontrak dengan Nippon Salvage.Waktu yang sungguh bertepatan sekali. Selain dari itu aku juga mengajar dan melatih sekumpulan kakitangan sebuah pusat Rawatan hiperbarik diKuala Lumpur berkaitan dengan operasi hiperbarik chamber didalam operasi menyelam mengikut standard yang dikehendaki badan antarabangsa.Segala rezeki dan kebaikkan datang dari Allah.Aku hanya memanjatkan syukur dengan segala nikmat yang Allah berikan.

Manakala sejak bulan Januari 2014 pula aku telah terima tawaran kerja yang lain pula untuk bekerja secara tetap dengan sebuah Syarikat berasaskan Keselamatan peringkat tinggi diMalaysia tetapi didalam bidang yang lain pula iaitu bukan bidang selam komersial.Aku masih mempertimbangkan tawaran mereka sehinggalah habis kontrak dengan Nippon Salvage aku masih belum buat keputusan muktamad untuk menyertai syarikat itu atau tidak.Tunggu dan lihat...

Kini aku sedang mencari peluang untuk mencari pengalaman sebagai penyelam komersial dinegara yang lain pula...Seronok pula jadi Expatriat ni...Tapi buat masa ni pulanglah dulu ke Malaysia...kalau ada rezeki inshaaAllah adalah....



Nota kaki :
Sewaktu ditunda dalam pelayaran pulang dari Projek ini Masakuni telah diserang lanun diLaut China Selatan.Bilik ku dan beberapa kabin lain dibahagian atas telah dibakar setelah mereka gagal mendapat apa-apa keuntungan dari rompakan tersebut.Difahamkan tiada yang cedera kerana semasa ditunda tiada orang berada diatas Masakuni.
Kesiaann bilik ku itu dia tak bersalah...kenapalah dia dibakar..Lanun2 tu yang bersalah...patutnya lanun2 tu yang membakar diri mereka sendiri lagi bagus kerana banyak menyusahkan orang lain...

Next Entri –15/5/2014

Time


Get your own Digital Clock

Followers

Aku..

(Sesungguhnya masa depan kita atau org lain tidak kita ketahui melainkan semuanya adalah didalam pengetahuan ALLAH SWT jua. ) Ini adalah sebuah kisah atau cerita-cerita yang membosankan mengenai kehidupanku sebagai seorang penyelam komersial dalam industri Minyak & Gas.Kepada yang pertama kali masuk blog ni eloklah baca dari entri pertama baru bole faham blog ini sbnrnya...sama mcm kita tgk movie kalau tiba2 je dah kat tgh2 mesti tak faham. kemudian kita terus andaikan yang citer tu tak best.....Anggaplah Tuan/Puan sedang membaca sebuah novel realiti.walau bagaimanapun aku ucapkan terima kasih kerana Tuan/Puan sudi melayan blog `Cap Ayam' aku ni.Hidup sebagai pelaut seperti aku bersesuaian benar dengan ayat dari surah dibawah.

Dialah yang menundukan lautan (sehingga boleh dilayari dipermukaannya atau diselami didasarnya) Supaya kamu dapat makan daripadanya daging yang lembut dan dapat pula mengeluarkan daripadanya perhiasan untuk kamu memakainya.Engkau melihat pula kapal-kapal belayar padanya dan supaya kamu dapat mencari rezeki daripada limpah kurnianya mudah-mudahan kamu bersyukur.

AL NAHL ayat 14.

Cari di Facebook (FB)
ronin newg



ok peace....
( Untuk stori bergambar sila layari melalui engine carian mozila firefox atau google chrome,kerana entah dimana silapnya internet explorer hanya menyiarkan stori tanpa gambar )

Sila Ikuti Kisah Ini Melalui Panduan Bacaan



















Radio Online

Radio Online
Klasik Nasional FM

Panduan Bacaan

Top Commentators

Get this widget here