Dunia Commercial Diver




31 Ogos 2012 genap 4 tahun aku meninggalkan Sang Saka Biru yang kusayangi khususnya Unit Khas.Setiap kali tibanya tarikh keramat itu darah pejuang yang mengalir dalam diri ini pasti bergelora dan akan mengimbau kenangan silam sewaktu masih bergelar pejuang bersama rakan – rakan seperjuangan.Aku masih rindukan kenangan-kenangan itu dan ianya akan sentiasa segar diingatan.
Waktu ni Zaman Young & Dangerous
Jika bagi sesetengah orang akan beranggapan aku hanya membuang masa dengan mengenang kisah silam.Tapi bagi aku itu adalah sejarah hidupku sebagai seorang pejuang.Aku bangga dengan apa yang pernah kulalui dan lakukan.Aku bangga kerana pernah menyumbang sesuatu untuk kemajuan dan keamanan negaraku.Aku bangga kerana pernah berada secara langsung didalam sejarah Negara ku.Aku bangga kerana menyimpan banyak kisah dibalik tabir disebalik kejayaan besar dan kemajuan Negaraku.Aku bangga kerana memahami scenario yang berlaku didalam sejarah negaraku dan akan menceritakannya kepada anak cucuku apabila nanti usia menjejak senja...Dan yang paling penting sekali aku bangga menjadi warganegara ini.
Siapa dan dimana kedudukan kita sekarang bermula dengan sejarah siapa dan dimana kita dahulu serta bagaimana kita jalani hidup kita sebelum ini... kita tetap tidak boleh mengelak dari sejarah.


31 Ogos tahun (2012) ini genap 4 tahun aku menjadi orang awam tapi masih belum awam  sepenuhnya kerana jiwaku masih berjiwa PDRM,disiplin PDRM masih tebal dalam kehidupan seharian.Dengan Disiplin PDRM juga aku terapkan dalam mendidik anak-anakku dirumah. Semangat patriotik yang diterapkan semasa berkhidmat dalam PDRM juga masih tebal Jika satu hari jiwa PDRM sudah hilang dari dalam diriku maka ketika itulah baru aku bergelar orang awam sepenuhnya.

Doa dan harapan ku sangat tinggi semoga Tanahair tercinta ini terus makmur,kekal dan sejahtera.Islam terpelihara dengan baik dibuminya, perpaduan ikhlas antara kaum kekal terjalin.Kerana aku telah mengecapi nikmat keamanan yang sangat indah,dalam masa yang sama turut merasa betapa sukarnya mengekalkan keamanan dan kemerdekaan ini.Aku bukan Ahli politik yang beretorik tapi aku hanya seorang bekas pejuang yang sayangkan negaraku dan menghargai perjuangan dan pengorbanan pejuang-pejuang terdahulu.

Sempena Ulang Tahun Kemerdekaan Negara ini aku ucapkan Setinggi-tinggi penghargaan buat Semua 
Pejuang-pejuang tulin dari Polis,Tentera,Ahli politik yang ikhlas untuk berbakti pada rakyat,(Ahli Politik yang tak ikhlas tu pergi main jauh-jauh) 
Pejuang-pejuang Menentang Malayan Union dan Pejuang-pejuang kemerdekaan tak lupa juga 
Pejuang-pejuang yang menentang Komunis menentang Inggeris dan Jepun.Tidak dilupakan juga kepada semua `Wira Tak Didendang’ Hanya Allah sahaja yang menilai keikhlasan mereka semua dan Allah jua yang mampu membalasnya. 


Kepada Generasi Y atau Generasi Facebook,My Space,YM,Tweeter dan sebagainya serta Generasi Gajet-gajet smartphone dan seangkatan dengannya....bersyukurlah dan kekalkanlah keamanan dan kemerdekaan ini kerana anda lahir dan menikmati semua kemudahan,kemakmuran & keamanan adalah hasil dari usaha pejuang-pejuang terdahulu.(Peringatan untuk diriku juga).Sejarah telah membuktikan kehancuran sesebuah Tamadun atau kegemilangan banyak berpunca dari dalam dan kelalaian.


Andai kita tidak berterima kasih sesama manusia lama kelamaan kita akan menjadi tidak bersyukur kepada Allah kerana Allah yang menggerakan hati dan perbuatan setiap Pejuang itu....

Janganlah suruh aku citer banyak-banyak kisah silam sebagai pejuang keamanan dulu kerana......ayatnya sama mcm kat gambar tu lah....
Daripada Abu Hurairah r.a.Mafhumnya:
 Baginda Nabi Muhamad SAW Bersabda“Barangsiapa yang tidak berterima kasih kepada manusia, dia tidak mensyukuri Allah”. (Hadith riwayat Ahmad dan At-Tirmizi. Kata Al-Albani: Sahih)
Wahai Pemimpin...Kembalilah kejalan Islam Sebenar...Ingat Ujian yang Paling berat bagi manusia adalah apabila diuji dengan kesenangan dan kemewahan.....

Wahai pejuang sekelian...Berjuanglah kerana ALLAH...


Segala Puji Bagi Allah SWT atas segala nikmat dan Rahmatnya.


Jangan Dipanjat Pohon yang Condong
Buahnya Jatuh Kelaman Orang
Berdiri Tegak langit Dijunjung
Jangan Menjadi Seperti Lalang 


Salam Pejuang dan Salam Kemerdekaan....



15-Soalan            :Berapa kedalaman maksimum kelayakan kamu menyelam?
Jawapan              :Kelayakan aku menyelam hanya 50 meter sahaja kerana aku bernafas menggunakan udara yang dimampatkan.Jika hendak menyelam lebih dalam lagi perlu bernafas menggunakan gas campuran helium & oksigen kerana Penyelam yang menggunakan gas campuran boleh pergi sehingga kedalaman 300 meter (1000 kaki) 

16- Soalan           Tak sejuk ke berada dalam air lama-lama?
Jawapan              Kalau air tak dalam sangat kita tak rasa sejuk sangat tapi kalau di air yang dalam atau lebih lama berada dalam air memang sejuk tapi biasanya kami akan pakai sejenis baju yang dipanggil hot water suit dimana baju yang dipakai tu akan mengalirkan air panas jadi tak sejukla.

17- Soalan           Kalau dalam  waktu solat kamu masih didalam air macam mana?
Jawapan              Kalau waktu solat yang boleh dijamakkan biasanya kami menjamakkan sahaja solat.Kecuali waktu solat subuh sahaja maka kami akan berniat solat menghormati waktu dan melakukan gerakan solat sama seperti biasa. Para jemaah haji yang sedang dalam penerbangan ketanah suci juga melakukan perkara yang sama semasa penerbangan melewati waktu subuh.kemudian apabila sudah selesai diving kami akan mengerjakan solat sempurna seperti biasa w.pun hari sudah siang kerana Allah maha mengetahui apa yang didalam hati hambanya.Yang penting jangan tinggalkan solat walau dalam keadaan apa sekalipun selagi dalam keadaan waras kerana kita hanyalah HAMBA kepada penciptanya iaitu ALLAH SWT maka tanggunggjawab hamba itu adalah berbakti kepada tuannya dengan sepenuh hati dan ikhlas walau dalam kesukaran.Hendak seribu daya tak hendak seribu dalih.


                  APAKAH SOLAT MENGHORMATI WAKTU ?

                   Solat menghormati waktu ialah solat yang dilakukan dalam keadaan berhadas (kerana tiada air untuk berwuduk atau tiada tanah untuk bertayammum) dan juga solat yang tidak dapat MENGHADAP KIBLAT. Solat ini WAJIB di qada semula setelah beroleh air atau tanah ataupun DAPAT MENGHADAP KIBLAT KEMBALI. Kita juga boleh mengqada' solat  hormat waktu ini secara jama' ataupun qasar dengan syarat kita masih berada di dalam musafir. 
          
             Apabila kita telah kembali ketempat asal maka solat hormat waktu mestilah di qada' secara sempurna. Jika ditakdirkan kita meninggal semasa musafir dan kita masih belum mendapatkan air untuk berwuduk atau tanah untuk bertayammun bagi mengqada' solat maka memadai solat menghormati itu telah diterima Allah.

                 Sebaliknya jika kita berpeluang untuk mengqada' solat hormat waktu ini setelah adanya air atau tanah tetapi kita masih melengahkannya maka kita dikira berdosa.

                   Adalah perlu melakukan solat menghormati waktu ini kerana waktu solat luput tidak dapat dikembalikan lagi.
  
                  Terdapat beberapa dalil yang menunjukkan tentang solat menghormatti waktu antara dalil tersebut :

                   `A`isyah r.a mengatakan bahawa ia pernah meminjam kalung daripada Asma’,lalu kalung itu hilang.Rasulullah mengutus seseorang untuk mencarinya dan kebetulan ia mendapatkannya.Ketika datang waktu solat dan mereka tidak menemui air,maka mereka pun melakukan solat.Lalu mereka memberitahu perbuatannya itu kepada Rasulullah SAW.Maka Allah SWT menurunkan ayat mengenai bolehnya tayamum.Demikian diriwayatkan Al Bukhari dan yang lainnya.

                  Dalam peristiwa yang lain,Sahabat-sahabat Rasulullah SAW pernah melakukan solat tanpa wuduk dan tanpa tayamum kerana mereka melakukan solat untuk menghormati waktu ibadat.Akan tetapi,sewajarnya diingatkan bahawa solat tanpa bersuci tidak sah.Oleh itu mereka wajib mengulanginya atau menggantikannya.Perkara ini diisyaratkan oleh Rasulullah SAW selepas sabdanya “Allah tidak menerima solat tanpa bersuci” (Hadis Riwayat Muslim)

          Selalunya solat menghormati waktu ini dilakukan sama ada ketika musafir,didalam kenderaan,atau ketiadaan demu tayamum atau air untuk berwuduk.

                    Jadi kalau situasi berada didalam air sedang menyelam memang boleh berwuduk,tetapi tidak tau arah kiblat,penyelam tidak boleh terus naik kepermukaan kerana membahayakan (kami perlu melakukan beberapa tahap hentian keselamatan dikedalaman tertentu yang mengambil masa agak panjang) sedangkan waktu solat hampir luput jadi cara yang paling baik adalah melakukan solat menghormati waktu dahulu.  wallahu a’lam




(AL NAHL ayat 14).Dialah yang menundukan lautan (sehingga boleh dilayari dipermukaannya atau diselami didasarnya) Supaya kamu dapat makan daripadanya daging yang lembut dan dapat pula mengeluarkan daripadanya perhiasan untuk kamu memakainya.Engkau melihat pula kapal-kapal belayar padanya dan supaya kamu dapat mencari rezeki daripada limpah kurnianya mudah-mudahan kamu bersyukur.



(Al Nur- Ayat 56)- Dan dirikanlah solat,tunaikanlah zakat,dan taatlah kepada Rasul supaya kamu diberi rahmat.


18-Soalan            Macam mana dalam bulan Ramadhan,adakah masih menyelam & puasa?
Jawapan              Dalam bulan Ramadhan kami tetap berpuasa macam biasa dan masih juga menyelam ianya tidak jadi masaalah.kerana peralatan menyelam yang digunakan tidak membatalkan puasa pun..Peralatan menyelam SKUBA yang biasa digunakan oleh penyelam-penyelam rekreasi memerlukan kita memasukan alat regulator kedalam mulut untuk bernafas  tetapi kami gunakan peralatan bekalan dari permukaan (system surface supply) tiada alat yang akan dimasukan kedalam mulut.Bulan Ramadhan pun masih tetap bekerja berat Mat Salih pun hairan kerana dalam berpuasa tapi kami masih boleh buat kerja berat sama macam biasa.Secara tak langsung kita sudah buat dakwah disitu bila mana kita umat islam tidak menggunakan alasan ibadat bagi mengelak dari buat kerja berat.


Anggapan bahwa mandi, berenang atau menyelam dapat membatalkan puasa adalah anggapan yang salah/ keliru sebab tidak ada dalil yang mengatakan bahwa berenang atau menyelam itu membatalkan puasa sepanjang dia menjaga agar air tidak masuk ke dalam tenggorokannya.

                  Berkata Imam Ahmad dalam kitab Al-Mugny Jilid 4 hal 357, “Adapun berenang atau menyelam dalam air dibolehkan selama mampu menjaga sehingga air tidak tertelan.” Berkata Syaikh Ibnu ‘Utsaimin rahimahullah, “Tidak apa-apa orang yang berpuasa menceburkan dirinya ke dalam air untuk berenang karena hal tersebut bukanlah dari perkara-perkara yang merupakan pembatal puasa. 


                  Asalnya (menyelam dan berenang) adalah halal sampai tegak (baca: ada) dalil yang menunjukkan makruhnya atau haramnya dan tidak ada dalil yang menunjukkan haramnya dan tidak pula ada yang menunjukkan makruhnya. 

                 Dan sebagian para ulama menganggap hal tersebut makruh hanyalah karena ditakutkan akan masuknya sesuatu ketenggorokannya dan ia tidak menyadari.” Ini juga merupakan pendapat Ibnu Hazm, Ibnu Taimiyah, dan lain-lainnya. (Lihat Syarhul ‘Umdah Min Kitabush Shiyam 1/387 dan 471, Al-Muhalla 6/225-226 karya Ibnu Hazm dan Fatawa Ramadhan 2/524-525.)


Dari beberapa ulama di atas dapat disimpulkan bahwa melakukan mandi, berenang atau bahkan menyelam di saat bulan Ramadhan (sedang menjalankan Puasa) tidak ada larangan bahkan tidak akan membatalkan puasanya ketika seorang penyelam meyakinkan air tidak tertelan (melewati tenggorokan). Namun, menjaga agar puasa kita tetap diterima dengan menjauhi hal-hal yang memungkinkan batalnya (tertelannya air) ibadah puasa adalah yang lebih baik.


Hukumnya berbeza berdasarkan perincian berikut;
1) Orang yang mahir berenang, dan dapat mengawal dirinya ketika berenang daripada masuk air dalam rongganya.
Maka hukum berenang dalam keadaan ini sama seperti hukum mandi pada bulan puasa.
Para ulama telah menjelaskan hukumnya adalah HARUS.
i- Imam Bukhari membuat tajuk dalam kitab sahihnya “Bab: mandi bagi orang puasa”. yakni: keharusannya.
ii- Beliau menukilkan secara taklik, bahawa Anas bin Malik berkata: “Sesungguhnya aku mempunyai sebuah kolah dan aku memasukinya ketika aku berpuasa”.
Dalam Fathul Bari, Ibn Hajar membawa athar ini secara mausul dengan lafaz: Sesungguhnya aku mempunyai sebuah kolah, apabila aku merasa panas, aku memasukinya sedangkan aku berpuasa”.
kata Ibn Hajar: Seolah2 kolah itu dipenuhi air, dan apabila Anas merasa panas, beliau masuk ke dalamnya.
iii- Banyak athar2 daripada sahabat dan salaf menunjukkan mereka mandi dan membasahkan badan ketika puasa. Dan hukum berenang sama dengan hukum mandi bagi sesiapa yg mampu mengawal diri.
iv- Dalam Fatwa Lajnah Daemah 10/281: “Harus berenang pada siang Ramadhan, tetapi hendaklah berjaga2 daripada masuk air ke dalam rongganya”.
v- Berkata Syeikh Uthaimin: “Tidak mengapa berenang ketika puasa, menyelam dalam air. Tetapi hendaklah berjaga2 supaya air tidak memasuki ke rongganya sekadar mampu. Aktiviti renang ini menyegarkan badan, dan membantu ketika puasa. Apa2 yang membangkitkan kesegaran dalam melakukan ketaatan, tidaklah dilarang”.
vi- Katanya lagi: “Tidak mengapa bagi org berpuasa menyelam dalam air atau berenang. Kerana ia bukanlah perkara membatalkan puasa. Asalnya adalah halal sehingga ada dalil yg mengharamkannya atau memakruhkannya”.
Majmuk Fatawa Ibn Uthaimeen 19/284-285.
2) Jika dimaklumi bahawa aktiviti berenang menyebabkan akan masuk air dalam rongga, maka TIDAK HARUS BERENANG.
i-Nabi SAW memerintahkan supaya berlebih2an dalam memasukkan air ke dalam hidung ketika wudhuk, kecuali bagi org berpuasa.
HR Abu Daud (142) dan Tirmizi (788), katanya: Hasan Sahih.
Penjelasan dalil: Kalaulah perkara sunat (berlebih2an dalam memasukkan air dalam hidung) dilarang ketika berpuasa, takut2 air masuk ke dalam rongga, maka perkara harus seperti berenang lebih aula untuk dilarang jika ditakuti masuk air dalam rongga.
ii- Diriwayatkan bahawa al-Hasan dan Sya’bi memakruhkan menyelam dalam air ketika puasa, kerana ditakuti masuk air melalui liang telinga.
(mughni 3/18).
iii- Berkata Azra’ie (tokoh fuqaha syafieyyah): “Kalau diketahui daripada kebiasaannya bahawa air masuk ke dalam rongga jika menyelam, dan tidak boleh berjaga2 dengannya, maka HARAM menyelam”.
(Hasyiyah Bujairimi 2/74).
wallahu a’lam


19-Soalan         Agak-agaknya berapa tahun lagi kamu nak kerja sebagai penyelam ni?
Jawapan           Dalam bidang menyelam ni sebenarnya banyak peringkat yang boleh kita pilih dalam meneruskan karier ini.Sama ada hanya nak jadi `air diver’ atau `saturation diver’.Kalau rasa nak bergaji lebih besar jadilah saturation diver.Kalau rasa dah tak larat nak buat kerja-kerja bawah air tu lagi ambiklah exam dan jadilah `Diving Supervisor’ pastu ambik exam lagi jadilah `diving supritendant’ pulak gajinya dah tentu lebih besar.Kalau bernasib baik dapat pula jadi `Client Site Represetitive’ Tapi perjalanan nak kesitu masih terlalu jauh.Masih banyak kena belajar lagi.

19-Soalan            Masa pergi kursus di Australia tuberapa umur kamu?
Jawapan              Umur aku masa tu  l/kurang dalam 35 .Anak aku yang bongsu baru sahaja berusia beberapa bulan masih baby lagi...Sekarang dia dah berusia 11 tahun.


20-Soalan          Masa buat keputusan nak jadi commercial diver dulu banyak cabaran tak?Ada tak  yang menyokong kamu?
Jawapan            Oh ini soalan cepumas ni...Perjalanan aku nak jadi commercial diver sepenuh masa ni banyak cabarannya.Masa aku buat keputusan nak pergi kursus diAustralia dulu banyak kata-kata negatif yang aku terima...biasalah orang Melayu...mentalitinya mentaliti zon selesa,mentaliti subsidi,mentaliti pencen dalam kerajaan,mentaliti cukup dan berpuas hati dengan apa yang ada didepan mata.(maaflah kalau ada yang terasa hati tapi aku bercakap tentang Bangsa aku sendiri ) Malah kalau ada bangsanya yang nak maju mereka akan pandang negative dan apabila bangsanya dah maju mereka akan iri hati pulak,pendek kata ada sahaja yang tak betul yang dilakukan oleh bangsanya.Itulah secara umum yang aku boleh katakan.Tetapi dari sudut yang lain aku berterima kasih pada mereka dengan segala pendapat-pendapat negative itu aku ubahnya menjadi satu cabaran dan motivasi buat aku. Aku bersangka baik sahaja dan bersabar kerana niat aku adalah kerana Allah.kepada sesiapa sahaja diluar sana apa sahaja keputusan `besar’ yang anda nak buat dalam hidup ini walaupun tidak mendapat sokongan keluarga sekalipun jika anda niatkan kerana Allah maka anda akan kuat tapi jika niat nak lain dari Allah maka potensi untuk tewas adalah tinggi.Yang menyokong aku tak ramai hmm sangat kecil bilangannya...aku rasa 3 orang je kot....yang lain-lain berkecuali atau tidak pasti (Undi rosak) kalau bertanding dalam pilihanraya kecil aku dah hilang wang pertaruhan ni...Kepada 2 atau 3 orang yang menyokong aku tu termasuklah Boss lama aku Datuk MMA yang Sporting maka aku ucapkan jutaan Terima kasih kerana Tuan sangat berfikiran positif.Tapi Alhamdulillah aku rasa sekarang ramai yang dah sedar bahawa aku telah memilih jalan yg betul...Sekarang ni lebih daripada 20 orang rakan-rakan lama aku dari Unit Khas dulu yang ikut jejak aku menjadi commercial diver dan mereka semua tak menyesal pun...So tidak salah lah pilihan aku itu.

 
 










Time


Get your own Digital Clock

Followers

Aku..

(Sesungguhnya masa depan kita atau org lain tidak kita ketahui melainkan semuanya adalah didalam pengetahuan ALLAH SWT jua. ) Ini adalah sebuah kisah atau cerita-cerita yang membosankan mengenai kehidupanku sebagai seorang penyelam komersial dalam industri Minyak & Gas.Kepada yang pertama kali masuk blog ni eloklah baca dari entri pertama baru bole faham blog ini sbnrnya...sama mcm kita tgk movie kalau tiba2 je dah kat tgh2 mesti tak faham. kemudian kita terus andaikan yang citer tu tak best.....Anggaplah Tuan/Puan sedang membaca sebuah novel realiti.walau bagaimanapun aku ucapkan terima kasih kerana Tuan/Puan sudi melayan blog `Cap Ayam' aku ni.Hidup sebagai pelaut seperti aku bersesuaian benar dengan ayat dari surah dibawah.

Dialah yang menundukan lautan (sehingga boleh dilayari dipermukaannya atau diselami didasarnya) Supaya kamu dapat makan daripadanya daging yang lembut dan dapat pula mengeluarkan daripadanya perhiasan untuk kamu memakainya.Engkau melihat pula kapal-kapal belayar padanya dan supaya kamu dapat mencari rezeki daripada limpah kurnianya mudah-mudahan kamu bersyukur.

AL NAHL ayat 14.

Cari di Facebook (FB)
ronin newg



ok peace....
( Untuk stori bergambar sila layari melalui engine carian mozila firefox atau google chrome,kerana entah dimana silapnya internet explorer hanya menyiarkan stori tanpa gambar )

Sila Ikuti Kisah Ini Melalui Panduan Bacaan



















Radio Online

Radio Online
Klasik Nasional FM

Panduan Bacaan

Top Commentators

Get this widget here