Sepanjang bulan Ramadhan disini kami juga menunaikan solat sunat terawih beramai-ramai-ramai,ada juga yang berqiamulail.Salah satu faktor yang buat aku suka pada kapal Sapura 3000 ini ialah suraunya hidup dengan amalan solat berjemaah 5 waktu,kuliah subuh ringkas,bacaan Taklim dan majlis fikir.
1hb Okt. Bersamaan dengan 1 Syawal
Sesudah Sebulan berpuasa Ketibaan fajar Syawal disambut dengan perasaan bercampur baur,ada rasa sedih,terharu gembira dan juga bercampur dengan rasa tanggungjawab mencari rezeki untuk keluarga.Nasib baik Aku sudah biasa menyambut Syawal berjauhan dari keluarga maka tidaklah terasa sangat kesedihan tu.
Kami para pekerja pelantar minyak meraikan Aidilfiti tidak kurang meriahnya seperti orang-orang didarat.Dimalam terakhir Ramadhan kami turut bertakbir beramai-ramai.Kemudian dipagi Syawal itu kami turut menunaikan sholat Sunat Aidilfitri beramai-ramai dibawah helideck.
bukan sedikit air mata yang gugur di pagi Syawal itu,bersyukur kerana ditengah lautan ini kami dapat mencari rezeki yang melimpah malahan dapat menunaikan ibadah tanda kesyukuran kepada ALLAH SWT yang memberi rezeki.(Surah Al Nahl - ayat 14
Dan Dia lah yang memudahkan laut,(Yakni dapat kamu selam didalamnya), supaya kamu dapat makan daripadanya daging yang lembut hidup-hidup, dan dapat pula mengeluarkan daripadanya benda-benda perhiasan untuk kamu memakainya dan (selain itu) engkau melihat pula kapal-kapal belayar padanya; dan lagi supaya kamu dapat mencari rezeki dari limpah kurniaNya; dan supaya kamu bersyukur.)
Selepas solat sunat Aidilfitri semua orang berkumpul di Cafetaria kami yang canggih tu dan menikmati berbagai juadah Hari raya yang hebat-hebat sama seperti didarat,ada sate,ketupat,lemang, rendang dan berbagai-bagai lagilah...pendek kata kebajikan terjagalah....
Hari Raya ini semua pekerja off sekerat hari....
Kemudian Selepas makan tengahari semua aktiviti dan operasi berjalan semula seperti biasa tetapi masih dalam mood hari raya.....
Di Hari raya macam ni jangan bagi aku dengar lagu Allahyarham Sudirman Hj Arshad (Dari Jauh ku Pohon Maaf)je...kalau aku dah start dengar je..boleh jem lah jiwa....sikit-sikitla....ade kenangan tersendiri...masa bertugas dibalai Polis Marang dulu...he he citer lama...
8hb Okt kami para diver dibenarkan pulang bercuti seminggu bagi menyambut hari raya bersama keluarga kerana dijangka projek ini siap dalam seminggu lagi dan tiada tugas yang memerlukan diver.Sebelum pulang Supritendant sudah berjanji yang lepas seminggu nanti kami akan naik Sapura 3000 semula,ini sudah cukup baik.....
Dalam mood Hari raya...
Aidilfitri...
hari bahgia..
Hari yang mulia....
Lupakanlah hatimu yang duka...
Selamat...selamat Hari Raya...