Dunia Commercial Diver





Tugas kali ini melibatkan dua fasa atau jenis tugas untuk projek pembanggunan lapangan baru yang dipanggil `Berantai field’.Lapangan ini adalah dalam zon ekonomi ekslusif dan jaraknya kira-kira 190 km dari kemaman,kalau tak silap ianya berhampiran dengan lapangan minyak Exxon Mobil.Projek membangunkan lapangan minyak Berantai Field ini Berjaya diperolehi oleh syarikat Petrofac dari UK.dimana pegangan sahamnya adalah 25% Kencana Petroleum,25% lagi Sapura Crest manakala 50% saham lagi dipegang oleh Petrofac sendiri.Kalau tak silap aku ini adalah antara projek terawal Petrofac di Malaysia selain dari projek dilapangan Chendor oil fiel dengan kerjasama dari Petronas dan Syarikat tempatan seperti Kencana dan Sapura Crest petroleum.

Tugas aku diatas kapal ni adalah sebagai `Saturation support’ dimana aku tak perlu menyelam sebab yang buat tugas menyelam kali ni semuanya Sat.diver kerana kedalaman air  dilokasi ini melebihi tahap bekerja bagi `air diver’ seperti aku.Sat.support hanya 4 orang sahaja bagi setiap shif. Tugas Sat diver untuk job ini ialah memasang alat pelancar bagi satu alat yang dipanggil PIG bagi membersihkan bahagian dalaman saluran paip yang baru diturunkan kedasar bagi membolehkan ujian ketahanan dijalankan.Selain dari membersihkan bahagian dalaman paip tersebut PIG tadi juga boleh digunakan bagi mengesan jika terdapat sebarang kerosakan dibahagian dalaman paip.Selepas Engineer dari pihak client berpuas hati dengan ujian yang dijalankan barulah ujian ketahanan (Pressure test) dijalankan.

Proses ujian ketahananan ini dilakukan selama 15 jam.Dimana air akan dipam masuk kedalam saluran paip bersama dengan pewarna lalu dipam dengan tekanan tahap tertentu secara berperingkat-peringkat bagi mengesan jika terdapat kebocoran dimana2 bahagian.Secara logik dan mudah ialah jika tekanan berkurangan maka mungkin ada kebocoran dan perwarna akan keluar dimana-mana bahagian paip yang bocor itu jadi ianya lebih mudah dikesan .Kemudian selepas ujian ketahanan selesai maka Sat diver akan dihantar turun semulakedalam air bagi  membuka semula alat pelancar tersebut dan  kren akan mengangkat semula alat tersebut keatas dek kapal.Tugas ini perlu dilakukan oleh manusia kerana ROV masih belum mampu melakukannya lagi.
Inilah Alat untuk melancarkan PIG kedalam saluran paip bagi tujuan pemeriksaan atau pembersihan.

Selesai satu fasa maka kapal ini pun belayar pulang ke Pelabuhan Pasir Gudang semula bagi menurunkan peralatan yang sudah selesai digunakan dalam fasa 1 projek dan bagi mengambil peralatan-peralatan lain yang akan digunakan untuk tugas dalam fasa kedua pula,selain dari mengambil stok makanan dan mengisi minyak kapal semula.Untuk fasa seterusnya ialah melabuhkan saluran paip fleksibel kedasar laut dari satu platform ke platform yang lain.

Inilah beberapa contoh rupa bentuk alat yang dipanggil PIG yang digunakan sama ada untuk tujuan pembersihan atau pemeriksaan bahagian dalaman sluran paip.
Bersantai macam atas kapal mewah lagaknya.....


Apabila sampai diJohor Port grup yang paling sibuk ialah grup rigger dan welder.Manakala bagi diver-diver pula hanya berehat-rehat sahaja kerana takde kerja yang perlu dilakukan sejak dari hari `saturation diver’ menyiapkan fasa 1 lagi.Selama beberapa minggu kami diver-diver hanya bersantai-santai sahaja macam bercuti atas kapal pesiaran mewah lagaknya.Aku mengambil kesempatan dari waktu yang terluang itu dengan banyak berjogging diGymnasium dan mengayuh `basikal bodoh’ bagi mengembalikan stamina yang dah lama hilang.Syukur pada Allah kerana beri kemudahan ini,dah lama aku tak dapat kerja senang macam ni.

`Basikal Bodoh' yang ada didlam Gym diatas kapal ini
Selain dari berehat-rehat dikapal kami juga akan pergi melawat geng-geng diver lain yang berada atas kapal Sapura yang lain iaitu barge Interprise 3 yang kebetulan berada di Pelabuhan ini juga sedang bersiap-siap untuk jalan projek dilapangan Exxon Mobil.


Sudut info
Menurut Dictionary of Oil Industry Terminology
Pig
Bullet-shaped, cylindrical or spherical capsules which are inserted into a pipeline flow and travel along it with the fluid. Their primary purpose is to scrape the pipeline clean or rush, wax, or other deposits, or in a gas pipeline, slugs or liquid from low points in the line. Caliper Pigs also measure the pipeline as they travel, and ‘smart’ or ‘intelligent’ pigs contain various instruments to monitor pipeline condition and integrity. Pig Launchers and Pig Traps are the arrangements of valves etc. through which pigs are inserted into and extracted from a line.

Basikal Bodoh-Ialah basikal Gym dipanggil bodoh kerana walau dikayuh selama 10 jam ia tetap duduk bodoh disitu tak sampai kemana-kemana...(jgn marah)




6 comments:

hmmmm... penerangan yg diberikan jelas dan sy yg x tau apa2 pun leh faham citer awk ni.. interesting life.. teruskan menulis..

OO gitu...
Terima Kasih kerana masih mengikuti,
dan beri sokongan...InsyaAllah akan terus menulis selagi rajin...

Salam saudara "Spy Leman"

Bagaimanakah cara untuk saya berhubung
dgn saudara? Saya amat tertarik dgn cerita yang saudara tulis.

mohon untuk berhubung dgn saya melalui email berikut (haizamh@gmail.com)

Terima Kasih.

En Haizam Fikri Hassan

T.kasih kerana berminat dgn blog kampung saya ni...
Sbnrnya kat blog tu ade tulis mcm mana nak cari saya.
Saya boleh ditemui di FB dgn nama
ronin newg

T.Kasih

Salam.. menarik.. kisah mula dan sekarang.. yg bestyeh siap ada date lagi nk update blog bile.. mantap2.. btw.. saya try nak add fb tak dpt cari.. leh add saya tak? mzulfadli89@yahoo.com

Salam..bang...mcm mne sy mahu jadi diver mcm abg..merate dh sy cari info tp sy x jmpe2 jgk..sy btol2 bminat..

Time


Get your own Digital Clock

Followers

Aku..

(Sesungguhnya masa depan kita atau org lain tidak kita ketahui melainkan semuanya adalah didalam pengetahuan ALLAH SWT jua. ) Ini adalah sebuah kisah atau cerita-cerita yang membosankan mengenai kehidupanku sebagai seorang penyelam komersial dalam industri Minyak & Gas.Kepada yang pertama kali masuk blog ni eloklah baca dari entri pertama baru bole faham blog ini sbnrnya...sama mcm kita tgk movie kalau tiba2 je dah kat tgh2 mesti tak faham. kemudian kita terus andaikan yang citer tu tak best.....Anggaplah Tuan/Puan sedang membaca sebuah novel realiti.walau bagaimanapun aku ucapkan terima kasih kerana Tuan/Puan sudi melayan blog `Cap Ayam' aku ni.Hidup sebagai pelaut seperti aku bersesuaian benar dengan ayat dari surah dibawah.

Dialah yang menundukan lautan (sehingga boleh dilayari dipermukaannya atau diselami didasarnya) Supaya kamu dapat makan daripadanya daging yang lembut dan dapat pula mengeluarkan daripadanya perhiasan untuk kamu memakainya.Engkau melihat pula kapal-kapal belayar padanya dan supaya kamu dapat mencari rezeki daripada limpah kurnianya mudah-mudahan kamu bersyukur.

AL NAHL ayat 14.

Cari di Facebook (FB)
ronin newg



ok peace....
( Untuk stori bergambar sila layari melalui engine carian mozila firefox atau google chrome,kerana entah dimana silapnya internet explorer hanya menyiarkan stori tanpa gambar )

Sila Ikuti Kisah Ini Melalui Panduan Bacaan



















Radio Online

Radio Online
Klasik Nasional FM

Panduan Bacaan

Top Commentators

Get this widget here