Dunia Commercial Diver



Selepas sebulan dilaut Ramadhan pun  datang lagi...Aku rasa seronok sangat aku pun tak tau kenapa,tapi di pagi 1 Ramadhan tu aku rasa sayu & syahdu sangat semasa mengimamkan solat subuh pagi itu.Aku lihat pagi itu surau penuh sangat tak seperti hari-hari sebelum itu.

Kat kapal ni waktu sahur pun dah meriah dan riuh rendah apa lagi bila tiba waktu berbuka puasa riuh rendah sekali macam kat bazaar Ramadhan.Makanan untuk berbuka banyak sekali.bukan setakat yang muslim je berbuka puasa malah yang non muslim pun turut sama menumpang kemeriahan itu dengan makan bersama geng muslim walaupun mereka boleh makan lebih awal tetapi mereka seronok dengan kemeriahan semasa berbuka itu.Namun rutin ku dan sebahagian kecil lagi rakan disini ialah akan menunaikan solat magrib dulu selepas menjamah   sedikit kurma.


Suasana semasa berbuka puasa
Kerja shif malam ni tak berapa teruk sebab cuaca tak panas.Lagipun apabila takde kerja melibatkan bahagian diving so kami banyak s/by jelah.Jadi Setiap malam aku dapat memadu kasih dengan penciptaku....itulah bab yang menyeronokkan kalau kelaut ni.USD dapat Iman pun bertambah kuat.

Pada hari ketujuh berpuasa, projek di Chendor field Terengganu ni siap lalu kami pun belayar Masuk ke Pelabuhan Bekalan Kemaman (KSB) untuk ambil bekalan minyak dan lain-lain keperluan lagi sebelum belayar ke Bintulu pula untuk buat projek disana pula.

Diwaktu lapang aku banyak menghabiskan masa dengan hobi ku iaitu menulis,sama ada untuk blog,untuk projek buku aku atau  artikel untuk dihantar ke Majalah.Semakin banyak aku menulis semakin seronok sebab aku memerah otak aku agar ia bekerja.Semasa diatas kapal ni juga aku telah menghantar ke Majalah PERAJURIT sebanyak 5 bahagian artikel informasi berkaitan menyelam dan Pihak penerbitan terus membalas emel aku yang mereka sangat suka dengan tulisan ku dan bersetuju menyiarkannya sehingga selesai semua bahagian setiap bulan dan untuk itu aku dibayar saguhati untuk setiap artikel.Waahh rezeki Ramadhan bagiku.Aku bukan teruja dengan wang saguhati tu tapi aku teruja kerana hasil tulisanku buat pertama kalinya akan tersiar dimedia cetak,maknanya ada jugak yang menghargai hasil tulisan dari buah fikiranku.Aku memang ada keinginan dan hasrat nak menjadi seorang penulis jugak walaupun bukan penulis sepenuh masa tapi sekurang-kurangnya adalah juga karya yang aku hasilkan.

Disinilah aku menghabiskan masaku dengan menulis untuk blog dan artikel untuk majalah Perajurit.
Sebahagian dari Artikel tulisanku yang tersiar diMajalah Perajurit Keluaran Bulan September 2012
Berpuasa dilaut ni seronok ada syahdu pun ada.Disini solat Teraweh berjalan juga Cuma kadang-kadang ramai kadang-kadang tak ramai  sebab ada kalanya ramai yang busy sebab kerja-kerja bahagian masing-masing berjalan  dan tak boleh tinggal. Bagi solat teraweh ni Imamnya bertukar-tukar sebab tak semua orang free dan sentiasa berkelapangan untuk jadi Imam atau Bilal,kami disini berkongsi ilmu dan tetap berusaha untuk meneruskan apa yang disarankan dalam agama walaupun tak mahir tapi ada keinginan untuk belajar.

Sesekali aku pula `kena’ ambil jawatan tak rasmi sebagai Bilal untuk solat teraweh apabila ada rakan-rakan yang sibuk bekerja ataupun sudah pulang kedarat.Dan Solat Subuh pula sejak awal Ramadhan akulah yang kena jadi Imam apabila masing-masing menolak-nolak dari kedepan dan akhirnya aku jugak yang tertolak ke depan.Lama Kelamaan jawatan tak rasmi sebagai Imam solat subuh dan magrib terus melekat padaku manakala jawatan tak rasmi Imam bagi Solat Isyak dan teraweh diserah kepada Saudara Isa seorang welder.Suara-suara sudah kedengaran berbunyi yang calon bagi Bilal dan Imam untuk solat Sunat Aidilfitri nanti sudah ade...tapi mereka tak tau yang aku akan pulang beraya didarat pada penghujung Ramadhan nanti.Aku buat diam je....

Walaupun Surau atas kapal ini tak seindah surau-surau yang didarat tapi auranya sangat kuat 

Aku bersyukur sangat-sangat sebab bulan puasa ni aku naik job ni. Surau kat atas kapal ni sentiasa ada orang sama ada mereka akan membaca Quran,Solat fardu atau sunat ataupun untuk melelapkan mata seketika.Kalau aku dilaut pada bulan puasa urusan bayar Zakat Fitrah pula biasanya isteri aku akan bayarkan bagi pihak aku.Biasanya awal puasa dia dah bayarkan hmm dedikasi sungguh...

Pada 7 Ramadhan kerja-kerja dilapangan minyak chendor ni telah kami siapkan lalu kapal pun belayar ke perairan Kemaman bagi mengisi minyak dan mengambil serta menurunkan peralatan yang sudah tidak diperlukan untuk projek seterusnya.

Selepas 20 jam belayar keluar dari lapangan minyak Chendor kami pun Sampai keperairan  Kemaman dan kapal pun melabuhkan sauh.Kami tak Nampak daratan tapi talian telefon boleh dapat maka bersusun-susun lah krew-krew dan pekerja sekelian bagi menggayutkan diri di Telefon masing-masing. Selama beberapa jam berlabuh disekitar perairan Kemaman so puas jugaklah dapat bergayut diTelefon.
Pantang ade line telefon mesti dapat tengok macam-macam aksi bergayut telefon

Dalam masa yang sama  peralatan-peralatan dan bekalan-bekalan yang diperlukan untuk projek selepas ini dimasukkan kedalam kapal.Tak sampai pun 48 jam kami berlabuh disini sauh pun diangkat lalu kapal pun meneruskan pelayaran menuju ke Bintulu pula.Aku bangun dari tidur petang itu untuk berbuka puasa tengok-tengok kapal dah belayar dan telefon pun dah takde line lagi frustnya.... Kali ini kami menuju ke Lapangan minyak di Bintulu kerana disana sudah  ada projek yang perlu dijalankan.Begitulah hidup aku sejak beberapa tahun ni berpindah dari satu kapal kekapal yang lain dan dari satu Oil field ke oil field yang lain bermandi keringat dibawah terik mentari bagi mencari sesuap nasi (Briyani Gam).

10 comments:

assalamualaikum...
saya bangga menjadi kawan kepada saudara spy leman...

ha ha ha
Waalaikumsalam...
Saya juga bangga menjadi kawan Tuan Amirulhamzah
ha ha ha ha....

sy dah agak...mmg tuan yg menulis artikel tentang selaman tersebut,tp tuan x mengaku.....

ha ha ha ha ha

ye ke? mcm mana boleh agak saya yg tulis..? he he he

bak kt tuan...bc dr entri pertama br bole fhm,dan linkkan dgn artikel tsbt...ada hint disitu


Hmm ye benar..sbb kalau baca entri2 yg kemudian shj mgkn tak faham citer sebenar perjalanan hidup penyelam tu..

T.kasih kerana support

Salam Tuan,
Dah cari tuan di FB tapi tak jumpa. Tuan ade FB nama lain ke? tq

Tuan Fadil

di blog saya ada tulis mcm mana nak cari saya

Cari di Facebook (FB)
ronin newg
emel-roninn70@gmail.com

Salam tuan , saya nak bertanya .... selepas artikel tuan disiarkan , berapa lama sebelum diorang bayar ya ????? saya punya dah sebulan lebih tunggu diorang nak bayar .......

Selepas sebulan juga baru merek start bayar.Cubalah Tuan call semula opis mereka bertanya,mereka ok cuma mgkn ade sedikit masaalah atau terlepas pandang ke,tp kalau dimaklumkan segera sblm terlupa mgkn mereka akan bayar segera tu.ataupun cuba pergi kat FB cari page Perajurit Penjana pemikiran pertahanan & pm kepada admin page tu beritahu masaalah tuan inshaaAllah dapat.

Time


Get your own Digital Clock

Followers

Aku..

(Sesungguhnya masa depan kita atau org lain tidak kita ketahui melainkan semuanya adalah didalam pengetahuan ALLAH SWT jua. ) Ini adalah sebuah kisah atau cerita-cerita yang membosankan mengenai kehidupanku sebagai seorang penyelam komersial dalam industri Minyak & Gas.Kepada yang pertama kali masuk blog ni eloklah baca dari entri pertama baru bole faham blog ini sbnrnya...sama mcm kita tgk movie kalau tiba2 je dah kat tgh2 mesti tak faham. kemudian kita terus andaikan yang citer tu tak best.....Anggaplah Tuan/Puan sedang membaca sebuah novel realiti.walau bagaimanapun aku ucapkan terima kasih kerana Tuan/Puan sudi melayan blog `Cap Ayam' aku ni.Hidup sebagai pelaut seperti aku bersesuaian benar dengan ayat dari surah dibawah.

Dialah yang menundukan lautan (sehingga boleh dilayari dipermukaannya atau diselami didasarnya) Supaya kamu dapat makan daripadanya daging yang lembut dan dapat pula mengeluarkan daripadanya perhiasan untuk kamu memakainya.Engkau melihat pula kapal-kapal belayar padanya dan supaya kamu dapat mencari rezeki daripada limpah kurnianya mudah-mudahan kamu bersyukur.

AL NAHL ayat 14.

Cari di Facebook (FB)
ronin newg



ok peace....
( Untuk stori bergambar sila layari melalui engine carian mozila firefox atau google chrome,kerana entah dimana silapnya internet explorer hanya menyiarkan stori tanpa gambar )

Sila Ikuti Kisah Ini Melalui Panduan Bacaan



















Radio Online

Radio Online
Klasik Nasional FM

Panduan Bacaan

Top Commentators

Get this widget here