Selepas
balik dari Job dengan Core IRM di Labuan ( Entri 73- Kerja 3 hari duduk hotel 5 hari )Aku semacam keberatan
nak kelaut dlm masa terdekat sebab ada beberapa urusan peribadi yang masih
belum aku selesaikan lagi.
Tapi
pagi itu aku gatal tangan meng sms ke opis Sapura Tanya bila next crew
change....tiba-tiba Hand pon ku terus berbunyi.Rupanya Pn Shila comel dari opis Tanya
bila aku boleh kerja semula sebab beliau memang perlukan DMT Diver dengan kadar
segera iaitu kalau boleh beliau nak aku masuk kerja keesokan
harinya.Hallamak..Aku minta tempoh sejam
nak fikir dulu.Selepas berbincang dengan isteriku aku pun terus call Pn
Shila yang comel tu yang aku setuju naik job esok.Isteriku macam suka je aku
kelaut hmmm musykil musykil...Baru sampai rumah sehari terus masuk kerja
semula.Takpelah..sementara tengah laris ni hentam sajalah Labu....Hujung tahun
nanti menganggur puas-puas ye...
Pagi
sabtu dibulan Jun itu aku berlepas keKemaman dengan lain-lain krew yang sedia
menunggu di Flaminggo Hotel Ampang dengan Van yang disediakan oleh company,sedap
jugak naik Van Mercedess ni..
Sampai
di opis safety Oficcer di Kemaman macam biasa kami kena buat ujian `drug &
arkohol test’ maksudnya kena kencing dalam botol pastu bagi air kencing tu kat
safety officerla,Terpulaglah pada Safety officer tu nak kaji atau belek air kencing tu mcm mana.Aku rasa safety officer tu dah kira masuk taraf pakar air kencing dah.Lepas tu mcm biasala...tengok video taklimat keselamatan yang
dah beribu kali tengok.tiap kali nak kelaut je mesti kena tengok video
ni.Sesekali ape salahnya tayanglah pulak citer perang-perang atau citer lawan-lawan yang ganas-ganas punya kasi
orang semangat sikit nak kelaut....lepas tengok video tu safety officer pun akan
membebel sepatah dua kata.lepas tu... ok sume berambus pergi naik crew boat yang
dah tunggu kat sungai Kuang (rasanya betul dah nama tu)
Kali ni kami akan menuju ke `oil field ‘ Chendor dimana projek ini under Petrofac.Pelayaran dengan krew bot nak ke lokasi akan mengambil masa 7 jam lebih aduuhhh benci betul aku kalau naik crew bot lama-lama ni.kalau naik kapal terbang 7 jam tu dah boleh sampai Arab Saudi buat umrah dah.
Kali ni kami akan menuju ke `oil field ‘ Chendor dimana projek ini under Petrofac.Pelayaran dengan krew bot nak ke lokasi akan mengambil masa 7 jam lebih aduuhhh benci betul aku kalau naik crew bot lama-lama ni.kalau naik kapal terbang 7 jam tu dah boleh sampai Arab Saudi buat umrah dah.
Dengan Crew Boat ini mengambil masa Selama 8 jam untuk sampai ke Chendor Field |
sedang merempatkan diri |
Bila dah nampak QP2000 baru lega rasa dihati |
Dah tengah malam baru kami sampai kelokasi bila dah Nampak tersegam megah kapal QP 2000 yang dah lama ku tinggalkan rasa lega dalam hati....Aku rindu kapal ni,aku suka kapal ni.atas kapal nilah aku belajar welding satu ketika dulu.(cuba semak entri no 49 Belajar Welding atas kapal ).Atas kapal ini jugalah aku pernah membidas dan menyelar mereka-mereka yang cuba membabitkan aku dalam permainan politik mereka.
Kami pun dipindahkan dari krew bot keatas kapal QP2000 dengan transfer basket.Waaah...ade basket barulah...aku berkata dlm hati.dengan transfer basket yang baru ni ia boleh memindahkan 8 orang personel sekali gus.Urusan pemindahan selesai dengan cepat sekali.Sampai je atas kapal aku terus check in ke kabin penginapan dan kalau orang baru sampai jangan harapla nak dapat katil bawah ye...dudukla katil atas selagi belum ada orang yang balik darat.Kira-kira 3 minggu jugalah aku kena duk katil atas sebelum dapat pindah kekatil bawah bila salah seorang tim member aku dah cukup hari dan balik kedarat.
Kerja kat sini tak teruk mana pun rehat yang banyak,pastu takda tekanan pulak tu.Bukanlah takde kerja langsung,ada jugak kerja-kerja Saturation diving berjalan dan aku grup Saturation support tapi takdelah teruk seperti selalu.Job kali ni dapat Supritendant yang best tak kacau orang,Supervisor pun jenis slenga je tak kacau orang jugak hmm memang nikmat la... aku kena shif malam...bestnya....geng-geng 1 shif sume kepala best Alhamdulillah.....
11 comments:
I just added your web page to my bookmarks. I enjoy reading your posts. Thank you!
petrofac.....mntk keja kat situ,tp x dpt,hahaha
Tak dpt minta kat Petrofac,
Minta tempat lain Pulak...
Saya telah membaca blog tuan sedari catatan awal. Amat menarik sekali dan memberi inspirasi. Saya faham persaingan semakin sengit kini. Tetapi adakah peluang jobs dalam industri ini sudah tetutup? Atau adakah diver kita terlalu bergantung pada company tempatan dan asia tenggara sahaja? Pernahkah diver kita mendapat job di negara-negara lain luar dari asia tenggara? Terima kasih tuan.
Salam Tuan,
Saya telah mengikuti catatan tuan sedari awal, sangat menarik dan memberi inspirasi. Saya faham saingan semakin sengit untuk diver baru, tapi adakah peluang bagi mereka sudah tertutup? Atau adakah diver kita hanya bergantung pada company local atau asia tenggara sahaja? Pernahkah diver kita mencuba job di negara-negara yang lain?
terima kasih tuan.
Salam Tuan,
Saya telah mengikuti catatan tuan sedari awal, sangat menarik dan memberi inspirasi. Saya faham kini persaingan terlalu sengit dan company lebih prefer yang berpengalaman. Jadi apakah cara untuk diver baru mendapatkan pengalaman? Adakah diver local yang ada sekarang sudah mencukupi? Atau adakah diver kita hanya bergantung pada company local sahaja? Pernahkah diver kita mendapat offer dari company luar negara di eropah atau US dan lain2?
Terima kasih tuan. - Fadil
Maaf tuan terhantar sampai 3 kali. Ingatkan mesej first tak sampai.
Salam Tuan,
Saya telah mengikuti catatan tuan sedari awal, sangat menarik dan memberi inspirasi.
-T.kasih kerana mengikuti sejak awal.
Saya faham kini persaingan terlalu sengit dan company lebih prefer yang berpengalaman. Jadi apakah cara untuk diver baru mendapatkan pengalaman?
-cara diver baru nak dapatan pengalaman terima shj ape shj job tak kira inshore atau offshore.lepas tu CV tu buat cantik2 & kemas & tersusun.
Adakah diver local yang ada sekarang sudah mencukupi?
-Kalau ikut trend job sblm thn 2012 sbnrnya sudah berlaku lambakan diver tp kalau ikut trend permintaan untuk thn 2012 diver2 yg ade sudah mencukupi.tapi kalau thn dpn job slow maka berlaku lambakan diver lagi.
Atau adakah diver kita hanya bergantung pada company local sahaja?
-Local company kdg tak kisah pun ambik diver baru tapi kehendak client seperti Shell,murphy & Petrofac hendakkan diver yg ada pengalaman 3 thn offshore br boleh kerja dlm job mereka di oil field mereka.Tapi kalau company2 kecik2 yg buat job dgn client yg biasa2 je mereka ambik jgk diver baru asalkan ade sijil yg cukup.Client seperti Petronas ok je dorg terima je diver baru.
Pernahkah diver kita mendapat offer dari company luar negara di eropah atau US dan lain2?
-Diver2 kita yg senior ramai gak pergi buat job kat luar negara.
Diver2 baru kdg2 dpt gak naik job kat negara luar tp biasa kat midle east atau negara2 yg diver lain tak mau pergi sama ada sbb gajinya kecil ataupun tempat tu bahaya bg org luar seperti di Nigeria.
Diver kita tak boleh masuk US selalunya dorg susah nak terima diver dr Malaysia sbb paranoid sbb kita dr negara islam,tak rugi pun kalau dorg tak terima.Kalau di australia diver luar susah nak masuk sbb Union dorg kuat.
erima kasih tuan.
Terima kasih tuan atas jawapan-jawapan. Adakah diver-diver local atau freelance ini mempunyai persatuan atau kelab? Benarkah dengar kata lesen commersial diving ini sudah boleh didapati di Malaysia, katanya ada pihak yang menganjurkan kursus? Tuan ada facebook?
Terima kasih. Fadil
-Commercial Diver Malaysia yg ada lesen commercial diving yg diiktiraf berkumpul di forum yg dikhaskan hanya untuk Malaysian commercial diver sahaja.Disitu keahlian akan ditapis terlebih dahulu sebelum boleh menyertainya kerana disitu berbagai isu dibincangkan dan sebarang job yg ada akan di sampaikan sesama ahli.
Lesen commercial diver masih perlu hadir kursus di luar negara kerana didalam Malaysia masih belum ada buat kursus tersebut.Kalau kursus2 yg dibuat diMalaysia selain dari ticket ADAS Part 3,HSE Part 1,SA Comm.Diving.dan beberapa lg yg lain tidak diiktiraf untuk bekerja di offshore Malaysia.
-Ada satu syarikat yg tak pernah didengar namanya tiba2 muncul dan menaja 40 org rakyat Malaysia ambik kursus commercial diver di Australia.(Isu ini telah menjadi perbincangan hangat dikalangan commercial diver yg ambik ticket dgn duit sendiri)
-Boleh cari saya di FB ronin newg
T.kasih
Terima kasih tuan atas penjelasan panjang yang memberi inspirasi pada saya. Saya kini pemegang Advance Open Water PADI dan akan melanjutkan ke Rescue Diver. Saya cari tuan di FB tapi nama ronin newg tidak pula tersenarai. Kalau tuan sudi, FB saya Syed Fadil, ada gambar saya dengan family saya.
Saya kini betugas di Makkah dan hari ini saya di Arafah mendoakan agar tuan sentiasa sukses dalam hidup di dunia dan akhirat. Saya juga sedang mengumpulkan sebanyak mungkin info mengenai comm diving ini sebagai perancangan untuk menukar career (jika Allah beri petunjuk). t.kasih.
Post a Comment