Dunia Commercial Diver




Pertengahan Bulan mei 2014 sewaktu aku sibuk dengan kerja-kerja di site MRT Di Pudu aku dihubungi oleh Pn Norshila dari Sapura Kencana memperlawa aku untuk projek terbaru mereka.Aku terus setuju kerana dah lama aku tak pergi offshore dan tak naik job diMalaysia.

21hb aku pun terbang keKuantan dengan penerbangan petang dan seperti biasa apabila sampai di kuantan agen sudah siap menunggu untuk membawa aku dan beberapa orang lagi krew ke hotel penginapan.
Keesokan paginya kami dibawa  pejabat TL offshore diKemaman bagi proses procedure keselamatan seperti mengisi boring-borang berkaitan pengistiharan kesihatan dan keselamatan,menjalani ujian alkohol dan dadah,melalui pemeriksaan keselamatan dan seterusnya naik krew boat untuk dibawa kekapal besar iaitu LTS 3000.

Kapal ini agak besar l/kurang sama besar dengan kapal Sapura 3000 yang pernah aku naik dulu.Ini adalah kali pertama aku naik kapal ini.
Ini adalah job  sapura kencana  untuk client baru yang aku tak pernah dengar namanya sebelum ini iaitu Lundin petroleum.ianya adalah sebuah syarikat sweden yg beribu pejabat di Geneva. Lundin adalah client sama seperti petronas,shell,exxon mobil,petrofac dan lain-lain lagi yang bekerjasama dengan syarikat Malaysia.Untuk projek ini lundin memberikan kontrak kepada  Sapura Kencana bagi kerja-kerja memasang jacket atau drilling platformnya yang pertama di malaysia dilapangan minyak yang baru dan diberi nama Bertam field berada kira-kira 175km dari kemaman.
Inilah jacket atau kaki platform yang kami pasang disini

Pelayaran ke lokasi ini jika dengan bot laju khas untuk krew akan mengambil masa 5 jam manakala pelayaran dengan kapal LTS 3000 yang aku naik ini pula mengambil masa 18 jam.
Didalam job ini Aku bertemu semula dengan rakan-rakan lama yang sudah lama tidak brjumpa sejak aku meninggalkan perairan Malaysia untuk bekerja dengan nippon salvage sejak awal 2013.sebelum itu di penghujung 2012 aku bekerja untuk syarikat Malaysia lain yang lambat membayar gaji seperti yang pernah aku ceritakan dalam entri no 81 (klik dipautan)
serta satu diving comp australia.Jadi lebih kurang sudah hampir 2 tahun aku tidak berjumpa dengan rakan-rakan lama disini.mereka terus setia bekerja untuk sapura kencana sejak dulu lagi tidak seperti aku yang melompat-lompat company.
Membantu 2 orang rakan lama ini yang sudah lama tidak ditemui
Oleh kerana projek ini hanya memasang satu sahaja pelantar minyak yang baru maka projek ini tidak lama hanya memakan masa lebih kurang 14 hari sahaja keseluruhannya.Walaupun ianya tidak lama tapi aku bersyukur kerana masih lagi berpeluang naik job dan berjumpa semula dengan rakan-rakan lama serta dapat mengembalikan semula mood offshore yang sudah setahun hilang.

Kadang-kadang aku rasa seperti sudah penat hendak pergi offshore mungkin kerana factor usia agaknya tapi bila memikirkan komitmen yang tinggi pada keluarga dan lain-lain maka ku gagahkan jua diri untuk ke offshore dan cuba sedaya upaya untuk mempositifkan diri, tak taulah boleh bertahan berapa tahun lagi.
2 orang rakan sedang bersenam di Gym diatas kapal ini.Aku tidak kelihatan didalam gambar kerana sedang mengangkat besi - besi yang  berat-berat disudut yang lain : ) 


Next Entry 1/9/2014

Time


Get your own Digital Clock

Followers

Aku..

(Sesungguhnya masa depan kita atau org lain tidak kita ketahui melainkan semuanya adalah didalam pengetahuan ALLAH SWT jua. ) Ini adalah sebuah kisah atau cerita-cerita yang membosankan mengenai kehidupanku sebagai seorang penyelam komersial dalam industri Minyak & Gas.Kepada yang pertama kali masuk blog ni eloklah baca dari entri pertama baru bole faham blog ini sbnrnya...sama mcm kita tgk movie kalau tiba2 je dah kat tgh2 mesti tak faham. kemudian kita terus andaikan yang citer tu tak best.....Anggaplah Tuan/Puan sedang membaca sebuah novel realiti.walau bagaimanapun aku ucapkan terima kasih kerana Tuan/Puan sudi melayan blog `Cap Ayam' aku ni.Hidup sebagai pelaut seperti aku bersesuaian benar dengan ayat dari surah dibawah.

Dialah yang menundukan lautan (sehingga boleh dilayari dipermukaannya atau diselami didasarnya) Supaya kamu dapat makan daripadanya daging yang lembut dan dapat pula mengeluarkan daripadanya perhiasan untuk kamu memakainya.Engkau melihat pula kapal-kapal belayar padanya dan supaya kamu dapat mencari rezeki daripada limpah kurnianya mudah-mudahan kamu bersyukur.

AL NAHL ayat 14.

Cari di Facebook (FB)
ronin newg



ok peace....
( Untuk stori bergambar sila layari melalui engine carian mozila firefox atau google chrome,kerana entah dimana silapnya internet explorer hanya menyiarkan stori tanpa gambar )

Sila Ikuti Kisah Ini Melalui Panduan Bacaan



















Radio Online

Radio Online
Klasik Nasional FM

Panduan Bacaan

Top Commentators

Get this widget here