Dunia Commercial Diver



Suatu hari seorang sahabat yang baik saudara Amirullah Hamzah dan isterinya Pn Rahmah Shafie telah meng `offer’ aku untuk menyertai kursus `Primary Hyperbaric Medicine’ yang diadakan di Klinik kendaliannya di Hiperbaric Centre di Taman Tasik Titiwangsa Kuala Lumpur.Ini adalah kursus seumpamanya yang pertama dianjurkan di Malaysia.Kursus ini diadakan selama 5 hari.


En amir memperkenalkan pensyarah Saudara Amir sedang memperkenalkan pensyarah kami dan berdiri disebelahnya ialah Pn Rahmah.


Ini satu peluang baik bagi fikiranku kerana aku memang sangat berminat dengan apa sahaja ilmu tentang perubatan lebih-lebih lagi berkait dengan hyperbaric kerana sangat berkait rapat dengan tugas ku sebagai Diving Medical Technician.

Sahabat aku ni dan isterinya adalah Certified Hiperbaric Technologist atau CHT lulusan dari Amerika,kalau tak silap aku yang betul-betul Certified Hiperbaric technologist di Malaysia ada tak sampai 5 orang tapi yang masih aktif hanya mereka berdua sahaja dan sekarang mereka mengendalikan klinik hyperbaric khusus untuk merawat penyakit-penyakit yang boleh dirawat menggunakan kaedah Terapi Oksigen hyperbaric (HBOT).
Bagi mereka yang tak tau apa itu Terapi Oksigen hyperbaric (HBOT) aku akan ceritakan serba sedikit tentang kaedah ini dalam entri yang akan datang.(entri no 53)

Sahabat aku suami isteri ini pada awalnya menganjurkan kursus ini untuk semua kakitangannya memandangkan mereka dalam proses pembesaran dan pembukaan beberapa cawangan lagi jadi mereka memerlukan kakitangan yang benar-benar terlatih,mahir,berilmu dan faham tentang konsep perubatan hyperbaric ini .
Aku dipelawa menyertai kursus ini kerana kebetulan aku seorang DMT dan juga mungkin kerana beliau memang baik hati nak beri aku peluang ini....

Selain dari aku yang bukan kakitangan Klinik Hiperbaric turut serta ialah dua orang doctor masing-masing dari Hospital Kuala Lumpur dan HUKM.Selain dari kami peserta lain adalah kakitangan klinik Hiperbaric Kuala Lumpur sendiri yang terdiri dari anak-anak muda lulusan universiti dengan jurusan yang hebat-hebat belaka,bukan setakat jurusan yang mereka ambil di university hebat-hebat dan susah yang mana bukan calang-calang student boleh `bawak’ tetapi aku difahamkan keputusan yang mereka perolehi juga amat baik dan membanggakan.Dalam kursus ini hanya aku seorang sahaja yang berkelulusan SPM (hebat gak tu,kalau cikgu yang selalu kata aku jahat masa sekolah dulu tau yang aku sekarang duk satu kelas dengan orang pandai2 mesti dia bangga punya).


gmbr kenangan beramai.. Peserta-peserta kursus Perubatan hipebaric,duduk dibahagian depan semuanya Doktor.


Selama 5 hari kursus ini berjalan penuh dengan kelas teori yang memang sarat dengan ilmu yang sangat berguna disertakan juga latihan praktikal pada sebelah petang.


penerangan praktikal Peserta kursus mendengar dengan teliti penerangan yang disampaikan oleh salah seorang pensyarah.


Pensyarah-pensyarah yang mengajar didatangkan terus dari Amerika yang terdiri dari 3 orang bergelar doctor yang sangat pakar dan mahir dalam bidang ini.Mereka ialah
Dr Paul J.Sheffield -President,International ATMO,Inc.San Antonio Texas,
Dr Thomas M.Bazutto-Medical Director Phoebe Wound Care and Hiperbaric Center Albany,Geogia.
Robert B.Sheffield -Director of Education,International ATMO,Inc. San Antonio Texas.
boleh aku kategorikan salah seorang dari mereka iaitu Dr Paul J.Shefield adalah lagenda kerana telah berkecimpung dalam bidang hyperbaric ini sejak tahun 60an lagi dari muda sampai dah tua tapi masih gagah dan sihat dan boleh mengajar dengan sangat baik sekali (dengan Bahasa Inggeris aksen texas cowboinya).Mereka juga telah melihat berbagai perubahan dan peningkatan kemajuan dalam kaedah perubatan hyperbaric.

Sabjek yang diajar memang sangat menarik sekali .Mereka bukan sahaja mengajar malah telah menghasilkan beberapa buah buku berkaitan dengan perubatan hyperbaric dan juga menjadi tempat rujukan kepada pelbagai agensi kerajaan dan swasta berkaitan sebarang masaalah perubatan hyperbaric.Pendek kata aku benar-benar teruja dan rasa begitu bertuah mendapat peluang ini (walaupun dalam kelas sesekali terlena namun tetap teruja). Tamat kursus bermakna bertambah setingkat lagi ilmu pengetahuan aku berkaitan hiperbaric


dgn dr sheffield Bergambar kenangan dengan pakar hiperbarik DR Paul J.Shefield sambil beliau memegang buku hasil tulisannya.



jln2 kl Selesai kursus dan sebelum mereka pulang ke US sempat juga aku bawa mereka melawat sekitar K.L



Entri akan datang - Apa itu Terapi Hiperbarik Oksigen

3 comments:

nice entry... masih mengekalkan muka tu di padam.. hahaha

Salam,
CHT tu singkatan utk 'Certified Hyperbaric Technologist'

hehe..btw nice post. i loike ur blog!

Terima Kasih Banyak krn membetulkan kesilapan tu,tersilap....
T.kasih jgk kerana loike....:)

Time


Get your own Digital Clock

Followers

Aku..

(Sesungguhnya masa depan kita atau org lain tidak kita ketahui melainkan semuanya adalah didalam pengetahuan ALLAH SWT jua. ) Ini adalah sebuah kisah atau cerita-cerita yang membosankan mengenai kehidupanku sebagai seorang penyelam komersial dalam industri Minyak & Gas.Kepada yang pertama kali masuk blog ni eloklah baca dari entri pertama baru bole faham blog ini sbnrnya...sama mcm kita tgk movie kalau tiba2 je dah kat tgh2 mesti tak faham. kemudian kita terus andaikan yang citer tu tak best.....Anggaplah Tuan/Puan sedang membaca sebuah novel realiti.walau bagaimanapun aku ucapkan terima kasih kerana Tuan/Puan sudi melayan blog `Cap Ayam' aku ni.Hidup sebagai pelaut seperti aku bersesuaian benar dengan ayat dari surah dibawah.

Dialah yang menundukan lautan (sehingga boleh dilayari dipermukaannya atau diselami didasarnya) Supaya kamu dapat makan daripadanya daging yang lembut dan dapat pula mengeluarkan daripadanya perhiasan untuk kamu memakainya.Engkau melihat pula kapal-kapal belayar padanya dan supaya kamu dapat mencari rezeki daripada limpah kurnianya mudah-mudahan kamu bersyukur.

AL NAHL ayat 14.

Cari di Facebook (FB)
ronin newg



ok peace....
( Untuk stori bergambar sila layari melalui engine carian mozila firefox atau google chrome,kerana entah dimana silapnya internet explorer hanya menyiarkan stori tanpa gambar )

Sila Ikuti Kisah Ini Melalui Panduan Bacaan



















Radio Online

Radio Online
Klasik Nasional FM

Panduan Bacaan

Top Commentators

Get this widget here