Dunia Commercial Diver



KEMALANGAN DAN RAMADHAN
6/9/08 Sabtu.(6 Ramadhan)

Waktu sekitar jam 4 petang para pekerja sibuk melakukan tugas masing-masing diatas platform.Cuaca agak buruk,angin kencang,gelombang sekitar 3 meter dan langit pula mendung. Tiba-tiba berlaku kegagalan pada DP computer yang mengawal 7 thruster kapal menyebabkan kapal kami yang besar dan canggih ini hilang kawalan lalu bahagian belakangnya telah beralih dengan laju secara tiba-tiba menyebabkan bahagian sebelah portside kapal melanggar platform yang baru dipasang menyebabkan pekerja-pekerja yang berada diatas platform menjadi kelam-kabut seketika.Semasa melanggar platform tersebut terdengar bunyi berdentum yang kuat dan kapal bergegar sedikit.Dianggarkan ada lebih kurang 17 orang berada diatas platform ketika itu.


PhotobucketPekerja-pekerja diatas platform hanya mampu memerhatikan Sapura 3000 hanyut jauh dari platform


Jambatan sementara yang dipanggil `gangway' yang digunakan untuk menyeberang dari kapal ke platform telah jatuh tetapi nasib baik tergantung oleh kabel wire yg besar dan meyelamatkan jambatan dari jatuh kelaut .Kapal terus beralih dan hanyut semakin jauh dari platform meninggalkan pekerja-pekerja diatas platform. Para pekerja atas kapal sibuk dengan bahagian masing-masing untuk mengawal keadaan kerana bimbangkan keadaan cuaca menjadi lebih buruk.Akibat dari pelanggaran tersebut dibadan kapal kami berlubang agak besar dianggarkan boleh memuatkan badan seorang manusia,dan dibeberapa bahagian lain ada yang remuk dan patah-patah.


Photobucket
Gambar platform @ jacket dan jambatan sementara atau gang way’ sebelum kemalangan dan perhatikan juga kocakan gelombang dibawah `jacket'.


Pegawai-pegawai keselamatan atas kapal mula sibuk mencari jalan untuk menyelamatkan pekerja-pekerja yang terkandas diatas platform tadi,makanan untuk mereka dibungkus kerana tak lama lagi akan masuk waktu berbuka puasa.Selepas beberapa ketika keadaan kapal dapat dikawal lalu dibawa menghampiri platform tadi untuk dihantar makanan kepada mereka menggunakan kren.Kira-kira jam 10 malam iaitu 6 jam selepas kejadian barulah para pekerja dapat dipindahkan semula keatas kapal Sapura 3000 menggunakan `basket’ yang diangkut menggunakan kren seperti mana kami mula-mula sampai kekapal tempohari.

PhotobucketKeadaan `gang way’ selepas kemalangan dan platform sudah tidak kelihatan kerana kapal sedang hanyut meninggalkan platform,turut kelihatan kabel-kabel welding (warna oren) yang terputus.



Jika di Offshore sebarang kemalangan walaupun kecil akan diberi perhatian serius.Dalam situasi ini kemalangan ini dikategori sebagai agak besar. juga kerana biasanya kemalangan yang berlaku di offshore adalah kategori kecil sahaja kerana tahap keselamatan yang tinggi dan ketat. Besar atau kecil sesuatu Kemalangan itu dinilai dari segi kehilangan nyawa atau jumlah kerugian yang ditanggung. Dalam kejadian ini walaupun tiada kemalangan jiwa tetapi ianya hampir melibatkan kehilangan jiwa kepada pekerja-pekerja yang berada diatas platform ketika kejadian.Dan juga kerugian dianggarkan jutaan ringgit melibatkan berbagai sudut.


Jika 1 hari projek tertangguh pihak kontraktor terpaksa membayar sejumlah gantirugi yang besar kepada pihak `client’, bayangkan jika beberapa hari ia tertangguh.Apabila berlaku kemalangan ditempat kerja secara otomatik semua kerja-kerja dihentikan atau dipanggil `stop work policy’ sehingga siasatan dijalankan dan selesai.Pasukan penyiasat yang terdiri dari pihak client,marine & kontraktor telah datang untuk buat siasatan bagaimana kejadian berlaku dan menilai keadaan kapal dan projek ini sama ada masih selamat untuk diteruskan atau sebaliknya.Mereka juga akan menilai jika platform yang baru dipasang mengalami kerosakan teruk atau tidak,jika kerosakannya terlalu teruk pihak client akan menolak dan tidak akan bersetuju untuk menerima platform tersebut jika ini berlaku maka kontraktor akan mengalami kerugian yang sangat besar.


Keesokan harinya kapal telah belayar menuju ke miri bagi mengambil pasukan pegawai penyiasat.Pelayaran dari lokasi ke Miri mengambil masa 6 jam.Apabila sampai sahaja di perairan miri ramai krew mula keluar dari kabin masing-masing sambil memegang hand phone masing-masing kerana disini hand phone sudah boleh digunakan kerana ada liputan.Maka ramailah yang bersidai ditepi kapal sambil bergayut di telefon,berbagai ragam dapat dilihat ada yang tersengih-sengih bercakap sendirian dan ada yang mengeluh kerana hand phone mereka tiada liputan.


Sementara pasukan penyiasat menjalankan tugas mereka para engineer dan welder bekerja keras membaiki kerosakan yang terdapat di beberapa bahagian badan kapal.Manakala pakar bahagian DP komputer juga menjalankan ujian terhadap komputer.Selepas 4 hari berlabuh diMiri didapati kapal ini selamat untuk meneruskan projek yang terhenti sementara akibat kemalangan tempohari.Sapura 3000 pun kembali kelokasi bagi meneruskan kerja-kerja yang tertangguh.


Apabila sampai di lokasi projek dan sebelum kerja-kerja lain dijalankan diver telah diarahkan untuk membuat selaman pemeriksaan keatas bahagian jacket dibawah air apakah terdapat kerosakan kesan dari kemalangan tempohari.Dan hasil dari pemeriksaan hanya terdapat kerosakan kecil pada jacket dan ianya boleh dibaiki.Lalu kerja-kerja yang terhenti disambung semula.Itulah adalah selaman terakhir bagi kami untuk projek ini.




Bersambung akan datang 1 Syawal di lautan...

3 comments:

Biasanya ada insuran x kalo ada eksiden camni?

Biasanya ada insuran x kalo ada eksiden camni?

memang ade insuran,kalau takde insuran company boleh miskin ooo nak cover....jika kemalangan menimpa pd pekerja juga akan dapat insuran tapi tak taulah berapa lama & berapa banyak....

Time


Get your own Digital Clock

Followers

Aku..

(Sesungguhnya masa depan kita atau org lain tidak kita ketahui melainkan semuanya adalah didalam pengetahuan ALLAH SWT jua. ) Ini adalah sebuah kisah atau cerita-cerita yang membosankan mengenai kehidupanku sebagai seorang penyelam komersial dalam industri Minyak & Gas.Kepada yang pertama kali masuk blog ni eloklah baca dari entri pertama baru bole faham blog ini sbnrnya...sama mcm kita tgk movie kalau tiba2 je dah kat tgh2 mesti tak faham. kemudian kita terus andaikan yang citer tu tak best.....Anggaplah Tuan/Puan sedang membaca sebuah novel realiti.walau bagaimanapun aku ucapkan terima kasih kerana Tuan/Puan sudi melayan blog `Cap Ayam' aku ni.Hidup sebagai pelaut seperti aku bersesuaian benar dengan ayat dari surah dibawah.

Dialah yang menundukan lautan (sehingga boleh dilayari dipermukaannya atau diselami didasarnya) Supaya kamu dapat makan daripadanya daging yang lembut dan dapat pula mengeluarkan daripadanya perhiasan untuk kamu memakainya.Engkau melihat pula kapal-kapal belayar padanya dan supaya kamu dapat mencari rezeki daripada limpah kurnianya mudah-mudahan kamu bersyukur.

AL NAHL ayat 14.

Cari di Facebook (FB)
ronin newg



ok peace....
( Untuk stori bergambar sila layari melalui engine carian mozila firefox atau google chrome,kerana entah dimana silapnya internet explorer hanya menyiarkan stori tanpa gambar )

Sila Ikuti Kisah Ini Melalui Panduan Bacaan



















Radio Online

Radio Online
Klasik Nasional FM

Panduan Bacaan

Top Commentators

Get this widget here