Dunia Commercial Diver



31 Ogos 2010
Genap 2 tahun aku bersara dari kerajaan setelah berkhidmat selama 18 tahun dengan 14 tahun darinya berkhidmat di Bukit Aman.Setiap kali tibanya hari ulang tahun kemerdekaan Negara ini yang pastinya aku pasti akan ingat kerana itulah tarikh terakhir aku berkhidmat dibawah panji-panji Sang Saka Biru sebagai seorang pejuang kemanan.

`Sekali bergelar pejuang selamanya jiwa ini tetap berjiwa pejuang.Aku hanya berhenti menjadi pejuang tetapi aku tidak pernah meninggalkan perjuangan itu’ .
Semangat patriotik dalam jiwa ini masih tebal.kerana memahami betapa sukarnya mengisi kemerdekaan dan mengekalkan keamanan.Mana mungkin dalam 2 tahun boleh melupakan begitu sahaja semua kenangan-kenangan dan pengalaman sepanjang berkhidmat sebagai pejuang.

Photobucket


Beberapa kali terlibat secara langsung dalam peristiwa-peristiwa besar dan bersejarah dalam Negara dan kerap kali terlibat dengan suasana genting , kritikal dan mencemaskan menyebabkan aku lebih menghargai kedamaian dan keamanan dalam Negara ku.

Telah sering kali melihat kesusahan orang lain dinegara asing lebih menginsafkan aku dan mensyukuri nikmat kemakmuran dan limpahan kemewahan yang dikecapi dibumi Negaraku.

Aku pernah berada `DiSitu’ ketika Negara ini hampir-hampir dijajah dalam bentuk baru.

Aku Pernah berada `Disitu’ ketika `kekalutan’ itu bermula dan masih belum tamat hingga hari ini walau sudah sedekad berlalu.

Aku juga pernah berada `disitu’ dimana `fitnah-fitnah’ itu bermula dan berterusan hingga ke hari ini.

Jauh disudut hati ini berterima kasih dan sangat memahami serta terharu dengan perjuangan orang-orang terdahulu hingga membolehkan negaraku ini MERDEKA.

Jauh disudut hati ini sangat menghargai kemerdekaan itu.

Jauh disudut hati ini sangat menghargai kebebasan beragama disini.

Jauh disudut hati ini sangat menghargai keamanan,kedamaian dan kemakmuran yang dikecapi.

bukit kepongWira-wira Bukit Kepong


Jauh disudut hati ku ini sangat BENCI kepada warga Negara ini yang tidak menghargai semua yang ku hargai itu kerana itu menunjukkan mereka tidak menghargai dan berterima kasih atas pengorbanan yang dilakukan oleh para pejuang kemerdekaan terdahulu hingga sekarang.
Jauh disudut hati ini merasa sedih dengan kesombongan,keangkuhan dan kehancuran generasi muda pasca merdeka ini.

Jauh disudut hatiku sering berkata..kalaulah mereka tau susahnya mengekalkan kemerdekaan dan keamanan ini tentu mereka akan lebih menghargai semua yang dikecapi.

Jauh disudut hatiku sering berkata kalaulah mereka tau seksanya hidup tanpa damai dan tiada merdeka itu..mungkin mereka akan lebih menghargai semua yang dikecapi.



Hanya Doa yang mampu kupanjatkan semoga ALLAH S.W.T terus memelihara bumi Malaysia ku ini.


selam merdeka
Aku kini terus berjuang tapi dengan cara ku sendiri...

Bangga dan menghargai apa yang kukecapi kini kerana aku pernah berada secara langsung didalam sejarah moden Malaysia pasca merdeka

SELAMAT ULANGTAHUN KEMERDEKAAN YANG KE 53 MALAYSIA KU...

8 comments:

Spy Leman,
Salam Kemerdekaan..

Bangganya kita menjadi warga ditanah ini - hanya Tuhan saja yang tahu..

Bila Jalur Gemilang yang kita kibar samada di udara atau dalam dasar laut itu diinjak dan dibakar orang - hanya Tuhan saja yang tahu..

Bila orang kita sendiri masih lagi berkiblatkan budaya yang entah datang dari ceruk mana - hanya Tuhan saja yang tahu..

Agaknya jika negara kita menjadi seperti Palestin - barulah antara kita masing-masing akan buka mata dan buka hati - betapa beruntungnya menjadi anak merdeka.. dan ketika itu sudah tiada makna lagi kesedaran..

Spy Leman, Orang kita masih diulik mimpi-mimpi.. Entah bila mereka akan terjaga..

Saya teringat cerita dari idola Spy Leman - Tun Dr M satu ketika dulu:
Perdana Menteri Yassir Arafat (Arwah) menghantarkan kad ucapan Hari Raya kepada saya, apa yang menyedihkan kad itu dihantar tanpa alamat tidak seperti kad-kad lain - kerana tanah negara mereka dijajah orang asing..

Salam Aidilfitri

Kalaulah semua warga negara ada berfikir mcm Yong Ana alangkah bagusnya...aman...takde gaduh2...

mmm cik leman..hebat sungguh nukilan rasa..
ku harap ianya dapat menjadi peringatan kepada mereka yang alpa atau lupa tentang ertinya Merdeka..Sesungguhnya perkataan Merdeka itu sendri membawa maksud yang besar untuk sentiasa dijunjung dan dipikul oleh semua..

Selamat Menyambut Ulangtahun Kemerdekaan.. very patriotic entry this time..

ala brader joe...itu cuma sedikit luahan hati org tua yg dah pencen je....
(patriotik + terkenang kisah silam)

stella-patriotik sampai mati punya..perjuangan belum selesai

i feel so impressed after read through all this words..i'm proud to be Malaysian and will always do..

after sometimes, baru yesterday sy dapat tonton 'The Malayan Emergency' and 'VET 69' in channel 555..i'm so touched and feel that i'm the luckiest person who grown up in such a peaceful country..

but i dont think it will stay at this level forever as what u said..hmmm..will do everything i can to make sure all of us can live happily in this country

Tash-sy pun tgk malayan emergency tu berulang2 kali rasa terharu.kalaulah semua warga dan semua bangsa punya perasaan insaf yg sama atau semangat patriotik alangkah amannya kita.takdelah para pejuang yg kecewa mcm sy ni... skrg lebih tenang duk jauh dr org dan taknak ambil tau perkembangan didarat sbb rimaslah dgn keserabutan yg timbul atas kesombongan dan keangkuhan bangsa & generasi yg tidak merasa susah.

Time


Get your own Digital Clock

Followers

Aku..

(Sesungguhnya masa depan kita atau org lain tidak kita ketahui melainkan semuanya adalah didalam pengetahuan ALLAH SWT jua. ) Ini adalah sebuah kisah atau cerita-cerita yang membosankan mengenai kehidupanku sebagai seorang penyelam komersial dalam industri Minyak & Gas.Kepada yang pertama kali masuk blog ni eloklah baca dari entri pertama baru bole faham blog ini sbnrnya...sama mcm kita tgk movie kalau tiba2 je dah kat tgh2 mesti tak faham. kemudian kita terus andaikan yang citer tu tak best.....Anggaplah Tuan/Puan sedang membaca sebuah novel realiti.walau bagaimanapun aku ucapkan terima kasih kerana Tuan/Puan sudi melayan blog `Cap Ayam' aku ni.Hidup sebagai pelaut seperti aku bersesuaian benar dengan ayat dari surah dibawah.

Dialah yang menundukan lautan (sehingga boleh dilayari dipermukaannya atau diselami didasarnya) Supaya kamu dapat makan daripadanya daging yang lembut dan dapat pula mengeluarkan daripadanya perhiasan untuk kamu memakainya.Engkau melihat pula kapal-kapal belayar padanya dan supaya kamu dapat mencari rezeki daripada limpah kurnianya mudah-mudahan kamu bersyukur.

AL NAHL ayat 14.

Cari di Facebook (FB)
ronin newg



ok peace....
( Untuk stori bergambar sila layari melalui engine carian mozila firefox atau google chrome,kerana entah dimana silapnya internet explorer hanya menyiarkan stori tanpa gambar )

Sila Ikuti Kisah Ini Melalui Panduan Bacaan



















Radio Online

Radio Online
Klasik Nasional FM

Panduan Bacaan

Top Commentators

Get this widget here