Selepas sebulan dilaut
Ramadhan pun datang lagi...Aku rasa
seronok sangat aku pun tak tau kenapa,tapi di pagi 1 Ramadhan tu aku rasa sayu
& syahdu sangat semasa mengimamkan solat subuh pagi itu.Aku lihat pagi itu
surau penuh sangat tak seperti hari-hari sebelum itu.
Berpuasa dilaut ni seronok
ada syahdu pun ada.Disini solat Teraweh berjalan juga Cuma kadang-kadang ramai
kadang-kadang tak ramai sebab ada
kalanya ramai yang busy sebab kerja-kerja bahagian masing-masing berjalan dan tak boleh tinggal. Bagi solat teraweh ni
Imamnya bertukar-tukar sebab tak semua orang free dan sentiasa berkelapangan
untuk jadi Imam atau Bilal,kami disini berkongsi ilmu dan tetap berusaha untuk
meneruskan apa yang disarankan dalam agama walaupun tak mahir tapi ada
keinginan untuk belajar.
Sesekali aku pula `kena’ ambil jawatan tak rasmi sebagai Bilal untuk solat teraweh apabila ada rakan-rakan yang sibuk bekerja ataupun sudah pulang kedarat.Dan Solat Subuh pula sejak awal Ramadhan akulah yang kena jadi Imam apabila masing-masing menolak-nolak dari kedepan dan akhirnya aku jugak yang tertolak ke depan.Lama Kelamaan jawatan tak rasmi sebagai Imam solat subuh dan magrib terus melekat padaku manakala jawatan tak rasmi Imam bagi Solat Isyak dan teraweh diserah kepada Saudara Isa seorang welder.Suara-suara sudah kedengaran berbunyi yang calon bagi Bilal dan Imam untuk solat Sunat Aidilfitri nanti sudah ade...tapi mereka tak tau yang aku akan pulang beraya didarat pada penghujung Ramadhan nanti.Aku buat diam je....
Dalam masa yang sama peralatan-peralatan dan bekalan-bekalan yang diperlukan untuk projek selepas ini dimasukkan kedalam kapal.Tak sampai pun 48 jam kami berlabuh disini sauh pun diangkat lalu kapal pun meneruskan pelayaran menuju ke Bintulu pula.Aku bangun dari tidur petang itu untuk berbuka puasa tengok-tengok kapal dah belayar dan telefon pun dah takde line lagi frustnya.... Kali ini kami menuju ke Lapangan minyak di Bintulu kerana disana sudah ada projek yang perlu dijalankan.Begitulah hidup aku sejak beberapa tahun ni berpindah dari satu kapal kekapal yang lain dan dari satu Oil field ke oil field yang lain bermandi keringat dibawah terik mentari bagi mencari sesuap nasi (Briyani Gam).
Kat kapal ni waktu sahur
pun dah meriah dan riuh rendah apa lagi bila tiba waktu berbuka puasa riuh
rendah sekali macam kat bazaar Ramadhan.Makanan untuk berbuka banyak
sekali.bukan setakat yang muslim je berbuka puasa malah yang non muslim pun
turut sama menumpang kemeriahan itu dengan makan bersama geng muslim walaupun
mereka boleh makan lebih awal tetapi mereka seronok dengan kemeriahan semasa
berbuka itu.Namun rutin ku dan sebahagian kecil lagi rakan disini ialah akan
menunaikan solat magrib dulu selepas menjamah sedikit
kurma.
Kerja shif malam ni tak
berapa teruk sebab cuaca tak panas.Lagipun apabila takde kerja melibatkan
bahagian diving so kami banyak s/by jelah.Jadi Setiap malam aku dapat memadu
kasih dengan penciptaku....itulah bab yang menyeronokkan kalau kelaut ni.USD
dapat Iman pun bertambah kuat.
Suasana semasa berbuka puasa |
Pada hari ketujuh berpuasa,
projek di Chendor field Terengganu ni siap lalu kami pun belayar Masuk ke
Pelabuhan Bekalan Kemaman (KSB) untuk ambil bekalan minyak dan lain-lain
keperluan lagi sebelum belayar ke Bintulu pula untuk buat projek disana pula.
Diwaktu lapang aku banyak
menghabiskan masa dengan hobi ku iaitu menulis,sama ada untuk blog,untuk projek
buku aku atau artikel untuk dihantar ke
Majalah.Semakin banyak aku menulis semakin seronok sebab aku memerah otak aku
agar ia bekerja.Semasa diatas kapal ni juga aku telah menghantar ke Majalah
PERAJURIT sebanyak 5 bahagian artikel informasi berkaitan menyelam dan Pihak
penerbitan terus membalas emel aku yang mereka sangat suka dengan tulisan ku
dan bersetuju menyiarkannya sehingga selesai semua bahagian setiap bulan dan
untuk itu aku dibayar saguhati untuk setiap artikel.Waahh rezeki Ramadhan
bagiku.Aku bukan teruja dengan wang saguhati tu tapi aku teruja kerana hasil
tulisanku buat pertama kalinya akan tersiar dimedia cetak,maknanya ada jugak
yang menghargai hasil tulisan dari buah fikiranku.Aku memang ada keinginan dan
hasrat nak menjadi seorang penulis jugak walaupun bukan penulis sepenuh masa
tapi sekurang-kurangnya adalah juga karya yang aku hasilkan.
Sebahagian dari Artikel tulisanku yang tersiar diMajalah Perajurit Keluaran Bulan September 2012 |
Sesekali aku pula `kena’ ambil jawatan tak rasmi sebagai Bilal untuk solat teraweh apabila ada rakan-rakan yang sibuk bekerja ataupun sudah pulang kedarat.Dan Solat Subuh pula sejak awal Ramadhan akulah yang kena jadi Imam apabila masing-masing menolak-nolak dari kedepan dan akhirnya aku jugak yang tertolak ke depan.Lama Kelamaan jawatan tak rasmi sebagai Imam solat subuh dan magrib terus melekat padaku manakala jawatan tak rasmi Imam bagi Solat Isyak dan teraweh diserah kepada Saudara Isa seorang welder.Suara-suara sudah kedengaran berbunyi yang calon bagi Bilal dan Imam untuk solat Sunat Aidilfitri nanti sudah ade...tapi mereka tak tau yang aku akan pulang beraya didarat pada penghujung Ramadhan nanti.Aku buat diam je....
Aku bersyukur sangat-sangat
sebab bulan puasa ni aku naik job ni. Surau kat atas kapal ni sentiasa ada
orang sama ada mereka akan membaca Quran,Solat fardu atau sunat ataupun untuk
melelapkan mata seketika.Kalau aku dilaut pada bulan puasa urusan bayar Zakat
Fitrah pula biasanya isteri aku akan bayarkan bagi pihak aku.Biasanya awal
puasa dia dah bayarkan hmm dedikasi sungguh...
Pada 7 Ramadhan kerja-kerja
dilapangan minyak chendor ni telah kami siapkan lalu kapal pun belayar ke
perairan Kemaman bagi mengisi minyak dan mengambil serta menurunkan peralatan
yang sudah tidak diperlukan untuk projek seterusnya.
Selepas 20 jam belayar
keluar dari lapangan minyak Chendor kami pun Sampai keperairan Kemaman dan kapal pun melabuhkan sauh.Kami
tak Nampak daratan tapi talian telefon boleh dapat maka bersusun-susun lah
krew-krew dan pekerja sekelian bagi menggayutkan diri di Telefon masing-masing.
Selama beberapa jam berlabuh disekitar perairan Kemaman so puas jugaklah dapat
bergayut diTelefon.
Pantang ade line telefon mesti dapat tengok macam-macam aksi bergayut telefon |