7-Soalan :Bagaimana system kerja dilaut?
Jawapan :Jika dioffshore system kerjanya
24 jam sehari 7 hari seminggu dan kami dipecahkan kepada 2 shif iaitu siang dan
malam.Tiada istilah cuti atau atau cuti sakit
8-Soalan :Berapa lama setiap kali kamu kelaut (offshore)?
Jawapan :Biasanya aku keoffshore selama 2 bulan tapi
pernah juga satu ketika sampai 3 bulan baru aku pulang.Tapi ada juga ketikanya aku
terlibat dengan job yang singkat hanya 5 hari sahaja dilaut.
9-Soalan :Berapa ramai diver diperlukan untuk satu-satu job?
Jawapan :Jumlah diver untuk sesuatu job itu bergantung
kepada tugasan atau projek.Jika satu shif sahaja memerlukan 6 diver dan 1
Supervisor,jika dua shif maka jumlah tadi ditambah sekali ganda.Tetapi ianya
tak menentu. Aku pernah terlibat dengan satu projek yang perlu disiapkan dalam
jangkamasa singkat maka kontraktor menghantar seramai 48 orang diver termasuk
supervisor.
10-Soalan :Dah
berapa lama kamu diving?
Jawapan :Aku diving
sejak dari dalam perut ibu lagi.Tapi lepas beranak aku mula menyelam semula
sejak tahun 1991 selam scuba dan mula buat kerja bawah air sejak tahun 1992
kisahnya ada aku tulis kat entri no 01-Bagaimana bermulanya stori,sila rujuk
panduan bacaan disebelah kanan anda.
11-Soalan :Macam
mana mula-mula boleh kerja offshore?
Jawapan :Aku mula kerja offshore selepas
balik dari Australia belajar ilmu commercial diving pada 2006 (Kisahnya telah diceritakan
dalam entri no 9-My first offshore job)
12-Soalan :Tak
bosan ke duduk dilaut lama-lama?
Jawapan :Aku suka
duduk dilaut sebab muhasabah diri tu lebih sikit,menginsafkan juga,lagipun dah
lama sangat kerja darat.sejujurnya bagi saya kalau duduk laut ni amal ibadat lebih
lagi dari didarat.
Menghayati keindahan alam dan kebesaran Allah semasa dilaut sungguh menginsafkan |
13-Soalan :Berapa
ramai orang Malaysia yang kerja sebagai penyelam kommersial ni?
Jawapan :Masa aku
start diving offshore dulu tak ramai orang Malaysia yang ada lesen commercial
diving.tapi sekarang dah terlalu ramai sampai ada yang masih tak dapat masuk
offshore sebab dah ramai sangat.Lagipun kemudahan internet memudahkan anak-anak
muda mendapatkan maklumat-maklumat lebih mudah macam mana nak ambik kursus ni
14-Soalan :Berapa
kedalaman maksimum kamu pernah menyelam?
Jawapan :Kedalaman
maksimum aku menyelam ialah 52 meter di perairan Rotness Island Australia
semasa berkursus dulu.Dan kali terakhir aku menyelam paling dalam ialah 48 meter di
perairan Bintulu pada tahun 2010 juga ada aku ceritakan dalam entri no 41-48
meter dive
bersambung dientri akan datang dengan lebih banyak soalan lagi.....
bersambung dientri akan datang dengan lebih banyak soalan lagi.....