Dunia Commercial Diver




31 Ogos 2012 genap 4 tahun aku meninggalkan Sang Saka Biru yang kusayangi khususnya Unit Khas.Setiap kali tibanya tarikh keramat itu darah pejuang yang mengalir dalam diri ini pasti bergelora dan akan mengimbau kenangan silam sewaktu masih bergelar pejuang bersama rakan – rakan seperjuangan.Aku masih rindukan kenangan-kenangan itu dan ianya akan sentiasa segar diingatan.
Waktu ni Zaman Young & Dangerous
Jika bagi sesetengah orang akan beranggapan aku hanya membuang masa dengan mengenang kisah silam.Tapi bagi aku itu adalah sejarah hidupku sebagai seorang pejuang.Aku bangga dengan apa yang pernah kulalui dan lakukan.Aku bangga kerana pernah menyumbang sesuatu untuk kemajuan dan keamanan negaraku.Aku bangga kerana pernah berada secara langsung didalam sejarah Negara ku.Aku bangga kerana menyimpan banyak kisah dibalik tabir disebalik kejayaan besar dan kemajuan Negaraku.Aku bangga kerana memahami scenario yang berlaku didalam sejarah negaraku dan akan menceritakannya kepada anak cucuku apabila nanti usia menjejak senja...Dan yang paling penting sekali aku bangga menjadi warganegara ini.
Siapa dan dimana kedudukan kita sekarang bermula dengan sejarah siapa dan dimana kita dahulu serta bagaimana kita jalani hidup kita sebelum ini... kita tetap tidak boleh mengelak dari sejarah.


31 Ogos tahun (2012) ini genap 4 tahun aku menjadi orang awam tapi masih belum awam  sepenuhnya kerana jiwaku masih berjiwa PDRM,disiplin PDRM masih tebal dalam kehidupan seharian.Dengan Disiplin PDRM juga aku terapkan dalam mendidik anak-anakku dirumah. Semangat patriotik yang diterapkan semasa berkhidmat dalam PDRM juga masih tebal Jika satu hari jiwa PDRM sudah hilang dari dalam diriku maka ketika itulah baru aku bergelar orang awam sepenuhnya.

Doa dan harapan ku sangat tinggi semoga Tanahair tercinta ini terus makmur,kekal dan sejahtera.Islam terpelihara dengan baik dibuminya, perpaduan ikhlas antara kaum kekal terjalin.Kerana aku telah mengecapi nikmat keamanan yang sangat indah,dalam masa yang sama turut merasa betapa sukarnya mengekalkan keamanan dan kemerdekaan ini.Aku bukan Ahli politik yang beretorik tapi aku hanya seorang bekas pejuang yang sayangkan negaraku dan menghargai perjuangan dan pengorbanan pejuang-pejuang terdahulu.

Sempena Ulang Tahun Kemerdekaan Negara ini aku ucapkan Setinggi-tinggi penghargaan buat Semua 
Pejuang-pejuang tulin dari Polis,Tentera,Ahli politik yang ikhlas untuk berbakti pada rakyat,(Ahli Politik yang tak ikhlas tu pergi main jauh-jauh) 
Pejuang-pejuang Menentang Malayan Union dan Pejuang-pejuang kemerdekaan tak lupa juga 
Pejuang-pejuang yang menentang Komunis menentang Inggeris dan Jepun.Tidak dilupakan juga kepada semua `Wira Tak Didendang’ Hanya Allah sahaja yang menilai keikhlasan mereka semua dan Allah jua yang mampu membalasnya. 


Kepada Generasi Y atau Generasi Facebook,My Space,YM,Tweeter dan sebagainya serta Generasi Gajet-gajet smartphone dan seangkatan dengannya....bersyukurlah dan kekalkanlah keamanan dan kemerdekaan ini kerana anda lahir dan menikmati semua kemudahan,kemakmuran & keamanan adalah hasil dari usaha pejuang-pejuang terdahulu.(Peringatan untuk diriku juga).Sejarah telah membuktikan kehancuran sesebuah Tamadun atau kegemilangan banyak berpunca dari dalam dan kelalaian.


Andai kita tidak berterima kasih sesama manusia lama kelamaan kita akan menjadi tidak bersyukur kepada Allah kerana Allah yang menggerakan hati dan perbuatan setiap Pejuang itu....

Janganlah suruh aku citer banyak-banyak kisah silam sebagai pejuang keamanan dulu kerana......ayatnya sama mcm kat gambar tu lah....
Daripada Abu Hurairah r.a.Mafhumnya:
 Baginda Nabi Muhamad SAW Bersabda“Barangsiapa yang tidak berterima kasih kepada manusia, dia tidak mensyukuri Allah”. (Hadith riwayat Ahmad dan At-Tirmizi. Kata Al-Albani: Sahih)
Wahai Pemimpin...Kembalilah kejalan Islam Sebenar...Ingat Ujian yang Paling berat bagi manusia adalah apabila diuji dengan kesenangan dan kemewahan.....

Wahai pejuang sekelian...Berjuanglah kerana ALLAH...


Segala Puji Bagi Allah SWT atas segala nikmat dan Rahmatnya.


Jangan Dipanjat Pohon yang Condong
Buahnya Jatuh Kelaman Orang
Berdiri Tegak langit Dijunjung
Jangan Menjadi Seperti Lalang 


Salam Pejuang dan Salam Kemerdekaan....

4 comments:

selamat hari kebangsaan... semoga negara terus aman damai.

terima kasih pada semua PEJUANG KEAMANAN..


T-ara Arzeillia- Terima kasih & Selamat Hari Kebangsaan juga buat Saudari...

Selamat Hari kebangsaan....

Reza Irwan
Selamat hari kebangsaan

Time


Get your own Digital Clock

Followers

Aku..

(Sesungguhnya masa depan kita atau org lain tidak kita ketahui melainkan semuanya adalah didalam pengetahuan ALLAH SWT jua. ) Ini adalah sebuah kisah atau cerita-cerita yang membosankan mengenai kehidupanku sebagai seorang penyelam komersial dalam industri Minyak & Gas.Kepada yang pertama kali masuk blog ni eloklah baca dari entri pertama baru bole faham blog ini sbnrnya...sama mcm kita tgk movie kalau tiba2 je dah kat tgh2 mesti tak faham. kemudian kita terus andaikan yang citer tu tak best.....Anggaplah Tuan/Puan sedang membaca sebuah novel realiti.walau bagaimanapun aku ucapkan terima kasih kerana Tuan/Puan sudi melayan blog `Cap Ayam' aku ni.Hidup sebagai pelaut seperti aku bersesuaian benar dengan ayat dari surah dibawah.

Dialah yang menundukan lautan (sehingga boleh dilayari dipermukaannya atau diselami didasarnya) Supaya kamu dapat makan daripadanya daging yang lembut dan dapat pula mengeluarkan daripadanya perhiasan untuk kamu memakainya.Engkau melihat pula kapal-kapal belayar padanya dan supaya kamu dapat mencari rezeki daripada limpah kurnianya mudah-mudahan kamu bersyukur.

AL NAHL ayat 14.

Cari di Facebook (FB)
ronin newg



ok peace....
( Untuk stori bergambar sila layari melalui engine carian mozila firefox atau google chrome,kerana entah dimana silapnya internet explorer hanya menyiarkan stori tanpa gambar )

Sila Ikuti Kisah Ini Melalui Panduan Bacaan



















Radio Online

Radio Online
Klasik Nasional FM

Panduan Bacaan

Top Commentators

Get this widget here