Selepas 12 tahun jadi penyelam didalam Unit Khas aku mula inginkan sesuatu yang baru dalam bidang menyelam. Lalu aku risik-risik melalui kawan-kawan lamaku semasa berkursus di TLDM dahulu dan mereka mencadangkan aku mengikuti kursus `Commercial Diver’ di Australia kerana ada beberapa orang bekas anggota TLDM yang sudah berjaya dalam bidang ini dan hidup senang.
Lalu aku buat carian di Internet semua perkara yang berkaitan dengan kursus `commercial diving’ tersebut. Selepas puas mencari dan mengkaji akhirnya aku buat keputusan memilih sebuah sekolah menyelam di Perth iaitu `The Underwater Centre Fremantle ‘(TUCF) kerana menurut rakan-rakanku yang masih berkhidmat dalam TLDM, TUCF ialah sekolah latihan yang mendapat kontrak selama 3 tahun dari Kementerian Pertahanan Malaysia bagi melatih anggota-anggota TLDM dalam bidang selam Professional atau `commercial diving’ dan mereka telah berjaya mencatat rekod dalam `Malaysia guiness book of record’ membuat selaman sedalam 90 meter di perairan Pulau Pangkor menggunakan gas campuran helium + oksigen dan teknik `surface supply’.
Selama beberapa bulan aku buat kajian dan persiapan termasuk mempelawa beberapa orang rakan untuk pergi bersama-sama ke Australia tapi malangnya hanya seorang sahaja yang sudi ikut aku iaitu Rashid yang juga seorang anggota polis tapi di cawangan lain. Akhirnya aku nekad membuat pinjaman peribadi dari sebuah Koperasi sebanyak RM 60,000 dan mengambil cuti tanpa gaji selama setahun. Pada bulan ogos 2006 aku terbang ke Australia dengan semangat yang berkobar-kobar untuk menjadi seorang `Commercial Diver’.
Di Australia aku dan Rashid tinggal di rumah abangnya bernama Nasir yang berkerja sebagai `Aircraft Engineer’ di Perth. Beliau seorang yang sangat baik. Aku terkejut kerana Nasir telah membelikan sebuah kereta terpakai untuk kami berulang alik dari rumah ke sekolah menyelam (TUCF). Nasir masih bujang dan dia tinggal berseorangan di rumah yang besar yang dibelinya beberapa tahun lalu. Jadi dia sangat seronok kerana untuk 3 bulan akan datang dia tidak sunyi sangat.
Kereta warna putih itulah yang nasir belikan untuk kami.
Kami namakan nya`Lobu kebu’ (lori bukan kereta pun bukan).
Tapi di Australia kereta jenis itu dipanggil `Ute’.
Kami namakan nya`Lobu kebu’ (lori bukan kereta pun bukan).
Tapi di Australia kereta jenis itu dipanggil `Ute’.
Hari pertama memandu kesekolah Nasir telah membekalkan kami dengan buku peta yang tebal supaya kami tak sesat. Sampai di TUCF dan masuk ke kelas aku rasa teruja bila diatas meja telah disediakan untuk kami buku teks tebal bertulis nama sendiri, buku log penyelam komersial, mug untuk buat air panas kerana cuaca sejuk, topi dan beberapa barang lagi sebagai tanda selamat datang. Hari ini juga aku menjelaskan bayaran kursus sebanyak rm 43,000.00 kepada pihak sekolah. Selepas membayar yuran aku rasa lega sangat kerana tak perlu membawa duit yang banyak dalam beg. Hari ini juga kami bertemu dengan seorang lagi pelajar Melayu , anak orang kaya dari Brunei bernama Khairul Azmi dan beliau adalah rakyat Brunei yang kedua bakal menjadi `commercial diver’. Kami 3 orang Melayu ini disuruh duduk didepan sekali dekat sangat dengan cikgu supaya kami cepat faham dengan apa yang diajar nanti. Maklumlah cikgu kami ni dia punya slang Australia tu pekat sangat...macam steve Irwin crocodile hunter tu...
Minggu pertama penuh dengan kelas teori, kami diajar semua teori berkaitan menyelam dari `A hingga Z’ secara menyeluruh antaranya fizik menyelam yang lebih detail, semua gas-gas yang terdapat dalam diving, formula-formula, bagaimana cylinder dibuat ,ujian hydrostatic, semua jenis penyakit penyelam secara mendalam dan cara-cara mencegah / merawat. Dan tidak ketinggalan juga jadual selaman menggunakan `table’ yang berlainan. Aku rasa macam nak pecah kepala melayan subjek-subjek yang diajar tapi nasib baiklah dalam minggu pertama ni semangat masih tinggi lebih tinggi dari Gunung Kinabalu.
Yang menariknya dalam kelas kami dibenarkan makan dan minum dalam kelas sambil cikgu mengajar dihadapan. Oleh kerana cuaca sejuk jadi perut pun lapar je..ramai mat saleh dalam kelas makan ada yang makan mee segera, sandwich, pizza dan kari pun ada maka bermacam-macamlah bau makanan dapat dihidu didalam kelas membuatkan perutku berkeroncong. Hanya aku dan Rashid sahaja tidak makan dalam kelas kerana takut-takut lagi maklumlah masa sekolah di Malaysia dulu kalau sesiapa yang makan didalam kelas cikgu cakap biadap jadi ia terbawa-bawa sampai ke Australia, baiknya anak-anak Malaysia kan.....
17 comments:
Spy Leman,
Bestlah cerita ni.. harap ada sambungan lagi.. :)
nantikan sambungannya....ade byk lagi.....
sabar ye......
abg best lah cite abg nie.. terus kan lai... (sabrina)
Ye ke best,t.kasih...
Oleh krn dik na kata best maka nantikanla sambunganya ye....
Kalau takde aral seminggu sekali satu enti.....
Salam Encik, adakah umur 25 masih sesuai untuk menceburi dunia commercial diver? sebab plan saya ingin menceburi dalam bidang ini selepas saya habis belajar.-Azrie-
kelayakan untuk jadi commercial diver ialah 18 thn keatas dan selagi sihat tubuh badan mengikut tahap kelayakan kesihatan sebagai commercial diver dimana pemeriksaan kesihatan boleh dibuat dimana klinik yang menjalankan medical check up untuk commercial diver.Setiap commercial diver diwajibkan menjalani medical check up setahun sekali.
salam encik. ada cadangan atau pendapat di mana saya boleh dapatkan pinjaman untuk membuat kursus commercial diver ni..? -azrie-
maaf en azrie sy tiada cadangan dimana boleh dapatkan pinjaman krn masa sy nak dptkan pinjaman dulu pun susah....
kalau ade tanah bolehla gadaikan dulu,kalau ade saudara mara yg byk duit bolehlah pinjam dulu itupun kalau dorang sudi bagi pinjam
terima kasih en. saya usahakan.. apapun encik.. Terima kasih wujudkan blog ini.. -Azrie-
Terima kasih en aazrie kerana sudi layan blog cap ayam ini.
other than enjoying the story.. dibukakan minda dengan perkara baru.. ada sesuatu yg lebih penting yg memberi motivasi.. "keinginan tanpa usaha, siapa pun takkan ke mana.." sangat #terkesan.. #terimakasih ;)
Cik Irnie,Saya memulakannya dgn niat yg baik iaitu Niat krn Allah kemudian barulah dtg keinginan dan usaha yg gigih kerana buat demi sesuatu yg hamba sayangi iaitu ALLAH SWT....
Pengalaman bersusah payah semasa disana dan kemudian Allah turunkan pertolongan dan bantuan adalah sesuatu yg indah dan tidak akan dilupakan....semakin menguatkan keimanan.....
Bro,lesen commercial diving ni boleh terus lompat dari basic open water atau kena habiskan dulu open water (keperingkat advance) atau macam mana? mungkin kena follow step2 tertentu?
Lagi satu kalaupun kesihatan penyelam baik adakah peringkat umur diambilkira?(terutama ketika memohon pekerjaan)
*adui. ....kenapalah time muda-muda dulu info susah betul nak dapat pasal commercial diver ni :-(*
sorrylah bro terguna "admin" pulak.
T.kasih atas komen Tuan itu.
Memadai kalau ada lesen Open Water sahaja tak perlu ambik advance pun takpe.Kalau nak maklumat lebih lanjut boleh surf kat website TUCF.(Information booklert)
Kalau nak cuba ambik course tu pun apa salahnya.tapi takut tak dapat job sbb skrg dah ramai orang muda2 yang ada lesen commercial diving,dan ramai juga yang masih belum dpat kerja.Lagipun sekarang kebanyakkan company nak ambik yang ade experience offshore at least 2 tahun.
tuan..boleh kasi alamat fb x tuan.......saya try add x lepas la.....ada soalan untuk ditanya tpi saya segan nk tnya secara umum......
Cari di Facebook (FB)
ronin newg
emel-roninn70@gmail.com
Post a Comment