JUN 2010
Aku dipanggil untuk naik kapal / barge baru iaitu QP2000,barge ini dibuat diChina dan kalau tak silap aku ia kepunyaan syarikat dari India berdasarkan dari namanya iaitu Quippo Prakash 2000.Aku bersama dengan 2 orang lagi rakan ku iaitu diver Jaafar Black dan Diver Jamal Chor,kedua-duanya bekas Navy.
Peringkat awal ini kami buat tugas `mobilisation’ iaitu menyiapkan kelengkapan dan menguruskan susun atur kelengkapan menyelam yang akan digunakan dalam projek yang dirancang.Terlibat dengan tugas `mobilisation’ bukanlah tugas mudah lebih-lebih lagi jika hanya 3 orang sahaja yang terlibat dan perlu menguruskan kelengkapan yang banyak dan berat-berat.Barge ini pula baru keluar dari kilang dan projek yang bakal dibuat adalah projek pertama bagi barge ini.
Oleh kerana barge ini masih baru jadi masih banyak kelengkapan yang kurang dan kami terpaksa bekerja dalam keadaan serba kekurangan.Disinilah segala kemahiran dan inisiatif diperlukan bagi memastikan proses `mobilisation’ kelengkapan peralatan menyelam berjalan lancar dan Berjaya.
Sahabat yang sama-sama bertungkus lumus denganku semasa proses mobilisation
Kerja yang kami buat disini Memang sangat memenatkan dan meletihkan,kerja kami bermula seawal jam 0700 pagi dan kadang-kadang selesai jam 1200 tengah malam.Oleh kerana kami hanya bertiga sahaja dan kami masih tinggal dihotel jadi masih tiada pembahagian shif.Walaupun penat tetapi tiada langsung stress kami bertiga sangat seronok bekerjasama.
Selain dari kami bertiga turut serta dalam proses mobilasation ini ialah seorang diving supritendant dan seorang diving supervisor,tugas mereka lebih kepada peringkat pengurusan dan kertas kerja.Diving Supritendant ni Aku sudah biasa bekerja dengannya sejak tahun 2008 manakala diving supervisor pula berasal dari South Africa juga aku sudah biasa bekerja dengannya sejak awal 2009 lagi jadi aku dah tahu ragam dan kehendak masing-masing dan mereka juga sudah faham sangat dengan perangai dan cara aku bekerja jadi tiada masaalah untuk kami berkerjasama.
Pada masa ini barge masih berlabuh di Pelabuhan Pasir Gudang Johor.Terlalu banyak peralatan yang perlu dipindahkan kedalam barge.Bukan peralatan untuk kerja menyelam sahaja yang perlu dimasukan kedalam barge,peralatan-peralatan dari department lain juga menunggu giliran untuk dimasukan dan disusun diatas barge.Kerja-kerja memunggah masuk berjalan 24 jam selama 5 hari.
Selepas semua peralatan dipunggah masuk kami pun mula belayar kelokasi kerja kami iaitu di lapangan Tangga Barat iaitu satu lapangan yang baru milik Petronas Carigali.Dari Pelabuhan Pasir Gudang Johor pelayaran lapangan minyak Tangga Barat Terengganu Mengambil masa 6 hari.Dilokasi ini kami terlibat dengan kerja memasang platform baru kerana lokasi ini baru dan masih belum mempunyai platform lagi.
Barang-barang sedang dipunggah masuk kedalam barge.Cuba lihat lori kargo itu kelihatan kecil sangat dibandingkan dengan barge.
Mulai dari kami berada di Pasir Gudang sehinggalah sudah berada dilapangan setiap hari kami sangat sibuk dengan susun atur ,memasang dan melengkapkan peralatan,menguji dan mendokumentasikannya.Tugas kami sangat memenatkan kerana waktu itu diver lain belum sampai jadi 2 shif iaitu siang dan malam hanya 2 orang diver sahaja setiap shif yang bekerja.Apabila kapal sampai kelokasi nanti barulah diver lain sampai kekapal dan ketika itu barulah kami boleh menarik nafas lega sedikit kerana sudah ada ramai diver yang boleh membantu kerja-kerja kami.
Sedang menguji panel kawalan yang digunakan untuk aktiviti menyelam....
Bersambung....
5 comments:
Slm, barge nie kelihatan seperti kapal cruise dlm gambar... kenapa diver lain tidak 'turun padang' dalam aktiviti 'mobilisation' sedangkan mereka akan menggunakan 'diving equipment' kemudian.
Abg Spy tidak 'dive' lagi ke?
Hmm mcm cruise dlm gmbr ye..Dalam gmbr macam2 boleh jadi...tapi oklah kapal ni bilik dia ok besar & bilik air pun kat dlm bilik kira okla...
cuma adelah beberapa kekurangan kecil.
pd peringkat awal tak ramai diver yg turun sbb mgkn comp nak jimatkan kos kot..atau mereka rasa mobilise ni tak perlu ramai2,entahala...kita tak tau ape yg comp fikirkan.
Saya masih dive lagi..kali terakhir turun air pd bulan lepas ( April)
3 jam kerja bawah air...
wow! bestnyer... dive 3 jam tp kalau ada 'coral' lagi chanteq :-)
igtkn dah tak dive pabila baca blog earlier, i'm sorry.
Yg penting selesa.. kapal baru lg, tentulah ada kekurangan sedikit ye.
dive utk kerja construction ni dah tk nampak coral tu cantik ke tidak dah...dlm kepala tu nak bg siap skop job tu secepat mgkn..
sbnrnya juga dah lama naik job yg takde dive,byk buat kerja2 on deck je..
kapal baru ni oleh kerana dia made in china so peraltan yg ade atas kapal ni kualitinya agak kurang sikit la
owh! ruginya.. kapal baru tp kualiti kurang :-S
Thanks for the updates.reply :-)
Post a Comment