15-Soalan :Berapa
kedalaman maksimum kelayakan kamu menyelam?
Jawapan :Kelayakan aku menyelam hanya 50 meter sahaja
kerana aku bernafas menggunakan udara yang dimampatkan.Jika hendak menyelam
lebih dalam lagi perlu bernafas menggunakan gas campuran helium & oksigen
kerana Penyelam yang menggunakan gas campuran boleh pergi sehingga kedalaman
300 meter (1000 kaki)
16- Soalan Tak sejuk ke berada dalam air lama-lama?
Jawapan Kalau air
tak dalam sangat kita tak rasa sejuk sangat tapi kalau di air yang dalam atau
lebih lama berada dalam air memang sejuk tapi biasanya kami akan pakai sejenis
baju yang dipanggil hot water suit dimana baju yang dipakai tu akan mengalirkan
air panas jadi tak sejukla.
17- Soalan Kalau
dalam waktu solat kamu masih didalam air
macam mana?
Jawapan Kalau waktu
solat yang boleh dijamakkan biasanya kami menjamakkan sahaja solat.Kecuali
waktu solat subuh sahaja maka kami akan berniat solat menghormati waktu dan
melakukan gerakan solat sama seperti biasa. Para jemaah haji yang sedang dalam penerbangan ketanah suci juga melakukan perkara yang sama semasa penerbangan melewati waktu subuh.kemudian
apabila sudah selesai diving kami akan mengerjakan solat sempurna seperti biasa
w.pun hari sudah siang kerana Allah maha mengetahui apa yang didalam hati
hambanya.Yang penting jangan tinggalkan solat walau dalam keadaan apa sekalipun
selagi dalam keadaan waras kerana kita hanyalah HAMBA kepada penciptanya iaitu
ALLAH SWT maka tanggunggjawab hamba itu adalah berbakti kepada tuannya dengan
sepenuh hati dan ikhlas walau dalam kesukaran.Hendak seribu daya tak hendak
seribu dalih.
APAKAH
SOLAT MENGHORMATI WAKTU ?
Solat
menghormati waktu ialah solat yang dilakukan dalam keadaan berhadas (kerana
tiada air untuk berwuduk atau tiada tanah untuk bertayammum) dan juga solat
yang tidak dapat MENGHADAP KIBLAT.
Solat ini WAJIB di qada semula setelah beroleh air atau tanah ataupun DAPAT MENGHADAP KIBLAT KEMBALI. Kita
juga boleh mengqada' solat hormat waktu ini secara jama' ataupun qasar
dengan syarat kita masih berada di dalam musafir.
Apabila kita telah kembali ketempat asal maka
solat hormat waktu mestilah di qada' secara sempurna. Jika ditakdirkan kita meninggal semasa musafir
dan kita masih belum mendapatkan air untuk berwuduk atau tanah untuk
bertayammun bagi mengqada' solat maka memadai solat menghormati itu telah
diterima Allah.
Sebaliknya
jika kita berpeluang untuk mengqada' solat hormat waktu ini setelah adanya air
atau tanah tetapi kita masih melengahkannya maka kita dikira berdosa.
Adalah
perlu melakukan solat menghormati waktu ini kerana waktu solat luput tidak
dapat dikembalikan lagi.
Terdapat
beberapa dalil yang menunjukkan tentang solat menghormatti waktu antara dalil
tersebut :
`A`isyah
r.a mengatakan bahawa ia pernah meminjam kalung daripada Asma’,lalu kalung itu
hilang.Rasulullah mengutus seseorang untuk mencarinya dan kebetulan ia
mendapatkannya.Ketika datang waktu solat dan mereka tidak menemui air,maka
mereka pun melakukan solat.Lalu mereka memberitahu perbuatannya itu kepada
Rasulullah SAW.Maka Allah SWT menurunkan ayat mengenai bolehnya
tayamum.Demikian diriwayatkan Al Bukhari dan yang lainnya.
Dalam
peristiwa yang lain,Sahabat-sahabat Rasulullah SAW pernah melakukan solat tanpa
wuduk dan tanpa tayamum kerana mereka melakukan solat untuk menghormati waktu
ibadat.Akan tetapi,sewajarnya diingatkan bahawa solat tanpa bersuci tidak
sah.Oleh itu mereka wajib mengulanginya atau menggantikannya.Perkara ini
diisyaratkan oleh Rasulullah SAW selepas sabdanya “Allah tidak menerima solat
tanpa bersuci” (Hadis Riwayat Muslim)
Selalunya
solat menghormati waktu ini dilakukan sama ada ketika musafir,didalam kenderaan,atau ketiadaan demu tayamum atau air
untuk berwuduk.
Jadi
kalau situasi berada didalam air sedang
menyelam memang boleh berwuduk,tetapi tidak
tau arah kiblat,penyelam tidak boleh terus naik kepermukaan kerana membahayakan
(kami perlu melakukan beberapa tahap hentian keselamatan dikedalaman tertentu yang mengambil masa agak panjang) sedangkan waktu solat
hampir luput jadi cara yang paling baik adalah melakukan solat menghormati
waktu dahulu.
wallahu a’lam
18-Soalan Macam
mana dalam bulan Ramadhan,adakah masih menyelam & puasa?
Jawapan Dalam bulan
Ramadhan kami tetap berpuasa macam biasa dan masih juga menyelam ianya tidak
jadi masaalah.kerana peralatan menyelam yang digunakan tidak membatalkan puasa
pun..Peralatan menyelam SKUBA yang biasa digunakan oleh penyelam-penyelam rekreasi memerlukan kita memasukan alat regulator kedalam mulut untuk bernafas tetapi kami gunakan peralatan bekalan dari permukaan (system surface supply) tiada alat yang akan dimasukan kedalam mulut.Bulan Ramadhan pun masih tetap bekerja berat Mat Salih pun hairan kerana dalam berpuasa
tapi kami masih boleh buat kerja berat sama macam biasa.Secara tak langsung
kita sudah buat dakwah disitu bila mana kita umat islam tidak menggunakan alasan
ibadat bagi mengelak dari buat kerja berat.
Anggapan bahwa mandi, berenang atau menyelam dapat membatalkan puasa adalah anggapan yang salah/ keliru sebab tidak ada dalil yang mengatakan bahwa berenang atau menyelam itu membatalkan puasa sepanjang dia menjaga agar air tidak masuk ke dalam tenggorokannya.
Berkata Imam Ahmad dalam kitab Al-Mugny Jilid 4 hal 357, “Adapun berenang atau menyelam dalam air dibolehkan selama mampu menjaga sehingga air tidak tertelan.” Berkata Syaikh Ibnu ‘Utsaimin rahimahullah, “Tidak apa-apa orang yang berpuasa menceburkan dirinya ke dalam air untuk berenang karena hal tersebut bukanlah dari perkara-perkara yang merupakan pembatal puasa.
Asalnya (menyelam dan berenang) adalah halal sampai tegak (baca: ada) dalil yang menunjukkan makruhnya atau haramnya dan tidak ada dalil yang menunjukkan haramnya dan tidak pula ada yang menunjukkan makruhnya.
Dan sebagian para ulama menganggap hal tersebut makruh hanyalah karena ditakutkan akan masuknya sesuatu ketenggorokannya dan ia tidak menyadari.” Ini juga merupakan pendapat Ibnu Hazm, Ibnu Taimiyah, dan lain-lainnya. (Lihat Syarhul ‘Umdah Min Kitabush Shiyam 1/387 dan 471, Al-Muhalla 6/225-226 karya Ibnu Hazm dan Fatawa Ramadhan 2/524-525.)
Anggapan bahwa mandi, berenang atau menyelam dapat membatalkan puasa adalah anggapan yang salah/ keliru sebab tidak ada dalil yang mengatakan bahwa berenang atau menyelam itu membatalkan puasa sepanjang dia menjaga agar air tidak masuk ke dalam tenggorokannya.
Berkata Imam Ahmad dalam kitab Al-Mugny Jilid 4 hal 357, “Adapun berenang atau menyelam dalam air dibolehkan selama mampu menjaga sehingga air tidak tertelan.” Berkata Syaikh Ibnu ‘Utsaimin rahimahullah, “Tidak apa-apa orang yang berpuasa menceburkan dirinya ke dalam air untuk berenang karena hal tersebut bukanlah dari perkara-perkara yang merupakan pembatal puasa.
Asalnya (menyelam dan berenang) adalah halal sampai tegak (baca: ada) dalil yang menunjukkan makruhnya atau haramnya dan tidak ada dalil yang menunjukkan haramnya dan tidak pula ada yang menunjukkan makruhnya.
Dan sebagian para ulama menganggap hal tersebut makruh hanyalah karena ditakutkan akan masuknya sesuatu ketenggorokannya dan ia tidak menyadari.” Ini juga merupakan pendapat Ibnu Hazm, Ibnu Taimiyah, dan lain-lainnya. (Lihat Syarhul ‘Umdah Min Kitabush Shiyam 1/387 dan 471, Al-Muhalla 6/225-226 karya Ibnu Hazm dan Fatawa Ramadhan 2/524-525.)
Dari beberapa ulama di atas dapat disimpulkan bahwa melakukan mandi, berenang atau bahkan menyelam di saat bulan Ramadhan (sedang menjalankan Puasa) tidak ada larangan bahkan tidak akan membatalkan puasanya ketika seorang penyelam meyakinkan air tidak tertelan (melewati tenggorokan). Namun, menjaga agar puasa kita tetap diterima dengan menjauhi hal-hal yang memungkinkan batalnya (tertelannya air) ibadah puasa adalah yang lebih baik.
Hukumnya berbeza berdasarkan perincian berikut;
1) Orang yang mahir berenang, dan dapat mengawal dirinya ketika berenang daripada masuk air dalam rongganya.
Maka hukum berenang dalam keadaan ini sama seperti hukum mandi pada bulan puasa.
Para ulama telah menjelaskan hukumnya adalah HARUS.
Maka hukum berenang dalam keadaan ini sama seperti hukum mandi pada bulan puasa.
Para ulama telah menjelaskan hukumnya adalah HARUS.
i- Imam Bukhari membuat tajuk dalam kitab sahihnya “Bab: mandi bagi orang puasa”. yakni: keharusannya.
ii- Beliau menukilkan secara taklik, bahawa Anas bin Malik berkata: “Sesungguhnya aku mempunyai sebuah kolah dan aku memasukinya ketika aku berpuasa”.
Dalam Fathul Bari, Ibn Hajar membawa athar ini secara mausul dengan lafaz: Sesungguhnya aku mempunyai sebuah kolah, apabila aku merasa panas, aku memasukinya sedangkan aku berpuasa”.
kata Ibn Hajar: Seolah2 kolah itu dipenuhi air, dan apabila Anas merasa panas, beliau masuk ke dalamnya.
Dalam Fathul Bari, Ibn Hajar membawa athar ini secara mausul dengan lafaz: Sesungguhnya aku mempunyai sebuah kolah, apabila aku merasa panas, aku memasukinya sedangkan aku berpuasa”.
kata Ibn Hajar: Seolah2 kolah itu dipenuhi air, dan apabila Anas merasa panas, beliau masuk ke dalamnya.
iii- Banyak athar2 daripada sahabat dan salaf menunjukkan mereka mandi dan membasahkan badan ketika puasa. Dan hukum berenang sama dengan hukum mandi bagi sesiapa yg mampu mengawal diri.
iv- Dalam Fatwa Lajnah Daemah 10/281: “Harus berenang pada siang Ramadhan, tetapi hendaklah berjaga2 daripada masuk air ke dalam rongganya”.
v- Berkata Syeikh Uthaimin: “Tidak mengapa berenang ketika puasa, menyelam dalam air. Tetapi hendaklah berjaga2 supaya air tidak memasuki ke rongganya sekadar mampu. Aktiviti renang ini menyegarkan badan, dan membantu ketika puasa. Apa2 yang membangkitkan kesegaran dalam melakukan ketaatan, tidaklah dilarang”.
vi- Katanya lagi: “Tidak mengapa bagi org berpuasa menyelam dalam air atau berenang. Kerana ia bukanlah perkara membatalkan puasa. Asalnya adalah halal sehingga ada dalil yg mengharamkannya atau memakruhkannya”.
Majmuk Fatawa Ibn Uthaimeen 19/284-285.
Majmuk Fatawa Ibn Uthaimeen 19/284-285.
2) Jika dimaklumi bahawa aktiviti berenang menyebabkan akan masuk air dalam rongga, maka TIDAK HARUS BERENANG.
i-Nabi SAW memerintahkan supaya berlebih2an dalam memasukkan air ke dalam hidung ketika wudhuk, kecuali bagi org berpuasa.
HR Abu Daud (142) dan Tirmizi (788), katanya: Hasan Sahih.
HR Abu Daud (142) dan Tirmizi (788), katanya: Hasan Sahih.
Penjelasan dalil: Kalaulah perkara sunat (berlebih2an dalam memasukkan air dalam hidung) dilarang ketika berpuasa, takut2 air masuk ke dalam rongga, maka perkara harus seperti berenang lebih aula untuk dilarang jika ditakuti masuk air dalam rongga.
ii- Diriwayatkan bahawa al-Hasan dan Sya’bi memakruhkan menyelam dalam air ketika puasa, kerana ditakuti masuk air melalui liang telinga.
(mughni 3/18).
(mughni 3/18).
iii- Berkata Azra’ie (tokoh fuqaha syafieyyah): “Kalau diketahui daripada kebiasaannya bahawa air masuk ke dalam rongga jika menyelam, dan tidak boleh berjaga2 dengannya, maka HARAM menyelam”.
(Hasyiyah Bujairimi 2/74).
(Hasyiyah Bujairimi 2/74).
wallahu a’lam
19-Soalan Agak-agaknya berapa tahun lagi kamu nak
kerja sebagai penyelam ni?
Jawapan Dalam
bidang menyelam ni sebenarnya banyak peringkat yang boleh kita pilih dalam
meneruskan karier ini.Sama ada hanya nak jadi `air diver’ atau `saturation
diver’.Kalau rasa nak bergaji lebih besar jadilah saturation diver.Kalau rasa
dah tak larat nak buat kerja-kerja bawah air tu lagi ambiklah exam dan jadilah
`Diving Supervisor’ pastu ambik exam lagi jadilah `diving supritendant’ pulak
gajinya dah tentu lebih besar.Kalau bernasib baik dapat pula jadi `Client Site
Represetitive’ Tapi perjalanan nak kesitu masih terlalu jauh.Masih banyak kena
belajar lagi.
19-Soalan Masa pergi kursus di Australia tuberapa umur
kamu?
Jawapan Umur
aku masa tu l/kurang dalam 35 .Anak aku yang bongsu baru sahaja berusia beberapa bulan masih baby lagi...Sekarang dia dah berusia 11 tahun.
20-Soalan Masa buat keputusan nak jadi commercial
diver dulu banyak cabaran tak?Ada tak yang menyokong kamu?
Jawapan Oh ini soalan cepumas ni...Perjalanan aku nak
jadi commercial diver sepenuh masa ni banyak cabarannya.Masa aku buat keputusan
nak pergi kursus diAustralia dulu banyak kata-kata negatif yang aku
terima...biasalah orang Melayu...mentalitinya mentaliti zon selesa,mentaliti
subsidi,mentaliti pencen dalam kerajaan,mentaliti cukup dan berpuas hati dengan
apa yang ada didepan mata.(maaflah kalau
ada yang terasa hati tapi aku bercakap tentang Bangsa aku sendiri ) Malah
kalau ada bangsanya yang nak maju mereka akan pandang negative dan apabila
bangsanya dah maju mereka akan iri hati pulak,pendek kata ada sahaja yang tak
betul yang dilakukan oleh bangsanya.Itulah secara umum yang aku boleh katakan.Tetapi dari sudut yang lain aku berterima kasih pada mereka dengan segala
pendapat-pendapat negative itu aku ubahnya menjadi satu cabaran dan motivasi
buat aku. Aku bersangka baik sahaja dan bersabar kerana niat aku adalah kerana
Allah.kepada sesiapa sahaja diluar sana apa sahaja keputusan `besar’ yang anda
nak buat dalam hidup ini walaupun tidak mendapat sokongan keluarga sekalipun
jika anda niatkan kerana Allah maka anda akan kuat tapi jika niat nak lain dari
Allah maka potensi untuk tewas adalah tinggi.Yang menyokong aku tak ramai hmm
sangat kecil bilangannya...aku rasa 3 orang je kot....yang lain-lain berkecuali
atau tidak pasti (Undi rosak) kalau bertanding dalam pilihanraya kecil aku dah hilang wang
pertaruhan ni...Kepada 2 atau 3 orang yang menyokong aku tu termasuklah Boss lama aku Datuk MMA yang Sporting maka aku ucapkan jutaan Terima kasih kerana Tuan sangat berfikiran positif.Tapi Alhamdulillah aku rasa sekarang ramai yang dah sedar bahawa aku telah memilih jalan yg betul...Sekarang ni lebih daripada 20 orang rakan-rakan lama aku dari Unit Khas dulu yang ikut jejak aku menjadi commercial diver dan mereka semua tak menyesal pun...So tidak salah lah pilihan aku itu.
4 comments:
Tak sangka pula dh tukar nama blog ni.. patutlah dok cari2 x jumpa...
He he he sorilah...tukar angin pulak...
ssalam...best pulak dgr citer psl comm diver ni..dulu tau2 gitu je..nak tanya...,kalau la saya ambik course technical diver di IDA...,agak2 senang tak nak dapat job bagi saya yang freshie ni...?
assalam...nk tnya...,kalao sy ambik course di IDA...,ok ke..?
Post a Comment