Dunia Commercial Diver



Brace..Brace…Brace….Kita akan Mendarat Kecemasan Dilaut…. suara Pilot yang panic kedengaran diheadset yang dipakai oleh penumpang.Walaupun cuba menunjukan wajah yang tenang namun jelas keadaan adalah tegang.Itulah kata-kata terakhir yang didengar.Beberapa detik kemudian berdebur bunyi air yang kuat disertai dengan hentaman dan gegaran yang kuat apabila helicopter Super Puma yang dinaiki terhempas dan menghentam permukaan air laut lalu tenggelam perlahan-lahan.

Dalam masa beberapa minit kemudian tiba-tiba kedudukan helicopter yang dinaiki terbalik dengan tiba-tiba kerana Enjin dan rotornya yang berat menyebabkannya berpusing mendadak.Panik dan cemas dalam keadaan Tali Pinggang keselamatan masih terikat kemas dibadan.Badan helicopter semakin lama semakin tenggelam dalam keadaan terbalik dimana bahagian bawahnya telah mengadap keatas manakala bahagian kipas atau rotor berada didalam air.Hening,sunyi,gelap dan masa seakan terhenti seketika.Air laut yang masin secara perlahan cuba masuk ketenggorok menyebabkan keadaan bertambah teruk……..


PhotobucketBeginilah keadaan Helikopter didasar laut,cubalah selamatkan diri sebelum ia sampai kedasar.

Demikianlah scenario latihan yang harus kami para pekerja `offshore’ lalui dalam siri latihan `Helikopter Underwater Escape Training’ atau Huet yang dijalankan oleh beberapa Pusat latihan yang memberikan latihan-latihan yang diperlukan oleh pekerja-pekerja dalam industry minyak dan gas.Dalam kursus tersebut kami didedahkan cara-cara tindakan yang betul menyelamatkan diri semasa berlaku kecemasan jika helicopter yang dinaiki melakukan pendaratan cemas dilaut sehingga bantuan dari Pasukan Mencari dan Menyelamat sampai.

augusta

Helikopter adalah salah satu kemudahan pengangkutan yang paling mudah.Didalam era kemajuan teknologi yang semakin pesat ini. Peranan helicopter sebagai kemudahan pengangkutan udara merupakan keperluan yang penting dan mudah.Ini adalah kerana penyelenggaraan helicopter sangat berbeza jika dibandingkan dengan kemudahan pengangkutan darat atau pengankutan laut.Beberapa faktor keselamatan udara boleh dilihat seperti ujian kemampuan pilot secara berkala dan berterusan.Kemampuan dan disiplin terbang pilot sentiasa diuji dan dilakukan secara kerap.dimana perkara seperti ini tiada pada `pilot’ pengangkutan darat atau pun laut.

Selain dari itu perkembangan teknologi helicopter juga semakin lama adalah semakin canggih.Misalnya kemampuan jarak terbang helicopter ada yang boleh mencapai sehingga 21.000 kaki atau beberapa kilometer diatas permukaan darat,ianya hampir menyamai kemampuan jarak terbang pesawat sayap kaku padahal kemampuan kebanyakan helicopter adalah masih rendah.
Kecanggihhan helicopter dalam menjamin keselamatan penumpangnya juga turut didukung oleh teknologi yang sangat tinggi dalam pembuatan dan pemasangan beberapa jenis helicopter.Contohnya beberapa alat bantu keselamatan udara yang hidup secara automatic seperti:Crash Position Indicator (CPI) yang dipasang dirotor belakang yang mana akan berfungsi secara automatic semasa berlaku kecemasan.Selain dari tu ILT,EPIRB dan PLB yang mana kesemuanya adalah merupakan alat keselamatan berteknologi tinggi bagi mengesan helicopter jika terjadi kecemasan dalam memudahkan proses mencari dan menyelamat.

Tindakan ketika Helikopter Jatuh.

`JANGAN PANIC’ Itu adalah tindakan pertama sekali ketika helicopter yang kita naik jatuh kelaut kerana dalam keadaan panic kita tidak mampu untuk berbuat apa-apa malah akan melakukan sesuatu yang membahayakan pula sama ada kepada diri kita sendiri atau bahaya terhadap orang lain.Seperti meronta-ronta dan atau menendang kekiri dan kanan akibat panic boleh menyebabkan kecederaan pula pada kita atau pada orang lain yang berhampiran dengan kita.Malah kita juga akan gagal untuk membuka talipinggang keselamatan yang dipakai.Akibat panic juga kita akan cepat kehilangan kemampuan untuk menahan nafas.Panik adalah perkara biasa bagi sesiapa sahaja tetapi kita haruslah tahu mengendalikan perasaan panic itu dengan baik bagi menyelamatkan diri kita dan orang lain.


Didalam latihan `HUET’ peserta kursus akan dimasukan satu replica berbetuk seperti helicopter sebenar dengan rekabentuk dalaman iaitu susun atur kerusi,pintu dan tingkap seperti susun atur didalam helicopter sebenar.Selepas memakai tali pinggang keselamatan jurulatih akan membuat pengumuman kecemasan seolah-olah pengumuman dari pilot yang memberitahu pesawat akan mendarat kecemasan dilaut.Seterusnya replica tadi akan dijatuhkan keair beberapa ketika sebelum diterbalik.(Simulasi ini dilakukan dikolam renang).

replica heli dlm air
Replika Helikopter yang digunakan untuk latihan HUET

Bagi mengatasi perasaan panic ketika dibawah air dengan kedudukan kita yang terbalik yakni kepala kebawah,hilangkan gelembung udara supaya kita tidak hilang arah atau panduan.tahan nafas dan diam sambil mengira didalam hati satu “ribu...dua ribu....tiga ribu....empat ribu...dan lima ribu....” kemudian apabila gelembung udara sudah tiada diatas kita serta pasti yang kita tidak hilang panduan untuk berenang kerarah mana barulah kita ambil tindakan cuba membuka pintu atau tingkap helicopter manakala dalam masa yang sama tangan yang satu lagi akan membuka tali pinggang keselamatan lalu berenang keluar dari helicopter untuk menyelamatkan diri.

sebelum keluar ikut tingkap
Bertenang dan jangan panik bersedia untuk membuka tingkap dan Talipinggang keselamatan

keluar ikut tingkap
Menyelamatkan diri melalui tingkap


Melakukan tindakan itu secara teorinya kelihatan mudah dan senang tetapi apa yang berlaku adalah sebaliknya apabila dilakukan dalam keaadaan cemas dan panic.Bayangkan apabila helikoter dijatuhkan dan diterbalikan didalam air dengan keadaan kita yang masih terikat ditempat duduk..teknik-teknik yang diajarkan atau diberitahu amat jarang dapat diikuti dengan sempurna.Panik akan menguasai diri dan fikiran.Menambah burukan keadaan apabila air masuk kehidung dan pergi kedalam kepala dan kita pula sedang menahan nafas.Satu pengaman yang menarik tetapi mendebarkan.Senario dan rutin ini akan diulang sebanyak beberapa kali dan kedudukan serta laluan keluar akan ditukar –tukar sama-ada melalui tingkap kiri dan kanan atau melalui pintu kiri dan kanan..
Beberapa tip penting .
-92% penumpang akan selamat jika mendapat maklumat awal dari pilot 1 minit sebelum impak.
-78% penumpang akan selamat jika mendapat maklumat awal kurang dari 11 saat sebelum impak.
-jangan sampai terminum air laut kerana ianya akan mencederakan paru-paru dan menyebabkan sukar bernafas.
-Jangan sesekali membuka talipinggang keselamatan sewaktu helicopter jatuh kerana kita akan kehilangan arah akibat ada barang-barang lain diatas kepala kita ketika helicopter mula terbalik.
-mula membuka tali pinggang keselamatan apabila sudah tiada gelembung udara atau buih,pasti arah mana hendak dituju dan sudah pasti disebelah mana tingkap atau pintu untuk keluar.
-Dan yang paling penting `JANGAN PANIK’

Sewaktu aku masih berkhidmat dengan kerajaan dulu memang selalu juga naik Helikopter semasa bertugas atau latihan tetapi kami dilatih untuk duduk diluar Helikopter dan kami juga dilatih untuk keluar dari helicopter sebelum heli mendarat seperti gambar-gambar dibawah ini......

<>heli duk luar
Jangan cuba sebarang aksi seperti didalam gambar ini dirumah atau diluar rumah tanpa mendapat latihan yang sempurna atau tanpa pengawasan pakar.

<>turun tali
Jangan cuba sebarang aksi seperti didalam gambar ini dirumah atau diluar rumah tanpa mendapat latihan yang sempurna atau tanpa pengawasan pakar.

<>roping
Jangan cuba sebarang aksi seperti didalam gambar ini dirumah atau diluar rumah tanpa mendapat latihan yang sempurna atau tanpa pengawasan pakar.


(KHIDMAT PESANAN RINGKAS) apabila helicopter yang anda naik hampir jatuh sama ada kelaut atau jatuh ketanah maka Kepada yang berugama islam janganlah lupa Mengucap Dua Kalimah Syahadah kalau tak mengucap nanti tak dapat masuk syurga pulak.(kalau mengucap je tapi tak solat tak guna jugak ha ha ha ) pendek kata sendiri mau ingatla....

(Ini adalah entri terakhir kisah berkaitan dengan helicopter terhempas.
Entri akan datang kita akan kembali kepada kisah-kisah penyelam offshore semula.)

0 comments:

Time


Get your own Digital Clock

Followers

Aku..

(Sesungguhnya masa depan kita atau org lain tidak kita ketahui melainkan semuanya adalah didalam pengetahuan ALLAH SWT jua. ) Ini adalah sebuah kisah atau cerita-cerita yang membosankan mengenai kehidupanku sebagai seorang penyelam komersial dalam industri Minyak & Gas.Kepada yang pertama kali masuk blog ni eloklah baca dari entri pertama baru bole faham blog ini sbnrnya...sama mcm kita tgk movie kalau tiba2 je dah kat tgh2 mesti tak faham. kemudian kita terus andaikan yang citer tu tak best.....Anggaplah Tuan/Puan sedang membaca sebuah novel realiti.walau bagaimanapun aku ucapkan terima kasih kerana Tuan/Puan sudi melayan blog `Cap Ayam' aku ni.Hidup sebagai pelaut seperti aku bersesuaian benar dengan ayat dari surah dibawah.

Dialah yang menundukan lautan (sehingga boleh dilayari dipermukaannya atau diselami didasarnya) Supaya kamu dapat makan daripadanya daging yang lembut dan dapat pula mengeluarkan daripadanya perhiasan untuk kamu memakainya.Engkau melihat pula kapal-kapal belayar padanya dan supaya kamu dapat mencari rezeki daripada limpah kurnianya mudah-mudahan kamu bersyukur.

AL NAHL ayat 14.

Cari di Facebook (FB)
ronin newg



ok peace....
( Untuk stori bergambar sila layari melalui engine carian mozila firefox atau google chrome,kerana entah dimana silapnya internet explorer hanya menyiarkan stori tanpa gambar )

Sila Ikuti Kisah Ini Melalui Panduan Bacaan



















Radio Online

Radio Online
Klasik Nasional FM

Panduan Bacaan

Top Commentators

Get this widget here