Dunia Commercial Diver



Job pertama di Offshore
Projek 7 riser removal
Miri oil field

Tamat latihan di TUCF pada 6/11/2006 aku pulang ke Malaysia dan dengan sedikit baki wang yang ada aku ambil kursus
- Basic Offshore Safety and emergency Training (BOSET)
- Helicopter Underwater Escape Training ( HUET)
Serta jalani `Offshore Medical Check up ‘ diklinik panel Petronas sebagai persediaan awal sekiranya ade mana-mana `diving contractor’ yang menawarkan kerja jadi aku boleh terus kerja kerana sudah ada perkara-perkara yang diperlukan untuk kerja di `offshore’.

Kalau tiada sijil-sijil tersebut tak boleh naik helicopter apatah lagi kerja di `offshore’, dalam masa yang sama juga aku dah mula menghantar `curriculum vitae’(CV)dan menghubungi beberapa `diving contractor’ berdasarkan alamat-alamat dan nombor telefon yang diberikan oleh rakan-rakan yang juga bekas penyelam TLDM yang sekarang menjadikan bidang `commercial diving’ sebagai karier tetap mereka tetapi mereka free lance,mereka tidak tetap bekerja disatu-satu tempat atau dengan satu `diving contractor’ sahaja.

Aku juga gunakan masa yang ada dengan beri penuh tumpuan pada keluarga dan aku betul-betul berehat setelah 3 bulan berhempas-pulas training di Australia jadi inilah masanya aku nak rehat.Kira-kira sebulan lebih juga aku menganggur apabila suatu hari aku dapat panggilan telefon daripada `operation supervisor’ syarikat Alam Hidro ,En Irwan Rosdi untuk turut serta bersama beberapa lagi diver dalam satu projek di Miri.

25 Dec.2006 aku bersama En.Irwan Rosdi dan 2 lagi penyelam diterbangkan ke Miri.Selepas bersetuju dengan gaji yang ditawarkan,kontrak ditandatangani untuk tugas selama 60 hari. Kadar gaji yang ditawarkan memadai bagi orang yang tiada pengalaman dalam dunia `oil & gas’ seperti aku,yang penting adalah tapak permulaan untuk melangkah kedalam dunia `commercial diving’ dan cuba dapatkan pengalaman sebanyak mungkin dengan tidak terlalu memikirkan gaji yang ditawarkan.Namun begitu ia sangat jauh lebih tinggi dari gaji ku sebelum ini.

Biasanya `standard rate’ bagi diver yang ada lesen ADAS Part 3 atau HSE Part 1 adalah sekitar USD (rahsiee...he he) sehari, walaupun masih baru, dan sudah jadi kebiasaan ia dikira dalam matawang US.Itu adalah bayaran bagi `air diver’.Seperkara lagi bayaran untuk diver dikira mulai mereka keluar rumah sehingga balik kerumah iaitu setiap wang yang didahulukan semasa perjalanan pergi atau perjalanan pulang seperti tambang teksi,makan atau lain-lain akan dibayar semula oleh kontraktor.

Berbeza bagi `saturation diver’ pendapatan mereka lebih tinggi iaitu mencecah USD 1300.00 sehari,jika ditukar ke matawang Malaysia lebih kurang 3.5 sama dengan RM 4550 sehari dan jika mereka bekerja 30 hari jumlahnya RM 136.000.`Saturation diver’ adalah kategori golongan `elit’ dalam dunia `commercial diving’,mereka adalah diver yang tinggal didalam kompleks chamber selama 10 hari ke 28 hari bagi melakukan tugas-tugas dikedalaman yang melebihi dari yang dihadkan untuk `air diver’ iaitu 50 meter keatas kerana mereka menggunakan gas campuran iaitu helium + oksigen.

dlm chamber satTempat tinggal `Sat.diver’ dalam chamber sepanjang projek
Dan udara yang disedut ialah gas campuran helium & oksigen
Dan tekanan persekitaran adalah mengikut kedalaman `jobsite’
tempat mereka bekerja.

Di miri aku digabungkan dgn 11 lagi diver dan 2 supervisor diver.Diver-diver ini datang dari serata Malaysia dan berbagai `background’ 6 daripadanya adalah bekas penyelam TLDM,bekas-bekas penyelam TLDM ini memang mahir dan cekap melakukan kerja-kerja bawah air serta tahan lasak hasil dari latihan berat dan pengalaman dalam tentera digabungkan dan digunakan dalam dunia `commercial diving’. Tetapi sayang kemahiran dan kecekapan mereka adakalanya tidak dihargai kerana ada syarikat-syarikat yang tidak mahu mengambil mereka bekerja dengan alasan tiada lesen ADAS Part 3 atau HSE Part 1,jika ada syarikat yang mengambil mereka bekerja pun tapi dengan bayaran yang rendah.

Walaupun sedar dieksploitasi namun bekas-bekas tentera ini tiada pilihan kerana anak-anak dirumah perlukan susu dan belanja harian.Pada waktu itu 2006 dianggarkan ada lebih kurang 30 orang penyelam bekas TLDM yang aktif tapi tiada lesen `commercial diving’ yang sesuai dengan kehendak `International Marine Contractors Asccociation’ (IMCA).Dianggarkan ada lebih kurang 5 orang sahaja bekas penyelam TLDM yang memiliki lessen HSE Part 1 dan mereka sangat berjaya sekarang serta sering diambil bekerja oleh diving company yang besar dan dihantar bekerja di pelantar-pelantar minyak serata dunia dengan bayaran yang lumayan.Tapi sejak tahun 2007 majoriti penyelam dari kalangan bekas anggota TLDM ramai yang sudah memiliki lesen ADAS Part 3.

Sebenarnya selain dari bekas-bekas tentera ini ramai lagi penyelam-penyelam diluar sana yang melakukan kerja-kerja bawah air di `onshore’ hanya dengan berbekalkan lesen selam skuba rekreasi,bukan mereka tidak mahu pergi lebih jauh dalam industri yang mempunyai masa depan yang cerah ini tapi kesukaran mendapatkan pinjaman dari institusi kewangan yang ada membantutkan impian untuk mendapatkan latihan dan lesen `commercial diving’ dari sekolah-latihan di Australia dan U.K.Sedangkan jika diberi pinjaman mereka mampu membayar balik kepada pemberi pinjam hanya dalam masa beberapa bulan bekerja sahaja.

Bersambung akan dtg......Underwater cutting....


24 comments:

Spy Leman,
Macam best je tidur dalam tu.. :)

tido dlm tu tak best sgt cikgu ana tapi yg bestnya dia punya USD tu....

Spy Leman,
Heheh..tak pun USD tu yang wat tido disitu best.. tak gitu? hehe

betullah tu...

sugguh kuat pengaruh USD nie ye...hehehe..

u xteringin ke nak jd 'sat diver' mcm geng lain? gaji byk giler tuuuuuu...koda

hhmm... HUET tue utk naik helicopter, tp kenape dipanggil 'underwater escape'? Oh! biler baru boleh jd elit diver aka 'saturation diver'? ... masyukkkk USD nnt ;-)

anonymous - bukan kata USD je kuat pengaruhnya..RM pun Kuat juga....

koda - jgn tamak....he he cukuplah dgn ape yg dah dpt skrg ni kan....Alhamdulillah....Tapi kalau ade peluang & rezeki lebih ape salahnya ambik kursus sat pulak kan...

elyna - kita kena kursus HUET supaya kalau tgh terbang dgn heli nak gi offshore tetiba dia jatuh laut so kita tau ape nak buat & mcm mana nak escape.kejadian heli ke offshore jatuh dilaut adalah sgt kerap....

i know can do it n mayb 1 day u'll b 1 of da sat diver 2..;)..koda

InsyaAllah....

assalamualaikum, kalau org2 yg bdn besar still boleh diving x?

Alaikumusalam Anonymous,
Badan besar pun boleh diving juga tapi agak2 besar mane tu?

salam, tuan. Saya pun sedang merancang ke arah kerjaya nie suatu hari nanti.? umur baru 23... doakan.. u r my role model!

Anonymous-
Semoga berjaya...Manusia Merancang,Tuhan menentukan.

Saya bkn role model yg bagus...
Mcm mana pun, T.kasih....

salam tuan,,pertama,sy amat teruja dgn kisah tuan nie,seronok sgt dapat bace cite tuan dan sy bangga dgn tuan kerna tuan cerita pengalaman2 & ilmu nie..jarang org2 kite nak cerita benda2 mcm nie,lg bab nak menaip panjang2.. :)
impian sy nak menjadi mcm tuan nie dr sejak 2004 lagi,maklum laa,kekangan kewangan,hehee..tp sekarang sy bekerja di badan berkanun,so dah boleh buat personal loan sikit laa..cume masalah sy,bahase english sy kurang baik sikit..adakah sy boleh memohon tuan? TQ :)

En Alias-Terima kasih.
Kalau teruja, bacalah sampai habis emua entri...

Semoga berjaya capai impian...

Assalammualaikum , saya bru 15 tahun ... baru je dpat advanced , umur brpe bru boleh amik professional erk >

Adik Anonymous 15 thn

Belajar rajin2
mahirkan ilmu matematik dan BI
dapatkan keputusan yang baik dalam SPM dan umur 18 thn baru boleh apply kursus commercial diving.

Dan jgn lupa bergantung dan berharap hanya pada Allah SWT.
kerana kita hanya mampu merancang tapi Allah yang menetukan.
Kita merancang nak jd diver tapi mgkn atas sbb2 tertentu kita terpaksa memilih karier lain.
Simpan duit cukup2.
doa dan restu dr ibu bapa juga penting tetapi yg lebih penting adalah Niat tu mau betulkan.
Niat mesti kerana Allah barulah segala usaha dan impian kita dipermudahkan oleh Nya.

salam

Nak tanya la, kerja sebagai diver ni bahaya tak? Sbb bf sy pn kerja sebagai diver n skrg ni tgh ikuti kursus underwater chamber dkt australia.

Bro tlg bg no cntc sbb bnyk bnda yg nk tnya la bro.

Cari di Facebook (FB)
ronin newg
emel-roninn70@gmail.com

Salam abg...sye nie bru ja grad dri politek 3 blan lpas...msih mngganggur lgi laa wlaupn bru lgi..n sye ade lesen menylam dri Padi..brmnat keje di offshore..permulaan bgi sye nie abg ape perlu sye buat?

Salam abg...sye nie bru ja grad dri politek 3 blan lpas...msih mngganggur lgi laa wlaupn bru lgi..n sye ade lesen menylam dri Padi..brmnat keje di offshore..permulaan bgi sye nie abg ape perlu sye buat?

Salam Spy Leman,
Nk tnya skit bang,saya ingin bekrja sebagai diving dekat offshore,tp sebelum tu APA yang saya harus ada atau benda wajib mesti ada sebelum sampai ke peringkat commercial diving ni. Tmpat abg khursus di aus tu dekat mana,dan berapakah kos untuk ambik lesen tu.Saya ada tahu satu dekat fort william scotland but lebih kurang 3month juga nak,tp tmpat abg aus tu dekat mana ye,and berapa total kos ye.

Harap abg Spy Leman dapat terus membalas komen saya ini di email saya:memoryrandj@gmail.com

Time


Get your own Digital Clock

Followers

Aku..

(Sesungguhnya masa depan kita atau org lain tidak kita ketahui melainkan semuanya adalah didalam pengetahuan ALLAH SWT jua. ) Ini adalah sebuah kisah atau cerita-cerita yang membosankan mengenai kehidupanku sebagai seorang penyelam komersial dalam industri Minyak & Gas.Kepada yang pertama kali masuk blog ni eloklah baca dari entri pertama baru bole faham blog ini sbnrnya...sama mcm kita tgk movie kalau tiba2 je dah kat tgh2 mesti tak faham. kemudian kita terus andaikan yang citer tu tak best.....Anggaplah Tuan/Puan sedang membaca sebuah novel realiti.walau bagaimanapun aku ucapkan terima kasih kerana Tuan/Puan sudi melayan blog `Cap Ayam' aku ni.Hidup sebagai pelaut seperti aku bersesuaian benar dengan ayat dari surah dibawah.

Dialah yang menundukan lautan (sehingga boleh dilayari dipermukaannya atau diselami didasarnya) Supaya kamu dapat makan daripadanya daging yang lembut dan dapat pula mengeluarkan daripadanya perhiasan untuk kamu memakainya.Engkau melihat pula kapal-kapal belayar padanya dan supaya kamu dapat mencari rezeki daripada limpah kurnianya mudah-mudahan kamu bersyukur.

AL NAHL ayat 14.

Cari di Facebook (FB)
ronin newg



ok peace....
( Untuk stori bergambar sila layari melalui engine carian mozila firefox atau google chrome,kerana entah dimana silapnya internet explorer hanya menyiarkan stori tanpa gambar )

Sila Ikuti Kisah Ini Melalui Panduan Bacaan



















Radio Online

Radio Online
Klasik Nasional FM

Panduan Bacaan

Top Commentators

Get this widget here