Dunia Commercial Diver





Selesai memunggah keluar barang-barang yang sudah selesai digunakan dalam fasa 1 projek di Berantai Field maka proses memunggah masuk barang yang akan digunakan dalam fasa kedua pulak bermula.Selama seminggu juga kapal berada di Johor port sebelum belayar semula ke lokasi di Berantai oil field kira-kira 190km dari Kemaman Supply base.

Krew dan diver saling membantu menganggkat bekalan makanan yang baru sampai untuk dimasukan kedalam kapal
Pelayaran ke lokasi mengambil masa lebih kurang 30 jam lebih dari Johor port.Sampai dilokasi fasa kedua terus dijalankan.kali ini adalah melabuhkan saluran paip kedasar laut antara drilling platform ke Floating Platform Storage Offshore/Offloading (FPSO).Yang menariknya ialah saluran paip yang digunakan adalah dibuat dari plastic dan ianya walaupun bukanlah pertama kali digunakan di Malaysia tetapi tidak banyak digunakan dan sangat jarang kerana harganya yang sangat mahal berbanding saluran paip yang biasa.Aku bangga jugaklah kerana terlibat dengan projek ni sebab terlibat dengan syarikat yang  baru beroperasi di Malaysia,projek di lapangan minyak yang baru diteroka dan paip yang digunakan pula adalah yang lain dari yang biasa digunakan di Malaysia.Jadi lepas ni kalau ada lagi projek-projek yang seumpamanya tidaklah aku tercengang-cengang macam orang tak sekolah.Itulah gunanya bekerja dan bercampur dengan syarikat-syarikat dari luar Negara supaya teknologi dan kemahiranya dapat kita serap dan miliki.

Saluran Paip fleksibel ini datang dalam bentuk gulungan yang besar perhatikan pekerja yang mengendalikan gulungan paip itu kelihatan sangat kecil..

Saluran paip ini datang dalam gulungan reel yang besar dan panjangnya melebihi 1000 meter setiap 1 gulungan.Cukup seminggu fasa melabuhkan saluran paip fleksibel sudah siap 3 reel dan kapal pun belayar semula pulang ke Johor Port untuk mengambil lagi 2 reel kerana kalau tak silap aku semuanya ada 5 reel.Waktu ini aku sudah beberapa hari ditimpa demam dan batuk yang agak teruk juga.Yang tak tahan nya bila batuk aku rasa sakit sangat dibahagian dada dan bila minta ubat batuk di klinik kapal ini medic bagitau yang ubat batuk jenis syrup hanya ada 1 botol sahaja dan beliau hanya boleh beri aku setengah sahaja dari ubat tersebut teruk punya klinik daa.Semasa batuk menyerang pula aku akan batuk sangat kuat dan menyebabkan aku sangat sakit dibahagian tekak dan bahagian dada juga.Bila aku batuk dengan kuat maka akan membuatkan orang lain juga rasa tak selesa apatah lagi aku sendiri.

Peralatan ubat-ubatan yang lain banyak tapi ubat batuk syrup je yang takde,kesian....dan seperkara lagi yang buat aku berasa pelik sikit ialah kapal ni kapal Org Putih tapi ubat-ubatnya banyak yang buatan China.
Bagi mengelakkan keadaan menjadi lebih teruk maka sebaik sahaja kapal sampai di Johor Port maka aku pun segera minta balik sebab nak mendapatkan rawatan di hospital di KL.Biarlah tak dapat teruskan job ni pun tak megapalah asalkan yang penting aku sihat.

Selepas seminggu mendapatkan rawatan di KL batuk ku beransur pulih dan aku sudah sedia untuk beraksi kembali dilaut....

Lupa nak citer,masa kapal ni singgah kat Johor Port beberapa hari untuk mengambil peralatan baru sempat juga aweks2 (kakitangan syarikat) ni buat acara potong kek bithday salah seorang dari mereka.Dapat jugalah aku merasa sepotong kek sigadis manis.






Tugas kali ini melibatkan dua fasa atau jenis tugas untuk projek pembanggunan lapangan baru yang dipanggil `Berantai field’.Lapangan ini adalah dalam zon ekonomi ekslusif dan jaraknya kira-kira 190 km dari kemaman,kalau tak silap ianya berhampiran dengan lapangan minyak Exxon Mobil.Projek membangunkan lapangan minyak Berantai Field ini Berjaya diperolehi oleh syarikat Petrofac dari UK.dimana pegangan sahamnya adalah 25% Kencana Petroleum,25% lagi Sapura Crest manakala 50% saham lagi dipegang oleh Petrofac sendiri.Kalau tak silap aku ini adalah antara projek terawal Petrofac di Malaysia selain dari projek dilapangan Chendor oil fiel dengan kerjasama dari Petronas dan Syarikat tempatan seperti Kencana dan Sapura Crest petroleum.

Tugas aku diatas kapal ni adalah sebagai `Saturation support’ dimana aku tak perlu menyelam sebab yang buat tugas menyelam kali ni semuanya Sat.diver kerana kedalaman air  dilokasi ini melebihi tahap bekerja bagi `air diver’ seperti aku.Sat.support hanya 4 orang sahaja bagi setiap shif. Tugas Sat diver untuk job ini ialah memasang alat pelancar bagi satu alat yang dipanggil PIG bagi membersihkan bahagian dalaman saluran paip yang baru diturunkan kedasar bagi membolehkan ujian ketahanan dijalankan.Selain dari membersihkan bahagian dalaman paip tersebut PIG tadi juga boleh digunakan bagi mengesan jika terdapat sebarang kerosakan dibahagian dalaman paip.Selepas Engineer dari pihak client berpuas hati dengan ujian yang dijalankan barulah ujian ketahanan (Pressure test) dijalankan.

Proses ujian ketahananan ini dilakukan selama 15 jam.Dimana air akan dipam masuk kedalam saluran paip bersama dengan pewarna lalu dipam dengan tekanan tahap tertentu secara berperingkat-peringkat bagi mengesan jika terdapat kebocoran dimana2 bahagian.Secara logik dan mudah ialah jika tekanan berkurangan maka mungkin ada kebocoran dan perwarna akan keluar dimana-mana bahagian paip yang bocor itu jadi ianya lebih mudah dikesan .Kemudian selepas ujian ketahanan selesai maka Sat diver akan dihantar turun semulakedalam air bagi  membuka semula alat pelancar tersebut dan  kren akan mengangkat semula alat tersebut keatas dek kapal.Tugas ini perlu dilakukan oleh manusia kerana ROV masih belum mampu melakukannya lagi.
Inilah Alat untuk melancarkan PIG kedalam saluran paip bagi tujuan pemeriksaan atau pembersihan.

Selesai satu fasa maka kapal ini pun belayar pulang ke Pelabuhan Pasir Gudang semula bagi menurunkan peralatan yang sudah selesai digunakan dalam fasa 1 projek dan bagi mengambil peralatan-peralatan lain yang akan digunakan untuk tugas dalam fasa kedua pula,selain dari mengambil stok makanan dan mengisi minyak kapal semula.Untuk fasa seterusnya ialah melabuhkan saluran paip fleksibel kedasar laut dari satu platform ke platform yang lain.

Inilah beberapa contoh rupa bentuk alat yang dipanggil PIG yang digunakan sama ada untuk tujuan pembersihan atau pemeriksaan bahagian dalaman sluran paip.
Bersantai macam atas kapal mewah lagaknya.....


Apabila sampai diJohor Port grup yang paling sibuk ialah grup rigger dan welder.Manakala bagi diver-diver pula hanya berehat-rehat sahaja kerana takde kerja yang perlu dilakukan sejak dari hari `saturation diver’ menyiapkan fasa 1 lagi.Selama beberapa minggu kami diver-diver hanya bersantai-santai sahaja macam bercuti atas kapal pesiaran mewah lagaknya.Aku mengambil kesempatan dari waktu yang terluang itu dengan banyak berjogging diGymnasium dan mengayuh `basikal bodoh’ bagi mengembalikan stamina yang dah lama hilang.Syukur pada Allah kerana beri kemudahan ini,dah lama aku tak dapat kerja senang macam ni.

`Basikal Bodoh' yang ada didlam Gym diatas kapal ini
Selain dari berehat-rehat dikapal kami juga akan pergi melawat geng-geng diver lain yang berada atas kapal Sapura yang lain iaitu barge Interprise 3 yang kebetulan berada di Pelabuhan ini juga sedang bersiap-siap untuk jalan projek dilapangan Exxon Mobil.


Sudut info
Menurut Dictionary of Oil Industry Terminology
Pig
Bullet-shaped, cylindrical or spherical capsules which are inserted into a pipeline flow and travel along it with the fluid. Their primary purpose is to scrape the pipeline clean or rush, wax, or other deposits, or in a gas pipeline, slugs or liquid from low points in the line. Caliper Pigs also measure the pipeline as they travel, and ‘smart’ or ‘intelligent’ pigs contain various instruments to monitor pipeline condition and integrity. Pig Launchers and Pig Traps are the arrangements of valves etc. through which pigs are inserted into and extracted from a line.

Basikal Bodoh-Ialah basikal Gym dipanggil bodoh kerana walau dikayuh selama 10 jam ia tetap duduk bodoh disitu tak sampai kemana-kemana...(jgn marah)




Time


Get your own Digital Clock

Followers

Aku..

(Sesungguhnya masa depan kita atau org lain tidak kita ketahui melainkan semuanya adalah didalam pengetahuan ALLAH SWT jua. ) Ini adalah sebuah kisah atau cerita-cerita yang membosankan mengenai kehidupanku sebagai seorang penyelam komersial dalam industri Minyak & Gas.Kepada yang pertama kali masuk blog ni eloklah baca dari entri pertama baru bole faham blog ini sbnrnya...sama mcm kita tgk movie kalau tiba2 je dah kat tgh2 mesti tak faham. kemudian kita terus andaikan yang citer tu tak best.....Anggaplah Tuan/Puan sedang membaca sebuah novel realiti.walau bagaimanapun aku ucapkan terima kasih kerana Tuan/Puan sudi melayan blog `Cap Ayam' aku ni.Hidup sebagai pelaut seperti aku bersesuaian benar dengan ayat dari surah dibawah.

Dialah yang menundukan lautan (sehingga boleh dilayari dipermukaannya atau diselami didasarnya) Supaya kamu dapat makan daripadanya daging yang lembut dan dapat pula mengeluarkan daripadanya perhiasan untuk kamu memakainya.Engkau melihat pula kapal-kapal belayar padanya dan supaya kamu dapat mencari rezeki daripada limpah kurnianya mudah-mudahan kamu bersyukur.

AL NAHL ayat 14.

Cari di Facebook (FB)
ronin newg



ok peace....
( Untuk stori bergambar sila layari melalui engine carian mozila firefox atau google chrome,kerana entah dimana silapnya internet explorer hanya menyiarkan stori tanpa gambar )

Sila Ikuti Kisah Ini Melalui Panduan Bacaan



















Radio Online

Radio Online
Klasik Nasional FM

Panduan Bacaan

Top Commentators

Get this widget here