Diperingkat awal iaitu 2 bulan pertama di job ini aku seronok dan happy sangat walaupun kerja-kerja yang dilakukan agak memenatkan dan sudah lari sedikit dari tugas hakiki ku sebagai `air diver’.Disini kami tidak diving kerana sudah lumrahnya jika buat job `jacket installation’ memang tiada diving atau terlalu sedikit diving.Jika ada pun mungkin 2 atau 3 kali dive sahaja itupun bergantung kepada keadaan.
Jacket (kaki Platform yang telah ditegakkan)
Kami lebih banyak membantu `dive technician’ kami membuat kerja-kerja memasang peralatan-peralatan pada `saturation system’ dan buat beberapa fabrikasi kepada keseluruhan system atau peralatan pasukan menyelam yang ada diatas barge ini sama ada untuk `air dive system’ atau `saturation diving system’.Selain dari tu kami juga akan mengemas kini segala dokumentasi yang diperlukan untuk sesuatu projek.Untuk makluman-setiap peralatan yang digunakan untuk kerja-kerja offshore perlu ada `certificate’ dan sesetengahnya perlu menjalani pemeriksaan berjadual yang ditetapkan dan mestilah dalam keadaan baik untuk digunakan.
Dive technician kami yang berasal dari Indonesia,kerja bagus tapi sayang dapat gaji kecik.
Entah apalah yang dimenungkan agaknya tu....
Hari berganti hari,minggu berganti minggu walaupun kerja agak teruk juga dan ditambah pula sudah masuk bulan Ramadhan tapi aku happy dan seronok kerana Team member aku semua best-best.Walaupun berpuasa,panas dan penat tapi aku enjoy lebih-lebih lagi sekarang aku tengah giler belajar welding dengan salah seorang team member aku yang dulunya adalah seorang bekas welder.Sewaktu beliau masih menjadi welder dulu beliau dikenali sebagai antara welder yang hebat dan handal.Tapi sekarang beliau sudah jadi diver dan berada 1 shif dengan aku.Setiap hari aku akan membantu beliau buat kerja-kerja fabrikasi dan welding,jadi secara tak langsung juga setiap hari aku akan turut buat latihan praktikal welding.
Aku dan Leley sedang menjahit besi dengan api (welding) dan yang menariknya kami sedang berada diatas silinder gas campuran (oksigen + helium)
Cikgu welding aku ni dikenali ramai dengan nama Leley...(kelakarnya nama).Selain dari leley ada 2 orang lagi turut mengajar aku welding dan cara-cara nak potong besi dengan api iaitu Miji Budak Setan dan pakar potong besi dengan api (fitter) bernama Lan Jbong.bekerja atau belajar dengan mereka-mereka ni aku kena banyak bersabar dan berfikiran terbuka selalu sebab mereka ni jenis mulut takde insuran punya.Aku selalu kena kutuk dan kena gelak setiap kali buat silap masa belajar welding,tapi sabar jelah....sebab nak belajar....
Lan Jbong sedang menunjukan skillnya.Dia sedang memotong besi tempat dia duduk tu,Hebat sekali....
Lan Jbong adalah salah seorang pemotong besi dengan api atau lebih dikenali sebagai `fitter' yang agak handal dalam kelompoknya.Beliau berasal dari Terengganu dan sentiasa bercakap dalam dialek Terengganu yang pekat ketika berkomunikasi termasuk juga ketika bercakap dengan Mat Saleh.Miji Budak Setan pula ialah welder bertangan kidal yang mempunyai sejarah hitam ketika naik Heikopter ke Offshore suatu ketika dulu.
Miji budak setan dia suka kacau orang tengah buat kerja sebab tu orang panggil budak setan
Setiap hari aku dan cikgu-cikgu weldingku akan pikul besi,ukur besi,potong besi dan jahit besi....pendek kata memang fun dan menyeronokan sekali walaupun penat dan letih.Ketika tempoh aku berada di offshore sudah hampir 60 hari tiba-tiba aku dapat berita dari rumah yang anak sulungku terlibat dengan kemalangan motosikal dan dimasukan kehospital kerana kakinya patah.Aku pun mendapat cuti dan hikmahnya dapatlah aku berpuasa didarat bersama keluargaku.Cuti didarat juga aku manfaatkan sepenuhnya dengan bersolat tarawih dimasjid bersama-sama dengan anak-anak dan isteriku.
Nota kaki – Entri kali ini adalah sebagai penghargaan kepada cikgu-cikgu welding ku.Leley,Lan Jbong & Miji.

6 comments:
Slm agn... antara menjahit besi dlm air & di atas silinder gas, mana yg lbh mencabar??
Welding & fitting ini part of jacket ke / ada tujuan lain besi2 tue?
menjahit besi dlm air lebih mencabar sbb susah nak nampak sbb cahaya yg silau,buih yg terhasil dan kdg2 visiblity yg tak bagus..
ape yg kami (diver)buat welding & fitting tu utk dipasang atau utk melengkapkan equipment2 diving contohnya kontena2 yg berisi kelengkapan kdg2 disusun bertingkat jd ia perlukan tangga utk naik dan salah satu yg kami welding ialah buat tangga dan handrail atau walkway....
salam tuan,
apa khabar? kami di KL Hyperbaric merindui bayangan tuan yang penuh aura. Ada di mana sekarang ni? Bila turun darat? Kami ada nak minta pandangan sikit. Kena rujuk dengan pakar (pihak tuan). Nanti email saya atau bagi saya facebook contact. Makacih...
Regards,
amir
Khabar Baik Tuan Amir,
Maaf kerana lama menghilang atas tuntutan kewajipan urusan dunia....
InsyaAllah saya akan hubungi..
salam encik..
Disebabkan encik berpengalaman dalam Oil and Gas nie.. Mohon Pandangan dari pihak encik
Adakah kursus Vibration Specialist mempunyai pasaran kerja yang meluas dalam dunia Oil and gas, Plant, etc ? -Azlan-
Maaf Tuan sy tak brp arif pasal vibration specialist ni,tp kemungkinan masih ade peluang dlm oil & gas ni sbbnya bidang ni byk cabang dan mmg perlukan specialist2 tertentu,jika tidak di offshore pun mgkn di power plant atau di rifenery perlukannya.Tetapi Tuan boleh cuba2 masuk kat grup malaysia offshore community di FB kemungkinan ade sesuatu info yg tuan boleh dpt disitu
Post a Comment