Dunia Commercial Diver



Okt.2006
ADAS Diver Part III 50 meter
& Chamber operator.

Peringkat ADAS Part III ini akan melayakan pemegang lesen untuk bekerja di offshore dalam bidang `oil & gas Industry’ dan layak menyelam dikedalaman 50 meter dan masih menggunakan udara yang dimampatkan.

Beberapa orang rakan sekelasku dari bulan pertama hanya menamatkan kursus sehingga peringkat ADAS Part II sahaja kerana mereka hanya membayar untuk 2 peringkat kursus sahaja.Biasanya mereka akan bekerja sebagai diver dan mencari duit lagi dan bila dah cukup duit baru mereka akan sambung untuk ADAS Part III pula.Tempat mereka digantikan oleh beberapa orang pelajar baru pemegang lesen ADAS part II.termasuk seorang diver wanita bernama Carlie Sinclair .Carlie ialah wanita kedua di Australia yang menjadi` commercial diver’.

Diminggu pertama ialah pelajaran teori kebuk mampatan atau `chamber’ dan semua yang berkaitan dengannya iaitu,jenisnya,kegunaan,saiz,cara ia dibuat, bagaimana ia berfungsi dan bagaimana mengendalikannya.Selain dari itu kami juga diajar bagaimana mengendalikan penyelam yang menyelam di kedalaman 50 meter dan kemudian terus naik kepermukaan dan terus masuk kedalam chamber untuk membuat hentian.``Ini memang betu-betul mencabar dan professional” bisik hatiku.pelajaran ini diajar dengan intensif dan teliti sekali kerana ia sangat berisiko dan membahayakan nyawa diver jika tidak dikendalikan dengan betul.Setiap orang dipastikan memahami tugas dan peranan masing-masing dalam mengendalikan diver yang sedang naik.Setiap orang mesti tau dan mahir mengendalikan `chamber’ dan memastikan yang `chamber sentiasa dalam keadaan baik dan sedia digunakan bila-bila masa.

Chamber on Site
Chamber yang digunakan adalah jenis mudah alih.Seorang penyelam
sedang masuk kedalam chamber untuk membuat decompression stop
selepas menyelam dikedalaman 50 meter.Lokasi ini disebuah tasik
jauh dari kawasan sekolah menyelam kami.


Bagi penyelam rekreasi biasanya mereka tidak digalakan menyelam sampai keperingkat `maksimum bottom time’ yang memerlukan `decompression stop’ tapi bagi `commercial diver’ kami akan menyelam sehingga maksimum bottom time dan akan membuat `decompression stop’ sama ada didalam air atau didalam chamber.Bagi kedalaman 50 meter biasanya diver akan membuat decompression stop terus didalam chamber.Tetapi diver hanya mempunyai tempoh masa selama 7 minit sahaja iaitu dari meninggalkan `bottom’ atau `seabed’ sehingga sampai ke `bottom chamber’.`Bottom chamber’ ialah kedalaman yang ditetapkan untuk membuat `decompression stop’. Jika melebihi dari 7 minit masa yang telah ditetapkan didalam jadual selaman, diver akan terus berada didalam chamber untuk tempoh yang lebih lama bagi sesi rawatan pula.Mungkin kaedah dan penerangan itu sukar difahami oleh pembaca yang bukan diver.

Diminggu pertama sahaja kami buat latihan di `dive site’ dekat sekolah,selepas itu latihan selaman dibuat di perairan Rotness Island kerana lautnya lebih dalam.Kami belayar dengan kapal yang tidak berapa besar bernama `Lion Fish’ tapi boleh memuatkan chamber yang kami gunakan semasa disekolah.Chamber dan lain-lain peralatan untuk menyelam dalam, dimuatkan kedalam kapal ini dan setiap hari diawal pagi kami akan belayar ke Pulau Rotness yang mengambil masa 1 jam pelayaran dari sekolah menyelam untuk sesi latihan selaman dalam.

Chamber on site
Chamber diangkat menggunakan kren dan sedang Dimasukan perlahan-lahan kedalam `Lion Fish’.


diver ready
Diver bersedia untuk diturunkan dari belakang `Lion Fish’ketika air tenang.


Latihan di Pulau Rotness memang benar-benar mencabar ketahanan mental dan fizikal kerana pada masa ini masih dalam musim sejuk jadi lautnya bergelora dengan gelombang setinggi 3 meter menyebabkan `lion fish’ sepanjang masa teroleng-oleng kekanan dan kiri.ramai yang mabuk laut muntah-muntah.Pertama kali dalam hidup aku mengalami mabuk laut walaupun sudah berbelas tahun bermain dilaut sekarang baru ku tahu bagaimana rasanya mabuk laut.Tetapi walaupun dalam keadaan pening-pening lalat aku tetap gagahkan diri melakukan tugas-tugas yang telah ditetapkan. Ada juga pelajar yang tidak boleh bangun terus.Latihan menyelam dalam keadaan yang mencabar begini memang berisiko tinggi.Tetapi jurulatih sering berkata kepada kami ``if you can dive here & survive..trust me you can dive anywhere”.bila difikir-fikir semula memang betul apa yang dikatakannya,membuatkan aku teringat semula latihan teruk semasa di TLDM Lumut dulu.

Pada masa ini setiap orang ada peranan masing-masing sambil dipantau oleh jurulatih.Ada yang menjadi `panel operator’,chamber operator,`time cheker’,`tender diver’,`diver in chamber’ dan juga `diver in the water’.Kedalaman Selaman adalah berperingkat-peringkat bermula dari 38 meter dan meningkat pada setiap hari sehinggalah ke 50 meter.

Kemudian pada pagi 1 Syawal aidilfitri 2006 kami mencapai ke kedalaman 50 meter (164 kaki).Pada pagi itu aku adalah penyelam kedua yang turun dan semasa turun ke air aku lihat jam menunjukan 0830 hrs waktu Perth ia bersamaan juga dengan waktu di Malaysia .Jadi terus tergambar difikiranku yang waktu itu di Malaysia umat islam baru hendak memulakan sembahyang sunat aidilfitri tapi aku hendak memulakan selaman 50 meter .`Buddy’ aku ialah carlie Sinclair.Sampai sahaja di `seabed’ aku terus sujud syukur kerana secara tidak langsung ini adalah sejarah peribadi bagiku ku menyambut hari raya aidilfitri 50 meter didasar lautan hindi.
Walaupun dikedalaman 50 meter tetapi `Visiblity’ sangat terang, airnya bersih tiada partikel yang terapung,dasarnya berpasir bersih dan tiada berlumpur langsung.Sesekali akan kelihatan ikan paus berenang berhampiran dan masih boleh dilihat didalam air,aku rasa sungguh indah pengalaman itu.Walaupun keadaan di permukaan pada masa itu huru-hara dengan gelombang yang tinggi,kapal yang bergoyang dan cuaca yang sejuk berangin tapi aku dibawah air rasa sungguh tenang sekali.Melalui komunikasi ditalian Jurulatih mengarahkan kami buat apa yang kami suka dibawah sana untuk cukupkan masa `bottom time’ lalu aku pun buka `fin’ dan menyangkutnya ditangan kerana kami tidak digalakan berenang tetapi digalakan berlatih berjalan didasar. Kemudian aku dan Carlie bersiar-siar dengan berjalan kaki menikmati keindahan dasar lautan Hindi ini (Dating bawah laut tu..).Setiap orang diwajibkan mempunyai sekurang-kurangnya 3 kali rekod selaman 50 meter dan melakukan kerja-kerja tertentu dikedalaman tersebut.Tetapi biasanya setiap orang akan mencatat rekod lebih dari itu.

female diver
Carlie Sinclair sedang dibantu oleh `tender diver’


Apabila dapat arahan dari jurulatih untuk meninggalkan dasar kami akan naik keatas dengan memanjat `umbilical’ masing-masing kerana dengan peralatan `commercial diving’ yang berat tidak mungkin kami boleh berenang untuk naik kepermukaan seperti yang biasa dibuat oleh diver rekreasi.Jadi kami terpaksa memanjat umbilical dengan tangan sambil kaki mengayuh perlahan-lahan dan mengikut kadar kenaikan yang telah ditetapkan dalam jadual selaman iaitu 18 meter seminit. Perjalanan naik terasa sangat jauh dan lambat sekali dan agak memenatkan juga kerana beratnya topi dan juga `weight bell’ yang dipakai.

Selepas selaman 50 meter kemudian buat `decompression stop’ didalam chamber dan bernafas menyedut oksigen tulin apabila keluar dari chamber diver tidak dibenarkan membuat kerja-kerja berat dan memenatkan kerana untuk tempoh tertentu adalah waktu pemerhatian terhadap diver jika terdapat simptom-simptom atau tanda-tanda diver tersebut terkena penyakit penyelam seperti `DCS’ atau `Gas Embolisym’.Kerana di kedalaman 50 meter peluang untuk mendapat penyakit penyelam adalah sangat tinggi.Jadi diver yang sudah menyelam akan buat tugas ringan seperti menjadi `time cheker’,`panel operator’ atau pun `chamber operator’.

Photobucket

Sedang mengendalikan chamber selepas menyelam.

Bersambung akan datang minggu akhir di Australia.....

11 comments:

hhmmm... kiranya seseorang yg mengalami mabuk laut yg teruk, maka tidak boleh jadi comm diver ke?

lagu apa yg dialunkan semasa dating kat seabed? :-) ahaksss..

emm...itulah...kalau dah asik mabuk laut je...mcm mana nak buat kerja kan....ala kalau kat darat pun cam tu jgk elyna kalau dah asik mabuk....je jgn kata nak jd diver,nak jadi DRIVER pun tak bole kan kan kan.

masa tu kan teringat sgt lagu raya yg Sudirman nyanyi tu....

spy leman mane aci mabuk2. die kental punye type..hehehe

peeergh..sedih & sayu tu bile dgr lagu sudirman tu..huhuhu

kental ke kenyal ke....spy leman tu manusia biasa jgk,mkn nasi mcm org lain gak...sekali sekala mabuk gak..

Assalammualaikum.. Saya nak bertanya,kalo commercial diver kat ADAS, brape erk kos semua??mmg berminat la nak jadi diver nie..
Terima Kasih..

This comment has been removed by the author.

Alaikumsalam
Kosnya lebih kurang RM 60 ke 65 ribu,
sesiapa pun boleh dapatkan duit utk pergi kursus tu tapi bukan semua org boleh dapat job walaupun ade lesen,skrg diver dah ramai.kadang2 ade yg dapat job sekali dua lepas tu tak dapat job lagi mgkn kerana sikap,disiplin ataupun tak boleh buat kerja masa dlm air.
mmg ramai minat nak jd diver ni tp kena fikir masak2 dulu takut nnt dah habis byk duit pergi kursus tp tak dpt job

wahhh..besar juga kos kan bro..
semunya bergantung kepada sikap la kan..brapa lama yer kursus tu bro???bro,kalau 1st time jadi diver tu,gaji dlm brapa yer sehari??

kosnya mmg tinggi,tapi kalau kerja bagus & laris kita boleh cover balik.tapi skrg commercial diver di malaysia ni dah ramai sgt,diver baru yg ade lesen ADAS pun ade yg tak pernah dpt job selama 2 thn dah sejak balik dr Australia,rugilah duit dah habis banyak.so bkn nak bg u patah semangat tp carilah kerja lain selain dr jd diver,lgpun kerja bawah air ni tak seindah yg disangka.(kerja teruk giler...)

oww..betul jugak cakap abg..dh mmg minat sye..dr dulu lagi..takpe bg..thank you dgn information..tapi, ayah da cakap, bleh jugak ambil kursus ROV..sye fkir masak2 la dulu..ayah yg nak hantar..

Salam tumpang tanya mcm mane nk amik dan buat cert utk ROV..tq.

Time


Get your own Digital Clock

Followers

Aku..

(Sesungguhnya masa depan kita atau org lain tidak kita ketahui melainkan semuanya adalah didalam pengetahuan ALLAH SWT jua. ) Ini adalah sebuah kisah atau cerita-cerita yang membosankan mengenai kehidupanku sebagai seorang penyelam komersial dalam industri Minyak & Gas.Kepada yang pertama kali masuk blog ni eloklah baca dari entri pertama baru bole faham blog ini sbnrnya...sama mcm kita tgk movie kalau tiba2 je dah kat tgh2 mesti tak faham. kemudian kita terus andaikan yang citer tu tak best.....Anggaplah Tuan/Puan sedang membaca sebuah novel realiti.walau bagaimanapun aku ucapkan terima kasih kerana Tuan/Puan sudi melayan blog `Cap Ayam' aku ni.Hidup sebagai pelaut seperti aku bersesuaian benar dengan ayat dari surah dibawah.

Dialah yang menundukan lautan (sehingga boleh dilayari dipermukaannya atau diselami didasarnya) Supaya kamu dapat makan daripadanya daging yang lembut dan dapat pula mengeluarkan daripadanya perhiasan untuk kamu memakainya.Engkau melihat pula kapal-kapal belayar padanya dan supaya kamu dapat mencari rezeki daripada limpah kurnianya mudah-mudahan kamu bersyukur.

AL NAHL ayat 14.

Cari di Facebook (FB)
ronin newg



ok peace....
( Untuk stori bergambar sila layari melalui engine carian mozila firefox atau google chrome,kerana entah dimana silapnya internet explorer hanya menyiarkan stori tanpa gambar )

Sila Ikuti Kisah Ini Melalui Panduan Bacaan



















Radio Online

Radio Online
Klasik Nasional FM

Panduan Bacaan

Top Commentators

Get this widget here