Selesai memunggah keluar
barang-barang yang sudah selesai digunakan dalam fasa 1 projek di Berantai
Field maka proses memunggah masuk barang yang akan digunakan dalam fasa kedua
pulak bermula.Selama seminggu juga kapal berada di Johor port sebelum belayar
semula ke lokasi di Berantai oil field kira-kira 190km dari Kemaman Supply
base.
Krew dan diver saling membantu menganggkat bekalan makanan yang baru sampai untuk dimasukan kedalam kapal |
Pelayaran ke lokasi mengambil
masa lebih kurang 30 jam lebih dari Johor port.Sampai dilokasi fasa kedua terus
dijalankan.kali ini adalah melabuhkan saluran paip kedasar laut antara drilling
platform ke Floating Platform Storage Offshore/Offloading (FPSO).Yang
menariknya ialah saluran paip yang digunakan adalah dibuat dari plastic dan
ianya walaupun bukanlah pertama kali digunakan di Malaysia tetapi tidak banyak
digunakan dan sangat jarang kerana harganya yang sangat mahal berbanding
saluran paip yang biasa.Aku bangga jugaklah kerana terlibat dengan projek ni
sebab terlibat dengan syarikat yang baru
beroperasi di Malaysia,projek di lapangan minyak yang baru diteroka dan paip
yang digunakan pula adalah yang lain dari yang biasa digunakan di Malaysia.Jadi
lepas ni kalau ada lagi projek-projek yang seumpamanya tidaklah aku
tercengang-cengang macam orang tak sekolah.Itulah gunanya bekerja dan bercampur
dengan syarikat-syarikat dari luar Negara supaya teknologi dan kemahiranya
dapat kita serap dan miliki.
Saluran Paip fleksibel ini datang dalam bentuk gulungan yang besar perhatikan pekerja yang mengendalikan gulungan paip itu kelihatan sangat kecil.. |
Saluran paip ini datang dalam gulungan
reel yang besar dan panjangnya melebihi 1000 meter setiap 1 gulungan.Cukup seminggu
fasa melabuhkan saluran paip fleksibel sudah siap 3 reel dan kapal pun belayar
semula pulang ke Johor Port untuk mengambil lagi 2 reel kerana kalau tak silap aku semuanya ada 5 reel.Waktu ini aku sudah beberapa hari ditimpa demam dan
batuk yang agak teruk juga.Yang tak tahan nya bila batuk aku rasa sakit sangat
dibahagian dada dan bila minta ubat batuk di klinik kapal ini medic bagitau
yang ubat batuk jenis syrup hanya ada 1 botol sahaja dan beliau hanya boleh beri
aku setengah sahaja dari ubat tersebut teruk punya klinik daa.Semasa batuk menyerang pula aku akan batuk sangat kuat
dan menyebabkan aku sangat sakit dibahagian tekak dan bahagian dada juga.Bila aku batuk dengan
kuat maka akan membuatkan orang lain juga rasa tak selesa apatah lagi aku sendiri.
Bagi mengelakkan keadaan menjadi
lebih teruk maka sebaik sahaja kapal sampai di Johor Port maka aku pun segera
minta balik sebab nak mendapatkan rawatan di hospital di KL.Biarlah tak dapat
teruskan job ni pun tak megapalah asalkan yang penting aku sihat.
Selepas seminggu mendapatkan
rawatan di KL batuk ku beransur pulih dan aku sudah sedia untuk beraksi kembali
dilaut....
2 comments:
Take care, jaga kesihatan baik2. Stay safe always...
Poseidon Shield....
T.kasih atas ingatan tu.
InsyaAllah......saya akan ingat
Post a Comment