Dunia Commercial Diver





Selepas aku balik awal disebabkan demam dan batuk yang teruk semasa dalam projek atas kapal Sapura yang baru (Entri no 66) aku hanya duduk dirumah selepas mendapatkan rawatan diklinik yang berhampiran.Aku bercadang apabila dah sihat semula dalam 2 atau 3 hari lagi aku nak naik job semula tak kiralah dengan company mana sekalipun,siapa yang panggil dulu aku akan ikut mereka.Tapi tiba-tiba ditakdirkan isteriku pula jatuh sakit dan dimasukan kehospital selama beberapa hari.Waktu cutiku dihabiskan dengan menguruskan anak-anak dirumah dan menjaga isteriku dihospital.Kerja-kerja juga...tapi tanggungjawab pada keluarga jangan diabaikan.

Beberapa hari Selepas isteriku sudah pulang kerumah, aku menerima tawaran job singkat dari company Core IRM untuk job di Labuan.Job dengan Core IRM ni biasanya singkat-singkat je antara 4 hari ke 2 minggu tapi kadang-kadang ada jugak jejak ke sebulan,kira nasib-nasibla.Job Core IRM biasanya buat  Inspection sama ada hull inspection kapal ataupun inspection rig pengerudi.Jika kerja-kerja inspection di Rig Penggerudi biasanya jenis `Jack Up Rig’ atau pun `Semi Sub Rig’.

Job DiLabuan kali ini adalah buat inspection di `Jack up rig’.pada 30 Mei aku diterbangkan ke Labuan bersama dengan lain-lain krew yang terlibat semuanya berjumlah lebih 20 orang kerana melibatkan 4 Tim diver dan 1 Tim *Rope access.(Abseiller).Dalam ramai-ramai tu hanya sebilangan kecil sahaja yang aku kenal.Sesampai diLabuan kami diberitahu yang rig yang kami akan buat tugas tu masih belum sampai diLabuan jadi kami ditempatkan diTiara Hotel Labuan.Hotel 5 bintang yang agak mewah juga..

Sebelum ni dengan company yang sama kami ditempatkan di hotel yang lebih baik lagi iaitu Hotel Waterfront Labuan.Kalau dengan Company Core IRM ini aku memang puji mereka no 1 lah dari segi beri penginapan dan makanan kepada diver-divernya.Memang kebanyakan diver yang pernah bekerja dengan Core IRM Singapore memberi pendapat yang sama dan memujinya.

Disini Aku duduk sebilik dengan seorang diver baru yang sebelum ini jadi Engineer.Sebelum beliau jadi diver dulu beliau juga adalah salah seorang pembaca setia blog aku tapi aku tak taulah dia minat blog aku ni ke tidak tapi dia bagitau aku yang dia selalu ikuti blog aku ni.Oleh kerana terlalu minat nak jadi diver beliau telah simpan duit dan pergi ambik kursus Commercial Diving di Australia.Mamat Engineer ni pernah bekerja dengan company yang masih berhutang 2 bulan gaji dengan aku.(kisah dlm entri no 59-Berlabuhnya tirai 2011)
Ruang Tamu bilik yang disediakan untuk kami.Dibilik ini aku duduk 2 orang 

Berbalik kepada Hotel Tiara Labuan ini.Disini kami tinggal selama 3 hari sementara menunggu Rig sampai ke Labuan.Selama 3 hari dihotel kami hanya makan,tidur,berenang,bertenet,berjalan-jalan dan kembali kemeja makan.bila-bila rasa nak makan kami hanya perlu order dan sain sahaja.Tak perlu bayar apa-apa kerana company yang akan bayar.Makan pulak no limit,walaupun terasa nak makan lobster sekalipun.Terasa nak makan apa sahaja yang ada dalam menu order sahaja jangan segan-segan tapi yang bagusnya tiada pembaziran berlaku walaupun kami order banyak makanan tapi semuanya habis dimakan mungkin sebab lama menunggu makanan tu disiapkan hingga kami betul-betul lapar menyebabkan apabila makanan sampai semuanya licin.

Salah satu kelemahan yang aku dapat kesan sepanjang-panjang aku merantau selama lebih 20 tahun ni ialah kebanyakan restoran atau hotel disebelah malaysia Timur sama ada di Sabah atau Sarawak servicenya agak slow banyak bukan slow sikit.kalau kita plan nak makan malam jam 8.00 kita kena start order pukul 0730 atau lebih awal lagi. 
Menikmati makan malam BBQ dengan suasana santai ditepi Kolam renang.

Selepas 3 hari duduk dihotel makan dan tidor sahaja maka kami pun berangkat ke Rig untuk menjalankan tugas menyelam kerana Rig sudah sampai di Labuan.Di Rig tugas aku sebagai Diver Medic (DMT) tidak memerlukan aku untuk menyelam aku hanya memastikan peralatan medical seperti peralatan perubatan,Hiperbaric Chamber dan Oksigen cukup dan dalam keadaan baik serta sedia untuk digunakan jika berlaku kecemasan.Dan aku juga perlu membantu diver-diver lain dengan kerja-kerja atas dek sebelum,semasa dan selepas selaman. 

Secara umumnya Tugas kami disini ialah membersihkan bahagian-bahagian tertentu di bahagian kaki Rig dimana akan dijalankan pemeriksaan secara sistematik dan teliti menggunakan peralatan-peralatan yang tertentu.Manakala dibahagian yang tidak akan dijalankan pemeriksaan kami tidak perlu cuci dan bersihkan.Jadi...projek manager sudah boleh anggarkan berapa hari projek ini akan siap.Keseluruhannya selepas bertungkus lumus 24 jam kerja-kerja yang melibatkan diver siap dalam masa 3 hari sahaja.Sebaik sahaja siap maka kumpulan diver cepat-cepat dibawa keluar dari rig bagi mengosongkan kabin penginapan supaya grup-grup krew yang lain pula boleh masuk.
Inilah Jack Up Rig tempat kami buat kerja selama 3 hari tu.

Sekali lagi kami ditempatkan dihotel Tiara Labuan.Oleh kerana tiket pulang ke Kuala Lumpur tiada maka selama 2 malam lagi kami tinggal diHotel kembali seperti rutin sebelum ini iaitu makan,tido,lepak dan makan tido lagi....Hari ketiga barulah kami dapat tiket pulang ke Kuala Lumpur.

Secara Keseluruhannya kami naik job 8 hari, 5 hari duduk hotel dan 3 hari bekerja.Kami memang enjoy dan seronok bekerja dengan company seperti Core IRm ini.Salah seorang dari kami adalah penyelam dari Korea dan beliau setiap kali time makan atau berehat-rehat ditepi kolam renang berkali-kali akan  menyebut  `hmmm Core IRM the best diving company in the world’..itu je ayat yang diulang-ulangkannya setiap hari.Mamat Korea ni aku tak boleh duduk lama dekat dia pasal sepanjang masa dia hanya menceritakan keburukan negara dia je.Aku rimas betul dengan Mat Korea ni,tak Patriotik langsung...Dia langsung tak bangga dengan negara dia,Aku rasa dia lupa yang dia ni orang Korea bukan bangsa lain.Tunggulah kalau dia bertukar jadi Bangladesh ke Rohinggya ke masa tu baru dia tau langit tu tinggi ke rendah.Hanya ade beberapa perkataan je yang aku boleh dengar dari dia iaitu `Malaysia is best Country to live & to visit' dan juga ayat hmmm `Core IRM the best diving company in the world'.Bagi aku ada kebenarannya dari kata-kata mamat korea tu tentang company ini malah time gaji pun tak pernah mereka lewat bayar.

Pendek kata aku puas hatilah dengan layanan yang diberikan oleh company kepada diver.Aku ucapkan terima kasih banyak kepada Core IRM khususnya Puan Mas Rasyidah dan Cik Diani yang selalu hubungi aku bila ada job kosong.(Lain kali panggil lagi ye..)

Sudut info

*Rope access worker : The rope access worker is a multi-task technician who has received extensive training in building, aerial works and securing of height interventions. The rope access worker is also called a construction climber or acrobat. Rope access works fit well in the industry and public works sector, as well as in the entertainment realm. The rope access worker intervenes for example on sites such as : window-cleaning, facade scaling and masonry, sheet metal work, installation of anti-bird protection systems, silo cleaning, framed structures, installation of commercial banners, and hanging of sound and light systems.



11 comments:

Just stumbled on this blog have started to read the earlier posts very interesting more young people should have semangat like you. Most male Malay youths now are so lembik.


Terima Kasih Anonymous atas sokongan dan komen yang diberikan.

Lembik atau `cargas' seseorang individu itu tak kira dari kaum mana sekalipun bergantung kepada bagaimana cara mereka dibesarkan dan dididik.
Saya juga tidak lah bagus pun.

Any Way Tuan/Puan Anonymous
Terima Kasih banyak kerana mengikuti sepenuhnya.


seronok betul lepak2 hehehe tp kerja berat..ada susah ada senang.


T-ara Arzeillia-
Ye betul ade masa susah,ade masa pulak senang.
jgn lupa ada masa yg lain pulak menganggur....

adakah tuan yg menulis artikel tentang selaman dlm sebuah majalah pertahanan tempatan?????

Tuan Jikon

T.Kasih kerana megikuti & meninggalkan komen.

Saya hanya penulis picisan yg hanya layak menulis blog yg penuh dgn bahasa rojak shj Tuan,mana layak menulis untuk media arus perdana yg lain.

still suspicious....hahaha,tp blog tuan mmg menarik,lain dr yg lain

Salam bro xnak smabung jadi sat diver ke

Anonymous said...
Salam bro xnak smabung jadi sat diver ke

Berkaitan dengan soalan Tuan tu hanya Allah shj yg tau jawapannya sama pd masa depan saya akan jadi sat diver atau tidak tapi buat masa ni belum rasa nak jadi sat diver lagi sbb tak mampu nak bayar kursusnya yg sgt mahal tu

tp betul ke ade org cite mati dalam chamber sbb tekanan x sesuai bile keluar mengejut, conthnya kebakaran dan diver duk dlm chamber

Firdaus Khairuddin tanya...

Saya jawab

Ye betul memang ada banyak kejadian diver mati dalam chamber dan ianya melibatkan beberapa faktor dan kes2 yg berbeza.
Ia juga tidak semestinya menimpa diver yang didalam chamber tetapi juga berlaku didarat iaitu hospital yang melakukan rawatan hiperbarik oksigen treatment (biasanya diluar negara)

Time


Get your own Digital Clock

Followers

Aku..

(Sesungguhnya masa depan kita atau org lain tidak kita ketahui melainkan semuanya adalah didalam pengetahuan ALLAH SWT jua. ) Ini adalah sebuah kisah atau cerita-cerita yang membosankan mengenai kehidupanku sebagai seorang penyelam komersial dalam industri Minyak & Gas.Kepada yang pertama kali masuk blog ni eloklah baca dari entri pertama baru bole faham blog ini sbnrnya...sama mcm kita tgk movie kalau tiba2 je dah kat tgh2 mesti tak faham. kemudian kita terus andaikan yang citer tu tak best.....Anggaplah Tuan/Puan sedang membaca sebuah novel realiti.walau bagaimanapun aku ucapkan terima kasih kerana Tuan/Puan sudi melayan blog `Cap Ayam' aku ni.Hidup sebagai pelaut seperti aku bersesuaian benar dengan ayat dari surah dibawah.

Dialah yang menundukan lautan (sehingga boleh dilayari dipermukaannya atau diselami didasarnya) Supaya kamu dapat makan daripadanya daging yang lembut dan dapat pula mengeluarkan daripadanya perhiasan untuk kamu memakainya.Engkau melihat pula kapal-kapal belayar padanya dan supaya kamu dapat mencari rezeki daripada limpah kurnianya mudah-mudahan kamu bersyukur.

AL NAHL ayat 14.

Cari di Facebook (FB)
ronin newg



ok peace....
( Untuk stori bergambar sila layari melalui engine carian mozila firefox atau google chrome,kerana entah dimana silapnya internet explorer hanya menyiarkan stori tanpa gambar )

Sila Ikuti Kisah Ini Melalui Panduan Bacaan



















Radio Online

Radio Online
Klasik Nasional FM

Panduan Bacaan

Top Commentators

Get this widget here