Dunia Commercial Diver



Selepas bercuti dirumah selama seminggu aku diminta naik kapal semula kerana waktu ini adalah penghujung bulan Ramadhan jadi ramai diver yang beragama islam yang hendak balik untuk menyambut Aidilfitri didarat manakala diver yang berada didarat pula tidak mahu naik sehingga lepas hari raya.Waktu aku naik kapal kali ini lagi 4 hari umat islam akan menyambut 1 Syawal.Aku terpaksa korbankan cuti hari raya tahun ini kerana selepas hari raya nanti aku ada rancangan dan program peribadi.

Apabila tiba 1 Syawal aku bersama krew-krew lain yang beragama islam sama-sama menunaikan solat sunat Aidilfitri diatas kapal.Solat sunat Aidilfitri hari tu dalam keadaan hujan renyai-renyai yang telah turun sejak malam lagi dan sesekala akan menjadi lebat sekejap dan kemudian renyai-renyai semula,sungguh suram pagi Syawal itu.Entah kenapa aku sedikit pun tak berasa sedih kerana beraya diperantauan.Apa yang membuatkan aku sedih adalah berpisah dengan bulan Ramadhan yang mulia dan penuh berkah itu.Apakah akan berjumpa lagi dengan Ramadhan yang akan datang....hanya Allah SWT sahaja yang maha mengetahui....

menyiapkan tmptBerbagai kaum membantu menyiapkan tempat untuk solat sunat Aidilfitri


PhotobucketSebahagian yang hadir untuk solat sunat Aidilfitri pagi itu


Seminggu selepas umat islam menyambut 1 Syawal ada `crew change’ lagi yang mana krew yang sudah lama berada atas kapal (60 hari) akan pulang dan digantikan dengan krew baru yang masih fresh setelah bercuti didarat.Diantara krew yang pulang adalah dari kalangan diver. Selain dari diver ada juga Technician diver

suasana crew change suasana semasa crew change dimana krew yang sudah cukup hari akan pulang dan krew pengganti akan sampaii


Diver yang datang kali ini sebahagian kecil adalah kalangan diver yang agak lama dan berpengalaman juga.Ada juga diver yang merasakan dirinya cukup lama atau cukup berpengalaman supaya orang lain Nampak mereka ni kelihatan hebat sedangkan takdalah hebat pun (perasan je lebih) Bila dah ramai-ramai ni so macam-macam kepala ada.Ada yang kaki lawan,kaki temberang,kaki judi,kaki malas,kaki ubat batuk,kaki tidur,kaki tunjuk hebat,kaki kerja,dan macam-macam lagilah perangai di offshore ni.Apabila elemen-elemen ini digabungkan maka akan berlakulah konflik dan politik serta akan menimbulkan rasa tidak selesa ditempat kerja.Tapi aku tetap dengan caraku sendiri...kerja dan kerja sahaja.

Aku masih boleh bertahan dengan segala konflik dan politik selagi orang tak ganggu aku sudah....sebab aku pun tak ganggu orang......sehinggalah suatu ketika aku sendiri yang menjadi mangsa permainan politik kepada politikus-politikus keparat yang mentah ini.Turut menjadi mangsa adalah sahabat baikku bekas Navy yang kukenal sejak 17 tahun dulu.


Apabila sudah tak tahan lagi maka dalam mesyuarat aku suarakan rasa hatiku yang sedang panas itu dalam bahasa Inggeris kelas tinggi (konon-konon) yang sopan,lembut dan penuh diplomasi namun tetap menusuk hingga ke kalbu kepada mereka-mereka yang berkenaan (yang makan cili terasalah pedasnya,termasuklah Mat Saleh jugak).Namun begitu aku minta maaf terlebih dahulu pada mereka andai apa yang kukatakan akan buat mereka terasa kerana alasanku ialah aku tak pandai sangat bahasa inggeris jadi mungkin aku telah menggunakan ayat atau perkataan yang salah.Yang pastinya aku telah memberi amaran secara diplomasi dan kiasan supaya aku tidak dibabitkan dalam sebarang permainan politik kerana aku sudah berada dalam suasana politik yang lebih hebat dari ini lebih lebih lama dari politikus - politikus mentah ini.

4 hari Selepas mesyuarat itu aku pun minta pulang kerana ada masaalah peribadi yang perlu diselesaikan didarat.Lalu aku pun minta dari supritendant agar dapat aturkan pengganti supaya aku dapat pulang untuk menyelesaikan masaalah dirumahku.Dalam hatiku sentiasa bersangka baik dan sentiasa yakin adanya hikmah disebalik setiap perkara yang berlaku.Aku pulang bersama dengan sahabatku bekas Navy yang sakit lutut kerana Gout.

PhotobucketAntara sahabat yang mengucapkan selamat pulang kepadaku beliau dengan baju hospitalnya...(Taulah dulu keje hospital....)


Redha-HANYA ALLAH DALAM HATIKU, makhluk ciptaannya hanya dalam kehidupan harianku sahaja.Rezeki untukku datang dari Allah bukan dari makhluk ciptaannya kerana Allah yang mengaturkan segalanya bagiku.

Khidmat pesanan ringkas-apabila hanya ALLAH yang kamu besarkan dalam hatimu maka makhluk lain hanya sebesar kuman bagimu.

4 comments:

Salam Tuan, budak2 baru diver macam mana lak attitude kebiasaan diorang?

Diver2 baru ni ade yang ok & ade gak yang tak ok,same je...ade yg masih baru tp ckp banyak mcm dah lama kerja,mcm tau sume...ade jgk yg bagus,merendah diri,tak malu bertanya nak belajar,ade yang tak tau kerja tp buat2 mcm tau..org kata bodoh sombong gitulah...tapi sebenarnya pokok pangkalnya itu sikap & attitude peribadi masing2...kita tak boleh ubah mereka,hanya mereka yg boleh ubah sikap sendiri kita boleh tegur & nasihat itupun kalau mereka boleh ditegur...kalau nak jd diver ni pendapat saya ialah kalau tak pandai kerja kita boleh belajar tp kalau takde disiplin hmm sendiri mau ingatla...org lama pun malas nk layan....

Saya sendiri pun masih baru dan masih belajar setiap hari segan nak ajar org takut salah...

Salam bro,

bang sy tau all the stories about politik2 ni...quite a big issued..vessel TP kan..sape kepala dia pun saya tau..its ok bro..tu semua warna warni dunia diving. all d best!!

rgds,

procurement,oss

Bro Anoynymous
ini bkn politik job yg TP tu,ni job dgn comp lain & location lain.
Yg job TP tu sy tak kena catur (politik) so sy tak ambik serius sgt..

Any way t.kasih layan blog cap ayam ni....

Time


Get your own Digital Clock

Followers

Aku..

(Sesungguhnya masa depan kita atau org lain tidak kita ketahui melainkan semuanya adalah didalam pengetahuan ALLAH SWT jua. ) Ini adalah sebuah kisah atau cerita-cerita yang membosankan mengenai kehidupanku sebagai seorang penyelam komersial dalam industri Minyak & Gas.Kepada yang pertama kali masuk blog ni eloklah baca dari entri pertama baru bole faham blog ini sbnrnya...sama mcm kita tgk movie kalau tiba2 je dah kat tgh2 mesti tak faham. kemudian kita terus andaikan yang citer tu tak best.....Anggaplah Tuan/Puan sedang membaca sebuah novel realiti.walau bagaimanapun aku ucapkan terima kasih kerana Tuan/Puan sudi melayan blog `Cap Ayam' aku ni.Hidup sebagai pelaut seperti aku bersesuaian benar dengan ayat dari surah dibawah.

Dialah yang menundukan lautan (sehingga boleh dilayari dipermukaannya atau diselami didasarnya) Supaya kamu dapat makan daripadanya daging yang lembut dan dapat pula mengeluarkan daripadanya perhiasan untuk kamu memakainya.Engkau melihat pula kapal-kapal belayar padanya dan supaya kamu dapat mencari rezeki daripada limpah kurnianya mudah-mudahan kamu bersyukur.

AL NAHL ayat 14.

Cari di Facebook (FB)
ronin newg



ok peace....
( Untuk stori bergambar sila layari melalui engine carian mozila firefox atau google chrome,kerana entah dimana silapnya internet explorer hanya menyiarkan stori tanpa gambar )

Sila Ikuti Kisah Ini Melalui Panduan Bacaan



















Radio Online

Radio Online
Klasik Nasional FM

Panduan Bacaan

Top Commentators

Get this widget here